Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Langkah-langkah pelbagai pihak untuk menyuburkan semangat patriotik

Kehendak soalan: Langkah-langkah untuk menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan


rakyat
 Untuk soalan yang melibatkan rakyat seperti ini, langkah-langkah yang diambil mesti
melibatkan sekurang-kurangnya 3 pihak kecuali peranan individu.
 Langkah yang dilaksanakan mesti melibatkan bilangan rakyat yang banyak, bukan hanya
segelintir sahaja.

Isi
1. Peranan ibu bapa/ keluarga
- Ibu bapa ialah insan yang paling rapat dengan anak-anak
- Nilai dan kesedaran untuk menjaga kedaulatan negara lebih mudah disampaikan oleh
ibu bapa
- Ibu bapa tauladan anak-anak yang terdekat dan dominan
- Ibu bapa perlu memberi penjelasan tentang sejarah tanah air melalui sejarah
perjuangan tokoh
- Ibu bapa membawa anak-anak melawat ke tempat bersejarah

2. Pihak sekolah memainkan peranan untuk memupuk semangat patriotik rakyat sejak bangku
sekolah
- semangat patriotik akan sebati dalam diri generasi muda sehingga mereka dewasa
- murid-murid sekolah didedahkan dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik
seperti sambutan hari kemerdekaan negara

3. kerajaan dan pihak swasta bekerjasama menganjurkan aktiviti yang sesuai dengan pelbagai
peringkat umur
- melibatkan perhatian daripada pelbagai pihak untuk terlibat aktif dengan aktiviti yang
telah dirancang dan dilaksanakan
- memupuk kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak
- pelbagai agensi kerajaan/ swasta melibatkan diri secara proaktif dengan menganjurkan
pelbagai acara di setiap pelosok negara

4. Kerajaan melaksanakan kempen secara besar-besaran dan berterusan


- Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
untuk membangunkan negara dan mempertahankan negara
- Kempen ialah salah satu cara yang cepat, mudah dan berkesan untuk menyampaikan
hasrat kerajaan
- Menggunakan media massa untuk menjalankan kempen
- Menggunakan tokoh-tokoh masyarakat seperti ulama dan artis sebagai agen pemupuk
semangat patriotik

5. Penyertaan golongan pemimpin negara dan pemimpin masyarakat


- Pemimpin negara dan pemimpin masyarakat menjadi contoh atau teladan untuk
menyemarakkan semangat cinta akan negara kepada masyarakat
- Pemimpin turun padang dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat setempat
- Pemimpin mengingatkan masyarakat untuk menghargai perjuangan pemimpin dan
masyarakat terlebih dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan
tanah air

You might also like