Buku PBD

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 64

Prakata

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran


kerana dengan izin- Nya maka lahirlah Buku Kecil PBD 2.0
ini. Selari dengan hasrat KPM, kemenjadian murid
bukan lagi diukur hanya berorientasikan peperiksaan tetapi
secara holistik, maka Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan titik mula dalam
merealisasikannya. pentaksiran holistik murid.
Pelaksanaan PBD ini telah menggantikan sistem pentaksiran lama. PBD ini
secara tidak langsung selari dengan dua daripada 10 hasrat saya iaitu yang berkait
rapat dengan kemahiran dan pemudahcaraan (guru) dan kemahiran murid. Kedua-dua
hasrat ini perlu diperkasakan bagi meminimakan learning loss dan learning gap murid..
Samada pembelajaran itu dijalankan secara bersemuka mahupun home-based, PBD tetap
dilaksanakan oleh guru secara berterusan dengan pelbagai kaedah dan alat pentaksiran
serta penjaminan kualiti PBD dibudayakan di sekolah. Guru yang berkemahiran dalam
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran sudah tentu dapat mencungkil
kemahiran murid serta dapat menyediakan pentaksiran yang bertepatan serta mengikut
keperluan dan aras keupayaan mereka.
Besarlah harapan saya dengan adanya Buku Kecil PBD 2.0 ini, garis panduan dan
perkongsian yang terkandung di dalamnya dapat membantu sekolah amnya dan para guru
khasnya dalam pelaksanaan PBD di samping memberi manfaat serta menambah
kefahaman kepada para ibu bapa cara-cara pelaksanaan dan pelaporan PBD yang
dilalui oleh anak-anak mereka. Aspirasi sekolah berkesan, PdPc berkualiti dan
kemenjadian murid secara holistik dapat dilaksanakan mengi- kut acuan sekolah tetapi
tidak terkeluar daripada landasan yang dihasratkan oleh KPM akan menjadi realiti.
Akhir kata, sekalung penghargaan buat warga PPD Gombak amnya dan barisan
pegawai SISC+ serta Sektor Pembelajaran PPD Gombak khasnya, yang bertungkus
lumus secara langsung dan tidak langsung dalam mengembleng usaha dan mencanai idea
bagi melahirkan buku ini. Gombak On Top!
Sekian, terima kasih.

Haji Sajoli bin Masdor


KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN

Latar Belakang PBD…………………………………………………….. 1

SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan………………. 4

Ciri Utama PBD…………………………………………………………. 5

Surat Pelaksanaan……………………………………………………...... 7

PBD dalam DPK dan PdPR……………………………………………... 8

Carta Alir Pelaksanaan PBD…………………………………………….. 10

Pemerkasaan PBD………………………………………………………. 11

Kaedah Pentaksiran……………………………………………………... 19

Peranan Guru dalam melaksanakan PBD……………………………….. 21

Pertimbangan Profesional……………………………………………….. 22

Penjaminan Kualiti PBD………………………………………………... 25

Panduan Pengisian Template Pelaporan……………………………….... 27

Contoh Template Pelaporan……………………………………………... 29

Contoh Eviden PBD…………………………………………………...... 31

Bagaimana Ibu Bapa membantu dalam pelaksanaan PBD Tahap 1…….. 43

Aktiviti-aktiviti PBD yang boleh dilaksanakan oleh guru……………… 44

Pentaksiran Rakan Sebaya……………………………………………… 45

Pentaksiran Pemerhatian/Lisan/Bertulis………………………………... 46

Rujukan………………………………………………………………….. 58
LATAR BELAKANG PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
(PBD)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang
terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori
akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan
Pentakiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada
dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan
dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah
Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011. Rajah 1
menunjukkan empat komponen dalam PBS.

PBD adalah singkatan daripada Pentaksiran Bilik Darjah. PBD mula


digunapakai pada hujung tahun 2016 menggantikan Pentaksiran Sekolah
(PS) namun konsep PS masih dikekalkan. PBD dilaksanakan seiring
dengan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir
tahun bagi murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 di semua sekolah rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 2019.
Sumber Buku Panduan Pelajsanaan PBD

Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for Learning)


Pentaksiran untuk pembelajaran juga dirujuk sebagai pentaksiran formatif.
Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk
merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah
meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka.

Berdasarkan tujuan ini, pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran


diagnostik.

Satu contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab


yang dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan
soal-jawab itu adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan
nilai murid. Maklumat yang diperoleh dari aktiviti soal-jawab itu
membantu guru meneruskan PdP dan merancang pelaksanaan PdP
seterusnya.
Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)
Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan
menilai perkembangan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan mereka
memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan bagi
menguasai sesuatu objektif pembelajaran. Pentaksiran sebagai pembelajaran terdiri
daripada pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Maklumat dari
pentaksiran ini memberi petunjuk kepada murid tentang tahap penguasaan mereka
dalam pembelajaran.
Contoh pentaksiran sebagai pembelajaran ialah murid membina peta konsep tentang
apa yang telah dipelajari bagi mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan
pengetahuan semasa

Pentaksiran Kendiri (Self Assessment)


Kaedah pentaksiran ini menggalakkan murid untuk lebih melibatkan diri dan
bertanggungjawab dalam pembelajaran sendiri, di samping memupuk minat mereka
dalam pembelajaran. Kaedah pentaksiran ini dapat membantu murid untuk memikir
dan menilai prestasi, tahap penguasaan, kemajuan, pencapaian, kekuatan dan
kekurangan diri sendiri secara refleksi.

Bentuk-bentuk pentaksiran kendiri ialah:


Rancangan/ diari mingguan murid
Soal selidik
Portfolio
Pemarkahan kerja sendiri dengan merujuk kepada kriteria tertentu
Helaian pentaksiran kendiri yang membolehkan murid memberi ulasan tentang
hasil kerja/ prestasi mereka sendiri
Maklum balas secara lisan di dalam kelas
Perbincangan secara berkumpulan atau individu
Kenyataan peribadi untuk kad laporan atau rekod penguasaan
Persediaan dan perancangan ke arah hasil kerja yang muktamad
Analisis kriteria dan keupayaan pentaksiran murid untuk menghubungkaitkannya
dengan tugas mereka sendiri
Objektif PBD

PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di


samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

Melalui PBD, guru dapat:


 mengesan pengetahuan sedia ada murid
 mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
 mengetahui keberkesanan PdP
 merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
 menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Melalui PBD, murid dapat:


 mengesan perkembangan diri
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
 meningkatkan pencapaian pembelajaran

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN


DAN STANDARD PRESTASI
SKPMg2 STANDARD 4 : PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN (Pd Pc)

ASPEK DAN KRITERIA KRITIKAL


Guru bertindak sebagai
ASPEK perancang untuk memastikan
4.1 kesediaan dan persediaan yang rapi Guru Sebagai Perancang
dalam melaksanakan Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc).

Guru bertindak sebagai


Guru Sebagai Pengawal pengawal pelaksanaan
ASPEK
PdPc untuk memastikan
4.2
kelancaran proses
pembelajaran mengikut
Guru bertindak sebagai perancangan.
pembimbing untuk
ASPEK membolehkan murid menguasai Guru Sebagai Pembimbing
4.3 pengetahuan, kemahiran dan
mengamalkan nilai berdasarkan
objektif pelajaran.
Guru bertindak sebagai
pendorong untuk ASPEK
Guru Sebagai Pendorong 4.4
meningkatkan motivasi murid
dalam pembelajaran.

ASPEK Guru berperanan sebagai


4.5 penilai untuk mengesan tahap Guru Sebagai Penilai
penguasaan murid.

Murid bertindak sebagai


Murid Sebagai Pembelajar Aktif pembelajar aktif untuk
ASPEK
menguasai pengetahuan dan
4.6
kemahiran serta mengamalkan
nilai positif.

Sumber: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2017)


CIRI UTAMA PBD
SURAT PELAK SANAAN PBD
PBD DALAM DPK DAN PdPR
PBD DALAM CATCH-UP-PLAN
CARTA ALI R PELAKSANAAN PENTAK SIRAN
BILIK DARJAH (PBD)
PEMERKASAAN PBD
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pentaksiran-bilik-darjah
CIRI UTAMA PBD
PBD DI LAK SANAKAN DALAM SEMUA MATA
PELAJARAN

Sumber Buku Panduan Pelaksanaan PBD -BPK

PELAK SANAAN PBD MELALUI AKT I VIT I


PEMBELAJARAN

Sumber Buku Panduan Pelaksanaan PBD -BPK


KAEDAH PENTAK SIRAN

Sumber Buku Panduan Pelaksanaan PBD -BPK


AK TI VITI PENTAK SIRAN BAG I K EMAHI RAN LI SAN

Soal jawab

Bacaan Kuat

Perbahasan

Bercerita

Temu bual

AKTIVITI PENTAKSIRAN PROJEK MUDAH (SPBI)


PERANAN G URU DALAM MELAK SANAKAN PBD
PERTI MBANGAN PRO FESIO NAL

 Memerlukan guru membuat keputusan berdasarkan


analisis
 dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran murid
yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai secara
beretika dan ber- tanggungjawab
 Merupakan satu proses berterusan sepanjang PdP

KEPERLUAN UTAMA KEPADA PERTIMBANGAN


PROFESIONAL

 Menentukan Tahap Penguasaan (TP) berdasarkan


Standard Prestasi bagi setiap kelompok Standard
Kandungan dan Standard pembelajaran
 Menentukan Tahap Penguasaan Keseluruhan dalam
mata pelajaran bagi melapor keputusan pentaksiran akhir
tahun
PERKARA LAIN YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
DALAM PERTIMBANGAN PROFESIONAL

Hasrat kurikulum

Tujuan pentaksiran

Kaedah pentaksiran

Suasana pentaksiran

Amanah

Peluang
PERTIMBANGAN PROFESIONAL- MODERASI

Moderasi

Moderasi adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran.


Dalam proses moderasi, guru berkongsi pengalaman, pengetahuan,
pemahaman kurikulum (Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi), strategi pengajaran serta pentaksiran bagi melaksanakan
pertimbangan profesional.
Proses ini melibatkan membuat keputusan yang konsisten di dalam mentaksir
tahap penguasaan murid. Moderasi dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
yang sama atau dalam Panitia yang sama. Moderasi penting bagi
mengurangkan jurang pertimbangan profesional antara seorang guru dengan
guru yang lain. Moderasi juga adalah untuk memastikan kesahan dan
kesaksamaan dalam pertimbangan profesional dan pentaksiran yang
dilakukan. Boleh menggunakan kaedah:
Kalibrasi
Persidangan
Merujuk Pakar
P ENJAMI NAN K UALITI PEN TAK SIRAN BILI K
DARJAH

Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah. Penjaminan


kualiti PBD di peringkat sekolah diperlukan bagi memastikan kelancaran
dan ketepatan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah.

Penjaminan kualiti PBD di sekolah boleh dilakukan oleh


Pengetua/ Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran (PK Akademik, PK Hal Ehwal Murid,
PK Kokurikulum , PK Pendidikan Khas, Penyelia Petang)
Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Ketua Bidang
Ketua Panitia
Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/ Jawatankuasa
Kurikulum sekolah/ Jawatankuasa PBS sekolah
Penjaminan Kualiti - Pementoran
Satu proses membantu, memudah cara dan membimbing,
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk
melaksanakan PBD mengikut prosedur dan garis panduan yang
ditetapkan oleh KPM.

Penjaminan Kualiti - Pemantauan


Proses memastikan pelaksanaan PBD mengikut prosedur dan
garis panduan yang ditetapkan oleh KPM

Penjaminan Kualiti - Penyelarasan


Satu proses keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran
prestasi murid.

Penjaminan Kualiti - Pengesanan


Proses menilai instrument pentaksiran bagi memastikan
instrumen yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah
dan boleh dipercayai.
PANDUAN PENGISIAN TEMPLATE PELAPORAN
1 PANDUAN Panduan pengisian templat pelaporan ini

2 REKOD PRESTASI Mengandungi maklumat sekolah, kelas dan murid yang perlu
MURID dilengkapkan oleh guru kelas

3 LAPORAN MURID Mempunyai butang pilihan untuk:


1.Export pelaporan murid kepada format PDF (semua laporan)
2.Mencetak pelaporan murid (semua rekod)
3.Cetak atau export pelaporan murid (1 rekod)

4 LAPORAN MATA Rekod Pelaporan PBD mengikut mata pelajaran untuk rujukan guru
PELAJARAN mata pelajaran atau guru kelas

5 BM Templat Pelaporan mata pelajaran untuk dilengkapkan oleh guru


6 BI mata pelajaran yang berkaitan. Guru mata pelajaran
7 MATEMATIK perlu melengkapkan maklumat Nama Guru, TP Murid dan Ulasan
8 SAINS yang merangkumi aspek seperti penge- tahuan, kemahiran, nilai,
9 PEND ISLAM karekter serta amalan murni yang berkaitan. Ulasan adalah
10 PEND KESENIAN bersifat pilihan sahaja (optional), walaubagaimanapun ia
11 PJPK adalah amat diga- lakkan untuk pelaporan yang lebih bermakna
dan menyeluruh berkaitan perkembangan dan potensi setiap murid
untuk makluman kepada ibu bapa.

12 MORAL Mata pelajaran yang tidak berkaitan dengan kelas berkenaan, boleh
13 ARAB disembunyikan (hide) jika perlu
14 CINA SK
15 CINA SJK
16 TAMIL SK
17 TAMIL SJK
18 IBAN
19 SENAI
20 KADAZAN/DUSUN
21 TAFSIRAN TP TEN Tafsiran terhadap semua Tahap Penguasaan (TP) mata pelajaran
GAH bagi pentaksiran pertengahan tahun akan merujuk kepada
TAHUN lampiran ini. Ia adalah boleh dipinda (editable) supaya
bersesuaian dengan pembelajaran sehingga pertengahan tahun
bagi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran boleh membuat
pindaan ini secara minimum dengan merujuk kepada cara
penulisan yang sama dengan yang diberikan kecuali dengan
membuat pindaan di mana perlu sahaja seperti topik-topik
atau kemahiran-kemahiran yang tidak terlibat
sehingga pertengahan tahun

22 TAFSIRAN TP AKHIR Tafsiran terhadap semua Tahap Penguasaan (TP) mata pelajaran
TAHUN bagi pentaksiran akhir tahun akan merujuk kepada lampiran ini dan
ia adalah tidak boleh diubah

23 GRAF PELAPORAN Memaparkan analisis keseluruhan Tahap Penguasaan (TP) mata


pelajaran dalam bentuk graf dan jumlah yang berkaitan
PANDUAN PENGISIAN TEMPLATE PELAPORAN

Tahap Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan ke-


1 mahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang
asas

Tahap Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan


2 sesuatu perkara yang dipelajarai dalam bentuk komu-
nikasi
Tahap
Tahap Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan Penguasaan
3 sesuatu kemahiran pada suatu situasi Minimum

Tahap Murid menggunakan penguasaan dan melaksanakan


4 sesuatu kemahiran iaitu mengikut prosedur atau secara
analitik dan sistematik

Tahap Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan


5 sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap
positif

Tahap Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan


6 kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu
secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif
dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi
CO NT O H T EMPLATE PELAPORAN
CO NT O H EVI DEN PENTAK SIRAN BILIK
DARJAH

Sumber BPK
CO NT O H EVI DEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH

Sumber BPK
CO NTO H EVI DEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Sumber BPK
CONTOH EVI DEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH

Sumber BPK
CONTOH EVI DEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH

Sumber BPK
CONTOH EVI DEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH

Sumber BPK
CONTOH EVI DEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Contoh 6: Pentaksiran lisan antara murid dengan murid
(pentaksiran rakan sebaya)

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH
Contoh 7: Pentaksiran lisan antara murid dengan bahan
pembelajaran

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH
Contoh 8: Lembaran kerja

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH
Contoh 9: Lembaran kerja bentuk jadual

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH
Contoh 10: Lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH
Contoh 11: Penggunaan rubrik

Sumber BPK
CONTOH EVIDEN PENTAK SIRAN BILIK DARJAH
Contoh 12: Borang maklumbalas

Tajuk karangan

Komen tentang karangan:

i. Saya suka penulisan karangan ini kerana:

Cadangan penambah baikan

Penggunaan alat digital dalam pentaksiran secara dalam talian


Sumber dari sekolah daerah Gombak
BAGAI MANA I BU BAPA MEMBANT U DALAM
PELAK SANAAN PBD TAHAP 1
• Dedahkan anak dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Berikan anak soalan-soalan menguji minda dalam urusan seharian.
Contohnya meminta dia memilih makanan kegemarannya
danmeminta dia menerangkan mengapa dia memilih makanan itu
berdasarkan:
-rasa
-rupa
-khasiat makanan tersebut dan faedah terhadap dirinya

• Biasakan anak dengan soalan latihan situasi penyelesaian masalah


Berikan anak situasi yang berlaku dalam kehidupannya.
Contoh: Sekiranya dia tersilap bawa buku tulis ke sekolah, apakah yang
boleh dia lakukan supaya dia masih boleh melakukan tugasan?

• Bantu anak dalam persediannya untuk pembelajaran di sekolah, Sentiasa


berhubung dengan guru yang mengajar anak di dalam kumpulan
media social. Guru mungkin menjalankan ‘Flipped Classroom’ yang
memerlukan anak membuat persediaan bacaan/kajian sebelum ke sekolah
atau membawa bahan tertentu

• Bekerjasama dengan guru dalam mengenalpasti keupayaan anak-


Pantau perkembangan anak-anak. Sekiranya perkembangannya terlalu
jauh berbanding rakan sebaya, bawalah anak berjumpa doktor untuk
didiagnosiskan tahap perkembangannya

• Bantu dalam persediaan bahan Small Project Big Impact (SPBI)atau


Projek Mudah
AK TI VITI-AK T I VI T I PENTAK SIRAN BILIK
DARJAH (PBD) YANG BO LEH DI LAK SANAKAN
O LEH GURU
Berikut adalah contoh-contoh aktiviti PBD yang
telah di laksanakan oleh guru bersama murid.

HASIL KERJA MURID

Penggunaan alat digital dalam pentaksiran secara dalam talian


sumber dari sekolah daerah Gombak
PENTAK SIRAN RAKAN SEBAYA

Aspek Yang Ditaksir


Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi
pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah
murid. Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan
kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti
dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.

Contoh aspek yang ditaksir ialah:


Kemahiran amali Pengetahuan
Kemahiran kinestatik Kemahiran berfikir
Kreativiti kemahiran berbahasa
Kesihatan dan kecergasan Kemahiran mengira
Amalan nilai murni kemahiran bersosial
Sikap kemahiran manipulatif
PENTAK SIRAN PEMERHAT IAN/LISAN

Gambar ihsan dari sekolah-sekolah daerah Gombak

Penggunaan alat digital dalam pentaksiran secara dalam talian

Pentaksiran tentang pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh,


tajuk atau bidang pembelajaran. Lazimnya pentaksiran tersebut berlaku
dalam bentuk ujian sumatif. Pentaksiran tentang pembelajaran juga
boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil projek
PENTAK SIRAN PEMERHATIAN/LISAN

Penggunaan alat digital dalam pentaksiran secara dalam talian

Sumber dari sekolah daerah Gombak

Penggunaan alat digital dalam pentaksiran secara dalam talian

Sumber dari sekolah daerah Gombak


PENTAK SIRAN PEMERHAT IAN/LISAN /BERTULI S

Gambar ihsan dari sekolah-sekolah daerah Gombak


PENTAK SIRAN PEMERHAT IAN/LISAN /BERTULI S

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak

PENTAK SIRAN PEMERHAT IAN/BERT ULI S

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak


AK TI VITI : BERCERITA

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak

AK TI VITI : SMALL PRO JECT BIG I MPACT


(PRO JEK MUDAH)

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak


AK TI VITI : SMALL PRO JECT BIG I MPACT
(PRO JEK MUDAH)

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak

AK TI VITI : MAI N PERANAN

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak


AK TI VITI : MAI N PERANAN

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak

PBD melibatkan penentuan Tahap Penguasaan dalam setiap mata


pelajaran berdasarkan Standard Prestasi, Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di
bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kuriikulum
Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM).
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018)
AK TI VITI : K UIZ
AK TI VITI : PERMAI NAN

Sumber dari sekolah-sekolah daerah Gombak

PBD memberdaya Pentaksiran Rakan Sebaya

Pentaksiran rakan sebaya memberi peluang kepada murid untuk


belajar dalam pasukan atau kumpulan, berkomunikasi antara satu
sama lain dan melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran dengan bertanggungjawab.
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.(2018).
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Perpustakaan Negara Malaysia: Putrajaya

Maria C.A., Samsilah R., & Tajularipin S. (2014).


Strategi pengajaran pembelajaran di institusi pengajian tinggi: Satu anjakan paradigma.
Malaysian Education Dean Council Journal. 8, pp. 101-115.

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pentaksiran-bilik-darjah

PENG HARGAAN

 Tuan Haji Sajoli bin Masdor, Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

 Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, para pegawai Sektor


Pembelajaran PPD Gombak

 Guru besar, pentadbir, guru-guru dan murid sekolah- sekolah daerah


Gombak.

 Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung


SIDANG EDITOR
Penasihat:
Tuan Haji Sajoli Bin Masdor
Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Penolong Penasihat:
Ahmad Shukri Bin Mansor
Timbalan PPD
Sektor Perancangan

Zainal Bin Ismail


Timbalan PPD
Sektor Pembelajaran

Ketua Editor
Zainariah Binti Mohd Nor
SISC+ TVET

Penolong Ketua Editor


Rohanah Binti Abdul Rahim
Penolong PPD SPD

Panel
Semua SISC+
Semua Penolong PPD Sektor Pembelajaran

Rekabentuk
Syuhaila Binti Elias
Penolong PPD UPmK

You might also like