Professional Documents
Culture Documents
Proposal Fulllllllllllll
Proposal Fulllllllllllll
Proposal Fulllllllllllll
1.0 PENDAHULUAN.................................................................................................................................3
1.1 Refleksi Pengajaran Lepas.................................................................................................................3
1.2 Refleksi Sorotan Literatur..................................................................................................................6
1
3.4.3 Meningkatkan....................................................................................................................22
3.4.4 Penguasaan........................................................................................................................23
3.4.5 Murid.................................................................................................................................23
3.5 Batasan Kajian.................................................................................................................................23
RUJUKAN................................................................................................................................................36
LAMPIRAN..............................................................................................................................................38
2
1.0 PENDAHULUAN
Pengkaji telah mula menjalankan praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Tanjung
Gelam bermula 26 Januari yang lepas. Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam merupakan sebuah
sekolah yang terletak di pinggir bandar dan terletak tidak jauh daripada IPG Kampus Dato’
Razali Ismail. Perkara ini sedikit sebanyak memudahkan pengkaji untuk berulang-alik ke sekolah
dari IPG dan berurusan dengan pensyarah-pensyarah di IPG. Sekolah tersebut terdiri daripada
400 orang murid dan 30 orang guru. Kebanyakan murid di sekolah ini mempunyai latar belakang
Pada minggu pertama pengkaji berada di sekolah, pengkaji telah mengambil peluang
untuk menyesuaikan diri dengan guru-guru dan persekitaran di sekolah tersebut. Pengkaji tidak
mengalami banyak masalah dalam proses penyesuaian diri memandangkan guru-guru dan warga
SK Tanjung Gelam sangat peramah dan gembira dengan kehadiran pengkaji dan rakan-rakan.
Pada minggu tersebut, pengkaji berkesempatan untuk masuk ke kelas Tahun 1 hingga 6 bagi
menggantikan guru-guru yang tiada di sekolah memandangkan pengkaji belum menerima jadual
waktu daripada pihak pentadbir. Kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya oleh pengkaji untuk
mengenali dan mengetahui latar belakang murid dan pencapaian mereka dalam pelajaran.
Pengkaji mendapati murid sekolah ini terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu cemerlang,
sederhana cemerlang dan lemah. Oleh kerana sekolah ini hanya terdapat 2 kelas bagi satu-satu
tahun iaitu Kelas Al-Amanah dan As-Siddiq, pengkaji mendapati akan wujud cabaran yang besar
bagi pengkaji jika diberi amanah untuk mengajar kelas Al-Amanah kerana kebanyakan murid
3
terdiri daripada murid-murid lemah dan kurang kesungguhan untuk belajar. Pada minggu kedua
praktikum, pengkaji telah menerima jadual waktu daripada pihak pentadbir. Pengkaji telah
diamanahkan untuk mengajar Tahun 2 As-Siddiq dan 2 Al-Amanah. Pengkaji mengganggap hal
ini sebagai suatu cabaran bagi pengkaji memandangkan sebahagian besar daripada murid 2 Al-
Amanah terdiri daripada murid yang terlibat dengan Literasi dan Numerasi (LINUS).
Bagi kedua-dua kelas tersebut, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar tajuk ‘Tolak
Dalam Lingkungan 1000’. Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid tidak menghadapi
banyak masalah apabila pengkaji menerangkan konsep tolak sebagai ‘ambil keluar’ ataupun
‘take away’. Murid juga kebanyakannya berjaya menjalankan aktiviti dengan bahan-bahan
konkrit seperti Rod Cuisenare, Dekak-Dekak dan Pembilang untuk menyelesaikan masalah tolak
tanpa mengumpul semula dengan baik. Murid juga didapati sangat berminat dengan aktiviti yang
dijalankan.
Secara keseluruhan, pengkaji mendapati pada awalnya murid tidak menghadapi banyak
masalah dalam penolakan. Kebanyakan murid berjaya menukarkan ayat Matematik kepada
bentuk lazim. Namun, apabila pengkaji mula mengajar untuk menolak melibatkan pengumpulan
semula, pengkaji mendapati sebahagian besar murid menghadapi masalah dalam menolak
nombor tersebut. Mereka melakukan pelbagai kesilapan dalam proses menolak tersebut
menyebabkan mereka gagal mendapatkan jawapan yang betul. Daripada hasil kerja murid di
papan hitam dan latihan serta lembaran kerja yang diberikan kepada murid, pengkaji mendapati
murid berjaya menjawab soalan penolakan dengan mengumpul semula dengan baik dengan
bimbingan guru, tetapi apabila murid membuat kerja di rumah atau tanpa bimbingan guru,
pengkaji mendapati sebahagian besar murid melakukan kesilapan dalam penolakan tersebut.
4
Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid ialah mereka keliru untuk menolak
nombor kecil terhadap nombor besar. Terdapat murid yang meletakkan nilai ‘0’ pada ruang
jawapan dan ada juga sebahagian murid yang terus menolak nombor besar di bawah terhadap
nombor yang lebih kecil di atas. Selain itu, ada juga murid yang melakukan kecuaian dengan
melakukan pengumpulan semula pada rumah sa, namun mereka tidak mengurangkan nilai
nombor pada rumah puluh semasa melakukan proses peminjaman dan begitulah seterusnya.
Pengkaji juga mendapati terdapat sebahagian murid yang lupa untuk menggabungkan
nilai yang dipinjam dengan nilai asal sebelem proses penolakan dilakukan. Mereka terus
meletakkan nilai ‘10’ pada rumah yang meminjam tanpa menambah nilai asal pada rumah
tersebut. Secara tidak langsun, perkara-perkara ini menyebabkan murid yang gagal menjawab
soalan dengan betul menjadi kurang bersemangat untuk mempelajari Matematik dan hilang
Menurut Piaget (tahun tidak dinyatakan) menyatakan bahawa telah diketahui umum
bahawa perkembangan intelek murid bergantung kepada potensi semula jadi dan alam
persekitaran yang meransangnya. Tugas guru ialah menyediakan alam persekitaran membina
kepada murid supaya pemindahan pengetahuan dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu,
adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pengkaji untuk membantu murid yang mempunyai
masalah dalam operasi penolakan memandangkan operasi asas matematik ini perlu dikuasai
sepenuhnya oleh setiap murid. Kefahaman konsep mengenai penolakan dengan mengumpul
semula amat penting untuk murid menguasai tajuk-tajuk seterusnya yang membabitkan
penolakan seperti panjang, jisim dan berat dan wang. Oleh itu, pengkaji telah memilih tajuk
5
1.2 Refleksi Sorotan Literatur
Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan perkembangan murid – murid
Matematik yang telah digubal dalam rangka untuk mencapai beberapa objektif yang telah
digariskan turut memberikan kelonggaran kepada guru – guru untuk mewujudkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, bersifat bermakna, berguna dan mencabar.
Penguasaan konsep dan kemahiran matematik adalah penting bagi melahirkan murid–murid yang
sesuatu hubungkait serta murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pembinaan konsep dalam empat kemahiran asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Penguasaan murid dalam empat kemahiran asas ini sangat penting bagi menjamin penguasaan
terhadap topik – topik yang seterusnya untuk diaplikasikan dalam skop yang lebih mencabar dan
lebih besar seperti perpuluhan, pecahan dan peratus. Ia juga penting bagi mengelakkan murid
mempunyai tanggapan yang negatif terhadap Matematik. Menurut kajian Sabri Ahmad et. Al
( 2006 ) menyatakan bahawa personaliti dan tanggapan yang negatif terhadap Matematik adalah
antara faktor yang menyebabkan timbulnya kesukaran mempelajari mata pelajaran ini.
Penolakan ialah mengambil nilai atau jumlah dari sesuatu nilai yang lebih besar. Ini
membawa maksud bahawa operasi tolak memerlukan pengurangan nilai kepada nilai yang lebih
6
Suydam M.N (1985) menyatakan masalah utama untuk proses penolakan adalah apabila
melibatkan proses meminjam di mana murid akan salah mengumpul semula atau membuat
beberapa kesalahan seperti tidak menghiraukan kedudukan digit dan menolak nombor yang
bernilai kecil dengan nombor yang bernilai besar. Ini kerap berlaku kepada murid-murid dan
Kenyataan mengenai penolakan dengan mengumpul semula ini diperkukuhakan lagi oleh
Cruey G. (2008) yang menyatakan bahawa penolakan bukanlah idea yang mudah untuk dikuasai
bagi murid sekolah rendah. Semakin besar nilai nombor yang terlibat, semakin tinggi aras
pemahaman abstrak yang terlibat. Dan kebanyakan murid bermasalah terutamanya dalam
mengumpul semula.
Haylock (2006) di dalam bukunya turut mengatakan bahawa semakin besar suatu
nombor, maka murid perlu membina kemahiran untuk menulis nombor dalam prosedur yang
standard, meletakkan digit secara selari mengikut nilai tempat sa, puluh, ratus, dan ribu untuk
melakukan operasi penolakan tersebut.Prosedur atau algoritma adalah suatu yang penting dalam
Matematik kerana penolakan dengan mengumpul semula merupakan suatu perkara yang
sistematik. Sekiranya murid tidak boleh menyusun nombor atau digit mengikut cara yang betul,
Hal ini perlu dipandang serius oleh setiap guru matematik umumnya kerana dalam
mengajar sesuatu kemahiran, guru harus sedar bahawa kemahiran yang diajar mestilah
apabila melibatkan pengumpulan semula, guru tidak seharusnya meletakkan pada kelemahan
7
murid dalam penguasaan kemahiran semata-mata. Pendekatan yang diambil setiap guru
kemahiran yang diajar. Oleh itu, guru harus mempunyai pemahaman konsep yang betul
mengenai pengajaran topik tolak. Perkara ini sangat bertepatan dengan hasil dalam kajian Mario
“ For the teachers, contextualization of the teaching of subtraction should be done through the
Apabila guru mempunyai pemahaman yang tepat terhadap sesuatu topik yang diajar,
nescaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik.
Merujuk kepada Nadia Fasha (2010), bahan manipulatif adalah sangat membantu dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran matematik terutama apabila melibatkan pemahaman suatu
konsep matematik yang baru. Ini kerana bahan manipulatif boleh digunakan secara khusus dalam
menjelaskan konsep matematik yang bersifat abstrak di samping membantu murid – murid
Menurut Esah Sulaiman (2004) juga, kaedah tunjuk cara atau demostrasi amat berguna
dalam mengajar kemahiran kerana ianya merupakan pengajaran yang berpusatkan guru. Ini
disokong oleh Mok Soon Sang (2000) bahawa teknik tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan
dan demostrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan
murid. Teknik ini digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir
8
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan memberi penekanan untuk membantu murid-murid tahun 2
As-Siddiq yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan di dalam topik tolak dengan
soalan-soalan yang berkaitan dengan penolakan jika tidak melibatkan pengumpulan semula. Ini
menunjukkan mereka faham dan tahu bagaimana untuk menolak sesuatu nilai dengan nilai lain
yang lebih kecil. Bagaimanapun, apabila melibatkan soalan berkaitan dengan mengumpul
semula, terdapat segelintir murid yang menghadapi masalah untuk menjawab soalan tersebut
mengajar kelas 2 As-Siddiq, terdapat sebahagian murid yang gagal untuk menjawab soalan
penolakan melibatkan pengumpulan semula secara individu tanpa bimbingan, namun apabila
murid melakukan kerja tersebut di rumah dengan bantuan keluarga atau di sekolah dengan
bimbngan guru, murid tidak menghadapi masalah untuk menjawab soalan tersebut dengan betul.
Oleh itu, kajian ini boleh dianggap sebagai satu usaha pengkaji untuk membantu murid-murid ini
menguasai dan memantapkan pemahaman terhadap kemahiran tolak dengan mengumpul semula.
Untuk mengenalpasi masalah yang dihadapi murid Tahun 2 As-Siddiq, pengkaji telah
menjalankan beberapa langkah dalam melakukan tinjauan awal masalah. Antara langkah yang
dijalankan adalah pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, analisis dokumen,
9
2.1 Tinjauan Masalah
Untuk mengenalpasi masalah yang dihadapi murid Tahun 2 As-Siddiq, pengkaji telah
menjalankan beberapa langkah dalam melakukan tinjauan awal masalah. Antara langkah yang
dijalankan adalah pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, analisis dokumen,
pengumpulan semula, pengkaji telah menjalankan pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Kefahaman murid dapat dinilai berdasarkan respons yang diberi oleh
murid terhadap apa yang diajar oleh guru. Pengkaji memilih waktu sesi pengajaran dan
pembelajaran kerana pada masa inilah masa yang paling sesuai kerana pengkaji boleh melihat
secara terus reaksi, tingkah laku dan cara pengiraan mereka semasa menyiapkan latihan dan
menjawab soalan di dalam kelas. Beberapa orang murid akan dipilih secara rawak untuk
menjawab soalan di papan hitam. Di sini dapat diperhatikan sekiranya terdapat murid yang tidak
dapat menguasai penolakan dengan pengumpulan semula maka berlaku kesilapan dalam
pengiraan.
10
2.1.2 Analisis Dokumen Bertulis
Pengkaji juga melakukan analisis terhadap dokumen bertulis murid seperti buku latihan,
lembaran kerja dan buku aktiviti. Kebiasaannya murid akan melakukan kesilapan yang sama
dalam kalangan mereka dan jenis kesilapan murid adalah berpola. Analisis yang dilakukan
terhadap dokumen tersebut memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengkaji terhadap
masalah yang dihadapi murid dan pola kesilapan yang biasa dilakukan murid dalam penolakan
2.1.3 Temubual
Berdasarkan penelitian dokumen iaitu buku aktiviti dan lembaran kerja, pengkaji telah
memilih 4 orang murid sebagai sampel kajian ini. Pengkaji telah menjalankan sesi temubual
terhadap sampel tersebut. Temubual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh
manakah kefahaman murid terhadap konsep penolakan dengan mengumpul semula dan masalah
lain yang dihadapi murid semasa menjawab soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan
semula.
Bagi tujuan pemerhatian ini, pengkaji telah mendapatkan maklumat melalui temubual
berstruktur yang terdiri daripada empat soalan. Soalan – soalan yang dibina ialah soalan „YA‟
atau „TIDAK‟, yang membenarkan murid untuk memilih salah satu sahaja sebagai jawapan.
Temubual berstruktur dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pendapat murid – murid
11
Bagi mencapai matlamat temubual tersebut, pengkaji telah menerangkan setiap soalan yang
diajukan dengan lebih terperinci berserta contoh yang berkaitan sekiranya terdapat murid yang
kurang jelas dengan tujuan soalan walaupun ianya hanya memerlukan satu jawapan sahaja.
Ujian diagnostik telah dijalankan pada 27 Februari 2014 yang lalu. Ujian ini
mengandungi 20 soalan yang mengandungi tajuk penolakan dengan mengumpul semula. Bagi
setiap soalan, disediakan ruangan untuk murid menunjukkan jalan pengiraan agar pengkaji dapat
melihat dan menganalisis secara lebih menyeluruh masalah murid dalam menyelesaikan soalan-
soalan yang diberi dalam Lampiran A. Ujian yang dijalankan selama 60 minit ini bertujuan
memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengkaji murid-murid yang betul-betul bermasalah
dalam tajuk penolakan dengan mengumpul semula ini. Soalan-soalan ini telah dibina oleh
Berdasarkan kepada tinjauan awal masalah, pengkaji mendapati sebahagian besar murid-
murid yang menghadapi masalah dalam operasi tolak dengan mengumpul semula bukanlah
murid-murid yang lemah namun mereka adalah murid-murid sering melakukan kesilapan dan
12
2.2.1 Analisis Pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan, pengkaji telah mengenalpasti terdapat beberapa reaksi negatif yang ditunjukkan murid
seperti tidak mengambil bahagian semasa aktiviti kumpulan berjalan dan tidak bersungguh-
sungguh dalam menyiapkan latihan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, pengkaji juga
mengesan ada murid yang bersungguh-sungguh menjawab dalam masa yang ditetapkan namun
sebahagian besar jawapan yang diberikan adalah salah. Pengkaji juga membuat pemerhatian
terhadap hasil kerja murid di papan hitam. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji
mendapati murid terbabit melakukan operasi tolak secara terus tanpa menimbangkan kedudukan
nombor yang perlu ditolak sama ada berada di bawah atau di atas. Murid tersebut terus
mengambil nombor yang lebih besar untuk ditolak dengan nombor yang lebih kecil. Hasil kerja
Rajah 2.1
13
2.2.2 Analisis Dokumen
Daripada analisis yang dijalankan terhadap dokumen bertulis murid, didapati ada
segelintir murid yang berjaya menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula
dengan betul jika diberikan bimbingan. Berdasarkan hasil kerja rumah yang diberikan kepada
murid-murid tersebut, didapati mereka berjaya menjawab soalan tersebut dengan baik dan tepat
namun, apabila mereka diberikan soalan secara spontan atau mereka diminta menjawab soalan
tersebut di dalam kelas, mereka gagal menjawab soalan penolakan berkaitan pengumpulan
semula dengan baik. Setelah pengkaji menyoal murid tersebut, didapati mereka menjawab soalan
di rumah dengan bantuan ahli keluarga. Oleh itu, murid ini berpotensi untuk menguasai
2.2.3 Temubual
Bagi melaksanakan sesi temubual ini, pengkaji telah menyediakan empat soalan
berstruktur ke atas 4 orang murid selaku responden. Soalan tersebut adalah untuk mengetahui
sejauh manakah penguasaan murid mengenai konsep penolakan dengan pengumpulan semula
yang melibatkan penolakan dalam lingkungan 1000. Temubual itu juga akan menyentuh
mengenai amalan matematik seperti mengira. Pengkaji dapat mengetahui reaksi sebenar murid –
murid semasa sesi temubual ini berlangsung kerana temubual ini dijalankan secara berhadapan
14
secara individu antara guru dengan murid. Pengkaji telah merakam temubual dan akan
menginterpretasikan semula jawapan murid kepada „Ya‟ atau „Tidak‟ melalui transkrip
Berdasarkan Jadual 2.1, pengkaji telah mengemukakan empat soalan tersebut kepada
setiap responden secara individu. Bagi setiap soalan yang dikemukakan, pengkaji telah
menganalisis respon jawapan murid – murid tersebut melalui rakaman yang dibuat. Sekiranya
murid tidak menjawab secara langsung sama ada „YA‟ atau „TIDAK‟, maka, pengkaji akan
mendengar dengan lebih teliti, menganalisis reaksi murid semasa temubual, mendengar semula
rakaman temubual, membaca transkrip dan mengklasifikasikan respon serta reaksi murid kepada
Jadual 2.1 juga merupakan panduan yang telah digunakan oleh pengkaji sebagai senarai
semak soalan temubual kepada murid – murid serta ruangan jawapan hasil daripada temubual
tersebut.
Jadual 2.1 :
15
3.
4.
Hasil daripada ujian diagnostik yang dijalankan ke atas murid Tahun 2 As-Siddiq,
didapati banyak kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kebanyakan kesalahan
yang dilakukan daam kalangan murid adalah sama. Jadual di bawah menunjukkan kesalahan-
kesalahan yang biasa dilihat berdasarkan hasil jawapan murid dalam ujian diagnostik tersebut
16
Jadual 2.2. :
bawah.
10.
dipinjam .
17
5 Menulis jawapan ‘0’ apabila
nombor di bawah.
Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap murid-murid dapat mencapai objektif
berikut :
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dengan
18
3.1.2 Objektif Khusus
1. Mengenalpasti pola kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid-murid semasa menyelesaikan
2. Menentukan sama ada penggunaan ‘Popoboard’ dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
Berikut merupakan persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi
1. Apakah pola kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid-murid semasa menyelesaikan soalan
19
3.3 Kepentingan Kajian
3.3.1 Murid
Kajian yang dijalankan ini dapat menarik minat murid untuk lebih menumpukan
perhatian terhadap pengajaran guru. Sekiranya tumpuan penuh diberikan murid terhadap
pengajaran guru, murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang di ajar. Selain itu, kajian
ini dapat meningkatkan pencapaian murid di dalam kelas. Selain daripada menyelesaikan
masalah di dalam kelas, kajian ini penting untuk memperbaiki pencapaian murid yang berada di
3.3.2 Guru
Kajian ini turut penting kepada guru dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang
yang benar-benar dapat membantu perkembangan pengetahuan murid secara menyeluruh dan
efektif. Selain itu, kajian ini dilihat amat membantu guru kerana menjadi salah satu tapak kepada
penjanaan idea-idea kreatif dan inovatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang efektif
serta menarik. Selain itu, hasil kajian ini dapat bertindak sebagai pemudahcara dalam melakukan
20
3.3.3 Sekolah
Kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah di dalam meningkatkan pencapaian
murid terutamanya di dalam mata pelajaran Matematik dan dalam mata pelajaran lain. Kajian ini
juga diharap dapat dijadikan sumber rujukan dan sumber idea untuk guru-guru lain dalam
membantu mereka menarik minat dan tumpuan murid melalui penggunaan bahan bantu mengajar
yang efektif dan menarik. Hal ini penting kerana, sekiranya murid menguasai pembelajaran
dengan baik, prestasi sekolah akan dapat ditingkatkan sekaligus dapat mengharumkan nama
sekolah.
Terdapat beberapa istilah yang telah diguna pakai oleh pengkaji dalam kajian ini. Definisi
setiap perkataan yang digunakan adalah berpandukan kepada kesesuaian kajian yang dijalankan.
Diharap ianya dapat membantu memahami dengan lebih jelas istilah yang digunapakai pengkaji.
21
3.4.1 Penggunaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, penggunaan didefinisikan sebagai perihal, perbuatan
atau kegiatan menggunakan sesuatu bahan untuk mengingati sesuatu fakta. Dalam kajian ini,
3.4.2 ‘Popoboard’
‘Popoboard’ bermaksud papan Popo. Papan Popo ini merupakan alat yang direka
pengkaji untuk membantu murid menyelesaikan masalah operasi penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula dan secara tidak langsung meningkatkan penguasaan murid dalam topik
tersebut.
3.4.3 Meningkatkan
kedudukan (taraf dan lain-lain). Dalam kajian ini, pengkaji ingin meningkatkan kemahiran murid
22
3.4.4 Penguasaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, penguasaan merujuk kepada perihal menguasai atau
3.4.5 Murid
Kamus Dewan Edisi ke-4 mendefinisikan murid sebagai anak atau orang yang sedang
belajar atau berguru. Dalam kajian ini, istilah murid merujuk kepada peserta kajian iaitu seramai
5 orang.
Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja
supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-batasan kajian adalah meliputi tempat kajian,
peserta kajian, aspek kajian yang dipilih serta masa kajian dijalankan.
Kajian ini terbatas kepada murid-murid tahun 2 Al-Siddiq di mana hanya melibatkan seramai 5
23
orang murid sahaja yang dijadikan sebagai peserta kajian. Tajuk yang telah dipilih untuk
melaksanakan kajian ialah operasi tolak dua nombor bulat dalam lingkungan 1000 melibatkan
pengumpulan semula.
Peserta bagi kajian ini terdiri daripada murid-murid tahun 2 As-Siddiq iaitu seramai 5
orang. Mereka terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Pemilihan peserta kajian ini adalah
berdasarkan kepada analisis dokumen yang telah dibuat oleh pengkaji menerusi Ujian diagnostik
yang telah dijalankan ke atas kelas berkenaan (rujuk lampiran A). Peserta kajian yang dipilih
memperolehi markah terendah di dalam kelas tersebut iaitu kurang daripada 50 peratus. Pengkaji
memilih menggunakan ujian diagnostik sebagai instrumen untuk memilih sampel kajian ini
berbanding menggunakan pencapaian dalam Ujian Pentaksiran. Ini kerana Ujian pentaksiran
melibatkan topik-topik bermula dari nombor bulat hingga penolakan. Maka, pengkaji tidak dapat
memilih sampel yang benar-benar bermasalah hanya dalam kemahiran menolak dengan
mengumpul semula. Sampel yang dipilih ini juga bukanlah yang paling teruk pencapaiannya di
dalam kelas. Pemilihan ini adalah kerana pengkaji memikirkan murid-murid ini berpotensi
mendapat markah yang tinggi namun disebabkan kesilapan dalam operasi penolakan dengan
mengumpul semula ini menyebabkan mereka tidak mendapat markah yang tinggi bagi ujian-
24
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
Setiap kajian mempunyai prosedur yang tersendiri untuk memastikan setiap langkah yang
diambil berkesinambungan antara satu sama lain. Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang
boleh digunakan bagi melaksanakan kajian tindakan ini. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai panduan prosedur kajian. Model
ini telah menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan seperti berikut :
i. Mereflek
ii. Merancang
iii. Bertindak
iv. Memerhati
mereflek
memerhati merancang
bertindak
25
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Berikut adalah empat langkah Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang diikuti oleh pengkaji:
5.1.1 Mereflek
menjalankan sesi membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan di dalam kelas. Refleksi yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah
dan merancang tindakan penyelesaian bagi membantu murid menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Selain itu juga, sesi refleksi ini membolehkan pengkaji mengenalpasti kekuatan dan
penambahbaikan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan ke atas murid tahun 2 As-Siddiq bagi topik penolakan
melibatkan pengumpulan semula. Sesi refleksi ini telah membolehkan pengkaji mengesan
kelemahan pelajar dalam menyelesaikan masalah penolakan dan kesilapan-kesilapan yang lazim
dibuat oleh pelajar. Walaupun terdapat pelajar mampu menyelesaikan masalah penolakan ini
dengan baik, namun terdapat sebahagian pelajar yang menghadapi masalah dan kekeliruan dalam
26
Selain itu, pengkaji turut mereflek strategi dan kaedah pengajaran yang digunakan
semasa mengajar topik ini. Pengkaji telah bertanya kepada murid-murid tentang kaedah
pengajaran yang digunakan pengkaji. Ada antara murid-murid tersebut yang merasa seronok
dengan kaedah pengajaran yang digunakan dan ada juga yang merasa kaedah yang digunakan
tidak menarik. Melalui sesi refleksi ini, pengkaji telah mengesan beberapa kelemahan yang perlu
dibuat penambahbaikan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.
5.1.2 Merancang
Dalam langkah merancang ini, pengkaji memulakan dengan merancang cara untuk
membantu murid mengatasi masalah yang timbul ini. Terdapat pelbagai cara yang boleh
dilakukan dalam langkah merancang ini iaitu memperbaiki dari segi pendekatan, kaedah atau
membina sumber pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji dapat mengenalpasti kesilapan yang
dilakukan oleh responden berdasarkan kepada analisis tinjauan yang telah dilakukan. Maklumat-
maklumat yang diperoleh dikumpulkan oleh pengkaji dan dianalisis bagi mengetahui punca
sebenar kesilapan yang berlaku dalam topik penolakan dengan mengumpul semula. Setelah
melakukan rujukan, kajian dan bacaan dari pelbagai sumber, pengkaji memperkenalkan
menolak dengan mengumpul semula. Pengkaji memilih responden yang sesuai bagi
27
5.1.3 Bertindak
tindakan seterusnya iaitu melaksanakan seperti yang telah dirancangkan. Tindakan pertama
pengkaji ialah menjalankan ujian pra. Ujian pra ini di jalankan ke atas semua murid 2 As-Siddiq.
Murid telah diberikan masa 40 minit untuk menjawab 10 soalan berkaitan operasi tolak dengan
mengumpul semula. Ujian pra yang telah dilaksanakan adalah bertujuan mengukur dan
Responden yang telah dipilih adalah berdasarkan pencapaian ujian pra mereka. Kemudian,
menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula. Temubual diadakan bersama
5.1.4 Memerhati
Pengkaji telah membuat pemerhatian awal sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
bagi topik penolakan melibatkan pengumpulan semula. Melalui pemerhatain tersebut, pengkaji
telah mengenalpasti beberapa masalah dan kelemahan yang ada dan masalah tersebut
Sewaktu proses rawatan dijalankan, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap tindak
balas peserta kajian semasa pembelajaran berlangsung dan tingkah laku peserta kajian.
Pemerhatian adalah meliputi aspek minat murid terhadap bahan yang digunakan, tumpuan murid
28
serta penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankan. Pemerhatian ini penting bagi melihat
Kajian tindakan yang dijalankan ini melibatkan pelbagai cara pengumpulan data yang
boleh dilaksanakan. Pemilihan cara pengumpulan data ini hendaklah berbeza-beza dan dari
sudut-sudut yang berlainan bagi menunjukkan kesahan data yang dikumpul ini. Pengkaji
memilih instrumen ujian, dokumen bertulis, pemerhatian dan akhir sekali ialah temubual.
Kesemua instrumen ini digunakan oleh pengkaji bagi mengumpul data-data yang berkaitan sama
ada pencapaian kejayaan responden hinggalah tahap penguasaan responden dalam topik
penolakan dengan mengumpul semula ini. Semua instrumen yang digunakan adalah sesuai dan
Pengkaji melaksanakan dua ujian kepada responden-responden terlibat iaitu ujian pra dan
ujian pasca. Ujian pra dijalankan bertujuan melihat sejauh mana pencapaian dan kefahaman
semula. Selain itu, pelaksanaan ujian pra ini juga bertujuan melihat pola-pola kesilapan yang
dilakukan oleh responden sebagai rujukan dan asas kepada pengkaji untuk membaiki kesilapan
yang dilakukan oleh responden. Contoh soalan ujian pra boleh dirujuk pada Lampiran B.
29
Ujian pasca pula dilaksanakan bagi membolehkan pengkaji melihat peningkatan pencapaian
setiap responden selepas sesi intervensi dijalankan. Ujian pasca ini mempunyai aras kesukaran
dan bilangan soalan sama dengan ujian pra namun nombor-nombor soalan telah ditukar dan
disusun semula bagi menguji responden. Penggunaan soalan yang sama ini membolehkan
pengkaji melakukan perbandingan dengan ujian pra mengikut soalan bagi melihat sama ada
responden terbabit dapat menguasai soalan berkaitan kemahiran menolak dengan mengumpul
semula dengan baik atau tidak. Soalan ujian pasca boleh dirujuk pada Lampiran C.
Soalan-soalan pada ujian pra dan pasca mengandungi sepuluh soalan berstruktur dan
mempunyai ruangan yang mencukupi untuk responden menunjukkan jalan pengiraan. Soalan-
soalan ini diambil sama ada dari buku teks, buku aktiviti atau Bahan Kecemerlangan.
Analisis dokumen dijalankan di mana kesemua lembaran kerja yang ada akan disemak
oleh pengkaji. Semasa peringkat awal, pengkaji telah dapat mengesan responden di mana di
kalangan murid yang masih tidak dapat menguasi konsep penolakan dengan mengumpul semula.
Pengkaji turut mengenalpasti jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan. Pasa sesi rawatan,
penelitian dokumen sangat penting. Pengkaji telah memastikan jalan kerja serta pindahan soalan
30
5.2.3 Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian awal terhadap pengajaran lepas. Hasil pemerhatian
tersebut, pengkaji dapat melihat sejauh mana minat dan kefahaman murid terhadap topik yang
diajar serta mengesan masalah yang dihadapi ketika pengajaran disampaikan oleh pengkaji.
Pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap proses rawatan yang dijalankan setelah proses
rawatan atau intervensi diberikan kepada peserta kajian. Pemerhatian ini penting bagi melihat
sejauh mana keberkesanan penggunaan alat intervensi yang digunakan. Instrumen pemerhatian
dilakukan dengan menyediakan borang pemerhatian individu yang mengandungi beberapa item
yang sesuai dengan kajian. Borang pemerhatian ini ditanda oleh pengkaji sebelum dan selepas
rawatan diberikan.
5.2.4 Temubual
Temubual ialah perbualan yang mengandungi tujuan-tujuan tertentu untuk diketahui oleh
pengkaji. Soalan-soalan yang berkaitan diajukan kepada setiap responden untuk mengumpul data
berkaitan bagi dianalisis oleh pengkaji. Setiap temubual ini dipindahkan dalam bentuk transkrip
bagi membolehkan temubual ini menjadi rujukan kepada pengkaji pada masa akan datang.
Temubual ini dijalankan selepas ujian pra dan pasca. Pengkaji memilih menggunakan 2 soalan
tertutup dan beberapa soalan terbuka yang menjawab kepada persoalan kajian yang telah
dinyatakan sebelumnya. Berikut adalah contoh soalan yang dikemukakan kepada responden.
31
Contoh soalan selepas ujian pra :
Adakah awak rasa lebih mudah menjawab soalan menggunakan ‘Popoboard’ ini?
Pengkaji akan menganalisis data dalam bentuk statistik mudah dan berbentuk deskriptif
yang mengandungi kekerapan, bilangan dan peratusan. Data yang dikumpul adalah berbentuk
Data kauntitatif ialah data yang boleh diukur, melalui proses pengukuran dan
memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Dalam kajian ini, data kuantitatif
yang boleh diukur adalah ujian pra yang dilakukan guru setelah tamat proses pembelajaran bagi
Manakala bagi data kualitatif, pengkaji memperolehi data tersebut melalui pemerhatian
awal yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, melalui
32
temubual, analisis dokumen atau sebagainya bagi mendapatkan maklumat atau data berkenaan
kajian.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis data ujian pra yang telah dilaksanakan bagi
mendapatkan gred pencapaian murid. Pengkaji akan menganalisis data ujian pasca setelah ujian
tersebut dilaksanakan. Kedua-dua data tersebut akan dibandingkan bagi melihat pencapaina
pelaksanaan kajian ini berjalan lancar. Jadual 5.1 di bawah adalah jadual tindakan pelaksanaan
kajian;
Pemerhatian
pengumpulan semula.
33
Pengumpulan data tinjauan awal
Merancang tindakan
data
Menjalankan Intervensi
5 Julai 2014
Proses rawatan dijalankan bagi membantu murid
34
6
Menganalisis data Julai 2014
Kos kajian ini adalah kos yang melibatkan kos untuk menyediakan soalan semasa
tinjauan awal dan selepas intervensi dijalankan. Ia juga turut meliputi kos membuat bahan
5 Barangan Am - - 10.00
35
RUJUKAN
Nadia Fasha (2010). Penggunaan Bahan Manipulative “Straws & Board” Bagi Membantu
Mario, M. S. & Nuria, G. S. (2004). Conceptions on the teaching of subtraction: A study focused
Mok Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
Cruey G. (2008) Teaching Subtraction: Base Ten Blocks Help Make Subtraction Concrete.
http://www.suite101.com/content/teachingsubtractions38822#ixzz10tiUqcmU
Buku Teks Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Jilid 1 (2012). Kuala Lumpur.
36
Buku Aktiviti Matematik Tahun 3 Sekolah Kebangsaan (2012).
Jean Peaget. Perkembangan Intelek Murid. Diakses pada 21 Februari 2014 dari
http://yushazwani.blogspot.com/2010/10/teori-pembelajaran-matematik.html
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur
37
LAMPIRAN
38