Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PTV (MBE 22703)

SOALAN TUGASAN 2

ARAHAN

1. Tugasan hendaklah dibuat dalam bentuk bercetak.


2. Tugasan hendaklah dihantar di platform Author selewatnya pada 28 DISEMBER
2023.
3. Walaupun kerjasama di kalangan pelajar digalakkan dalam menjawab
tugasan ini namun, tiada jawapan yang serupa dijangkakan.

SOALAN TUGASAN

1. Apakah perbezaan antara pre-test dengan post-test?

2. Bagaimanakah keputusan pre-test boleh digunakan dalam pengajaran?

3. Apakah kebaikan menyediakan Jadual Penentu Ujian?

4. Senaraikan maklumat yang perlu diambil kira dalam menyediakan soalan?

5. Senaraikan faktor-faktor yang menghalang pelajar-pelajar menjawab


soalan dengan tepat walaupun mereka mempunyai pengetahuan aspek
yang diuji?

6. Senaraikan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar dapat menjawab


dengan tepat walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan yang
diuji?

7. Adakah soalan jawapan pendek diklasifikasikan sebagai soalan objektif?

8. Bagaimana membuat penilaian jika jawapan disalah eja?

9. Menanda satu kenyataan tidak benar dalam soalan yang memerlukan


jawapan tidak benar, tidak menunjukkan pelajar itu tahu jawapan yang
betul. Bagaimana mengatasinya?

10. Lima puluh soalan benar-salah mempunyai kebolehpercayaan yang


rendah berbanding dengan lima puluh soalan jawapan pendek. Mengapa?

1
11. Bilakah soalan padanan sesuai digunakan dan bilakah soalan ini harus
dielakkan?

12. Soalan esei biasanya dibina untuk memberi peluang kepada pelajar
dalam aspek menulis. Apa komen anda?

13. Apakah faktor-faktor yang harus diambil kira apabila membina soalan-
soalan esei dalam sesuatu ujian?

14. Jelaskan bagaimanakah ujian esei boleh digunakan untuk memudahkan


pembelajaran. Apakah jenis pembelajaran yang paling sesuai?

15. Jelaskan kebaikan soalan aneka pilihan berbanding dengan soalan-


soalan objektif yang lain. Apakah kelemahan soalan aneka pilihan?

16. Bagaimana soalan aneka pilihan yang dibina untuk menguji pengetahuan
berbeza dengan yang dibina untuk menguji kefahaman?

17. Jelaskan kebaikan menggunakan arahan soalan jenis memilih jawapan


yang betul dengan memilih jawapan yang paling tepat?

18. Apakah perbezaan antara ujian fomatif dengan ujian sumatif?

19. Adakah bahan-bahan ujian yang tidak disusun dengan baik


mempengaruhi kesahan sesuatu ujian. Susunan bagaimanakah yang
Paling baik, mengapa?

20. Apakah langkah-langkah yang sesuai diambil untuk mengelakkan banyak


makna, “clues” dan kesalahan-kesalahan lain dalam ujian objektif?

You might also like