Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SULIT PAT PK T4 2020

NAMA TAHUN

Pendidikan
Kesihatan
November
2020
1 jam SK KUALA LINGGI
78200 KUALA SUNGAI BARU
MELAKA

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


2020

PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 4
1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Tulis nama dan kelas anda pada ruang yang disediakan.

2 Jawab semua soalan.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………………………. ……………………………………………… ………………………………………………


( MUHAMMAD ADZFAR AIMAN ) ( ABDUL RAZAK BIN HASHIM ) ( NORAINI BINTI A BAKAR )
GURU PENDIDIKAN KESIHATAN KP PENDIDIKAN KESIHATAN GPK PENTADBIRAN

1 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bulatkan SATU
sahaja jawapan yang betul.

1. Nyatakan pernyataan yang tepat berkenaan dengan akil baligh.


A Remaja sedang meningkat dewasa
B Peringkat kematangan anggota seksual dan sistem reproduktif seseorang
C Otot dan anggota badan semakin membesar
D Perubahan daripada kanak kanak kepada remaja

2. Berikut merupakan perubahan fizikal bagi lelaki, kecuali


A Mengalami perubahan bau badan
B Tumbuh misai dan bulu dada.
C Dada membidang
D Punggung membesar

3. Pilih pernyataan yang menyatakan perubahan fizikal pada perempuan selepas akil
baligh.

I. Bersuara lunak III. Otot tangan dan kaki membesar


II. Payu dara membesar IV. Dada menjadi bidang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

4. Hanis berasa gelisah, mual, loya dan cepat marah.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A Simpton haid
B Menarke
C Ihtilam
D Akil baligh
2 [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

5. Nyatakan cara menjaga kebersihan diri yang boleh dilakukan oleh remaja perempuan
semasa kedatangan haid.
A Mengepit kuku
B Memotong rambut
C Mandi dan bersihkan diri
D Mencuci muka

6. Cecair yang mudah terbakar dan memberikan kesan memabukkan.

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Rokok
B Dadah
C Alkohol
D Gam

7. Berikut merupakan kesan pengambilan alkohol secara berlebihan, kecuali


A Kemurungan
B Muntah
C Hilang ingatan sementara
D Cekap

8. Keinginan Ali sering tidak dipenuhi oleh ahli keluarganya. Ini menyebabkan
A Punca konflik
B Stres
C Perbalahan
D Melarikan diri dari rumah

9.  Tidak boleh melihat kejayaan orang lain.


 Tidak boleh menerima kenyataan jika orang lain
lebih hebat daripada dirinya.

Pernyataan di atas merujuk kepada punca konflik dan stres iaitu


A Sikap irihati
B Masalah kekeluargaan
C Masalah kesihatan
D Tiada keyakinan diri

3 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

10. Apakah kesan konflik dan stres terhadap individu?

I. Suka bersendirian
II. Bertambah selera makan
III. Menjadi semakin sihat
IV. Menjadi panas baran

A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan IV

11. Kita perlu mengamalkan sifat saling menyayangi terutamanya menyayangi diri
sendiri. Ini penting untuk
A Bertukar-tukar idea
B Bekerjasama dalam sesuatu perkara
C Mendapatkan sokongan
D Meningkatkan keyakinan diri

12. Bagaimanakah cara kita menunjukkan sifat kasih sayang kepada ibu bapa?
A Menolong ibu bapa melakukan kerja
B Berjimat cermat ketika berbelanja
C Menyampuk perbualan ibu dan bapa
D Membiarkan ibu menjemur baju di rumah

13. Kegiatan rekreasi bersama keluarga baik untuk kesihatan. Berikut manakah bukan
aktiviti rekreasi?
A Berkhemah
B Bekerja
C Beriadah
D Berkebun

4 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

14. Apakah yang akan anda lakukan sekiranya adik atau abang anda terlibat dengan gejala
sosial seperti BULI?
A Turut serta dalam aktiviti tersebut bersama-sama
B Memberi nasihat yang baik apabila di rumah
C Memarahi mereka di khalayak ramai
D Mendiamkan diri sahaja

15. Bagaimanakah cara untuk menghargai ahli keluarga untuk menjamin kesejahteraan
keluarga?

I. Memberi kegembiraan dalam rumah


II. Menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu
III. Mengamalkan sikap positif sesama ahli keluarga
IV. Meraikan hari ulang tahun bersama-sama

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, III dan IV
D I, II dan IV

16. Apakah maksud rakan sebaya?


A Rakan yang sama umur
B Rakan yang sama umur dan mempunyai minat yang sama
C Rakan yang sama umur serta bersekolah di sekolah yang sama
D Rakan dari pada lingkungan umur, latar belakang dan minat yang sama

17. Apakah ciri-ciri rakan sebaya yang negatif yang perlu kita jauhi?

I. Sering melanggar peraturan sekolah


II. Menghisap rokok dan dadah
III. Melakukan kegiatan vandalisme
IV. Menghormati ibubapa, guru dan rakan sebaya

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

5 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

18. Antara berikut yang manakah merupakan salah laku di kalangan murid di sekolah?

I. Berbahasa lucah dan kesat


II. Menghormati guru
III. Melawan pengawas

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan III sahaja
D I, II dan III

19. Berikut merupakan norma kehidupan yang baik untuk mengatasi masalah salah laku,
kecuali

A menyertai kumpulan samseng


B mendalami bidang keagamaan
C menyertai unit beruniform
D memupuk semangat kekeluargaan

20. Berikut adalah perlakuan di kalangan murid yang tidak mengikut norma kehidupan,
kecuali

A Menunggang motosikal tanpa lesen


B Melawan ibubapa
C Menghidu gam
D Menghormati guru

21. Berikut merupakan penyakit tidak berjangkit, kecuali


A Asma
B Demam campak
C Diabetes
D Penyakit buah pinggang

6 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

22.
Pengambilan gula yang tinggi, mengamalkan makan sebelum tidur malam.

Pernyataan di atas merujuk kepada punca penyakit


A Diabetes
B Asma
C Demam denggi
D Darah tinggi

23. Berikut merupakan cara untuk mencegah penyakit Diabetes, kecuali


A. Membuat pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya 4 kali setahun
B. Mengamalkan gaya hidup sihat
C. Mengamalkan pemakanan yang seimbang
D. Mengambil kadar gula yang tinggi

24.  Degupan jantung cepat dan tidak teratur


 Sukar bernafas
 Sakit dada
 Berpeluh

Pernyataan di atas merujuk kepada simptom bagi penyakit tidak berjangkit iaitu
A Asma
B Tekanan darah tinggi
C Penyakit jantung
D Diabetes

25. Pilih cara yang dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit buah pinggang

A Kurangkan pengambilan protein


B Elak berada di kawasan berhabuk
C Menjaga kebersihan diri
D Kurangkan pengambilan makanan berlemak

7 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

26. Pernyataan di bawah merupakan situasi pengantunan seksual kanak kanak, kecuali
A Memujuk untuk berjumpa tanpa pengetahuan sesiapa
B Menyentuh bahagian tubuh
C Menghantar video atau pesanan ringkas yang mengandungi kandungan tidak
sesuai
D Berjumpa ahli keluarga kamu

27. Pada suatu petang, seorang lelaki dewasa tidak dikenali mengajak Azmin keluar
makan di tepi padang awam. Apakah dialog sesuai diucapkan oleh Azmin?
A Nanti saya pergi ke sana
B Pukul berapa ya kita boleh berjumpa
C Maaf saya sudah makan
D Jom kita pergi

28. Ali ingin mempercepatkan proses tumbesaran badannya. Apakah kombinasi makanan
yang sesuai

I. Sayuran III. Daging


II. Oat IV. Susu

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 29 berdasarkan gambar di bawah.

29. Nutrien utama yang terdapat dalam kumpulan makanan di atas, dapat
………………...
A Membekalkan tenaga
B Meningkatkan ketahanan badan
C Membekalkan haba pada tubuh

8 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

D Membantu proses tumbesaran


30. Antara sumber bagi vitamin ialah ……………………….
A Daging ayam, dan daging lembu
B Coklat, madu dan gula-gula
C Susu dan berbagai jenis bijiran
D Buah limau, betik, nenas dan sayuran hijau

31. Antara sumber nutrien berikut, yang manakah tidak membekalkan protein?
A Ikan
B Sayur tomato
C Telur
D Daging

32. Karbohidrat ialah zat makanan yang


A Menguatkan fikiran
B Menguatkan gigi
C Menguatkan tulang
D Memberi sumber tenaga

33. Adli mengamalkan pengambilan nasi, sayur, ayam dan jus. Menu begini sesuai untuk
A Sarapan
B Makan tengah hari
C Makan lewat malam
D Minum petang

34. Mengapakah sarapan yang sihat sangat penting bagi seseorang murid?

I. Menyebabkan murid jadi mengantuk


II. Memberi tenaga kepada tubuh sebelum memulakan hari
III. Memberi kecergasan badan yang berpanjangan
IV. Membantu mengawal berat badan yang seimbang

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV

9 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

D I, II dan IV
35. Proses menghancurkan makanan menjadi kecil agar zat-zat mudah diserapkan dalam
sistem peredaran darah adalah ……………………….
A Perkumuhan
B Pencernaan
C Pembinaan
D Penghantaran

36. Berikut merupakan kepentingan maklumat pada label makanan, kecuali


A Untuk menunjukkan kandungan bahan sesuatu produk makanan
B Mengetahui tarikh luput sesuatu produk makanan
C Mendapat harga yang murah bagi sesuatu produk makanan
D Rujukan senarai nutrien yang terkandung dalam produk makanan

37.
Bengkak, permukaan kulit menjadi biru.

Pernyataan di atas sesuai untuk


A Terseliuh
B Luka
C Lebam
D Patah

38.
Razi menuam air sejuk menggunakan ais selama lebih kurang 10 minit
setiap dua jam selama dua hari.

Pernyataan di atas merujuk kepada rawatan untuk


A Lebam
B Sesak nafas
C Diabetes
D Sakit jantung

 Demam kuat yang mengejut


10 [Lihat halaman
 Sakit pada bahagian tulang, sendi dan mata
sebelah]
SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

39.

Ciri-ciri di atas adalah tanda bagi penyakit


A Sesak nafas
B Taun
C Selesema
D Demam denggi

40. Demam denggi merebak melalui ……………………….


A Air kotor
B Makanan tercemar
C Gigitan nyamuk aedes
D Muntah-muntah

41. Kenapakah kita dilarang menyapu losyen dan minyak panas di tempat yang
mengalami kecederaan
A Mengeringkan kulit pada bahagian luaran
B Meningkatkan aliran darah dan memburukkan kecederaan
C Tekanan di tempat luka semakin berkurang
D Menyebabkan luka semakin besar

42. Berikut merupakan kepentingan bantu mula, kecuali


A Mengurangkan kecederaan yang dialami mangsa
B Mengelakkan kecederaan yang serius
C Mengurangkan kesakitan mangsa
D Memudahkan tugas doktor

43. Setelah sebulan menjalani latihan pasukan bola baling sekolah, anda telah mengalami
masalah terseliuh kaki semasa latihan. Ini menyebabkan anda tidak terpilih mewakili
pasukan sekolah. Apakah perasaan anda?
A Gembira
B Takut
C Kecewa
D Bangga
44. Apabila anda ingin menaiki bot, pastikan anda ……………………….
11 [Lihat halaman
sebelah]
SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

A Duduk sambil melihat laut


B Membawa bekalan makanan
C Mengambil gambar permandangan
D Memakai jaket keselamatan

45. Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menjaga kesihatan dan
menjamin kesejahteraan hidup.
Antara berikut yang manakah TIDAK ADA kaitan dengan gaya hidup yang sihat?
A Makanan dan pemakanan
B Bersenam dan bermain
C Berehat dan berekreasi
D Bergaya dan berfesyen

46. Kita tidak digalakkan bersenam selepas makan kerana ……………………….


A Mengganggu proses penghadaman
B Mengganggu proses pernafasan
C Mengganggu proses penyerapan
D Mengganggu proses metabolisma

47. Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai perasaan negatif?


A Marah
B Sayang
C Gembira
D Teruja

48. Hubungan antara ahli keluarga penting dalam menentukan _________________


sesebuah keluarga.
A Keharmonian
B Kekayaan
C Kegagalan
D Keruntuhan

12 [Lihat halaman
sebelah]
SULIT
SULIT PAT PK T4 2020

49. _________________ adalah bukan aktiviti kecergasan sebagai amalan kesihatan


tubuh badan kita.
A Mengayuh basikal
B Senamrobik
C Berjalan pantas di waktu pagi
D Tidur banyak

50. Kenyataan di bawah adalah cara menjaga kebersihan tubuh badan, kecuali
A Membasuh tangan
B Membasuh basikal
C Menggosok gigi
D Berpakaian bersih

13 [Lihat halaman
sebelah]
SULIT

You might also like