Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS (ISTIADAT PENGAKAP)

PENGUMUMAN Minta perhatian.


UMUM Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Hadirin diminta
mengambil tempat duduk.
Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar,
mohon para hadirin sekalian dapat mematikan telefon atau
menetapkannya dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung
agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah
dihargai. Terima kasih.
KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Mohd Rosli Bin
Yusof, Pengerusi Pengakap Kumpulan 19 Daerah Kemaman, SK
Bukit Kuang diiringi oleh barisan Naib Pengerusi Kumpulan serta
Pemimpin Kumpulan.
Hadirin diminta berdiri.
==============================================
Hadirin dipersilakan duduk.
UCAPAN ALUAN Yang Berbahagia, Encik Mohd Rosli Bin Yusof, Pengerusi Pengakap
PENGACARA MAJLIS Kumpulan 19 Daerah Kemaman, SK Bukit Kuang
Barisan Naib Pengerusi Kumpulan
Encik Megat Iskandar Shah Bin Abdul Malek, Pemimpin Kumpulan
19
Barisan Penolong Pemimpin Kumpulan 19
Ibu bapa serta peserta istiadat yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap.
==============================================
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana kita semua dapat berkumpul
dalam majlis yang indah ini. Majlis juga ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Encik Mohd Rosli Bin Yusof serta hadirin hadirat
kerana telah sudi meluangkan masa bagi memeriahkan majlis kita
pada pagi ini.
=============================================
Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Saifuddin Bin
Ibrahim.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
==============================================
Amin Ya Rabbal A’lamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Saifuddin Bin Ibrahim atas
bacaan doa sebentar tadi.
NYANYIAN LAGU Hadirin dan hadirat sekalian,
NEGARAKU DAN Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu
LAGU PENGAKAP Pengakap Malaysia.
MALAYSIA
Hadirin diminta berdiri.
==============================================
Hadirin dipersilakan duduk.
UCAPAN PENGERUSI Hadirin yang dimuliakan sekalian.
KUMPULAN Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia, Encik Mohd Rosli
Bin Yusof, Pengerusi Pengakap Kumpulan 19 Daerah Kemaman, SK
Bukit Kuang , untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
==============================================
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik
Mohd Rosli Bin Yusof atas kesudiaan beliau untuk memberikan
ucapan.
REHAT Hadirin yang dimuliakan sekalian.
Majlis akan berehat seketika bagi memberi ruang untuk persiapan
istiadat.
ISTIADAT BERMULA Minta perhatian.
Istiadat akan bermula sebentar sahaja lagi.
Hadirin diminta mengambil tempat duduk.
ISTIADAT Istiadat Pelantikan Pengakap Kanak-Kanak
PELANTIKAN Tahun 4, Kumpulan 1
PENGAKAP KANAK-
=============================================
KANAK
Istiadat Pelantikan Pengakap Kanak-Kanak
Tahun 4, Kumpulan 2
=============================================
Istiadat Pelantikan Pengakap Kanak-Kanak
Tahun 4, Kumpulan 3
ISTIADAT Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Keris Gangsa
PENYAMPAIAN Tahun 5, Kumpulan 1
LENCANA KEMAJUAN
=============================================
KERIS GANGSA
Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Keris Gangsa
Tahun 5, Kumpulan 2
=============================================
Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Keris Gangsa
Tahun 5, Kumpulan 3
=============================================
Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Keris Gangsa
Tahun 5, Kumpulan 4
ISTIADAT TAMAT Dengan berakhirnya penyampaian lencana sebentar tadi, maka
tamatlah Istiadat Pelantikan Pengakap Kanak-Kanak dan Istiadat
Penyampaian Lencana Kemajuan Keris Gangsa.
SESI FOTOGRAFI Minta perhatian.
Diminta semua peserta istiadat dan ibu bapa untuk berkumpul di
hadapan pentas bagi tujuan foto berkumpulan bersama Pengerusi
Kumpulan, Barisan Naib Pengerusi Kumpulan serta Pemimpin
kumpulan.
==============================================
Dimulakan dengan peserta istiadat Pelantikan Pengakap Kanak-
Kanak dan ibu bapa.
==============================================
Seterusnya peserta istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Keris
Gangsa dan ibu bapa.
UCAPAN PENUTUP Jutaan penghargaan & ribuan terima kasih kepada tetamu
PENGERUSI MAJLIS undangan khas kita Yang Berbahagia, Encik Mohd Rosli Bin Yusof
atas kesudian beliau menghadirkan diri dalam majlis ini. Tidak lupa
juga kepada hadirin & hadirat sekalian yang sudi meluangkan
masa.
Saya, mewakili Jawatankuasa Pelaksana majlis, ingin memohon
maaf seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang
majlis ini diadakan.
Akhir kalimah, segala yang baik itu datang dari Allah dan yang
tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri kami sendiri.
KEBERANGKATAN Mengumumkan keberangkatan Yang Berbahagia, Encik Mohd
KELUAR DEWAN VIP Rosli Bin Yusof, Pengerusi Pengakap Kumpulan 19 Daerah
Kemaman, SK Bukit Kuang diiringi oleh barisan Naib Pengerusi
Kumpulan serta Pemimpin Kumpulan keluar dari dewan.
Hadirin diminta berdiri.
==============================================
Hadirin diminta duduk.
BERSURAI Majlis tamat dan semua hadirin dibenarkan bersurai.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Pengakap.

You might also like