Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kedaulatan Negara

Kedaulatan ditakrifkan sebagai – kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta
mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara

Takrif Kedaulatan

Bahsa Yunani

-Kedaulatan ialah Supernuus(agung) atau Superanus(tertinggi)

Bahasa Inggeris

-Kedaulatan ialah Sovereignty

Bahasa Arab

-Kedaulatan berasal daripada perkataan “daulah” dalam Bahasa Arab

Bahasa Melayu

-Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan
negara

Pandangan Tokoh

Aristotle- Kedaulatan merujuk kepada kerajaan yang terikat oleh undang-undang

Ibnu Khaldun- Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama
menyebabkan sesuatu bangsa rela berkorban demi mencapai cita-cita yang sama

Jean Bodin- Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat
undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj- Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan
yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat

Tun Dr. Mohamed Salleh Abas- Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka dan memiliki
kebebasan pada peringkat antarabangsa

Jenis Kedaulatan

Kedaulatan Tradisional

-Merujuk kepada sistem pemerintahan berkuasa mutlak

-Wujud sejak tamadun awal manusia

-Kedaulatan negara kita pula berpaksi pada kedaulatan Raja-Raja Melayu

-Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi

-Kedudukan dan Kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat


Kedaulatan Moden

-dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan
Revolusi Perancis

-Kedaulatan juga dikaitkan dengan hak rakyat den kerajaan berpelembagaan

-Selepas Perang Dunia Kedua, Kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan unsur
persamaan rumpun bangsa dan Bahasa bagi membentuk negara bangsa masing-masing

-Kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara bangsa pula lahir hasil gabungan negeri yang dikenali
sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia

Kedaulatan Undang-undang

-Bermaksud kerjaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi

-Kedaulatan undang-undang menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat

-Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara

Kedaulatan Antarabangsa

-Merujuk kepada pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sebuah negara
yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain

Ciri-Ciri Negara Berdaulat

Mempunyai Pemerintahan

-Pemerintahan diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi

-diajalankan secara teratur

-Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen

-Ketua Negara- Yang di-Pertuan Agong

-Ketua Kerajaan- Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri

Mempunyai Sempadan

-Garis pemisah antara negeri atau negara

-Malaysia merupakan negara yang berkongsi sepmadan darat, air dan udara dengan negara jiran,
iaitu Brunei, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia

-Penetapan sempadan memudahkan pentadiran, pemerintahan, petahanan dan pembangunan


ekonomi negara kita

Mempunyai Perundangan

-Menjadi asas kepada peraturan negara

-memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat

-Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara


Mempunyai Rakyat

-Rakyat merupakan penduduk di sebuah negara

-Rakyat terikat kepada peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah

-Rakyat terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam

-Mereka disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identity nasional yang
sama

Langkah Mempertahankan Kedaulatan

-Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi

-Mengekalkan perpaduan kaum

-memupuk patriotisme

-mengukuhkan pertahanan negara

You might also like