01.Minit-Mesyuarat-KRT CASA IMPIAN 7-1-2024

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KRT BANDAR UTAMA CASA IMPIAN

SUNGAI PETANI, KEDAH

MINIT MESYUARAT KRT BANDAR UTAMA CASA IMPIAN KALI PERTAMA TAHUN
2024

Tarikh : 07 Januari 2024


Hari : Ahad
Masa : 8.00 malam
Tempat : Surau Casa Impian Bandar Utama

AGENDA MESYUARAT

1. Kehadiran Dan Pendaftaran

1.1 Seramai 22 orang wakil penduduk yang hadir

2. Pembukaan Dan Bacaan Doa

2.1 Kata-kata aluan dan pembukaan oleh En.Suhaimi, Pegawai Perpaduan.

3. Taklimat Pematuhan SOP Mesyuarat

3.1 En.Suhaimi menerangkan seba ringkas mengenai pematuhan SOP mesyuarat yang perlu dipatuhi
semua penduduk.

4. Taklimat Aturcara Mesyuarat

4.1 En.Suhaimi menjelaskan sekali lagi berkaitan aturcara yang bakal berlangsung pada malam
ini.Cadangan AJK juga dibuat antara 20-25 orang dan 2 orang lantikan Juruaudit.

5. Taklimat Pelan Pemerkasaan KRT Dan RT 4ALL

5.1 En. Suhaimi memberi serba sedikit maklumat dan perjalanan KRT yang dibuat sepanjang tahun
seperti rondaan wajib, komuniti kejiranan dan aktiviti KRT.
5.1 Tadika Perpaduan
Perlu jalinkan Kerjasama erat dengan Tadika Perpaduan dan apa sahaja program perlu libatkan sekali
tadika untuk kesejahteraan bersama.

6. Permilihan 20-25 orang AJK KRT


6.1 Pemilihan AJK perlulah memenuhi kriteria dibawah:
I. Jumlah AJK yang ditetapkan ialah 20-25 orang.
II. 30% AJK perlulah diwakili kaum wanita dan semua AJK perlulah berumur 18 tahun
keatas dan tidak melepasi umur 70 tahun.
III. Lantikan AJK juga perlulah mewakili setiap lorong.
IV. Setiap lantikan AJK tiada pertalian persaudaraan (untuk Jawatankuasa Utama)
V. Berakal.

6.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik 20 orang AJK dan 2 orang Juruaudit. Lantikan AJK
pada malam ini seramai 15 orang dan 5 orang yang tidak hadir.

7. Pemilihan Jawatan Utama

7.1 Cadangan oleh En. Zikri supaya AJK tertinggi yang lama dikekalkan dan En.Fitri menolak cadangan
tersebut.
7.2 Mesyuarat sebulat suara melantik En. Zamri Bin Zakariya sebagai Pengerusi Baru.
7.3 Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang dilantik adalah:

Pengerusi : En. Zamri Bin Zakariya


Timbalan Pengerusi : En. Norazdi Syafeeq Bin Abdul Hadi
Setiausaha : En. Mohamad Izzuddin Bin Ishak
Pen. Setiausaha : En. Helmizan Bin Md Zuki
Bendahari : En. Mohd Hairil Bin Husin

7.4 Mesyuarat juga bersetuju melantik 2 orang juruaudit bagi mewakili iaitu Pn.Syafifah Zarifah Binti
Ahmad Bakri dan En.Jasrizal Bin Jamil.

8. Ucapan Pengerusi KRT Baru Penggal 2024/2025

8.1 : En. Zamri selaku Pengerusi baru menyampaikan ucapan penghargaan serta mengharapkan
kerjasama serta sokongan semua pihak.

9. Penyerahan Buku Panduan RT 4ALL

9.1 : Penyerahan buku panduan untuk sesi 2024/2025 telah diserahkan kepada Pengerusi Baru.
9.2 : En.Suhaimi menjelaskan bahawa setiap AJK yang dilantik perlu mengisi Borang RT B1 dan
dilampirkan sekeping gambar.
9.3 : Setiap AJK juga diinsurankan dibawah Insurans Berkelompok yang akan dipilih nanti. Faedah
yang boleh didapati daripada insurans tersebut ialah Khairat Kematian, Pampasan Kematian, Pampasan
TPD & Elaun Hospital bagi kes terjadi semasa bertugas.
Sekiranya kes berlaku diluar waktu bertugas pampasan yang boleh dituntut ialah Khairat & Pampasan
Kematian.

10. Bersurai

10.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 malam.


Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

……………………………… ………………………………

( Moamad Izzuddin Bin Ishak ) ( Zamri Bin Zakariya )


Setiausaha Pengerusi
KRT Bandar Utama Casa Impian KRT Bandar Utama Casa Impian

KEHADIRAN
01. En .Muhammad Fitri Bin Abu Kassim
02. En. Ruzaimi Bin Ahmad
03. En. Norazdi Syafeeq Bin Abdul Hadi
04. En. Wan Ahmad Asyraf Bin Wan Asri
05. En. Mohammad Fakrol Razi Bin Abdullah
06. En. Mohd Hairil Bin Husin
07. En. Mustafa Bin Raduan
08. En. Zamri Bin Zakariya
09. En. Mohd Saiful Hisyam Bin Md Kassim
10. En. Mohd Mazlan Bin Zakaria
11. En. Noradzi Syafeeq Bin Abdul Hadi.
12. En. Mohd Zikri Ramli
13. En. Mohd izzuddin bin ishak
14. Pn. Siti Hanirulaswaniza Binti Rosly
15. Pn. Zuraidah Binti Othman
16. Pn. Rofidah Binti Mohd Noor
17. Pn. Noor Liza Binti Azezool
18. Pn. Lily Mazwim Binti Mazlan
19. Pn. Siti Nurmaisarah Binti Norshahedi
20. Pn. Afriza Binti Abu Hasan.

You might also like