Skrip Jurucara Duta Murid 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN

KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2023

Que Teks

Selamat sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Yang Dihormati
Sarjan Nurul Aida Bt Baharom
Pegawai Perhubungan Sekolah
SJKC Chung Hwa 1B

Yang berusaha,
Cik Chua Boon Li
Ucapan
Guru besar
aluan
SJKC Chung Hwa 1B,

Yang berusaha,
Encik Khung Ming Shun
Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru
SJKC Chung Hwa 1B,

Barisan guru penolong kanan, guru-guru, serta murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Sebelum majlis dimulakan, diminta semua hadirin bersedia untuk


Nyanyian menyanyikan lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku.
lagu
Semua hadirin diminta berdiri.
Berikutnya, majlis mempersilakan saudari / saudara
________________________________________________ untuk
mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.
Bacaan Ikrar
Rukun
********************Ikrar Rukun Negara**********************
Negara
Terima kasih diucapkan kepada _______________________________.
Semua hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan Assalamualaikum dan salam perpaduan.


Aluan
Pada pagi ini, kita berkumpul di dewan kecil dengan satu tujuan yang
sama iaitu Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter
Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023. Pelancaran ini akan
mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang taruh
terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD).

Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai
PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid
sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada


peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala
tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku
Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

今天早上,我们聚集在小礼堂,怀着一个共同的目标,那就是进行 2023 年品
德优秀生塑造完美人性推介会。这项活动将把学生培养成品格大使。

举办此次活动旨在加强马来西亚教育部与马来西亚皇家警察之间的合作。实
施的举措之一是让马来西亚皇家警察在所有 KPM 学校担任学校联络官
(PPS),以帮助处理学生违纪行为问题。

就此而言,在学校层面任命学生为品格大使,可以更清晰地了解学生的品格
走向,以颁布马来西亚教育部《教育机构中的不当性行为指南》和《欺凌指
南》马来西亚教育部教育机构的不当行为。
Ucapan
Pegawai Hadirin yang dimuliakan,
Perhubungan
Sekolah Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh,
Yang Dihormati Sarjan Nurul Aida Bt Baharom
Pegawai Perhubungan SJKC Chung Hwa 1B.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Ucapan PPS**********************

Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Nurul Aida atas ucapan sebentar
tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang berusaha, Cik Chua Boon
Ucapan Li, Guru besar SJKC Chung Hwa 1B. Dipersilakan.
Guru Besar
Sekolah
Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Para guru dan murid sekalian…

Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan


sukacitanya menjemput Yang Berusaha,
_________________________________________________________
Ucapan untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan Duta Sahsiah
Perasmian Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Pelancaran Sekolah Tahun 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********************Ucapan Perasmian**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ___________________


di atas ucapan dan perasmian yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023, dijemput sekali lagi Yang Berusaha Cik Chua
Boon Li, Yang Berusaha Encik Khung Ming Shun bersama-sama
dengan Yang Dihormati Sarjan Nurul Aida Bt Baharom naik ke pentas
Gimik
pelancaran untuk menyempurnakan upacara gimik pelancaran.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************Gimik Pelancaran**********************

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan


pelancaran sebentar tadi.

Pelantikan Majlis diteruskan dengan pelantikan Duta Murid. Dengan ini, majlis
Duta Murid mempersilakan Yang Dihormati Sarjan Nurul Aida diiringi oleh Puan
Guru Besar dan Pengerusi PIBG untuk menyampaikan sijil perlantikan
kepada duta-duta murid.

Duta murid pertama: Saudari Jocelyn Teo Yi Thong 6M


Duta murid kedua: Saudara Tay Yee Tong 6M
Duta murid ketiga: Saudara Jong Tze Chen Bryan 5M
Duta murid keempat: Saudari Miki Tan Chu En 4M

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para VIP. Dipersilakan duduk.


Tahniah diucapkan kepada semua duta murid yang terlantik. Semoga
anda semua dapat menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Wakil duta murid, iaitu Saudari
Jocelyn Teo Yi Thong dan Saudara Tay Yee Tong untuk memberikan
Ucapan Duta
ucapan.
Murid
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan wakil duta murid itu tadi.

Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan diadakan.


Oleh itu, majlis mempersilakan semua hadirin bersedia untuk
mengambil gambar.
Bersurai
Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf
seandainya ada terkasar bahasa atau tersalah bicara semasa
mengendalikan majlis ini. Sekian, terima kasih.

You might also like