Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL KE-3 2023/2024

Tarikh : 14 SEPTEMBER 2023


Masa : 1.15 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT SK SERI BAYU
Kehadiran :
1. Pn. Omai Sarah Bt. Abdul Hamid (Pengerusi)
2. En. Mohd. Fazli B. Adenan (PK Kokurikulum)
3. En. Muhammada Zaki B. Md Arshat (Ketua Panitia)
4. En. Masri B. Ishak
5. En. Mohd Shukri B. Bakar
6. Pn. Azliza Bt. Che May
7. Pn. Alyane Bt. Abdullah
8. En. Sugumaran Chandra (Setiausaha)

1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir ke Mesyuarat Kurikulum
Bil 3 Sesi 2023/2024.
1.2 Ucapan kata-kata semangat dan nasihat dari pengerusi yang menyentuh:
1.2.1 Guru-guru perlu bagi komitmen yang tinggi dalam memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran matapelajaran sains.
1.2.2 Buku-buku latihan murid perlu ditandai dalam masa 3 hari selepas sesuatu
tugasan diberikan.
1.2.3 Teruskan lagi usaha-usaha murni cikgu dalam mengajar matapelajaran sains.

2 Pembentangan Belanjawan Panitia Sains


2.1 Ketua Panitia membentangkan peruntukan tahun semasa kepada semua ahli panitia.
2.2 Ketua Panitia meminta semua ahli untuk memberi pandangan tentang apa yang patut
dibeli menggunakan peruntukan yang diberikan untuk panitia.
2.2.1 Ahli panitia berbincang dan memberikan senarai barangan yang penting untuk
panitia supaya Ketua Panitia boleh membuat pesanan .
2.2.2 Ketua Panitia menerangkan peruntukan yang diberikan ialah RM 4500.00.
2.2.3 Senarai dilengkapkan dan diberikan kepada Puan Guru Besar untuk tindakan
selanjutnya.
TINDAKAN: SEMUA AHLI

1
3 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 TIADA

4 Ucapan Penangguhan
4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan
Surah Al-Asr.

Disediakan Oleh:

.....................................................
SUGUMARAN CHANDRA
SETIAUSAHA PANITIA SAINS
SK SERI BAYU

You might also like