Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Dendam masih membara, gengster

tembak rumah aktor Salman Khan


Gempak
17/04/2024 14:30 MYT

KEDIAMAN pesohor Bollywood, Salman Khan ditembak dua individu tidak dikenali pada 14
April sebelum sekumpulan gengster yang diketuai Lawrence Bisnhnoi mengaku melakukan
aksi tersebut. Menerusi laporan media tempatan, adik Lawrence, Anmol Bishnoi
bertanggungjawab melakukan serangan yang terjadi pada pukul 5 pagi.
Diketahui tiga das tembakan dilepaskan ke kediaman jenis apartmen milik Salman di Mumbai,
India dengan dua orang suspek kemudian dilihat meninggalkan kediaman aktor tersebut seperti
yang terakam dalam CCTV.
Meski kediamannya telah diancam oleh penjenayah dan gengster, Salman menangani isu
tersebut dengan tenang.
Bapa Salman, Salim Khan malah mengatakan tiada kenyataan yang boleh diberikan kepada
pihak media dan meminta agar semua pihak bertenang dan tidak bimbang.
“Tidak ada kenyataan untuk diberitahu. Mereka (penjenayah) hanya mahukan publisiti. Jangan
bimbang,” katanya sewaktu dihubungi News 18.
Serangan tersebut telah membuat kawalan keselamatan di sekitar kediaman Salman
dipertingkatkan.
Salman, 58, malah menasihatkan agar tidak ada pihak yang datang menziarah atau melawat
kediamannya dalam masa terdekat.
Kumpulan gengster tersebut diketahui sudah beberapa kali melakukan ugutan bunuh terhadap
bintang Tiger 3 itu.
Bapa Salman, Salim Khan malah mengatakan tiada kenyataan yang boleh diberikan kepada
pihak media dan meminta agar semua pihak bertenang dan tidak bimbang.
“Tidak ada kenyataan untuk diberitahu. Mereka (penjenayah) hanya mahukan publisiti. Jangan
bimbang,” katanya sewaktu dihubungi News 18.
Serangan tersebut telah membuat kawalan keselamatan di sekitar kediaman Salman
dipertingkatkan.
Salman, 58, malah menasihatkan agar tidak ada pihak yang datang menziarah atau melawat
kediamannya dalam masa terdekat.
Kumpulan gengster tersebut diketahui sudah beberapa kali melakukan ugutan bunuh terhadap
bintang Tiger 3 itu.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman
mati, digantikan penjara 38 tahun
Bernama
17/04/2024 21:56 MYT

KOTA BHARU: Seorang pemandu jengkaut terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah
Persekutuan yang bersidang di sini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya
dengan penjara 38 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh seorang wanita, 16 tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan
permohonan semakan Zulhisham Fadly Mohamad, 43, di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan Seksyen 2(4) dan 3(1) mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan
Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Hakim Tengku Maimun mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu pada 2011 dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup selama 38
tahun dari tarikh tangkap iaitu 21 April 2008 dan 12 sebatan.
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz tidak membantah permohonan semakan itu.
Pada 2011, Zulhisham Fadly, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Terengganu selepas disabitkan hukuman membunuh dan menanam mayat Zaiton Muhamad,
55, di kebun buah naga di Hulu Kemaman, pada 2008.
Rayuan lelaki itu di Mahkamah Rayuan pada 17 Jun 2014, ditolak dan sebelum sekali lagi
disahkan sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 7 Sept 2015.
Kes berkenaan merupakan antara 28 kes semakan oleh Persidangan Mahkamah Persekutuan
yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini yang turut melibatkan kes-kes di
negeri Pantai Timur.
Enam perayaan disambut minggu ini
cerminkan kepelbagaian di Malaysia -
Aaron
Bernama
15/04/2024 10:25 MYT

KUALA LUMPUR: Enam perayaan yang disambut dalam minggu ini di Malaysia telah
menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar negara, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk
Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara
ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh rakyat.
“Ramai mesti tidak tahu, minggu ini sahaja terdapat enam perayaan telah disambut di negara
ini. Kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan bernilai kepada kita semua.
“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan. Minggu ini sahaja Hari Raya
Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran,” katanya dalam
ciapan menerusi akaun X milik beliau.
Beliau turut berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan
masing-masing.
Semalam, masyarakat Tamil menyambut Tahun Baharu Tamil di Little India, Brickfields di
sini dengan penuh istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil
dan Hindu utama di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata acara yang diraikan bersama itu
perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
Aktiviti gunung berapi cetus pemindahan
ratusan orang di Sulawesi Utara Indonesia
Bernama
17/04/2024 21:44 MYT

JAKARTA: Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro,


wilayah Sulawesi Utara, sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828
individu dari kampung berhampiran.
Tempat perlindungan sementara di sekitar kawasan Tagulandang kini menempatkan 45 orang
manakala 783 orang lagi telah berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran atau pergi ke
tanah besar menggunakan feri dan bot.
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan Darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16
hingga 29 April.
Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) telah menyediakan barangan keperluan
termasuk 123 tikar, 120 selimut dan 400 pelitup muka.
"Kerajaan tempatan menggerakkan 50 anggota termasuk daripada agensi mitigasi daerah
(BPBD), agensi mencari dan menyelamat (Basarnas), petugas kesihatan dan bomba," kata
jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau juga melaporkan bahawa letusan Selasa malam telah memuntahkan abu gunung berapi,
yang mengganggu rangkaian komunikasi dan isyarat di kampung Laingpatehi.
Status gunung berapi itu dinaikkan daripada Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada
Selasa pukul 4 petang waktu tempatan.
"Penduduk dan pelancong dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak daripada memasuki
radius empat kilometer di sekitar kawah aktif gunung berapi Gunung Ruang," kata Abdul
Muhari.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di
Semenanjung Gaza, kata PBB
Bernama
17/04/2024 12:20 MYT

GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(UNHCR) mengumumkan kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara
paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel yang berterusan, mengakibatkan
pembunuhan 33,000 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita.
Jurucakap UNHCR, Ravina Shamdasani berkata dalam sidang akhbar di pejabat PBB di
Geneva bahawa "menyelesaikan situasi bencana yang dialami oleh orang awam di Gaza mesti
tetap menjadi keutamaan", lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dilaporkan bahawa Israel terus mengenakan sekatan haram ke atas kemasukan dan pengedaran
bantuan kemanusiaan di Gaza dan Israel mengebom semua kawasan di Semenanjung Gaza.
Shamdasani berkata: "Terdapat kira-kira 1.7 juta orang yang kehilangan tempat tinggal secara
paksa di Gaza. Orang-orang ini hidup dalam keadaan yang menakutkan dan di bawah ancaman
yang berterusan.
Beliau menegaskan bahawa Israel, sebagai "kuasa pendudukan", mesti mengambil semua
langkah dalam kuasanya untuk memulihkan ketenteraman dan keselamatan awam di Tebing
Barat. - BERNAMA
Dua beranak maut nahas di Bandar
Baharu
Adie Sufian Zulkefli
13/04/2024 12:10 MYT

BANDAR BAHARU: Dua beranak maut selepas kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard
yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Permatang Kerat
Telunjuk, di sini pada Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, dalam
kejadian jam 8 malam itu dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard itu dipandu seorang
lelaki berusia 55 tahun bersama lima penumpang termasuk ibunya berusia 85 tahun.
"Mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah Serdang menghala ke Bandar Baharu.
"Siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang
dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sisi kanan lori berkenaan.
"Kemalangan itu menyebabkan kenderaan MPV Toyota Alphard itu terbabas ke kiri jalan.
Lokasi kejadian mempunyai lampu jalan di kedua-dua hala laluan," katanya ketika dihubungi
Astro AWANI hari ini.
Azmi berkata, akibat pertembungan itu, pemandu Toyota Alphard dan ibunya disahkan
meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, mayat dua beranak itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim
untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara
melulu sehingga menyebabkan kematian.
"Pemandu lori berusia 43 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan," katanya.
SYARAT PERTANDINGAN
PERATURAN DAN SYARAT
PERTANDINGAN MEMBACA BERITA BAHASA MELAYU

1. Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada semua murid tingkatan peralihan, tingkatan 1 - tingkatan 5.

2. Format pertandingan

➢ Teks berita: Murid perlu membaca teks berita yang telah ditetapkan dan
disediakan oleh pihak penganjur (mengikut Tingkatan).
➢ Pakaian: Peserta digalakkan memakai uniform sekolah semasa rakaman video.
➢ Kaedah Penyertaan: Peserta perlu merakam video semasa membaca berita
dalam tempoh tiga hingga lima minit.
➢ Pastikan video persembahan yang akan dihantar tidak mengandungi unsur
Bahasa yang tidak sopan, tidak menyentuh isu perkauman, agama dan politik.
➢ Video persembahan mestilah asli, sahih dan tiada penyuntingan.
➢ Hantar rakaman video tersebut melalui aplikasi telegram kepada:

TING 1 DAN PERALIHAN:


TING 2:
TING 3, 4 DAN 5:

Para hakim akan mengadili dari segi intonasi, gaya, sebutan dan penghayatan.

# Kreativiti persembahan akan mendapat markah bonus.

You might also like