Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

4/29/24, 1:08 PM MyPOROMS

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : MUHAMMAD FARID IZUAN BIN SHAHARUDDIN


No Kad Pengenalan : 010126061183
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : 2020 / 06 - BAHASA MELAYU PISMP
Sekolah : SK TAMAN PRIMA SELAYANG
Minggu Praktikum : 12
Tarikh : 26-04-2024
Tajuk : PEMAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM YANG TIDAK LENGKAP
Kategori : Kokurikulum
Pensyarah Penyelia : DR. SITI NUR AISYA SUGUMARIE BT ABDULLAH
Guru Pembimbing : ANIS AMALINA BINTI AHMAD

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu ke-12, sebagai salah seorang penasihat Unit Beruniform Pengkakap, saya telah mendapati bahawa ramai murid atau
ahli yang memakai pakaian seragam tidak lengkap. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid yang menjadi ahli Pengkap tidak
mempunyai disiplin yang tinggi dan kurang kesedaran tentang kepentingan mematuhi pemakaian seragam yang lengkap dalam
usaha menunjukkan rasa bangga terhadap Badan Unit Beruniform yang dianggotai.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan daripada analisis isu tidak memakai pakaian seragam yang lengkap dalam kalangan ahli pengakap kanak-kanak, saya
mendapati bahawa murid-murid kurang kesedaran dan tidak mempunyai disiplin yang tinggi dalam memikirkan kepentingan
seseorang ahli menunjukkan rasa hormat dan bangga kepada Badan Unit Beruniform yang dianggotainya dengan memakai dan
mematuhi kod etika pemakaian lengkap Badan Unit Beruniform semasa melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum atau Badan
Unit Beruniform yang dianggotainya. Selain daripada itu terdapat juga murid yang tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan
pakaian seragam yang lengkap kerana sikap mereka yang tidak pernah mengambil tahu tentang Badan Unit Beruniform yang
mereka sertai

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Hal ini selari dengan pandangan Ab. Alim Abdul Rahim & Balkis Wan Daud, (2009) yang menyatakan bahawa murid yang bangga
dan berdisiplin tinggi dalam menganggotai Badan Unit Beruniform adalah murid yang mematuhi etika pemakaian yang lengkap
bagi Badan Unit Beruniform yang dianggotainya dan hal ini telah dipersetujui oleh Eng, (2016) yang menyatakan bahawa seoarng
ahli Badan Unit Beruniform yang berdisiplin tinggi adalah seorang ahli yang memakai pakaian seragam lengkap bagi Badan Unit
Beruniform yang dianggotainya, terutamanya semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum atau aktiviti di luar sekolah.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan analisis saya terhadap punca masalah murid tidak memakai pakaian seragam yang lengkap semasa aktiviti
kokurikulum, saya mencadangkan beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah ini, antaranya ialah :

a) Menunjukkan video pelaksanaan aktiviti kokurikulum oleh sekolah lain yang memakai pakaian seragam yang lengkap bagi
memotivasikan murid untuk berusaha mendapatkan pakaian seragam lengkap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum sekolah.

b) Menunjukan dan menerangkan gambar seorang ahli pengakap yang memakai pakaian seragam yang lengkap, agar murid
mengetahui aksesori yang tidak lengkap pada pakaian masing-masing.

c) Menerangkan kepada murid tentang kepentingan disiplin dalam memathui kod etika pemakaian pakaian seragam semasa
melaksanakan aktiviti kokurikulum, agar murid berusaha mendapatkan pakaian seragam yang lengkap bagi Badan unit Beruniform
yang dianggotai.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 MINGGU

6. Tindakan Susulan :

Berhubung dengan masalah ini, saya akan mengambil langkah pembetulan dengan menunjukkan video pelaksanaan aktiviti

file:///C:/Users/ASUS VIVOBOOK/Downloads/MyPOROMS.html 1/2


4/29/24, 1:08 PM MyPOROMS
kokurikulum oleh sekolah lain yang memakai pakaian seragam yang lengkap bagi memotivasikan murid untuk berusaha
mendapatkan pakaian seragam lengkap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum sekolah. Selain daripada itu saya juga akan
menunjukan dan menerangkan gambar seorang ahli pengakap yang memakai pakaian seragam yang lengkap, agar murid
mengetahui aksesori yang tidak lengkap pada pakaian masing-masing. Akhir sekali saya akan menerangkan kepada murid tentang
kepentingan disiplin dalam memathui kod etika pemakaian pakaian seragam semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum, agar
murid berusaha mendapatkan pakaian seragam yang lengkap bagi Badan unit Beruniform yang dianggotai.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

26-04-2024

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Setelah menunjukkan video tentang keperluan seseorang ahli Badan Unit Beruniform memakai pakaian lengkap semasa
melaksanakan aktiviti kokurikulum dan menunjukan gambar pakaian lengkap bagi seseorang ahli pengakap, saya telah mendapati
bahawa murid telah mulai berusaha untuk melengkapkan aksesori pakaian seragam mereka yang masih kurang dan mendapatkan
pakaian lengkap bagi mereka yang langsung belum mempunyai pakaian lengkap.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Tuntasnya, seorang ahli yang menganggotai mana-mana Badan Unit Beruniform sepatutnya mempunyai pakaian seragam yang
lengkap. Hal ini penting dalam menunjukkan rasa hormat, disiplin dan bangga terhadap Badan Unit Beruniform yang dianggotai,
dalam hal ini juga murid perlu mengetahui kepentingan memakai pakain seragam mengikut kod etika pemakaian yang telah
ditetapkan. Justeru itu, seseorang murid perlu mengetahui setiap aksesori pakaian seragam bagi Badan Unit Beruniform yang
dianggotainya, supaya memudahkan murid itu sendiri berusaha untuk melengkapkan pakaian seragamnya. Oleh itu, pendek kata
kesedaran tentang kepentingan memakai pakaian seragam semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum tidak kira sama ada di dala
atau luar sekolah amat perlu disuntik dalam diri murid ke arah usaha memantapkan gerakan Badan Unit Beruniform yang lebih
hebat, bersemangat dan menyerlah.

Rujukan :

Ab. Alim Abdul Rahim & Balkis Wan Daud. (2009). Pengakap remaja Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Eng, J. A. (2016). Pengurusan Aktiviti Luar Sekolah: Panduan Pengurusan Aktiviti di Luar Sekolah. Batu Caves: PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.

file:///C:/Users/ASUS VIVOBOOK/Downloads/MyPOROMS.html 2/2

You might also like