Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PUSAT SUMBER MANUSIA

KURSUS : SOFT SKILLS


KOD : UHS1022

PROJEK PENCARIAN ISU TERKINI (CURRENT ISSUE DISCOVERY)

LAPORAN PROJEK

1.0 PROFIL KUMPULAN

1. Seksyen : 08G
2. Nama Kumpulan : O8G_ThePioneers
3. Ketua Kumpulan : Chiow Zhao Ying (SA20086)
i. Setiausaha : Adzlyn Adilah Binti Idrus (SA20085)
ii. Ahli Kumpulan 1 : Nur Amalin Aishah Bt Noor Azmi (SA20083)
iii. Ahli Kumpulan 2 : Anas Safwan Bin Mohamad Zaki (TC20009)
iv. Ahli Kumpulan 3 : Ekhmal Ezzuan Bin Mohd Fauzi (TE19020)
2.0 FASA 1 LANGKAH 1 – TOPIK & JUSTIFIKASI TOPIK (PENGENALAN)

TOPIK

NORMA BAHARU DUNIA PENDIDIKAN SEMASA COVID-19

JUSTIFIKASI

Alasan 1: Covid-19 merupakan sejenis virus yang boleh membawa maut dan mudah
dijangkiti oleh semua lapisan masyarakat. Virus ini memberi pelbagai kesan ke
atas kehidupan masyarakat, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sekiranya isu ini diabaikan dan langkah-langkah pencegahan tidak diamalkan
dengan betul, masyarakat akan lebih berisiko untuk dijangkiti dan seterusnya
mengakibatkan kadar kematian meningkat.

Alasan 2: Virus ini juga memberi kesan ke atas kehidupan harian masyarakat. Perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan telah mengehadkan aktiviti perniagaan,
pembelajaran dan sosial. Jika isu ini dibiarkan berlarutan, sektor-sektor penting
dalam pembangunan ekonomi tidak dapat berjalan seperti biasa dan masyarakat
tidak boleh meneruskan kehidupan seperti dahulu.

Alasan 3: Sektor pendidikan merupakan salah satu sektor yang amat terkesan dengan isu ini.
Kebanyakan pusat pendidikan telah diarahkan untuk tutup dan sesi pembelajaran
perlu diadakan secara atas talian. Hal ini menambah beban kepada para pelajar
dan pengajar. Kaedah penyelesaian yang efektif sangat diperlukan bagi
memastikan tiada pelajar yang tercicir dan tenaga pengajar boleh menyampaikan
ilmu tanpa masalah.

Alasan 4: Sehingga 11 Januari 2021, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia ialah
138, 224 kes, di mana 109,115 kes daripadanya telah dikenal pasti sembuh. Kini,
masih terdapat 28, 554 jumlah kes yang masih aktif dan 555 jumlah kematian
telah direkodkan, iaitu bersamaan dengan 0.4% daripada jumlah keseluruhan kes.

1
3.0 FASA 1 LANGKAH 2 – PERMASALAHAN UTAMA & PENJELASAN MENGENAI
MASALAH TERSEBUT

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN MEMBAWA KESUKARAN PADA MASYARAKAT

Covid-19 merupakan isu global yang sedang melanda seluruh pelosok dunia. Kebanyakan orang
terlalu risau mengenai cara untuk terus bertahan dalam pandemik ini demi meneruskan
kelangsungan hidup mereka. Akan tetapi, dalam tidak sedar, dunia pendidikan juga terkesan
dengan masalah ini. Hal ini kerana, tidak pernah berlaku dalam sejarah, semua intitusi
pendidikan terpaksa ditutup serentak. Justeru, projek ini membawa misi untuk mencadangkan
satu solusi yang relevan dan berkesan bagi menangani masalah ini.

NARATIF PENYAMPAIAN

Pada 18 Mac 2020, Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh
negara. Pihak sekolah serta universiti terpaksa menutup semua institusi pendidikan dan semua
aktiviti pembelajaran dijalankan secara atas talian. Semua ahli akademik perlu menjalankan
akitviti pembelajaran dan pengajaran secara atas talian, sama ada di rumah dan hostel.

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar, pengajar serta ibu bapa. Capaian internet
dan penggunaan peranti merupakan masalah utama yang perlu ditempuhi. Capaian internet pula
bergantung kepada masalah kewangan serta lokasi tempat tinggal. Manakala, masalah pelajar
yang tidak boleh fokus disebabkan oleh suasana yang tidak kondusif juga sangat mencabar.
Masalah ini perlu ditangani oleh ibu bapa serta pengajar. Masalah lain seperti peperiksaan dan
tidak mahir dengan penggunaan alatan digital juga banyak diutarakan.

Pihak universiti juga ada memberi bantuan kepada pelajar seperti memberi komputer riba kepada
pelajar dan memberi pakej pelan data internet. Semua kursus praktikal dan juga aktiviti
kokurikulum juga ditangguhkan pada semester depan yang bersesuaian bagi memastikan pelajar
tidak ketinggalan dalam mempelajari kemahiran pratikal.

Jelaslah bahawa wabak Covid-19 ini membawa banyak kesusahan kepada pelbagai pihak.
Justeru, pencarian kaedah yang relevan untuk menangani masalah ini perlu diusaha supaya
pembelajaran generasi muda tidak terjejas. Semoga wabak Covid-19 ini akan berakhir dan
masyarakat dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

2
ANALISA MAKLUMAT

 PELAJAR

MASALAH PUNCA KESAN


Kekurangan kemudahan dan Pelajar dari golongan kurang Tercicir dalam pendidikan
alatan pembelajaran berkemampuan tidak mampu kerana tidak dapat mengikuti
untuk memiliki peranti digital sesi pembelajaran
Suasana pembelajaran yang Gangguan daripada ahli Pelajar tidak dapat memberi
tidak kondusif keluarga dan keadaan tumpuan sepenuhnya semasa
sekeliling PdP dijalankan
Tidak mampu mendapatkan Pelajar tidak mampu membeli Pelajar berasa terbeban dari
akses internet data internet segi kewangan
Capaian internet yang tidak Lokasi tempat tinggal pelajar Pelajar tidak dapat mengikuti
stabil mempunyai isyarat internet sesi pembelajaran secara atas
yang lemah talian

 PENGAJAR

MASALAH PUNCA KESAN


Perlu membiasakan diri untuk Pengajar dilarang untuk Pengajar menghadapi tekanan
mengajar secara atas talian mengadakan kelas secara untuk mengajar dengan cara
bersemuka baharu
Suasana pengajaran yang Gangguan daripada ahli Tidak mampu memberi
tidak kondusif keluarga dan keadaan sepenuh tenaga dan fokus
sekeliling ketika mengajar
Aktiviti fizikal dan kursus Sesi pengajaran perlu Perancangan untuk
praktikal yang dirancang diadakan sepenuhnya secara keseluruhan sesi pengajaran
tidak boleh dijalankan atas talian perlu diubah sepenuhnya
Capaian internet yang tidak Lokasi tempat tinggal Pengajar tidak dapat
stabil pengajar mempunyai isyarat mengadakan sesi pengajaran
internet yang lemah secara atas talian

3
 IBU BAPA

MASALAH PUNCA KESAN


Tidak mampu menyediakan Masalah kewangan Ibu bapa menghadapi tekanan
peranti digital dan capaian dalam memastikan anak
internet untuk anak boleh mengikuti sesi
pembelajaran
Suasana pembelajaran anak Ahli keluarga yang ramai dan Berasa sedih kerana tidak
yang tidak kondusif tinggal di rumah yang kecil mampu memberikan ruang
yang cukup untuk anak
Perlu mengambil alih tugas Anak tidak mahu memberi Tiada masa yang cukup untuk
pengajar dalam memantau tumpuan ketika belajar menyara keluarga, melakukan
kemajuan akademik anak sekiranya tiada pantauan kerja rumah dan
menguruskan anak

RUMUSAN

Hasil daripada perbincangan kumpulan, terdapat beberapa pendapat yang boleh disimpulkan
berkenaan tajuk utama kami, iaitu Norma Baharu Dunia Pendidikan Semasa Covid-19. Jelaslah
disini betapa besarnya impak wabak ini terhadap industri pendidikan. Hal ini kerana sesi PdP
tidak lagi boleh diadakan secara bersemuka dan perlu dilakukan secara maya. Ini menyebabkan
tahap pemahaman pelajar terjejas disebabkan sesi pembelajaran secara maya tidak mampu
mencapai objektif seperti sesi pembelajaran secara bersemuka. Di samping itu, capaian internet
juga menjadi penyebab utama sesi pembelajaran secara maya tidak begitu efektif. Walau
bagaimana pun, kesudahan bagi penularan wabak ini tidak dapat dijangka. Maka pembelajaran
tetap perlu diteruskan walaupun dunia sedang dilanda pandemik. Oleh itu, para pelajar, tenaga
pengajar dan ibu bapa perlulah bersiap sedia serta lebih peka dalam memastikan keberkesanan
sesi pembelajaran secara maya. Sewajarnya semua pihak harus mengambil inisiatif sendiri bagi
menjayakan usaha ini.

4
4.0 FASA 1 LANGKAH 3 -- PENYENARAIAN SOLUSI YANG DIDAPATI

1. Menganjurkan pertandingan atas talian untuk mencungkil bakat serta kreativiti para
pelajar.Para pengajar boleh memanfaatkan tempoh PKP ini untuk meningkatkan lagi
kemahiran pendidikan dengan cara menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan
menyeronokkan.

2. Sesi pembelajaran boleh dimajukan dengan menggunakan pelbagai platform yang


disediakan di internet seperti Google Classroom, Frog Vle dan Padlet. Ini membantu
pelajar dan pengajar untuk berkomunikasi di alam maya dengan efektif. PdP atas talian
berupaya meningkatkan kemahiran teknologi maklumat (IT) dalam kalangan pelajar dan
pengajar.

3. Pengajar boleh memanfaatkan teknologi yang ada dengan cara memuat naik rakaman sesi
pembelajaran di platform seperti YouTube dan Google Drive. Pelajar juga boleh mencari
dan berkongsi pelbagai sumber pembelajaran lain yang boleh digunakan bagi
meningkatkan pemahaman mengenai topik yang diajar. Sebagai contoh, terdapat banyak
video di Youtube yang membolehkan pelajar melihat gambaran visual mengenai topik
yang dipelajari serta memahaminya melalui kaedah penyampaian yang berbeza.

4. Institusi pendidikan sewajarnya mengurangkan yuran pengajian kerana kebanyakan


pelajar hanya belajar secara atas talian dan tidak dapat memanfaatkan kemudahan yang
disediakan seperti asrama, fasiliti sukan, makmal dan bilik kuliah. Kos yuran pengajian
harus dikurangkan bagi meringankan beban pelajar dan keluarga mereka yang terkesan
akibat COVID-19.

5. Jabatan Pendidikan Tinggi perlulah menawarkan bantuan pelan data internet berkelajuan
tinggi dan menyediakan peranti digital yang bersesuaian kepada pelajar dan pengajar bagi
memastikan sesi PdP tidak terjejas dan dapat diteruskan dengan jayanya.

5
5.0 FASA 1 LANGKAH 4 – SOLUSI YANG RELEVAN

 SOLUSI 1

KEBAIKAN KEBURUKAN
Pelajar akan lebih seronok untuk menghadiri Tidak dapat mencapai kesefahaman antara
sesi PdP ahli kumpulan kerana tidak bersemuka
Pelajar dapat menonjolkan bakat tanpa berasa Pelajar dan pengajar tidak dapat memberi
segan kerana tidak perlu bersemuka sepenuh perhatian
Kos dapat dikurangkan kerana aktiviti secara Capaian internet dan penggunaan peranti
maya adalah lebih murah digital mengehadkan keberkesanan sesi PdP

 SOLUSI 3

KEBAIKAN KEBURUKAN
Pelajar mempunyai pelbagai sumber rujukan Menjejaskan kesihatan dan penglihatan
tambahan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dan pengajar
Pelajar mampu mengakses bahan Pelajar tidak mendapat bimbingan secara
pembelajaran pada bila-bila masa terus daripada pengajar
Pelajar dan pengajar dapat merujuk semula Capaian internet dan penggunaan peranti
rakaman sesi pembelajaran yang terdahulu digital mengehadkan keberkesanan sesi PdP
Pengajar boleh merakam sesi pengajaran
-
mengikut kesesuaian masa sendiri
Pelajar dan pengajar boleh menghadiri sesi
-
PdP tanpa mengikuti kod pakaian formal

Hasil daripada perbincangan dan penelitian kami, kami sebulat suara telah mencapai persetujuan
untuk memilih Solusi 3 sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi permasalahan ini. Oleh kerana
jumlah kebaikan yang disenaraikan lebih memihak kepada Solusi 3, kami percaya bahawa
kaedah ini dapat memberi banyak manfaat kepada ramai pihak dalam membendung masalah
yang dihadapi ketika menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran atas talian.

6
6.0 FASA 2 LANGKAH 1 – SOLUSI TERBAIK

Berdasarkan sesi temu bual yang dijalankan pada tarikh 6 Januari 2021 dan jam 11.00 pagi, kami
telah berjaya mendapatkan pandangan daripada seorang tenaga pengajar di Universiti Malaysia
Pahang, iaitu Dr. Mohd Fadhlizil Fasihi Bin Mohd Aluwi. Dari sudut pandangan seorang
pengajar, Dr Fasihi telah berkongsi cabaran yang beliau hadapi dalam menjayakan PdP secara
atas talian serta berkongsi pendapat beliau mengenai solusi yang dicadangkan.

Dr. Fasihi telah bersetuju dengan cadangan kami bahawa kaedah yang paling relevan untuk
mengatasi masalah ini ialah dengan pengajar merekod rakaman sesi pengajaran dan memuat naik
rakaman tersebut di internet bagi memberikan akses kepada para pelajar untuk untuk mengulang
kaji dari rakaman tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa, dalam usaha untuk membantu para pelajar, pihak UMP telah
bersetuju untuk menyumbang pemacu data ‘pendrive’, menyimpan rakaman sesi PdP di dalam
pemacu tersebut dan memberikannya kepada para pelajar yang tidak mendapat capaian internet
yang kuat.

KESIMPULAN

Natijahnya, setiap insan sedang bergelut dalam masalah masing – masing, terutamanya ketika
saat – saat getir seperti musim Covid-19 ini. Sebagai pelajar, kami berbesar hati untuk
mencadangkan solusi yang dapat membantu para pengajar dan rakan – rakan pelajar yang lain
dalam mengatasi cabaran norma baharu dalam sesi PdP pada masa kini.

Kami percaya bahawa kaedah penyelesaian yang kami perolehi, iaitu dengan memanfaatkan
teknologi yang ada untuk berkongsi rakaman sesi PdP dan sumber rujukan lain sesama pelajar
dan pengajar dapat membantu kita semua untuk mencapai objektif PdP yang sebenar, iaitu untuk
melahirkan generasi yang celik intelek serta berfikiran terbuka.

Oleh itu, kita haruslah berfikiran kritis dalam mengatasi masalah ini dan sewajarnya tidak cepat
berputus asa. Kita tidak dapat menyangkal bahawa keberkesanan solusi ini bergantung kepada
individu itu sendiri. Semoga usaha untuk membendung wabak Covid-19 ini akan membuahkan
hasil dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

7
LAMPIRAN
SESI TEMU BUAL (UHS1022 / Sect 08G)
Tarikh : 6 Januari 2021
Masa : 11.00am – 11.30am
Penemuduga : Chiow Zhao Ying (SA20086) & Adzlyn Adilah Idrus (SA20085)
Tetamu : Dr. Mohd Fadhlizil Fasihi Bin Mohd Aluwi
Cabaran :-

 Capaian internet setiap pelajar dan pengajar - Tidak semua tempat atau kawasan
mempunyai capaian internet yang kuat. Tidak lupa juga sesetengah pelajar tidak
mempunyai kelengkapan pembelajaran yang mencukupi seperti komputer riba.
 Sesi pembelajaran berlainan – Pengajar sukar untuk mengetahui sama ada pelajar
memberi tumpuan atau tidak semasa sesi pembelajaran dan pemahaman mereka itu betul
atau tidak.
 Subjek praktikal – Kelas praktikal tidak boleh dijalankan kerana Course Outcome bagi
kelas praktikal adalah berdasarkan kemahiran mereka. Sewajarnya pelajar hendaklah
datang ke bengkel untuk mempraktikkan sendiri kemahiran mereka itu.
 Tempat tidak konduksif – Majoriti pensyarah dan pelajar menghadapi tekanan untuk
mengajar dan belajar di rumah kerana gangguan ahli keluarga.
Pendapat :-

 Pelantar YouTube – YouTube merupakan pelantar yang bagus. Dr. Fasihi lebih gemar
untuk memberi pelajar memuat turun rakaman pengajaran supaya pelajar hanya perlu
melakukannya sekali sahaja dan rakaman tersebut boleh dilihat beberapa kali sehingga
pelajar itu faham. Selain itu, Dr. Fasihi juga memilih untuk merakam sesi pembelajaran.
 Praktikal – Jika pelajar hanya melihat rakaman berasaskan subjek praktikal, pelajar tidak
dapat mencapai objektif subjek tersebut.
Cadangan :-

 Kenal pasti pelajar yang mengalami masalah capaian internet.


 Pengajar haruslah merakam sesi pembelajaran dan memberi kepada pelajar yang
mempunyai masalah internet.
Nasihat :-

 Kita perlu menerima keadaan norma baharu ini dan menghadapi cabaran yang mendatang
dengan sabar dan tenang.

8
 Jangan terlalu mengejar gred A kerana ilmu tidak akan dicapai. Maka kejarlah ilmu
nescaya pelajar akan memperolehi kejayaan.
LAMPIRAN

9
LAMPIRAN

BAHAN RUJUKAN :

 https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/sabah/pertandingan-dalam-talian-cungkil-
kreativiti-dalam-pembelajaran-kokurikulum-1.934241
 https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/710464/covid-19-ubah-
pengajaran-dan-pembelajaran-dari-rumah
 https://sites.google.com/site/elearningpp09/e-learning/youtube-sebagai-sumber-belajar-
modern-saat-ini
 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/695051/kpt-bincang-penyelesaian-
terbaik-isu-yuran-pengajian-ipt
 https://www.facebook.com/SaffadUMPMalaysia/photos/pcb.4683549098353922/468354
7365020762/

10
LAMPIRAN

11

You might also like