Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

ASAS KEUSAHAWANAN SADE1013

Tugasan Berkumpulan : Rancangan Perniagaan

Disediakan oleh:

Christon Fedelis Anak Dominic 274131

Nur Hidayah Binti Djupri 274521

Nik Mohd Suffian Bin Nik Mohd Nordin 274446

Amirulhalif Bin Mohd Mustafa 274876

Nama Syarikat : 179 SIGPRO ENTERPRISE

Bidang Perniagaan : Printing Dan Sulaman Pakaian

Disediakan untuk:

Prof Madya Ts. Dr. Azlizan Bin Talib

Tarikh serahan:

11 Januari 2020

KANDUNGAN m/s
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

1.0 PENGENALAN………………………………………………………………… 3
2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN…………………………………… 4
Jumlah Modal……………………………………………………………………. 4
Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan……………………………………... 4
3.0 RINGKASAN EKSEKUTIF…………………………………………………... 5
Idea Perniagaan………………………………………………………………….. 5
Keunikan Perniagaan…………………………………………………………….. 5
Maklumat Produk atau Perkhidmatan…………………………………………… 6-8
Pontensi Perkembangan………………………………………………………..... 9
4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN……………………………………….. 10
Objektif & Maklumat Perniagaan……………………………………………….. 10
Alamat, Bentuk Perniagaan……………………………………………………… 11-13
Modal Pemulaan…………………………………………………………………. 14
5.0 RANCANGAN ORGANISASI………………………………………………… 15
Carta Organisasi/Hierarki Jawatan………………………………………………. 15
Tenaga Kerja, Jawatan & Bilangan Pekerja……………………………………... 16
Jadual Perbelanjaan Pentadbiran…………………………………………………. 17
6.0 RANCANGAN PEMASARAN………………………………………………… 18
Sasaran Pasaran, Saiz Pasaran, Syer Pasaran…………………………………….. 18
Strategik Pemasaran – 7P’s………………………………………………………. 19-21
Jadual Perbelanjaan Pemasaran………………………………………………….. 22
7.0 RANCANGAN OPERASI……………………………………………………… 23
Perbelanjaan Operasi…………………………………………………………….. 23
Proses Operasi…………………………….……………………………………… 24
Carta Aliran Operasi……………………………………………………………… 25
Jadual Perbelanjaan Operasi……………………………………………………… 26
8.0 RANCANGAN KEWANGAN…………………………………………………. 27
Unjuran Penyata Pendapatan 2 Tahun…………………………………………… 27
Unjuran Penyata Perubahan Kedudukan Kewangan 2 Tahun…………………… 28
Unjuran Penyata Aliran Tunai 2 Tahun………………………………………….. 29
9.0 RUMUSAN……………………………………………………………………… 30
10.0 RUJUKAN & LAMPIRAN………………………………………………….. 31-37
1.0 PENGENALAN

2
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

179 SIGPRO Enterprise telah berdaftar secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada 29 September 2017 dan
mempunyai ekuiti bumiputra 100%. Syarikat kami telah pun beroperasi sejak September
2017 yang bertapak di lot kedai kawasan perumahan Seksyen 13 berhadapan Stadium Shah
Alam. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan produk percetakan T-shirt berasaskan Digital
Printing dan Sulaman yang menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang
memenuhi keperluan.

Industri percetakan T-shirt merupakan salah satu industri yang semakin berkembang pesat
dan disamping itu harga yang ditawarkan adalah mampu milik berdasarkan citarasa
pelanggan dalam merealisasikan permintaan pelanggan ke atas pelbagai jenis pakaian seperti
Microfiber, Dryfit, Polyester, Jersey, Chiffon, Cotton dan Jeans.

Selaras dengan kehendak pelanggan yang sentiasa ingin membuat tempahan dengan mudah
dan cepat serta mahukan kepuasan dari tempahan tersebut, Syarikat kami beriltizam untuk
memenuhi kemahuan pelanggan dengan menambahbaik perkhidmatan dan hasil pengeluaran
yang lebih efisyen melalui pemasaran dan tempahan dalam talian (online). Selain itu,
Syarikat kami juga mempunyai rancangan perniagaan yang teratur serta berusaha untuk
menjadi sebuah perniagaan yang maju dan berdaya saing.

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN


3
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

2.1 MODAL

Modal yang diperlukan oleh Syarikat 179 SIGPRO Enterprise adalah sebanyak RM
50,000.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH RIBU) sebagai penggunaan membeli
peralatan dan mesin yang dianggap keperluan bagi penambahbaikan. Pembelian ini adalah
bagi mencapai sasaran jualan yang baik iaitu sebanyak RM 40,000.00 sebulan. Buat masa
kini Syarikat kami hanya dapat memenuhi permintaan pelanggan mengikut spesifikasi yang
telah sedia ada dan amat terhad. Permintaan bagi perkhidmatan pencetakan ini amatlah
tinggi sehingga pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan yang diperlukan pelanggan
memandangkan mesin sedia ada tidak memenuhi kriteria kapasiti yang dikehendaki
pelanggan. Sekiranya pembelian peralatan baru ini dapat digunakan, purata penjualan RM
40,000.00 sebulan akan dapat dihasilkan.

PERKARA NILAI
10 Unit Heat Press Machines all in one 40x50cm 220 volt Auto open RM 23,500.00
with drawer.
5 Unit Heat Press machines 40x50cm Auto Open (Black) 220v RM 9,250.00
5 Unit Heat Press machines 40x50cm Potrait (Silver) 220v RM 8,000.00
2 Unit Embroidery Sewing machines Brothers NV 180 RM 6,200.00
3 Set Fujitsu Esprimo D 581 (refurbished) Desktop PC RM 1,800.00
3 Unit Smartphone Vivo Y81 (3GB RAM + 32GB ROM) RM1,250.00
JUMLAH RM 50,000.00
Senarai peralatan diperlukan bagi pinjam yang dipohon seperti berikut:

2.2 TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Kertas kerja ini disediakan bagi membentangkan perancangan perniagaan Syarikat 179
SIGPRO Enterprise untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada melalui tempahan
dalam talian. Ini juga bagi penambahbaikkan beberapa peralatan komunikasi dalam
memfokuskan kepada bahagian pengurusan, pemasaran dan kewangan secara efisyen serta
peralatan elektronik dan mesin bagi pencetakan.

3.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

4
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

3.1 IDEA PERNIAGAAN

Pada masa kini perkembangan dalam arus teknologi semakin berkembang dengan
kemudahan yang dapat diberikan kepada pengguna membuat pembelian atau perkhidmatan
secara atas talian iaitu sistem online. Dari aspek tersebut Syarikat kami mengambil
keputusan mengorak langkah secara lebih produktif dan profesional untuk memilih
mengembangkan dan memajukan Syarikat dengan cara perniagaan trend masa kini. Dengan
cara ini dapat Syarikat kami menerima tempahan dengan teratur dan cepat serta kesenangan
kepada pembeli membuat tempahan dengan mudah melalui beberapa pengantaraan sedia
ada seperti di shopee, mudah.my, dan fb marketplace. Dalam masa yang sama dapat juga
Syarikat 179 SIGPRO Enterprise menempah nama di dalam bidang perniagaan secara
online.

3.2 KEUNIKAN PERNIAGAAN

Kami di 179 SIGPRO Enterprise akan membuat penerima tempahan secara dalam talian
(online). Jika ada sebarang urusan pertanyaan dari pelanggan boleh disalurkan melalui
Applikasi Whatapps serta WeChat dan akan dilayan seberapa pantas dalam waktu pejabat.
Untuk mengekalkan prestasi kerja yang sentiasa aktif dan diyakini, sebarang perkhidmatan
bentuk ilustrasi, tulisan serta nasihat adalah percuma. Bagi kerja-kerja mencetak serta
sulaman, kami mengambil masa selama 7 hari (1 minggu) bagi menyiapkan tempahan
tersebut atau dalam tempoh yang paling singkat mengikut kuantiti tempahan diterima.

Dari segi tenaga mahir pula, pekerja kami sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam
mencetuskan idea sebelum memulakan kerja-kerja merancang, merekabentuk dan melakar
ilustrasi bergambar yang bercirikan moden. Kelainan dari setiap rekaan mengikut
kemahuan pelanggan dan penyediaan beberapa contoh sedia ada yang diubahsuai bagi
menghasil rekaan terbaru sebelum kerja-kerja cetakan dilakukan. Ini setelah mendapat
persetujuan atau kata putus pelanggan yang berpuashati dengan rekaan Syarikat kami
hasilkan.

5
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

3.3 MAKLUMAT PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Pelbagai jenis cetakan pada baju T-shirt, Jersey, Cotton dan Korporat

Kaedah cetakan menggunakan Mesin Heatpress dengan cara Sublimation dan Heat transfer

6
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Ruang kerja sedia ada yang mencukupi untuk menerima tempahan

Beberapa contoh hasil percetakan yang telah siap

7
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Beberapa contoh hasil kaedah sulaman yang telah siap

Jenis peralatan sedia ada yang digunakan sekarang untuk cetakan seperti Heat Press
Machines dan sulaman seperti Embroidery Sewing Machine Janomy

8
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

3.4 POTENSI PERKEMBANGAN

Berdasarkan pasaran yang dibuat, didapati syarikat kami lebih dikenali melalui beberapa
perantara dalam kaedah pemasaran secara atas talian (online). Jelas potensi yang cukup
besar untuk mengembangkan perniagaan tidak sahaja memfokuskan sasaran pelanggan
dikawasan sekitar tetapi membolehkan syarikat kami menerima tempahan dari seluruh
Malaysia. Hal ini terbukti setelah penggunaan beberapa media sosial sebagai alternatif
pemasaran. Kini Syarikat kami lebih dikenali serta menerima tempahan dari pelbagai
Agensi Kerajaan, Pasukan Keselamatan, Institusi Pengajian Awan dan Swasta termasuk
NGO Tempatan. Syarikat kami bercadang untuk mengembangkan lagi pemasaran dengan
beberapa aplikasi yang sedia ada di media sosial.

Antara contoh aplikasi carian pengguna

9
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

4.1 OBJEKTIF DAN MATLAMAT UTAMA SYARIKAT

4.1.1 OBJEKTIF

 Kearah pengurusan pelanggan yang lebih efisien dan profesional dengan teknik
pengurusan yang berkesan dan menjimatkan masa.
 Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan
penerapkan nilai murni di antara pembekal dan pelanggan.
 Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan agar mutu
perkhidmatan yang dititikberatkan demi menjamin kepuasan pelanggan dan berjaya
disiapkan dengan seberapa segera.

10
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

 Bersikap positif dalam menerima sebarang maklum balas dan berusaha mengatasi
rungutan pelanggan dengan berhemah tinggi dan bersedia untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik.

4.1.2 MATLAMAT

 Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik


pemasaran yang efektif bagi memenuhi keperluan dan mencapai tahap kepuasan
pelanggan yang maksimum.
 Sentiasa peka dengan kehendak pelanggan dan bersedia menghadapi setiap pola
perubahan yang berlaku dalam perniagaan agar tidak menjejaskan mutu perkhidmatan
dan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
 Memanfaatkan ruang kerja bagi memenuhi keperluan, elakkan pembaziran masa
dengan bergerak seiring arus kemodenan dengan segala kemudahan yang ada
disekeliling.
 Berdaya saing dan berkebolehan dalam penghasilan kerja yang sentiasa berfikiran
kreatif dan inovatif.
 Selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi usahawan dan
peniaga yang agresif lagi prihatin menuju ke arah Malaysian Cashless seiring dengan
negara-negara maju yang lain.

4.2 PROFAIL PERNIAGAAN

Nama Syarikat : 179 SIGPRO Enterprise

Alamat Syarikat : 105A, Jalan Bola Tampar 13/14,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor D.E

Alamat e-mel : sigpro179@gmail.com

No.Tel / Fax : 03-3325 1179

No Daftar Perniagaan : 2700298-V

11
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Tarikh daftar niaga : 29 September 2017

Aktiviti Perniagaan : Menjalankan kerja-kerja mencetak dan menyulam pakaian.

Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputra)

Modal Permulaan : RM 75,000

Bank Urusan : Maybank Berhad

Alamat Bank : Shah Alam, Selangor

No Akaun Bank : 5620 5806 6819

Nama Akaun Bank : 179 SIGPRO ENTERPRISE

4.3 PROFAIL PEMILIK

Nama Pemilik : En.Amirulhalif Bin Hj.Mohd Mustafa

Jawatan : Pengurus

Alamat : No 14, Jalan Akuatik 14/7C, D’Kayangan,

40100 Shah Alam Selangor

Telefon : 019-5979369

E-mel : amirulhalif@gmail.com

12
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

No. K/P : 870917-10-5155

Tarikh lahir : 17 September 1987

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Akademik : Diploma Pengurusan Perniagaan

Pengalaman Kerja : 1) Pembantu makmal

2) Kerani koperasi

3) Pen.Pengurus Syarikat Keselamatan

Kursus dihadiri : 1) Kursus Asas Usahawan Muda

2) Seminar Perniagaan dalam talian (online)

3) Seminar e-dagang anjuran KPDNKK

4.4 BENTUK PERNIAGAAN

4.4.1 AKTIVITI PERNIAGAAN

 Mempromosi dan memasarkan perkhidmatan mencetak serta menjalankan kerja-kerja


teknik sulaman digital pada pakaian berasaskan T-shirt dan kemeja sebagai sumber
pendapatan utama perniagaan.

13
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

 Menerima tempahan dari seluruh Malaysia melalui aplikasi dalam talian yang
dipasarkan termasuk pelbagai Agensi Kerajaann, Badan berkanun, Pasukan
keselamatan, Institusi Pengajian, Persatuan-Persatuan Amal dan badan NGO.

4.4.2 PRODUK DAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN

 179 SIGPRO Enterprise menyediakan produk pencetakan pelbagai jenis pakaian


termasuk Microfiber, Polyester, Dryfit, Jersey, Chiffon, Cotton dan Jeans dan
pelbagai bentuk sulaman pada pakaian serta turut menerima tempahan sulaman
berasaskan fabrik seperti seluar, tuala dan topi.

 Selain dari menyedikan perkhidmatan pesanan, Syarikat kami turut memberi


perkhidmatan kepada pelanggan dalam proses merekabentuk sehingga ke proses
percetakan dan juga menyedikan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan
sekitar 50 km, selebihnya penghantaran diuruskan melalui syarikat kurier yang
dilantik.

4.5 MODAL PERMULAAN (MULA BUKA PERNIAGAAN)

BARANG KEPERLUAN PEJABAT

BIL ITEM / PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


PER/UNIT
1. Komputer Pejabat 5 RM 1200.00 RM 6000.00
2. Telefon / Mesin Faks 1 RM 650.00 RM 650.00

14
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

3. Meja kabinet 5’x 3’ 3 RM 850.00 RM 2550.00


4. Meja Bankuet 3’x 8’ 2 RM 250.00 RM 500.00
5. Meja Papan Pine 1’x1’ 30 RM 65.00 RM 1950.00
6. Kerusi Pejabat 7 RM 180.00 RM 1260.00
7. Rak Besi 5 Tier 5 RM 350.00 RM 1750.00
8. Penghawa Dingin 2.5 hp 3 RM 2700.00 RM 8100.00
9. Alat Pemadam Api 6 RM 100.00 RM 600.00
10. CCTV 2 RM 1200.00 RM 2400.00
11. Peti Sejuk 1 RM 1150.00 RM 1150.00
JUMLAH RM 26,910.00

PERALATAN / MESIN KERJA MENCETAK

BIL ITEM / PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


PER/UNIT
1. Heat Press Machines All in One 10 RM 2650.00 RM 26500.00
2. HPM 40x50 Auto Open ( black) 5 RM 2050.00 RM 10250.00
3. HPM 40x50 Potraits ( silver) 5 RM 1800.00 RM 9000.00
4. Teflon sheet, silicon/soft mat (set) 5 RM 165.00 RM 825.00
5. High Temp Tape (box) 10 RM 220.00 RM 2200.00
6. Embroidery Sewing Mac. NV180 3 RM 3100.00 RM 9300.00
7. Set Benang sulam (12 colour/box) 10 RM 69.00 RM 690.00
8. Tailor set(gunting dan pelbagai) 3 RM 150.00 RM 450.00
JUMLAH RM 59,215.00

5.0 RANCANGAN ORGANISASI

Rancangan Organisasi yang dibentuk oleh perniagaan kami adalah merangkumi keseluruhan
aspek pengurusan sebagai sebuah entity perniagaan dan ianya meliputi beberapa fungsi.
Secara keseluruhannya, rancangan organisasi perniagaan syarikat kami adalah seperti di
bawah:

15
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

5.1 STRUKTUR ORGANISASI / HIERARKI JAWATAN

PENGURUS /
PEMILIK

PENGURUS PENGURUS
KEWANGAN PEMASARAN

PENYELIA / PENYELIA / PENYELIA /


PEKERJA MAHIR PEKERJA MAHIR PEKERJA MAHIR
(A) (B) (C)

PEKERJA 1 PEKERJA 1 PEKERJA 1

PEKERJA 2 PEKERJA 2 PEKERJA 2

5.2 TENAGA KERJA, JAWATAN & BILANGAN PEKERJA

 PENGURUS- Mengawal, mengawasi dan memantau urus perjalanan operasi dan


kewangan syarikat merangkumi setiap aspek dari menjana bekalan bahan mentah
sehingga penilaian hasil jualan.

16
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

 PENGURUS KEWANGAN- Menyediakan kewangan perniagaan, mengawal/


menyelaras penggunaan sumber kewangan dalam menjalankan kerja, merancang
perbelanjaan meliputi kos pembelian bahan mentah, gaji pekerja, dan bertanggung
jawab menguruskan kos pekerja,pengurusan aset serta lain-lain kos keperluan pejabat.

 PENGURUS PEMASARAN- Sebagai pendokong utama dalam strategi pemasaran


yang berkesan, merangka teknik pemasaran yang lebih mudah dan efektif mengikut
maklum balas pelanggan yang diterima, merancang pasaran baru yang berpotensi
untuk diperkenalkan, mewujudkan perantara dimana pelanggan dapat berinteraksi
terus dengan syarikat disamping sentiasa produktif dalam memastikan syarikat
mencapai ssaran hasil jualan.

 PENYELIA / PEKERJA MAHIR (3) – Menerima arahan dan menjalankan tugas


yang di arahkan mengikut kehendak yang ditetapkan, memastikan kualiti keatas
pengeluaran dan memantau kerja-kerja sepanjang proses mencetak dan menyulam
berjalan lancar demi mengelakkan pembaziran kos sepanjang pengeluaran.

 PEKERJA (6) – Menjalankan tugas mengikut kaedah yang telah disediakan,


berpengalaman dalam menguruskan peralatan yang digunakan bermula dari penetapan
komputer, mencetak sehingga bembungkusan dan menyiapkan tempahan dalam masa
yang ditetapkan.

5.3 JADUAL PERBELANJAAN PENTADBIRAN

JENIS PERBELANJAAN SUSUT NILAI SEBULAN SETAHUN


10% (RM) (RM) (RM)
ASET BUKAN SEMASA

17
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Peralatan pejabat RM 250.00 RM 3000.00


Perabut RM 400.00 RM 4800.00
Lain-lain kelengkapan RM 300.00 RM 3600.00
Selenggaraan mesin RM 1,200.00 RM 14,400.00
LAIN-LAIN PERBELANJAAN
Bil & Utiliti RM 2,850.00 RM 34,200.00
Sewa banggunan RM 3,500.00 RM 42,000.00
Gaji Pengurus dan Pekerja RM 31,300.00 RM 375,600.00
Daftar, Lesen & Permit Perniagaan RM 1,370.00

JUMLAH RM 478,970.00
Berikut adalah jadual perbelanjaan pentadbiran merangkumi kiraan jumlah bulanan dan
tahunan sepanjang operasi syarikat merangkumi aset bukan semasa dan lain perbelanjaan.

Perbelanjaan & Pengurusan keseluruhan dalam tempoh sebulan bagi menguruskan


perniagaan 179 SIGPRO Enterprise adalah seperti berikut:

BI JENIS PERBELANJAAN JUMLAH BAYARAN


L
1. GAJI & ELAUN PENGURUS RM 12,040.00
2. GAJI DAN ELAUN PEKERJA RM 19,260.00
3. SEWA LOT PERNIAGAAN RM 3,500.00
4. UTILITI RM 2,500.00
5. BIL TELEFON DAN INTERNET RM 350.00
6. ALAT TULIS & BARANG PEJABAT RM 200.00
7. PERJALANAN & PENGANGKUTAN RM 1,500.00
8. SELENGGARAAN MESIN RM 1,200.00
9. IKLAN DAN PROMOSI RM 2,000.00
JUMLAH RM 42,550.00

6.0 RANCANGAN PEMASARAN

18
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

6.1 SASARAN, SAIZ DAN SYER PASARAN

 Syarikat kami menitik beratkan aktiviti pemasaraan dimana sasaran perniagaan


menumpukan agensi-agensi dengan pesanan yang tinggi secara konsisten atau
berterusan contohnya dengan cara menghubungi dan menghantar sebut harga ke
sekolah-sekolah, Pasukan Keselamatan, Kelab sukan atau Rekreasi, Badan bukan
Kerajaan, Persatuan Penduduk serta beberapa Agensi yang menganjurkan
karnival, sukan atau sebarang aktiviti kemasyarakatan.

 Sehubungan dengan itu, pihak kami turut menawarkan harga potongan ke atas
pesanan yang berikutnya sebagai langkah promosi dan menarik minat pelanggan
untuk terus mendapatkan perkhidmatan kami secara berterusan dan kami turut
menawarkan bayaran deposit rendah serta bayaran keseluruhan tempahan secara
ansuran dalam menjaga hubungan perniagaan kebanyakkannya melalui agensi
Kerajaan yang sentiasa komited dengan tempahan yang agak tinggi.

 Memandangkan teknik pemasaran di media sosial begitu meluas dan mendapat


sambutan yang menggalakkan, strategi pemasaran yang begitu kuat dijalankan
melalui penyebaran maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan yang
dijalankan dengan menggunakaan beberapa pengantara seperti di Facebook Adds
dan Marketplaces, aplikasi membeli belah dalam talian seperti mudah.my, shopee,
Whatapps dan Telegram berkeupayaan sebagai medium pengantara yang
berfungsi menerangkan kelebihan serta keistimewaan kepada pelanggan yang
membuat tempahan dengan syarikat kami lebih berkesan serta memudahkan
pelanggan dalam memilih tempahan, berinteraksi dan mendapatkan gambaran
awal hasil yang direka melalui dalam talian dan ini lebih menjimatkan kos
perjalanan dan masa pelanggan tanpa perlu berulang-alik datang ke pejabat
semasa proses merekabentuk corak yang dikehendaki pelanggan, seterusnya
bersetuju sebelum proses mencetak dilakukan.

6.2 Strategi Pemasaran – 7P’s

19
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Strategi pemasaran berkonsepkan 7P’s yang diamalkan dalam perniagaan menunjukkan


peningkatan hasil jualan dari masa ke semasa. Kami sentiasa mengorak langkah
disamping memperbaiki mutu perkhidmatan yang terbaik dalam menjamin kepuasan
pelanggan:

 Product (Produk) - Mementingkan kualiti barangan dengan jaminan hasil


cetakan dan sulaman yang bermutu tinggi mengikut trend dalam pemilihan
warna dan benang yang bercirikan tahan lebih lama serta dibungkus baik untuk
memastikan kualiti tempahan tidak terjejas.

 Place (Tempat) – Lebih memanfaatkan media sosial sebagai kemudahan ruang


pameran tanpa perlu menyimpan stok sample dan memudahkan pelanggan tidak
perlu datang ke pejabat dalam proses mereka bentuk corak semasa membuat
tempahan dan segalanya dilakukan dalam talian untuk mengurangkan kos dan
jimat masa.

 Price (Harga) – Harga yang berpatutan mengikut tema, jenis dan kehendak
pelanggan serta potongan ke atas tempahan dalam jumlah tinggi serta menerima
bayaran secara ansuran bagi tempahan yang berterusan. Kekerapan menawarkan
potongan melalui pemberian Promo code yang boleh didapati secara pembelian
dalam talian.

 Promotion (Promosi) – Tidak sahaja tertumpu kepada mengenalkan produk


tetapi promosi sentiasa berjalan bagi menentukan sasaran jualan mencapai target
syarikat. Pelbagai teknik digunakan dari mencetak banner sehingga pengiklanan
berbayar di media sosial untuk memastikan perniagaan sentiasa dikenali dari
masa ke semasa.

20
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

 Physical evidence (Bukti Fizikal) – Tidak sekadar dalam talian, bergerak aktif
dalam menyertai sebarang booth pameran dengan mendedahkan kepada umum
kualiti percetakan mutu perkhidmatan. Ianya tidak tertumpu dikawasan sekitar
sahaja namun ke lokasi-lokasi yang mendapat sambutan mengikut keperluan dan
permintaan.

 People (Pelanggan/Pembeli) – Justeru dalam mengendalikan pelanggan, kami


amat menitik beratkan sikap yang profesional, menerima maklumbalas yang
positif dan menerima baik cadangan pelanggan dalam tempoh berurusan
sehingga pelanggan kami berpuas hati.

 Process (Proses) - Mekanisme yang berjalan dari awal tempahan hingga akhir
dapat disiapkan dalam tempoh masa singkat tetapi amat menitik beratkan kualiti
dan kepuasan pelanggan serta menguruskan penghantaran yang berkualiti tanpa
perlu mengambil masa yang lama menunggu tempahan yang telah siap untuk
diterima,tidak menyimpan terlalu lama dan penghantaran terus dibuat dalam
jarak radius kurang 60km dari kawasan tapak perniagaan.

21
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Antara contoh Produk, Harga dan Promosi

22
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

6.3 JADUAL PERBELANJAAN PEMASARAN

Melibatkan kos dalam aktiviti pemasaran yang dijalankan melalui penyertaan di booth-
booth pameran dan penglibatan secara tetap setiap bulan dibeberapa lokasi yang
dikenalpasti berpotensi dalam memasarkan dan memberi pengenalan berkenaan bidang
perniagaan.

BI PERKARA JUMLAH
L

1. KENDERAAN( Minyak,Tol & parking ) RM 300.00


2. SEWA BOOTH PAMERAN RM 200.00
3. KOMISYEN RM 250.00
4. BANNER / BUNTING RM 250.00
5. CETAK BROSUR DAN PAMFLET RM 450.00
6. BAYARAN PENGIKLANAN BOOST DI RM 90.00
Facebook Adds dan Sponsor / month
7. PELBAGAI RM 150.00
peruntukan bawah RM 2000.00 sebulan
JUMLAH RM 1690.00

23
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

7.0 RANCANGAN OPERASI


7.1 PERBELANJAAN OPERASI (A)

Butir-butir mengenai perbelanjaan operasi keseluruhan dalam tempoh sebulan bagi


menguruskan perniagaan 179 SIGPRO Enterprise adalah seperti berikut:

BI JENIS PERBELANJAAN BAYARAN


L
1. KOS BAHAN MENTAH CETAKAN (vinyl, vinyl RM 20,000.00
cutter, sublimation paper, 2D colour, dark transfer
paper, water soluble film)
2. KOS BAHAN MENTAH SULAMAN (embroidery hoop RM 13,000.00
ram, Jarum – crewel, sharp, chenille & tapestry, Benang-
standart floss, pearl cotton, soft & pure silk)
3. SEWA LOT PERNIAGAAN RUMAH KEDAI ATAS RM 3,500.00
DAN BAWAH 22’x90’ / 1980sf
4. UTILITI ( Tnb, Syabas, IWK dan Alam Flora ) RM 2,500.00
5. TM ( telefon/Faks, wifi,portable modem ) RM 350.00
6. ALAT TULIS & BARANG PEJABAT RM 200.00
7. PERJALANAN & PENGANGKUTAN RM 1,500.00
8. SELENGGARAAN MESIN RM 1,200.00
9. KOS PENGIKLAN DAN PROMOSI RM 2,000.00
JUMLAH RM 44,250.00

24
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

7.2 PROSES OPERASI

 TEMPAHAN- Para pelanggan kami mempunyai pilihan samada tempahan dilakukan


secara walk in atau menerusi dalam talian mengikut waktu sendiri dengan cara
memilih jenis cetakan pelbagai jenis pakaian seperti Microfiber, Polyester, Dryfit,
Jersey, Chiffon, Cotton dan Jeans, proses ini melibatkan pemilihan rekaan, warna dan
corak mengikut permintaan beserta kuantiti yang diperlukan dan ini dibantu oleh
kakitangan dalam mereka khas tempahan secara draf atau ilustrasi bergambar yang
dihantar melalui aplikasi whatapps dan setelah dipersetujui proses kerja-kerja
mencetak akan dilakukan.

 BAYARAN- Setelah pembayaran dibuat pihak syarikat akan memberi jaminan


jangkamasa permintaan tersebut akan disiapkan mengikut kuantiti tempahan dan
pihak syarikat bertanggung jawab dalam menawarkan deposit dan cara pembayaran
atas budi bicara berdasarkan beberapa kreteria pelanggan dengan cara memudahkan
pelanggan dan memberi sedikit kelonggaran bayaran secara ansuran pada pelanggan
yang menempah secara kuantiti yang tinggi dan berterusan.

 PROSES CETAKAN & SULAMAN- Proses ini dijalankan setelah mendapat


persetujuan dari pihak pelanggan dan pembayaran yang diterima oleh syarikat, semua
kerja-kerja sepanjang proses ini akan diagihkan kepada kumpulan yang diketuai oleh
seorang penyelia dan beberapa pekerja sepanjang proses ini berjalan dan memastikan
ianya berjalan lancar menepati kehendak pelanggan.

 PEMBUNGKUSAN / PENGHANTARAN- Akhir sekali, setelah kesemua tempahan


berjaya disiapkan, kerja-kerja melabel pakaian mengikut jenis dan saiz dilakukan
dengan rapi dan teliti sebelum memaklukan pada pelanggan bahawa permintaan telah

25
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

disiapkan dan pelanggan mempunyai pilihan dengan cara self collection di premis
kami atau penghantaran melalui perkhidmatan kurier dengan kadar berpatutan.

7.3 CARTA ALIRAN OPERASI

TEMPAHAN -
Pelanggan berkunjung ke premis/tempahan dilakukan dalam talian

DISCUSSION / PERBINCANGAN -
Nasihat atau pandangan diberikan berkenaan reka bentuk dan ciri-ciri permintaan

SEBUT HARGA -
Rundingan harga / cara pembayaran & kontrak kerja ditandatangani

SAMPEL -
Akan disiapkan dalam masa yang singkat untuk memudahkan pelanggan mendapat
ilustrasi sebenar

PROSES CETAK / SULAM -


Kerja-kerja dijalankan oleh tenaga mahir

LABEL & PEMBUNGKUSAN -


Memastikan kuantiti mengikut permintaan meliputi jenis dan saiz sebelum proses
pembungkusan dijalankan

SERAH / PENGHANTARAN -
Penyerahan kepada pelanggan/penghantaran dalam tempoh masa yang ditetapkan

26
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

JAWATAN GAJI ELAUN KWSP SOCSO JUMLAH


BULANAN (13%) (2%)
PENGURUS RM 4000.00 RM 400.00 RM 520.00 RM 80.00 RM 5000.00
PENGURUS RM 2800.00 RM 300.00 RM 364.00 RM 56.00 RM 3520.00
(KEWANGAN)
PENGURUS RM 2800.00 RM 300.00 RM 364.00 RM 56.00 RM 3520.00
(PEMASARAN)
PENYELIA (A) RM 1800.00 RM 300.00 RM 234.00 RM 36.00 RM 2370.00
PENYELIA (B) RM 1800.00 RM 300.00 RM 234.00 RM 36.00 RM 2370.00
PENYELIA (C) RM 1800.00 RM 300.00 RM 234.00 RM 36.00 RM 2370.00
PEKERJA (1) RM 1500.00 RM 300.00 RM 195.00 RM 30.00 RM 2025.00
PEKERJA (2) RM 1500.00 RM 300.00 RM 195.00 RM 30.00 RM 2025.00
PEKERJA (3) RM 1500.00 RM 300.00 RM 195.00 RM 30.00 RM 2025.00
PEKERJA (4) RM 1500.00 RM 300.00 RM 195.00 RM 30.00 RM 2025.00
PEKERJA (5) RM 1500.00 RM 300.00 RM 195.00 RM 30.00 RM 2025.00
PEKERJA (6) RM 1500.00 RM 300.00 RM 195.00 RM 30.00 RM 2025.00
JUMLAH RM 24,000.00 RM 3,700.00 RM 3,120.00 RM 480.00 RM 31,300.00
SEBULAN
7.4 JADUAL PERBELANJAAN OPERASI (B)

Gaji & Elaun - Syarikat 179 SIGPRO Enterprise sentiasa memastikan hubungan baik antara
pekerja dapat dikekalkan dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan lampiran adalah
seperti berikut:

Jumlah keseluruhan perbelanjaan operasi merangkumi (A) dan (B) bagi setiap bulan:

PERBELANJAAN OPERASI (A) + (B) SEBULAN (RM)


Perbelanjaan Operasi (A) RM 44,250.00
Perbelanjaan Operasi (B) gaji dan elaun RM 31,300.00

27
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

JUMLAH RM 75,550.00

8.0 RANCANGAN KEWANGAN


8.1 UNJURAN PENYATA PENDAPATAN 2 TAHUN

Penyata pendapatan bagi tahun bermula Oktober 2019 sehingga September 2020

Perkara/Bulan Okt/19 Nov/19 Dis/19 Jan/ Feb/ Mac/ Apr/20 Mei/20 Jun/ Jul/20 Ogo/20 Sep/20 JUMLAH SETAHUN
20 20 20 20 RM

TUNAI MASUK
PENDAPATAN
Jualan 95,450 95,450 95,650 95,650 95,700 95,700 95,850 95,850 96,100 96,100 97,450 97,450 RM 1,152,400.00
Jumlah 95,450 95,450 95,650 95,650 95,700 95,700 95,850 95,850 96,100 96,100 97,450 97,450 RM 1,152,400.00

TUNAI KELUAR
PERBELANJAAN
OPERASI
Kos Bahan mentah 33,000 33,000 29,000 29,000 31,000 31,000 32,000 32,000 31,500 31,500 30,000 30,000 RM 360,000.00
Sewa banggunan 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 RM 42,,000.00
Utiliti 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 RM 30,000.00
Bil 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 RM 4,200.00
Keperluan Pejabat 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 RM 2,400.00
Pengangkutan 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 RM 18,000.00
Gaji & elaun 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 31,300 RM 375,600.00
PERBELANJAAN
PENTADBIRAN
Selenggara mesin 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 RM 14,400.00
PERBELANJAAN
PEMASARAN
Kos pemasaran 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 RM 24,000.00
Jumlah 75,550 75,550 71,550 71,550 73,550 73,550 74,550 74,550 74,000 74,000 72,550 72,550 RM 870,600.00

KEUNTUNGAN 19,900 19,900 24,100 24,100 21,900 21,900 21,300 21,300 22,100 22,100 24,900 24,900 RM 268,900.00

Penyata pendapatan bagi tahun bermula Oktober 2020 sehingga September 2021

Perkara/Bulan Okt/20 Nov/ Dis/20 Jan/21 Feb/ Mac/21 Apr/21 Mei/21 Jun/21 Jul/21 Ogo/21 Sep/21 JUMLAH
20 21 SETAHUN
RM
TUNAI MASUK
PENDAPATAN
Jualan 98,550 98,550 99,700 99,700 99,850 99,850 100,350 100,350 100,850 101,500 102,500 103,500 RM 1,205,250.00
Jumlah 98,550 98,550 99,700 99,700 99,850 99,850 100,350 100,350 100,850 101,500 102,500 103,500 RM 1,205,250.00
TUNAI KELUAR
PERBELANJAAN
OPERASI
Kos Bahan mentah 34,000 34,000 30,000 30,000 32,000 32,000 33,000 33,000 32,500 32,500 31,000 31,000 RM 385,000.00
Sewa banggunan 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 3,500 RM 42,,000.00
Utiliti 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 2,500 RM 30,000.00
Bil 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 350 RM 4,200.00
Keperluan Pejabat 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 200 RM 2,400.00
Pengangkutan 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 1,500 RM 18,000.00
Gaji & elaun 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 33,300 RM 399,600.00
PERBELANJAAN
PENTADBIRAN
Selenggara mesin 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 RM 14,400.00
PERBELANJAAN
PEMASARAN
Kos pemasaran 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 2000 RM 24,000.00
Jumlah 77,500 77,500 73,550 73,550 75,550 75,550 76,550 76,550 75,550 75,550 74,550 74,550 RM 906,400.00

28
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

KEUNTUNGAN 21,050 21,050 26,150 26,150 24,300 24,300 23,800 23,800 25,300 25,950 27,950 28,950 RM 298,850.00

8.2 UNJURAN PENYATA PERUBAHAN KEDUDUKAN KEWANGAN 2 TAHUN

PERKARA TAHUN 2020 TAHUN 2021


RM RM

Aset Bukan Semasa (+50k)


Peralatan dan mesin cetakan/sulaman RM 59,215.00 RM 109,215.00
Peralatan pejabat RM 26,910.00 RM 26,910.00
RM 86,125.00 RM 136,125.00
Aset Semasa
Bank RM 253,900.00 RM 273.250.00
Tunai RM 15,000.00 RM 25,000.00
RM 268,900.00 RM 298,850.00
ASET RM 355,025.00 RM 434,975.00
(-) Liabiliti Semasa
Pemiutang

MODAL KERJA RM 101,125.00 RM 161,125.00

Dibiayai oleh : Ekuiti Pemilik


Modal awal RM 86,125.00 RM 136,125.00
(+) Untung bersih b/b - RM 268,900.00
(+) Untung bersih semasa RM 268,900.00 RM 298,850.00

(-) Ambilan
Modal akhir RM 355,025.00 RM 434,975.00
Liabiliti Jangka Panjang
Pinjaman RM 50,000.00

LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK RM 268,900.00 RM 298,850.00

29
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

8.3 UNJURAN PENYATA ALIRAN TUNAI 2 TAHUN

PERKARA TAHUN 2020 TAHUN 2021


Jualan
(-)Pulangan Jualan
Jualan Bersih RM 1,152,400.00 RM 1,205,250.00

Kos barang dijual


Stok awal
(+) Belian bahan mentah RM 360,000.00 RM 385,000.00
(-) Stok akhir RM 33,000.00 RM 34,000.00
Kos jualan RM 870,600.00 RM 906,400.00
UNTUNG / RUGI KASAR RM 268,900.00 RM 298,850.00

Perbelanjaan
Gaji Pengurus dan Pekerja RM 375,600.00 RM 399,600.00
EPF dan Socso RM 41,316.00 RM 43,956.00
Sewa banggunan RM 42,000.00 RM 42,000.00
Belanja pemasaran RM 2,000.00 RM 2,000.00
Selenggara mesin, utility, bil dll RM 409,684.00 RM 418,844.00

Jumlah perbelanjaan RM 870,600.00 RM 906,400.00


UNTUNG / RUGI BERSIH RM 268,900.00 RM 298,850.00

30
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

9.0 RUMUSAN

Syarikat 179 Sigpro Enterprise adalah mempunyai potensi yang tinggi dalam memberikan
pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang disediakan selepas pembiayaan agak
memberangsangkan kerana syarikat telah bertapak dan kini hanya bertujuan meluaskan
strategi pemasaran agar lebih dikenali melalui kemudahan beberapa medium dalam talian
sedia ada sekaligus meningkatkan produktiviti syarikat.

Perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan yang


dikendalikan syarikat ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran
keuntungan yang telah dirangka. Oleh yang demikian Syarikat 179 Sigpro Enterprise amat
optimis dan sentiada komited dalam menggerakkan perniagaan ini dan seterusnya yakin
syarikat ini berdaya maju dan mampu berkembang pada masa akan datang.

Justeru itu syarikat kami berharap agar permohonan ini dapat dinilai serta diperimbangkan
dengan sewajarnya dari tuan/puan dan harapan kami melalui pembiayaan ini seterusnya
perniagaan 179 Sigpro Enterprise dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan mampu
berkembang dan menyumbang kepada ekonomi dan kemajuan Negara.

31
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

10.0 LAMPIRAN DAN RUJUKAN

32
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Salinan Pendaftaran Dengan SSM

33
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

34
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Salinan Perjanjian Sewa Permis

BROSUR

35
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Brosur yang digunakan dalam tujuan pemasaran

PEMASARAN DI FACEBOOK

36
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Pemasaran di page & group menggunakan aplikasi facebook

PEMASARAN DI INSTAGRAM DAN SHOPPEE

37
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

Platform media sosial yang digunakan dalam pemasaran

PEMASARAN DI MUDAH.MY PEMASARAN MELALUI APLIKASI

38
179 SIGPRO Enterprise (2700298-V)

WHATAPPS

Platform media sosial yang digunakan dalam pemasaran

39

You might also like