Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Teknologi Pembinaan

Blog ini khas bagi subjek Teknologi Pembinaan bagi kursus kolej vokasional.

Home ▼

Wednesday, February 12, 2014


KERJA-KERJA PERMULAAN DI TAPAK

PENERANGAN :

Kerja permulaan ialah kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala bentuk
kemudahan dan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukan.
Ianya dijalankan selepas kerja-kerja penyediaan tapak selesai. Kerja-kerja permulaan
termasuklah menyediakan :

a. Pejabat dan tempat tinggal sementara


b. Bekalan air untuk kerja
c. Bekalan kuasa elektrik untuk kerja
d. Jalan-jalan sementara (access road)
e. Kemudahan telefon
f. Papan-papan tanda
g. Lindungan sementara, ‘hoarding’, pagar dawai dan sebagainya.
:
Laluan sementara

Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan, peralatan dan sebagainya ke


tapak bina. Jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Pada kebiasaannya, laluan sementara ini
dibina di atas tapak yang telah dikenalpasti sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut
apabila siap nanti.

Pada peringkat permulaan kerja, laluan yang telah dikenalpasti biasanya ditabur batu sebagai
asas jalan dan apabila kerja-kerja telah selesai barulah jalan itu disempurnakan.

Walaupun jalan-jalan sementara ini hanya digunakan untuk urusan keluar masuk ke tapak
pembinaan sahaja namun ianya hendaklah dijaga dengan elok supaya urusan keluar masuk
ke tapak binaan tidak terganggu.

Selain itu jalan yang becak dan berlumpur hendaklah dibaiki segera supaya tidak mengganggu
keselesaan pengguna jalanraya dan penduduk di sekitarnya.

Pejabat sementara dan tempat tinggal sementara

Bagi projek besar yang memakan masa agak lama untuk menyiapkannya, pejabat sementara,
tempat-tempat tinggal untuk pekerja, kantin, setor untuk menyimpan bahan-bahan binaan,
jentera serta peralatan dan tempat berteduh diperlukan.

pejabat sementara

Sekiranya sesebuah projek itu memerlukan pejabat, perkara-perkara berikut perlu dinilai :

a. Kos permulaan pembinaan pejabat; kos melengkapkan pejabat dengan lantai, dinding,
:
siling dan sebagainya. Kos menghias bahagian dalam pejabat, kos membekal
kelengkapan elektrik, bekalan kuasa elektrik dan kos perabot.
b. Tempoh menggunakan pejabat itu biasanya tujuh tahun. Bagi mendapatkan kos
penggunaan setahun, bahagikan kos permulaan dengan tempoh guna.

c. Kos pengangkutan (dari tapak bina ke tapak bina lain)


d. Kos membuka semula pejabat apabila projek selesai.

Anggaran perbelanjaan penyediaan bilik rehat pekerja, setor dan tempat berteduh boleh dibuat
sama seperti cara di atas.

Lindungan sementara, papan iklan, adangan (hoarding), pagar dawai dan sebagainya

Kuantiti bahan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan ini hendaklah dianggarkan dan
harga bahan ditentukan mengikut cara yang biasa. Peruntukan hendaklah disediakan untuk
membiayai kerja-kerja membuka dan menanggalkan kemudahan ini setelah projek selesai
dengan jangkaan pembaziran yang berpatutan.

Di tempat-tempat yang tertentu, papan tanda iklan perlu dipasang. Sebelum itu kontraktor
perlu mendapatkan kelulusan bagi meletak dan memasang papan iklan daripada pihak yang
berkuasa lebih-lebih lagi jika kedudukan papan iklan di tempat orang lalu lalang.

Papan iklan boleh disediakan tanpa sebarang bayaran jika kontraktor berunding terlebih
dahulu dengan syarikat pengiklanan. Sekaligus syarikat itu mengiklankan perkhidmatan
syarikatnya. Walau bagaimanapun sebelum hal tersebut dilakukan, kontraktor perlu
mendapatkan kebenaran pihak pelanggan atau wakilnya dan kebenaran pihak berkuasa. Di
samping itu pihak kontraktor juga perlu menganggarkan kos lampu keselamatan, notis amaran
dan sebagainya.
:
contoh adangan (hoarding)

papan iklan

Bekalan air

Bagi mendapatkan paip sementara, kontraktor perlu memohon kelulusan daripada Jabatan
Bekalan Air dengan menjelaskan bayaran pendahuluan pada kadar yang ditetapkan sebelum
bekalan air disediakan. Kadar bayaran yang tertentu juga dikenakan bagi kuantiti air yang
digunakan berdasarkan kepada meter yang disediakan. Perbelanjaan lain yang perlu
ditanggung oleh kontraktor ialah kos memasang paip, saluran getah dan tempat takungan air
sementara di tapak bina.

Lampu dan kuasa untuk kerja

Bekalan kuasa atau elektrik merupakan suatu perkara yang penting perlu diadakan di tapak
bina. Kegunaan kuasa ini adalah untuk tujuan mengendalikan peralatan-peralatan mesin dan
juga memasang lampu pada waktu malam bagi tujuan keselamatan. Tanpa bekalan elektrik
peralatan-peralatan kuasa dan mesin tidak dapat digunakan yang mana akan menjejaskan
proses pelaksanaan kerja.

Untuk menyediakan kemudahan ini, perbelanjaan-perbelanjaan berikut hendaklah diambil


kira:

a. Bayaran yang dikenakan oleh TNB


b. Kos pendawaian dan pelan kuasa di tapak bina.
:
c. Kos lampu
d. Kos ‘transformer’ untuk menyalurkan bekalan kuasa yang sesuai.
e. Kos membuka atau menanggalkan kelengkapan elektrik setelah projek siap dan
memindahkan kelengkapan itu ke tempat lain. Sekiranya tidak terdapat bekalan elektrik di
kawasan tapak bina, perbelanjaan menggunakan generator dan sebagainya perlu diambil
kira.

Kemudahan telefon

Kemudahan telefon penting untuk melancarkan kerja-kerja pembinaan. Segala urusan


termasuklan membeli bahan-bahan, peralatan dan sebagainya dapat diuruskan dengan lebih
cepat. Urusan untuk mendapatkan bekalan telefon sementara boleh dibuat dengan cara
berhubung dengan pihak Telekom. Bayaran pendahuluan dan bayaran pemasangan
dikenakan pada kadar yang tertentu.

Susun atur tapak bina

Susun atur tapak harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, rumah kongsi, tempat
letak loji dan lain-lain lagi.

Kedudukan pejabat tapak dan kongsi pekerja

- Kedudukan pejabat harus diatur agar senang dimasuki oleh mereka yang terlibat.
- Sebaik-baiknya berdekatan jalan masuk
- Saiz dan reka bentuk pejabat tapak bergantung kepada saiz projek.
- Keperluan kongsi bergantung kepada jumlah pekerja-pekerja.

Tempat letak kereta

- Tempat letak kereta diperlukan oleh kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan


berdekatan dengan pejabat tapak.
- Selain itu, tempat letak kereta juga perlu untuk pihak-pihak lain yang berurusan dengan
projek tersebut seperti pembekal bahan, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi
lain.

Setor tapak dan kantin

- Setor-setor harus terkawal dan terletak berdekatan pejabat tapak.


- Lazimnya dibuat daripada bangsal kayu berkunci.
- Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu dibina.
:
Lokasi sesalur bekalan perkhidmatan tapak bina

- Sambungan sesalur paip air untuk kegunaan pejabat tapak, kongsi, dan “stand pipes”
untuk membancuh konkrit dan mortar.
- Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan pejabat dan pekerja.
- Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan pejabat, kongsi, setor dan sebagainya.

Jalan masuk

- Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu laluan sahaja.


- Papan tanda petujuk bagi memudahkan pergerakan kenderaan dan logi.
- Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip air, peparit dan jarak dengan binaan tidak
menghalang pergerakan loji-loji.

Pagar “hoarding”

- Untuk melindungi kawasan projek dan keselamatan orang awam.


- Pagar boleh dibuat menggunakan dawai berangkai, papan beserta “mesh
reinforcement” jenis febrik diantara dua muka, bingkai kayu dengan permukaan
plywood dan sebagainya.

Papan tanda pembinaan


- Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara satu
papan tanda di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan
yang berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
- Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti yang
diluluskan oleh Pegawai Penguasa.

Mohd Azlan bin Ibrahim at 5:23 PM

Share

1 comment:

sweettybella November 22, 2020 at 6:27 PM


This comment has been removed by the author.
Reply
:
To leave a comment, click the button below to sign in with Google.

SIGN IN WITH GOOGLE

‹ Home ›
View web version

Powered by Blogger.
:

You might also like