Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 52

BUKU SKRAP

PENDIDIKAN KESIHATAN
“PROGRAM ANTI DADAH”
FATIN NURBATRISYIA KARMILA
BINTI
MUHAMMAD JUNIDI
6 UTARID

NAMA GURU : CIKGU TAN HOOI CHING


DAH
DA
S UD
MA K
DADAH ialah sebarang bahan kimia yang
digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk
mentiasat, merawat atau mencegah penyakit.
Dadah akan mengakibatkan ketagihan,
kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak
pengguna apabila dimakan atau diminum atau
dimasukkan ke dalam badan dengan berlebihan
atau tidak mengikut had dan peraturan.
DADAH ialah bahan kimia yang memberi kesan
kemudaratan ke atas pemikiran (psikoaktif),
fizikal, emosi dan tingkah laku.
N I S
S - JE
I
JEN ADAH
D
Setakat ini, DADAH boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis seperti berikut:
❖ Opiat dan opiat sintetik
❖ Stimulan
❖ Ganja
❖ Halusinogen
❖ Depresen
❖ Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
1. OPIAT & OPIAT SINTETIK
DADAH jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan
popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia
dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan
opiat iaitu candu, morfin dan heroin
Jenis-jenis Opiat & Opiat Sintetik
(a) Candu

Sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan


memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan
daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih
kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat,
mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika
terdedah kepada udara.
(b) Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses


daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya
dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau
morfin hidroklorik.
(c) Heroin

Dadah jalanan yang paling kerap disalah guna oleh penagih


dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk
putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali
ganda morfin.
(d) Kodien

Bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu.


Walaubagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah
yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan,
kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.
(e) Opiat Sintetik

Meliputi bahan-bahan seperti "methadone", "pethidine",


"dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini
mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan
dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
"methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di
negara kita.
2. STIMULAN
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua
jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau
"Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
(a) Amfetamin

Stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat
yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin
seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy
methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya.
(b) Methamphetamine

Satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya


berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya
terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses
secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek
perubatan.
(c) Kokain

Serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di


Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika
Selatan.
(d) MDMA/Ecstasy

"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo


meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh
meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali
dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa
pengguna muda.
3. GANJA/KANABIS
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk
semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok
"cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan
beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks
dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis
bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol"
(THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Pokok Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
(a) Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok
"genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia
menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
(b) Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis
yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau
dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada
coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
(c) Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan
kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai
minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila
terdedah kepada udara.
4. HALUSINOGEN
Jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan
deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi
sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan
Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin
semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan
ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada
tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di
negara-negara barat.
Halusinogen
5. DEPRESEN
Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang
manusia untuk memperlahankan atau menghentikan
fungsi-fungsi tubuh. Terdiri daripada Ubat Depresen
(Barbiturates, Erimin 5 dan Tranquilizers), alkohol,
GHB dan Ketamin
Jenis-jenis Depresen
(a) Ubat Depresen
Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan
"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf
tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan
fungsi-fungsi tubuh.Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates"
manakala contoh "tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol"
dan "valium"."Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalah
gunakan oleh mereka yang menyalah guna "club drugs" untuk
membantu mereka kembali ke kehidupan rutin.
Jenis-jenis Depresen
(a) Ubat Depresen

Barbiturates Erimin 5 Tranquilizers


(b) Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna
terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga
bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara
memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol
bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan
seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara
berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
(c) GHB

"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk


cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau
"gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat
dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang
kepiawaian.
(d) Ketamin

Sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalah gunakan. Ketamin


yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia
boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.
6. UBAT-UBAT DAN BAHAN YANG DISALAH
GUNAKAN
(a) Steroid

Ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid


digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalah gunakan oleh atlit di seluruh dunia
walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak
menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan
fizikal
(b) Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yang kekal


(gila) dalam masa yang singkat. Kekerapan menghidu gam atau
petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan
seseorang itu ketagihan.
(c) Daun Ketum

Daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun
dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalah gunakan oleh
segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum
ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di
Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman
pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya
diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam
badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum
telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
(d) Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan
yang kerap disalah guna adalah berkaitan dengan ubat
penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer")
dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara
berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada
ubat-ubatan berkenaan.
N C A
- P U AN
N CA U N A
P U A H G
Y A L H
PE N A D A
D
PUNCA-PUNCA
PENYALAHGUNAAN
DADAH

Sikap Ingin Pengaruh Rakan Kurang Didikan


Mencuba Sebaya Agama/Moral

Kekurangan Kasih Kurang Pengetahuan/Pendidikan


Sayang Ibu Bapa Tentang Dadah
T I F
EGA N
N
N GUN A A
S A
KE ALAH
N Y A H
PE DAD
KESAN DADAH
TERHADAP DIRI

Hilang Maruah Jangkitan Diri Tidak


Diri AIDS/HIV Terurus

Mengabaikan Musnah Kerjaya Perubahan


Tanggungjawab Tingkah Laku

Terdorong Melakukan
Jenayah
KESAN DADAH
TERHADAP
KELUARGA

Maruah Berlaku Menjejaskan


Keluarga Penceraian Sumber
Tercemar Kewangan
keluarga

Berlaku Penderaan Mental &


Fizikal
KESAN DADAH
TERHADAP
MASYARAKAT

Peningkatan Kes Gambaran Buruk


Mengganggu Jenayah
Ketenteraman Masyarakat
Setempat

Ketidakstabilan Struktur
Masyarakat - Emosi, Pergaulan
dan Pemuafakatan
KESAN DADAH
TERHADAP
NEGARA

Ancaman Ekonomi Terjejas Kos


Keselamatan Penyelenggaraan
Negara Meningkat

Kehilangan Sumber Tenaga


Kerja Yang Produktif
A S I
G AT
M E N AN
H
A HGU N A
G K
LAN NYALA AH
PE DA D
LANGKAH MENGATASI
PENYALAHGUNAAN
DADAH

Kempen
Kerajaan
(Kerajaan & Penubuhan
Mengenakan
Swasta) Pusat-Pusat
Hukuman Yang
Pemulihan
Lebih Berat

Program
Pendidikan
- Ceramah Media Massa
Mengamalkan
- Pameran Menyampaikan
Gaya Hidup Sihat
Maklumat
N S I
GE B AT
A R L I LA H
T
G IME A SA
Y AN N
N GA H
E N A A D A
M D
AGENSI YANG
TERLIBAT MENANGANI
MASALAH DADAH

Agensi Anti Dadah Kerajaan


Agensi Bukan
Kebangsaan
Kerajaan (NGO)
(AADK)

Persatuan
Mencegah Dadah
Polis Diraja Malaysia Pengasih
Malaysia (PDRM) (PEMADAM) Malaysia
G A N
SLO
L AN
I M PU
KES
Dadah memberikan impak negatif terhadap individu,
keluarga, masyarakat dan negara. Setiap golongan
dalam masyarakat perlu berganding bahu bagi
menyelesaikan permasalahan ini. Setiap agama
melarang umatnya melakukan keburukan begitu juga
isu dadah.
K AN
JU
R RU
MBE
SU
Sumber Rujukan

❖ Bahan dari Internet


(Laman Web)
❖ Buku Teks
SIH
A K A
RI M
TE

You might also like