Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

CikguAzila

SAINS
TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN

UNIT 2
MANUSIA
* ORGAN PERNAFASAN*

Manusia bernafas untuk hidup.


Organ pernafasan manusia
ialah Peparu.

Cuba kamu kenalpasti organ


yang terlibat semasa proses
pernafasan.

Semasa bernafas, manusia menyedut udara


masuk ke dalam peparu dan menghembus
semula udara keluar dari peparu.
CikguAzila
* PROSES PERNAFASAN *

Pernafasan manusia melibatkan


proses menarik nafas dan
menghembus nafas. Perhatikan
laluan udara di bawah.

CikguAzila
* OKSIGEN & KARBON DIOKSIDA *
Kawan-kawan…
Semasa manusia bernafas,
terdapat perbezaan kandungan
oksigen dan karbon dioksida
yang disedut masuk dan
dihembus keluar.

Ya….
Udara yang disedut masuk
mengandungi lebih oksigen
berbanding dengan udara yang
dihembus keluar.

Manakala, udara yang dihembus


keluar mengandungi lebih karbon
dioksida berbanding dengan
udara yang disedut masuk.

CikguAzila
* PERGERAKAN DADA *
Semasa proses pernafasan

Apakah perubahan pada dada


yang dapat kamu perhatikan?

CikguAzila
* KADAR PERNAFASAN *
Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan
dada naik dan turun dalam satu minit.

Kadar Pernafasan bergantung


pada jenis aktiviti yang dijalankan.

Kadar Pernafasan Tidur


Rendah

Berjalan

Kadar Pernafasan
Sederhana

Berlari
Kadar Pernafasan
Tinggi

Semakin bertambah cegas aktiviti yang dilakukan,


semakin bertambah kadar pernafasan.
CikguAzila
* PERKUMUHAN *
Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan
buangan dari badan.

Mari kita kenali organ


perkumuhan dan hasilnya.

Organ : Kulit
Bahan buangan : Peluh

Organ : Peparu
Bahan buangan : Karbon
dioksida dan wap air

Organ : Ginjal
Bahan buangan : Air kencing

CikguAzila
* PENYAHTINJAAN *
Penyahtinjaan ialah proses penyingkiran tinja
melalui dubur.

Makanan yang tidak tercerna


semasa proses pencernaan akan
menjadi tinja. Tinja perlu
disingkirkan dari badan.

Usus kecil
Usus besar

Dubur

CikguAzila
* GERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN *

Manusia bergerak balas terhadap perubahan keadaan


persekitaran.
Perubahan persekitaran ini dikenali sebagai rangsangan.
Tindakan yang dilakukan terhadap rangsangan pula
dikenali sebagai gerak balas.

Organ deria manusia menerima


rangsangan seperti cahaya, bau,
bunyi, rasa dan sentuhan

CikguAzila
* ORGAN DERIA *
ORGAN DERIA RANGSANGAN
MATA CAHAYA
HIDUNG BAU
TELINGA BUNYI
LIDAH RASA
KULIT SENTUHAN

Di atas merupakan rangsangan


yang diterima oleh organ deria
manusia.

Kepentingan gerak balas manusia terhadap


rangsangan :
1. Elak kecederaan
2. Menyelamatkan diri
3. Mendapatkan maklumat dan berkomunikasi

CikguAzila
*TABIAT BURUK MENGGANGGU GERAK BALAS *
Tabiat meminum arak, menghidu
gam dan menyalahgunakan
dadah boleh memberikan kesan
buruk kepada manusia.

Arak ialah sejenis minuman beralkohol yang


menyebabkan seseorang menjadi mabuk.
Gerak balas peminum arak menjadi lambat
kerana organ derianya terganggu.

Gam ialah sejenis bahan kimia yang


boleh menyebabkan seseorang khayal
dan ketagih apabila menghidunya.
Bahan kimia tersebut boleh menjejaskan
fungsi organ deria dan otak.

Dadah ialah bahan yang digunakan sebagai


Ubat. Dadah yang disalahguna boleh
menyebabkan seseorang itu khayal atau
ketagih. Organ deria seseorang yang
menyalahgunakan dadah tidak dapat
berfungsi dengan baik.
CikguAzila
Nama : _____________ Kelas : ________
Proses Pernafasan

1. Namakan organ yang terlibat semasa proses


pernafasan manusia.

2. Lengkapkan laluan udara semasa menarik dan


menghembus nafas.

Menarik Nafas

Menghembus
Nafas
Nama : _____________ Kelas : ________
Proses Pernafasan
1. Semasa menarik nafas, dada akan
______________

2. Semasa menghembus nafas, dada akan


_______________

3. Lengkapkan jadual di bawah.

Rendah Sederhana Tinggi

Aktiviti Kadar Pernafasan

Berenang

Lari setempat

Membaca buku

CikguAzila
Nama : _____________ Kelas : ________
Perkumuhan
1. Namakan organ perkumuhan di bawah.

2. Proses perkumuhan ialah __________________


________________________________________

3. Padankan organ perkumuhan dengan hasil


buangan yang betul.

Karbon dioksida dan


Kulit
wap air

Ginjal Air kencing

Peparu Peluh

CikguAzila
Nama : _____________ Kelas : ________
Penyahtinjaan
Jawab soalan di bawah.

1. Proses penyahtinjaan ialah ________________


_______________________________________

2. Makanan yang tidak tercerna semasa proses


pencernaan akan menjadi __________ yang perlu
disingkirkan dari badan.

3. Label organ penyahtinjaan di bawah.

CikguAzila
Nama : _____________ Kelas : ________
Gerak balas terhadap rangsangan.
Jawab soalan di bawah.
1. _____________ ialah perubahan keadaan
persekitaran.

2. _______________ ialah tindakan yang


dilakukan terhadap rangsangan.

3. Organ deria manusia menerima rangsangan


seperti :
_______________ _______________
_______________ _______________
_______________

4. Apakah kepentingan gerak balas manusia


terhadap rangsangan?
a) ____________________________________
b) ____________________________________
c) ____________________________________

5. Senaraikan tabiat buruk yang mengganggu


proses gerak balas manusia terhadap rangsangan.
a._________________ b._______________
c.___________________________
CikguAzila

You might also like