Penulisan Sosiologi Dalam Pendidikan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2021 TAHUN 2 SEMESTER 2)
_________________________________________________________________
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
EDUP3143
_________________________________________________________________

NAMA NURUL ZARITH NATASHA BINTI ZAMRI

ANGKA GILIRAN 2021192340339

NO. KAD PENGENALAN 030908-01-0864

KUMPULAN PISMP A6

KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH DR AISYA SUGUMARIE BINTI ABDULLAH

TARIKH HANTAR 4 APRIL 2024

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 3
2.0 KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL ............................................................................................. 3
3.0 KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN ............................... 3
i. SEKOLAH ................................................................................................................................. 3
ii. KELUARGA .............................................................................................................................. 4
iii. MASYARAKAT ......................................................................................................................... 5
4.0 FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT
KONTEMPORARI................................................................................................................................ 6
i. BANGSA ................................................................................................................................... 6
ii. ⁠BAHASA ................................................................................................................................... 6
iii. ⁠STRUKTUR SOSIAL............................................................................................................... 7
iv. ⁠AGAMA DAN KEPERCAYAAN ............................................................................................. 7
v. ADAT RESAM DAN BUDAYA ............................................................................................... 8
5.0 IMPLIKASI FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT
KONTEMPORARI TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN ........................... 9
6.0 KESIMPULAN................................................................................................................................ 9
RUJUKAN ........................................................................................................................................... 10

2
1.0 PENGENALAN
Dalam menyelusuri cabaran globalisasi, masyarakat kontemporari menunjukkan perbezaan
yang ketara antara kumpulan-kumpulan yang mendapat keistemewaan atau akses
berbanding dengan yang lain. Tamsilnya, golongan berpendapatan tinggi dan mempunyai
peluang pendidikan yang baik cenderung untuk berada di barisan hadapan berbanding
golongan yang kurang berkemampuan. Di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,
adalah penting untuk mengurangkan isu stratifikasi sosial dan sosiobudaya dalam masyarakat
bagi mencapai integrasi nasional supaya dapat memberi akses dan peluang untuk semua
lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang sosial.

2.0 KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL


Stratifikasi sosial merupakan pengaruh utama dalam penentuan corak hidup masyarakat
dalam sesebuah negara. Hal ini kerana, dalam masyarakat terdapat pelbagai golongan yang
berbeza dari segi latar belakang. Menurut Binti Maunah (2015) stratifikasi sosial merujuk
kepada organisasi masyarakat dalam susunan atau peringkat yang berbeza dan mempunyai
kedudukan sosial tersendiri. Dalam konteks ini, stratifikasi sosial ialah sistem hierarki yang
dipanggil ‘strata’ (Rohana, 2010). Syarif Moeis (2008) menyatakan sistem ini merupakan ciri
tetap dan umum wujud dalam setiap masyarakat yang teratur.

3.0 KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN


Dalam perbincangan penulisan ini akan memfokuskan pada kesan stratifkasi sosial yang
wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Dato Seri Kamaruddin (SMK KDSK)
berdasarkan tiga aspek iaitu sekolah, keluarga dan masyarakat.

i. SEKOLAH
Sekolah merupakan institusi di mana guru perlu mendidik dan membimbing murid
(Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar & Mohd Hanapiah Khamis, 2024). SMK KDSK
merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan harian yang berada di kawasan luar
bandar Seri Manjung, Perak. Dalam persekitaran sekolah akan wujudnya sebuah
organisasi yang terdiri daripada kumpulan manusia untuk mencapai matlamat yang
sama. Berikut merupakan organisasi dan sistem hierarki di SMK KDSK.

3
Rajah 1: Organisasi dan Sistem Hierarki di SMK KDSK.

Dalam setiap susunan organisasi dan sistem hierarki akan mempunyai peranan dan
kuasa masing-masing terhadap tindakan yang akan dilaksanakan di sekolah. Jika terdapat
konflik manusia terhadap pengendalian dalam organisasi akan menyebabkan
ketidakaturan disebabkan isu yang kompleks. Menurut Idrul Hisham Ismail, et.al (2024),
ketidaksefahaman akan muncul apabila sebuah organisasi mempunyai status dan
pandangan yang berbeza tentang peranan yang sepatutnya dilaksanakan.

Berdasarkan pengalaman berada di SMK KDSK selama lima tahun, isu stratifikasi
sosial ini berlaku disebabkan sikap senioriti guru veteran terhadap guru baharu. Hal ini
kerana, mereka bependapat bahawa guru baharu memerlukan pengalaman yang lebih
banyak berbanding mereka yang sudah lama berkhidmat. Dalam konteks ini, dapat
dikatakan bahawa guru baharu perlu mengendalikan kerja-kerja yang banyak tanpa
sebarang bantuan dan dibrikan tugas untuk mengendalikan kelas belakang. Hal ini akan
memberi kesan terhadap struktur organisasi dan iklim sekolah kerana berlakunya
pembentukan budaya organisasi yang tidak sihat.

ii. KELUARGA
Keluarga merupakan golongan darah yang memiliki hubungan keturunan antara satu
sama lain (Dewan Bahasa Pustaka, 2017). Kesan stratifikasi sosial terhadap
pendidikan dalam konteks keluarga dapat dilihat berdasarkan faktor sosioekonomi dan
pembahagian kelas bagi keluarga tersebut. Antaranya akses kepada sumber daya
pendidikan seperti yang telah dinyatakan bahawa keluarga yang berpendapatan tinggi
lebih cenderung memunyai akses yang lebih besar dengan menyediakan kelengkapan
alat dan bahan seperti buku, uniform dan teknologi serta pembiayaan kepada anak-

4
anak mereka. Hal ini juga memberi impak yang positif kepada anak-anak sebagai
motivasi dan sokongan mereka dalam meningkatkan prestasi akademik.

Di SMK KDSK, kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan dalam konteks


keluarga dapat dilihat melalui murid-murid yang berada di kelas hadapan
kebanyakkannya berada dalam keluarga berpendapatan tinggi. Penglibatan ibu bapa
biasanya aktif bagi kelas sosial tinggi terutamanya dalam Mesyuarat Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini kerana mereka mampu memberi sumbangan dari segi
kewangan untuk peruntukan pelaksanaan aktiviti di sekolah. Secara tidak langsung,
hal ini akan memberi kesan positif terhadap semua murid tanpa mengira latar untuk
menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan terutamanya aktiviti kokurikulum di
sekolah seperti kem jati diri, perkhemahan dan kursus kepimpinan.

iii. MASYARAKAT
Donny Prasetyo dan Irwansyah (2020) menyatakan bahawa masyarakat adalah
gabungan individu yang berinteraksi dalam hubungan sosial dan berkongsi kesamaan
dalam budaya, identity, tradisi dan sikap. Dalam konteks susunan lapisan masyarakat
di Malaysia, wujudnya pengelasan bagi kelas dari segi perbezaan masing-masing
berdasarkan status dan sosioekonomi. Umumnya, terdapat tiga golongan kelas
masyarakat di Malaysia. Berikut merupakan sistem hierarki bagi golongan masyarakat
di Malaysia.

Rajah 2: Sistem Hierarki bagi Golongan Kelas Masyarakat di Malaysia

Klasifikasi golongan ini mencerminkan prestij dan penghormatan mereka kepada


kemampuan untuk mengakses sumber daya tahan dalam kehidupan seharian. Oleh
kerana sebahagian besar kawasan geografi SMK KDSK adalah kampung yang didiami
oleh bangsa India, masyarakat sekelilingnya kurang menekankan pendidikan yang
tinggi berbanding dengan masyarakat yang tinggal di taman perumahan. Hal ini

5
kerana masyarakat di taman perumahan terdiri daripada bangsa Melayu yang
bekerjaya dan berkemampuan. Dalam konteks ini, kebanyakan keluarga murid-murid
di SMK KDSK tergolong dalam kategori B40. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil
beberapa inisiatif untuk meningkatkan motivasi dan sokongan kepada murid yang
kurang berkemampuan dalam pembelajaran mereka dengan menyediakan bantuan
seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP). Dengan usaha oleh pihak
sekolah, ini dapat meningkatkan motivasi murid dan memberi semngata kepada
mereka dalam pembelajaran.

4.0 FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT


KONTEMPORARI
Kepelbagaian sosiobudaya merujuk kepada kehadiran perbezaan budaya dalam kalangan
masyarakat yang tinggal bersama dalam satu kawasan (Suhasni Dollah, 2024). Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi kepelbagaian sosiobudaya di SMK KDSK.

i. BANGSA
Bangsa merupakan orang-orang yang memiliki kesamaan asal, keturunan, adat,
bahasa dan sejarah yang biasanya terikat kerana kesatuan dan wilayah (Feji
Syahrula, 2010). Dalam konteks Malaysia, bangsa dapat diklasifikasikan kepada
kaum Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian sosiobudaya dapat dilihat apabila
budaya diamalkan dalam satu wilayah yang akan menjadi identiti kepada bangsa
masing-masing. Kesannya, berlaku proses integrasi sosial yang melibatkan
penerimaan unsur budaya.

Contohnya cara SMK KDSK meraikan unsur budaya adalah dengan


mengadakan program Sambutan Hari Raya dan Deepavali. Oleh itu, pihak sekolah
telah mewajibkan keterlibatan semua murid dalam program tersebut supaya dapat
mewujudkan persekitaran inklusif yang mana murid dapat merasai kemeriahan
perayaan agama masing-masing tanpa mengalami unsur diskriminasi. Menurut
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil (2024) asimilasi budaya yang berlaku di Malaysia
adalah dengan meraikan sesuatu perayaan budaya etnik yang ada.

ii. ⁠BAHASA
Bahasa merupakan simbol yang mengandungi makna dan menjadi alat dalam
mengekspresikan budaya untuk manusia berinteraksi (Idrul Hisham Ismail, et.al,
2024). Kewujudan kepelbagaian bangsa di sekolah akan mewujudkan
kepelbagaian bahasa dari segi dialek yang difahami dalam satu kelompok. Maka

6
sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk mempromosikan perpaduan melalui
penggunaan bahasa.

Contohnya di SMK KDSK, pihak sekolah memberi galakkan kepada murid


berbangsa India untuk memilih subjek pilihan bagi bahasa Tamil untuk peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini membolehkan mereka menghargai bahasa
dan budaya masing-masing. Di samping itu, aktiviti yang melibatkan murid
berinteraksi seperti program RIMUP juga dilaksanakan supaya dapat mengenali
latar belakang budaya yang berbeza. Kesannya, setiap murid akan lebih
memahami mengenai kepelbagaian budaya sekeliling dan belajar untuk lebih
menghormati dan menghargai perbezaan tersebut.

iii. ⁠STRUKTUR SOSIAL


Struktur sosial masyarakat terdiri dari kelompok-kelompok berbeza yang tergolong
dari individu dan institusi dengan memainkan peranan dalam bagi memenuhi
tanggungjawab (Benjamin, et.al, 2012). Dalam konteks ini, struktur sosial
mencerminkan pada cara masyarakat pelbagai bangsa berinteraksi dengan
kumpulan lain dalam suatu organisasi.

Berdasarkan pengalaman saya di SMK KDSK situasi yang menujukkan


adanya struktur kelas sosial terutamanya pada waktu rehat. Murid-murid Melayu
dan India lebih cenderung untuk berkumpul dengan rakan sebaya dari latar
belakang etnik yang sama. Selain itu, terdapat juga perbezaan tanggapan antara
Melayu dan India yang mempengaruhi interaksi mereka. Faktor ini dapat
menimbulkan konflik antara murid Melayu dan India yang memberi kesan kepada
persekitaran pembelajaran mereka.

iv. ⁠AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Menurut Nur Azuki Yusuff (2016), agama merupakan suatu sistem keyakinan yang
diamalkan dalam masyarakat. Tambahan lagi, Idrul Hisham, et.al (2024)
menyatakan kepercayaan dalam konteks agama melibatkan akidah dan iman
individu. Berdasarkan pengalaman di SMK KDSK, sudah semestinya majoriti
murid berbangsa Melayu beragama Islam yang berpegang kepada kitab Al-Quran
dan mengamalkan budaya bacaan yassin dan selawat pada setiap hari Jumaat.

Bagi murid berbangsa India yang beragama Hindu pula mereka berpegang
kepada kitab ‘Veda’ dan mempunyai kepercayaan kepada dewi-dewi dan unsur-
unsur alam. Berdasarkan agama Hindu, mereka mengamalkan nilai-nilai yang baik
bagi mencapai kehidupan yang baik selepas mati. Selain itu, pihak sekolah

7
mengadakan aktiviti kerohanian dengan mengamalkan program moral pada awal
pagi setiap hari Jumaat. Hal ini memberi kesan kepada murid-murid mengenai
identiti keagamaan mereka dan membantu dalam pembentukan sikap moral dan
etika yang baik dalam kalangan murid.

v. ADAT RESAM DAN BUDAYA


Setiap bangsa dalam kalangan masyarakat mempunyai pegangan adat resam dan
budaya yang mencerminkan sosial budaya masyarakat tersebut (Norshahera
Zulkifli & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, 2022). Menurut Zuhaira Mohd Zain, et.al
(2021) adat resam dan budaya merupakan peraturan yang menjadi kebiasaan dan
tabiat semulajadi manusia. Di SMK KDSK, antara adat resam dan budaya bagi
majoriti murid-murid Melayu ialah bacaan doa pada setiap pagi dan di awal
permulaan kelas. Hal ini menjadi budaya bagi setiap kelas untuk memulakan
pembelajaran mereka dengan bacaan doa. Bagi murid berbangsa India pula
mereka diminta untuk membaca doa mengikut agama masing-masing.

Selain itu, adat resam dan budaya yang dapat dilihat di SMK KDSK adalah
melalui majlis sambutan kemerdekaan. Setiap tahun, pihak sekolah akan
melaksanakan sambutan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti-
aktiviti yang meningkatkan semangat cinta akan negara. Tamsilnya aktiviti
perarakan kemerdekaan, pertandingan mencipta poster, pakaian Merdeka dan
banyak lagi. Pihak sekolah juga mewajibkan keterlibatan semua murid dalam
aktiviti sambutan kemerdekaan bagi memupuk integrasi nasional dalam kalangan
murid.

Selain itu, terdapat juga adat resam dan budaya dari aspek makanan.
Tamsilnya sambutan perayaan yang mana murid digalakkan membawa makanan
dari rumah masing-masing untuk dikongsikan bersama-sama dalam kelas.
Kebiasaanya, murid Melayu akan membawa ketupat dan kuih raya manakala bagi
murid India pula mereka akan membawa muruku. Hal ini menunjukkan
pendedahan budaya masing-masing dengan meraikan kepelbagaian makanan
yang dibawa.

8
5.0 IMPLIKASI FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
MASYARAKATKONTEMPORARI TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN
PENDIDIKAN
Berdasarkan faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya di SMK KDSK yang telah dibincangkan,
dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian budaya di sekolah dapat menghidupkan warna-
warni kehidupan bermasyarakat. Menurut Ezhar dan Madiha (2016), kepelbagaian
sosiobudaya di institusi pendidikan dapat mencapai keharmonian dalam masyarakat. Hal ini
juga memberi kesan terhadap kesepaduan sosial dalam komuniti sekolah. Nurhijrah et.al,
2017 menyatakan sekolah merupakan platform yang terbaik untuk mendidik murid memupuk
keharmonian kerana murid menghabiskan masa mereka di sekolah.

6.0 KESIMPULAN
Konklusinya, pengalaman lima tahun di SMK KDSK telah menunjukkan bahawa gabungan
murid Melayu dan India menggalakkan pemahaman budaya dan keterangkuman dalam
sekolah. Setiap sekolah yang mempunyai murid pelbagai bangsa, adalah penting untuk
menggalakkan pemupukan integrasi nasional dalam kalangan murid untuk menyumbang
kepada pembangunan keseluruhan negara.

1640 PATAH PERKATAAN

9
RUJUKAN
Benjamin, Susetyo & Handi Mulyaningsih. (2012). Struktur Sosial. Pusaka Media.
Binti Maunah. (2015). Stratifikasi Sosial dan Perjuangan Kelas dalam Perspektif Sosiologi
Pendidikan. Jurnal TA’ALLUM, 3(1), 19-38.
Dewan Bahasa & Pustaka. (2017). Dewan Bahasa & Pustaka.
Donny Prasetyo & Irwansyah. (2020). Memahami Masyarakat dan Perspektifnya. Jurnal
Manajemen Pendidikan dan Ilmu Sosial, 1(1), 163-175.
Ezhar Tamam & Madiha Hashmi. (2016). Predicting Interethnic Bridging Social Capital In
Youth Ethnic-Diversity Engagement: The Role of Interaction and Intercultural
Sensitivity. International Journal od Adolescence and Youth, 2(1), 1-14.
Feji Syahrula. 2010. Pertemuan VI Bangsa dan Negara.
https://repository.unikom.ac.id/33213/1/%28PERTEMUAN%20VI%29%20BANGSA%
20DAN%20NEGARA.pdf
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil. (2024). Asimilasi Budaya sebagai Satu Proses Integrasi Sosial
di Malaysia. https://klikweb.dbp.my/?p=18218
Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar & Mohd Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi dalam
Pendidikan. Local Publications Sdn. Bhd.
Idrul Hisham Ismail, Wan Mardziyah Wan Hasbullah, Rozeha Harun, et.al. (2024). Sosiologi
dalam Pendidikan. CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn. Bhd.
Norshahera Zulkifli & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2022). Elemen-elemen Sosiobudaya dlam
Kalangan Masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-
13.
Nur Azuki Yusuff. (2016). Isu dan Permasalahan Hubungan Antara Agama di Malaysia Kini
dan Jalan Penyelesaiannya.
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9172/1/Isu%20Dan%20Permasalahan%20Hubung
an%20Antara%20Agama%20Di%20Malaysia.pdf
Rohana Yusof. (2010). Asas Sains Sosial dari Perspektif Sosiologi. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Syarif Moeis. (2008). Struktur Sosial: Stratifikasi Sosial. Fakultas Pendidikan Ilmu
Pengetahuan Sosial Universitas Pendidikan Indonesia Bandung.
Zuhaira Mohd Zain, Noraini Sulaiman & Siti Aishah Othman. (2021). Adat Resam Masyarakat
Malaysia. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

10

You might also like