Jawapan Untuk 10 Soalan Ulangkaji Mye Ekonomi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

JAWAPAN UNTUK 10 SOALAN ULANGKAJI MYE EKONOMI

DISEDIAKAN OLEH: MR MAHESH

SOALAN 1

(a)

 Permintaan ialah keinginan dan kemampuan seseorang individu membeli sesuatu barang
atsu perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam tempoh yang tertentu.
 Contoh: keluk permintaan DD bagi suatu barang.

 Berdasarkan keluk permintaan DD:


- Apabila harga barang RM1, kuantiti diminta adalah 20 unit
- Apabila harga barang RM2, kuantiti diminta adalah 10 unit
 Wujud hubungan songsang atau negatif antara tingkat harga dengan kuantiti diminta
 Apabila harga barang naik, kuantiti diminta turun
 Apabila harga barang turun, kuantiti diminta naik

(b)(i)

 Barang pengganti

(ii)

 Harga barang X naik, kuantiti permintaan barang Z naik.


 Apabila harga barang Z naik, pengguna gantikan barang X dengan barang Z.
 Harga barang X turun, kuantiti permintaan barang Z turun.
 Apabila harga barang X turun, pengguna gantikan barang Z dengan barang X.

1
SOALAN 2

(a) Dua peranan isi rumah dalam ekonomi:

 Sebagai pembekal faktor-faktor pengeluaran. Isi rumah menerima ganjaran dalam bentuk
upah/sewa/untung/faedah.
 Sebagai pengguna barang dan perkhidmatan. Isi rumah membeli barang dan
perkhidmatan daripada firma bagi memaksimumkan kepuasan.

(b) (i) dan (ii)

(iii) Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan permintaan tersebut bagi barang X:

 Harga barang lain – bagi barang pengganti, kenaikan harga bagi suatu barang
menyebabkan permintaan barang penggantinya meningkat.
 Citarasa pengguna – permintaan terhadap barang tersebut meningkat sekiranya citarasa
pengguna meningkat terhadap barang tersebut.
 Jangkaan harga pada masa depan – permintaan suatu barang pada masa kini akan
bertambah sekiranya pengguna menjangkakan harga akan naik pada masa depan.

2
SOALAN 3

(a) Masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan:

 Kekurangan – kerajaan menghadapi masalah kekurangan pendapatan negara atau sumber


hasil cukai.
 Pilihan – pilihan terpaksa dibuat oleh kerajaan yang bertujuan untuk memaksimumkan
kebajikan rakyat, sama ada memilih Projek Tebatan Banjir Sungai Pari atau Kompleks
Sukan Komuniti Taiping.
 Kos lepas – sekiranya kerajaan memilih Projek Tebatan Banjir Sungai Pari, jadi kos
lepasnya ialah Kompleks Sukan Komuniti Taiping, iaitu projek kedua terbaik yang
terpaksa dilepaskan.

(b)

(i) Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

(ii) Perbezaan:

Sistem Ekonomi Perancangan Aspek Sistem Ekonomi Pasaran


Pusat Bebas
Kerajaan memiliki sumber ekonomi Pemilikan faktor Individu dan pengeluar adalah
sepenuhnya secara mutlak pengeluaran pemilik faktor pengeluaran
Kerajaan berhak membuat Penentu kehendak Pengeluar bebas membuat
keputusan ekonomi sepenuhnya keputusan ekonomi
Kerajaan memilih barang yang Pembuat pilihan Firma bebas memilih untuk
hendak dikeluarkan seperti barang mengeluarkan jenis barang dan
awam kuantiti barang

3
SOALAN 4

(i) Kuantiti permintaan pasaran pada tingkat harga RM30 ialah 20 unit (8 + 12).

(ii)

(iii) Pembentukan keluk permintaan di 4(ii)

 Kuantiti permintaan pasaran ialah 28 unit (12 + 16) pada tingkat harga RM20
ditunjukkan oleh titik X.
 Kuantiti permintaan pasaran ialah 20 unit (8 + 12) pada tingkat harga RM30
ditunjukkan oleh titik Y.
 Kuantiti permintaan pasaran ialah 12 unit (4 + 8) pada tingkat harga RM40
ditunjukkan oleh titik Z.
 Apabila titik-titik X, Y dan Z disambungkan, keluk permintaan pasaran dapat
dibentuk.
 Keluk permintaan pasaran lebih landai berbanding dengan keluk permintaan individu.

4
SOALAN 5

(a) (i)

(ii) Pembentukan keluk penawaran pasaran tersebut:

 Kuantiti penawaran pasaran ialah 5 unit (2 + 3) pada tingkat harga RM2, yang
ditunjukkan pada titik X.
 Kuantiti penawaran pasaran ialah 9 unit (3 + 6) pada tingkat harga RM4, yang
ditunjukkan pada titik Y.
 Keluk penawaran pasaran SmSm terbentuk apabila titik X dan titik Y disambungkan.
 Keluk penawaran pasaran SmSm mencerun ke atas dari kiri ke kanan

5
SOALAN 6

(a) Konsep isi rumah:

 Isi rumah ialah sekumpulan individu, sebuah keluarga atau seseorang individu yang
tinggal dalam sebuah rumah sebagai satu unit ekonomi secara bersama bagi memilih
barang dan perkhidmatan untuk memaksimumkan kepuasan.

(b) (i) Kaitan antara Barang X dan Barang Y ialah barang penggenap.

(ii) Hubungan antara Barang X dengan kuantiti permintaan Barang Y:

 Harga barang X naik daripada RM3 kepada RM5 menyebabkan kuantiti barang Y
yang diminta berkurang daripada 10 unit kepada 5 unit.
 Hubungan di antara barang X dengan kuantiti permintaan barang Y adalah negatif.

SOALAN 7

(a) (i) Keluk keseimbangan pasaran

(ii) Harga dan kuantiti keseimbangan:

 Harga keseimbangan pasaran – RM55


 Kuantiti keseimbangan pasaran – 100 unit

(iii) Keadaan pasaran barang pada RM30:

 Kuantiti permintaan pasaran melebihi kuantiti penawaran pasaran

6
 Lebihan permintaan pasaran sebanyak 80 unit (160 unit – 40 unit)
 Harga barang akan turun.

SOALAN 8

(a) Perbezaan:

Rajah 1 Rajah 2
Menunjukkan perubahan kuantiti diminta Menunjukkan perubahan permintaan
Perubahan kuantiti diminta disebabkan oleh Perubahan permintaan disebabkan oleh
kejatuhan harga barang itu sendiri faktor-faktor lain seperti citarasa pengguna,
pendapatan pengguna dan harga barang lain
Melibatkan pergerakan titik ke bawah di Melibatkan peralihan keluk permintaan ke
keluk permintaan yang sama kanan

SOALAN 9

(a) (i) Nilai Q jika harga keseimbangan RM4:

Kuantiti permintaan pasaran = Kuantiti penawaran pasaran

20 + Q = 60

Q = 60 – 20

Q = 40 unit

(ii) Keadaan pasaran pada tingkat harga RM2:

 Berlaku lebihan permintaan sebanyak 30 unit


 Harga cenderung naik sehingga RM4
 Kuantiti diminta ialah 75 unit (30 + 45)
 Kuantiti ditawar ialah 45 unit

7
SOALAN 10

(i) Negara X – Sistem ekonomi pasaran bebas / kapitalis

Negara Z – Sistem ekonomi campuran

(ii) Perbezaan ciri-ciri ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua buah negara:

Ciri – ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Sistem Ekonomi Campuran


Pemilikan faktor Sumber ekonomi bebas dimiliki Sumber ekonomi bebas dimiliki
pengeluaran oleh individu dan pihak swasta oleh individu, pihak swasta dan
kerajaan
Pembuat pilihan Individu dan pihak swasta bebas Individu dan pihak swasta bebas
membuat pilihan membuat pilihan, namun kerajaan
mengehadkan kebebasan
berlandaskan undang-undang dan
peraturan
Penentu kehendak Individu dan pihak swasta Individu, pihak swasta dan
menentukan keputusan ekonomi kerajaan menentukan keputusan
ekonomi

You might also like