Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAMBAI

1.0 PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini
merupakan acara tahunan sekolah di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah
dan boleh disertai oleh semua pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat
dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

2.0 TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh : 16, 17 dan 21 April 2024 (16 dan 17 merupakan latihan)

Hari : Ahad (21 April 2024)

Masa : 7.45 pagi – 9.15 pagi

Tempat : Sekitar SK Kampong Rambai

Penganjur : Unit Kokurikulum

Urusetia Pelaksanaan : Unit Sukan

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.
antaranya adalah untuk :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.

ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu
yang cergas.

iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Kampong Rambai
dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk
menjayakannya.

iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga Sekolah Kebangsaan Kampong Rambai
tentang alam sekitar.

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .

vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.


4.0 KUMPULAN SASARAN
i. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid dari Prasekolah sehingga murid tahun 6
Sekolah Kebangsaan Kampong Rambai kecuali bagi murid-murid yang mendapat
kebenaran pengecualian daripada Guru Besar atau murid-murid yang
mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada Doktor.

ii. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah memastikan
kesihatan peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan semasa kejohanan
diadakan.

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini dikelaskan kepada 8 kelas dan kategori:-
BIL KELAS KATEGORI BILANGAN PEMENANG
TAHUN 3 LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )
1.
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )
TAHUN 4 LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )
2.
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )
TAHUN 5 LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )
3.
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )
TAHUN 6 LELAKI 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )
4.
PEREMPUAN 3 PEMENANG (EMAS, PERAK )

6.0 MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH.


Murid-murid yang menamatkan lariannya secara sah mendapat nombor antara nombor 1 hingga 10
akan mendapat mata bagi rumah mereka seperti berikut:

KEDUDUKAN MATA
1 10
2 9
3 8
4 7
5 6
6 5
7 4
8 1
9 1
10 1
Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata
yang terbanyak. Piala Pusingan akan di anugerahkan kepada rumah yang mendapat Johan. Markah
bagi setiap rumah sukan akan digabungkan dengan aktiviti sukan yang lain. Markah yang tertinggi
akan dianugerahkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan.

7.0 TREK LARIAN


Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut kategori yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek yang salah akan dikira
batal.

8.0 JURI RAYUAN


Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui Ketua Guru
rumah kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran pertaruhan sebanyak
RM 50.00 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan gagal
dalam aduannya. Segala Keputusan Pertandingan akan disahkan muktamat oleh Juri Rayuan.

9.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


i. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.

ii. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain dengan tujuan
melengahkan kelajuan lawan mereka

iii. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan

iv. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta

10.0 ATURCARA PERTANDINGAN:


TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA 2024

TARIKH : Latihan : 16 April 2024 (Selasa) & 17 April 2024


(Rabu)

Pertandingan : 21 April 2024 (Ahad)

HARI : Ahad (21 April 2024)

MASA : 7.45 pagi hingga 9.30 pagi

TEMPAT PERMULAAN : Kawasan Pagar Sekolah (Pintu Belakang)

TEMPAT BERAKHIR : Padang Sekolah

MASA TENTATIF TINDAKAN

7.30 pagi  Pendaftaran kehadiran oleh Guru-guru Kelas Guru Tingkatan, Guru
di Tapak Perhimpunan Rumah

7.30 pagi  Taklimat Kejohanan kepada Pegawai- Pengerusi Teknik,


pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi Penolong Pengerusi
Teknik di tapak perhimpunan. teknik, Pegawai Check
Point, Pencatat Masa,
 Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh
Hakim Penamat
Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan
7.45 pagi  Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pegawai Check Point,
Pasukan Keselamatan Kawalan Lalu Lintas Pegawai Keselamatan
serta Pasukan Kecemasan ke check point Lalulintas
stesen masing-masing

 Sesi memanaskan ba tunjukcara serta


arahan ke garisan permulaan

8.00 pagi  Acara dimulakan dilepaskan mengikut Pelepas, Peronda Mula,


Kategori Peronda Semasa
Kejohanan, Peronda
 Kelas 1 (Tahun 5 dan 6)
Akhir, Pertolongan
Lelaki cemas

Perempuan

 Kelas 2 (Tahun 3 dan 4)

Lelaki

Perempuan

 Kelas 3 (Prasekolah dan Tahun 1)

Lelaki

Perempuan

8.45 pagi  Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat


Masa

9.30 pagi  Ketibaan peserta terakhir

10.00 pagi  Acara penyampaian hadiah pemenang

11.0 PANDUAN TUGAS GURU


PERSIAPAN TEMPAT

1. Menyediakan mengemaskan semula tempat penamat pertandingan iaitu lorong penamat, kerusi
meja pencatat mengikut kelas kategori peserta.

SETIAUSAHA PEN.SETIAUSAHA

1. Menyediakan borang keputusan pertandingan, Kad pemenang kad Check Point.

2. Membuat laporan pertandingan menyerahkan kepada PK Kokurikulum dalam masa seminggu


selepas pertandingan
HADIAH

1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap acara.

2. Membuat persiapan upacara penyampaian hadiah apabila kejohanan tamat.

PELEPAS

1. Melepaskan peserta untuk permulaan

KECEMASAN

1. Menyediakan alat bantuan kecemasan.

2. Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM

1. Memberikan kad hakim kepada pemenang mengikut nombor kemenangan kad untuk mata
rumah iaitu No. 1 hingga No.10

KETUA HAKIM

1. Memberi taklimat kepada hakim penjaga masa (Pencatat)

2. Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi menyerahkannya kepada pengacara


majlis untuk penyampaian hadiah.

PENCATAT PENJAGA MASA

1. Mencatat nama rumah pemenang mengikut nombor kad keputusan hakim,

2. Merekod mata rumah mengikut masa yang ditentukan oleh hakim

3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan mengikut kelas kategori yang diarahkan
untuk mencatat( berada di tempat permulaan untuk mengambil masa permulaan).

PENGURUS TREK

1. Mempastikan trek selamat digunakan semua guru yang bertugas di check point telah bersedia.

2. Memberitahu Referi pelepas untuk acara di mulakan.

3. Menentukan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap kategori.


JURUTUNJUK ARAH

1. Bersedia dengan motosikal membawa bendera amaran kepada orang awam (Bendera Merah)

2. Menjadi tujuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/ CHECK POINT.

1. Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal
sebelum masa kejohanan bermula

2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi mempastikan keselamatan murid

3. Mengawal mempastikan lalulintas di kawasan tersebut selamat untuk laluan murid.

4. Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari secara yang membahayakan.

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAMBAI
TAHUN 2024

Pengerusi : Tuan Hj. Abdul Haris Bin Mohd Zain

Guru Besar SK Kampong Rambai

Timbalan Pengerusi : Pn. Nornin Fariha Binti Ramli

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : Encik Azhar b. Abdul Aziz

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Mohd Azmir bin Mohd Khalid

Guru Penolong Kanan HEM

Setiausaha Sukan : En. Mohd Safuan bin Abu Bakar Samad

Timbalan Setiausaha : Puan Anis bt Rosli

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL. AJK / GURU BIG TUGAS ALATAN

1. MAKANAN/MINUMAN  Membuat tempahan


makanan/minuman untuk pegawai-
1. Puan Suhaila pegawai pelajar-pelajar yang bertugas
2. Puan Fadhilah
 Mengagihkan makanan/minuman
kepada pegawai-pegawai pelajar-
pelajar yang bertugas

2. HADIAH,  Menempah hadiah mengikut kategori


CENDERAMATA SIJIL
 Menyusun hadiah untuk acara
1. Puan Junainah Penyampaian Hadiah
2. Puan Zuraida
 Menyediakan sijil untuk para pemenang Hadiah,
dulang
 Sentiasa berhubung dengan JK
sijil
Sumbangan/Tajaan sekiranya pihak
sekolah menerima sebarang sumbangan
yang berbentuk hadiah

3. SIARAYA  Menyediakan alat siaraya di Tapak


Perhimpunan
1. Pn Anis
 Menyimpan semula peralatan yang
digunakan setelah selesai kejohanan

4. DOKUMENTASI  Mengumpul semua maklumat untuk


didokumentasikan
1. Puan Asnida
 Membuat dokumentasi dengan
kerjasama S/U Kokurikulum S/U Sukan

5. KEBERSIHAN  Memastikan persekitaran sekolah


berada dalam keadaan bersih
1. Puan Norihan

6. HOSPITALITI:  Menyediakan pasukan PBSM yang


bertugas di check point stesen-stesen
KECEMASAN
yang telah dikenalpasti
1. Puan Sabarina
 Memohon bantuan peralatan
2. Puan Shamsaaiza
kerjasama dari Pusat Kesihatan Kuang

7. KESELAMATAN,  Menghantar surat permohonan


DISIPLIN, KAWALAN bantuan kawalan lalu lintas
LALU LINTAS
 Mendapatkan maklum balas daripada
1. Tn Hj Azmir Pasukan Polis
2. En. Safuan
 Memberi layanan berpatutan kepada
3. En. Azhar
Pasukan Polis semasa selepas bertugas
4. En. Osman
 Memaklumkan kepada Pegawai
Teknik/Pengurus Kejohanan Pegawai
Pelepas bahawa telah bersedia

8. JURUHEBAH  Menyediakan teks, lagu-lagu selingan


JURUACARA MAJLIS yang bersesuaian mengacara di
sepanjang kejohanan untuk
1. Puan Zulaika
memeriahkan suasana

 Mengendalikan aktiviti memanaskan


badan

9. PELEPAS  Melepaskan para peserta mengikut Wisel


kategori di garisan permulaan Hailer
1. Puan Wan Nor
Zaleha

10. PERSIAPAN TREK  Mencari trek yang bersesuaian

1. Tn Hj Azmir  Menyediakan pelan trek/laluan


2. En. Safuan Kejohanan Merentas Desa
3. En. Azhar
 Memasang Check Point di trek.

11. PENYELARAS LORONG-  Menyediakan lorong-lorong penamat Tali raffia,


LORONG PENAMAT tempat kedudukan para Hakim Penamat penanda,
TEMPAT-TEMPAT sebagaimana pelan gunting
HAKIM masking
 Melabelkan setiap lorong kedudukan
tape
1. Puan Nurashida para Hakim Penamat untuk panduan
peserta

 Mengemas semula lorong-lorong


penamat, kerusi meja para Hakim
Penamat selepas selesai kejohanan

12. URUSETIA  Menyediakan borang-borang kejohanan Borang-


PENYELARAS BORANG mengagihkan kepada setiap Ketua borang
PERTANDINGAN Hakim kejohanan,
alat tulis
1. Pn Zulaika  Memberi taklimat kepada setiap Ketua
Kalkulator
Hakim tata cara mengisi borang
kejohanan

 Membuat publisiti Kejohanan Merentas


Desa peringkat sekolah

 Mengaudit markah yang diperolehi dari


Ketua Hakim untuk menentukan
kedudukan Rumah Sukan bagi
setiap kategori keputusan keseluruhan
kejohanan

 Menyerahkan keputusan akhir kepada


Juru Acara Majlis untuk acara
Penyampaian Hadiah
13. HAKIM-HAKIM  Bertugas sebagai ketua hakim penamat
PENAMAT untuk kategori masing-masing

1. Pn Nurashida  Memberi taklimat tatacara mengisi


2. Sukarelawan borang kejohanan kepada hakim-hakim
penamat

 Mengambil kupon kedudukan dari no 1


hingga 100 bagi kategori masing-masing
daripada pencatat masa

 Menyemak kupon check point para


peserta mengagihkan kupon
kedudukan no 1 hingga 10 kepada
peserta yang berjaya menamatkan
larian untuk kiraan markah

 Memastikan hakim-hakim penamat


merekodkan mata merentas desa
mengikut rumah sukan peserta bagi
menentukan pungutan markah rumah
sukan mengikut kategori masing-masing

 Menyemak menandatangani borang-


borang kejohanan yang diterima dari
hakim-hakim penamat bagi kategori
masing-masing menyerahkannya
kepada urusetia untuk diaudit

14. PENCATAT MASA  Bekerjasama dengan Hakim Penamat Jam randik


dalam menentukan masa kedudukan
1. Pn Nurashida
peserta
2. Sukarelawan
 Mengambil masa bagi kedudukan
pelajar tempat 1 hingga 10 kategori
masing-masing

 Memberi catatan masa kepada Hakim


Penamat bagi kategori masing-masing

 Membantu hakim penamat mengira


pungutan bagi kategori masing-masing

15. PENYELARAS CHECK  Menyelia, membawa menyerahkan Penanda


POINT kupon check point kepada peserta check
point
 semua guru  Mencatat nombor larian setiap peserta
kupon
 Membawa pulang penanda check point check
masing-masing letakkan di pondok jaga point

 Memastikan setiap check point ada


Pegawai Check Point yang bertugas
sebelum kejohanan dimulakan
 Mengawas pergerakan para peserta di
sekitar laluan trek

16. PERONDA MULA  Meletakkan penanda bagi setiap Check


SEMASA KEJOHANAN Point

1.Pengawal  Meronda trek bersama peserta semasa


Keselamatan Sekolah dilepaskan oleh pelepas semasa
kejohanan

12.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Butiran Kuantiti HargaSeunit Jumlah

(RM) (RM)

1. Medal (Emas) 8 orang 4.50 28.00

2. Medal (Perak) 8 orang 4.50 28.00

3. Minuman Peserta 3 kali 50.00 150.00

Jumlah RM 206.00

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM206.00

*Sumber kewangan dipohon daripada wang peruntukan BKK atau BSS

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………….. ………………………………

(ANIS BT ROSLI) (REDZA BIN AHMAD)

S/U Kejohanan Merentas Desa Penolong Kanan Kokurikulum

SK Dato’ Kamaruddin SK Dato’ Kamaruddin

Disahkan oleh;

…………………………….

(WAN NOR ZALEHA BT WAN SALLEH)

Guru Besar
SK Dato’ Kamaruddin

Lampiran

Jarak Anggaran : 3.7 KM

You might also like