Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks ucapan Majlis Anugerah NILAM 2023/2024

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani .Salam Anak Yang Baik
Lagi Cerdik, Salam Keluarga SK RTB,SK RTB Striver

Yang berusaha Pn. Rosmawati Binti Sidek


Guru Besar SK RTB Bkt Changgang

Yang Dihormati En. Norhazmirfikri Bin Muhammad


Yang Di Pertua PIBG SK RTB Bkt Changgang

Yang Berusaha Barisan Pentadbir SK RTB Bukit Changgang,

En. Mohd Raihan Bin Kasim


Penolong Kanan Pentadbiran ,

En. Khairul Azri b. Mohammed


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Mohd Bin Buang


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Fatimah Azzahrah binti Abdul Rahman,


Penolong Kanan Petang

Pn.Suriyati Binti Tumiran,


Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Seterusnya AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hello.. hai….
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk bersama-
sama murid dan guru-guru pada pagi ini untuk menyempurnakan Majlis Anugeah NILAM peringkat
sekolah 2023/2024.

Murid dan guru-guru sekalian,

Membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang individu. Tabiat membaca perlu disemai
dalam diri setiap insan sejak di bangku sekolah lagi. Melalui kesedaran tersebut, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Program Nilam di sekolah bertujuan untuk membina tabiat
membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat yang cinta kepada budaya
membaca dan budaya ilmu.

Untuk pengetahuan semua,

NILAM merupakan akronim daripada perkataan Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program Nilam
merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di
sekolah di seluruh negara. Program NILAM telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan
Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan
Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini
dilaksanakan bermula dengan murid Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau
Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga murid
tamat persekolahan.

Objektif program nilam ialah:

*menjadikan murid banyak membaca

*menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

1 BINTANG 144 – 287

2 BINTANG 288 – 431

3 BINTANG 432 – 575

4 BINTANG 576 – 719

5 BINTANG 720 – ke atas


Pada hari yang penuh bermakna hari ini, Pengiktirafan dan ganjaran akan diberikan di kepada murid
yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran
dan pengiktirafan NILAM. Nilam juga akan diambil kira untuk markah PAJSK.
Alhamdulillah. Pada tahun ini seramai 129 murid akan menerima ganjaran kerana mencapai tahap 1-
5 bintang. Berikan tepukan kepada murid-murid yang berjaya. Murid yang tidak berjaya, teruskan
lagi usaha anda.

Sebelum mengakhiri ucapan ini ,saya ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa NILAM
20203/2024 serta semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa dedikasi dan
keringat yang telah anda curahkan kejayaan pada hari ini tentu sekali sukar untuk kita perolehi.

Sekian terima kasih.

You might also like