My POROMS

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

4/29/24, 1:07 PM MyPOROMS

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : MUHAMMAD FARID IZUAN BIN SHAHARUDDIN


No Kad Pengenalan : 010126061183
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : 2020 / 06 - BAHASA MELAYU PISMP
Sekolah : SK TAMAN PRIMA SELAYANG
Minggu Praktikum : 11
Tarikh : 16-04-2024
Tajuk : MURID HILANG FOKUS SEMASA AKTIVITI BERKUMPULAN
Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah Penyelia : DR. SITI NUR AISYA SUGUMARIE BT ABDULLAH
Guru Pembimbing : ANIS AMALINA BINTI AHMAD

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu kesebelas, waktu pengajaran dan pembelajaran yang dapat dilaksanakan adalah sangat terhad berikutan pelbagai
acara dan majlis yang diadakan di sekolah. Ketika melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran seawal pagi di kelas 5 Ibnu
Bathutah, murid kelihatan mudah hilang fokus dan gagal mengawal kelakuan di dalam kelas. Murid sering bermain di belakang
kelas dan menganggu murid lain yang membentang di hadapan

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Situasi sebegini terjadi kerana murid tidak mempunyai tugasan semasa rakan lain membentang. Murid juga merupakan golongan
kanak-kanak yang masih perlu dipantau kerana sukar memberi fokus dalam suatu masa yang lama.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Murid-murid enggan memberikan kerjasama yang baik apabila diminta melakukan sesuatu tugasan. Guru terpaksa mengulang
semula pelajaran yang lepas memandangkan murid telah lupa tentang kandungan pembelajaran tersebut. Hal ini menyebabkan
cikgu telah membuang masa dengan membuat ulangan pelajaran yang lepas untuk kesemua
murid walaupun terdapat segelintir murid telah pun menguasai pelajaran tersebut (Amirah Azhar et al., 2023)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Setelah mendapatkan maklumat dan pandangan daripada guru pembimbing, beberapa cadangan penyelesaian masalah telah
diperolehi. Antaranya ialah:
1) Memberi murid papan markah untuk murid menilai aktiviti atau pembentangan murid lain di hadapan.
2) Menyuruh murid menulis isi penting atau kata kunci melalui pembentangan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 MINGGU

6. Tindakan Susulan :

Saya akan memberikan papan atau kertas markah kepada murid setiap kali kawan-kawan lain membuat persembahan atau
membentang. Kumpulan lain akan menilai prestasi rakannya mengikut ketetapan yang telah ditetapkan gurunya seperti penilaian
dari aspek gaya penyampaian, intonasi , nada suara, dan sebagainya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

19-04-2024

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya telah menjalankan aktiviti yang telah dicadangkan dengan membuat papan markah menggunakan papan putih mini. Saya
dapati semua murid telah memberikan tumpuan semasa murid lain membentang kerana ingin memberikan markah kepada
rakannya yang membentang.

file:///C:/Users/ASUS VIVOBOOK/Downloads/MyPOROMS (1).html 1/2


4/29/24, 1:07 PM MyPOROMS
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan cadangan penyelesaian yang dicadangkan. Murid lebih fokus dan memberikan
tumpuan semasa rakan-rakan mereka beraktiviti di hadapan

Rujukan :

Amirah Azhar, Zamri Mahamod, ANur Syuhada Mat Husin & Noorfaraasikin Abdullah. (2023). Kekangan dan strategi guru bahasa
Melayu Sekolah Rendah dalam meningkatkan motivasi murid selepas pasca Pandemik Covid-19. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
13(1), 73-88.

file:///C:/Users/ASUS VIVOBOOK/Downloads/MyPOROMS (1).html 2/2

You might also like