Kerbersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kerbersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama

Selamat petang saya ucapkan kepada Tuan Peng


e r u s i M a j l i s , p a r a h a k i m y a n g a r i f l a g i bijaksana,
guru besar, guru-guru dan rakan sekalian.

Pada petang yang indah ini, izinkan saya sampaikan tajuk


syarahan saya iaitu “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab
Bersama”.

Hadirin yang dihormati,Sekolah yang bersih, indah dan cantik


merupakan impian para guru dan murid.

Bagi m e m a s t i k a n s e k o l a h t e r u s b e r s i h d a n i n d a h ,
pelbagai usaha mesti dijalankan seperti
pertandingan kelas tercantik,gotong royong perdana dan
sebagainya.Setiap sekolah mempunyai pekerja yang
ditugaskan untuk membersihkan kawasansekolah. Namun
begitu, murid-murid tidak boleh meletakkan tanggungjawab
kepada mereka semata-mata tanpa membantu mereka. Murid
mesti ingat menjaga kebersihan sekolah adalah tanggungjawab
bersama-sama .

Hadirin yang dikasihi,


Persekitaran kelas yang kotor akan menggangu perhatian
murid kerana persekitaran yang kurang selesa. Oleh itu,
kelas yang bersih dan kondusif sangat penting kepada
muriduntuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar di dalam kelas.Sebagai seorang murid
yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat kotoran di dalam
kelas, murid hendaklah rajin menyapu dan memasukkan
sampah ke dalam sampah. Kelas yang bersih pasti akan
mewujudkan suasana yang ceria.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan di


kawasan persekitaransekolah.Sekian, terima kasih.
Faedah Menabung

Selamat petang saya ucapkan kepada Tuan


P e n g e r u s i M a j l i s , p a r a h a k i m y a n g a r i f l a g i bijak
sana,guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekelian.

Pada petang yang indah ini, izinkan saya sampaikan tajuk


syarahan saya ialah “Faedah Menabung”

Hadirin yang dihormati sekelian,


Menabung membawa maksud menyimpan sebahagian
wang perbelanjaan untuk keperluan masa hadapan.
Terdapat beberapa faedah menabung yang boleh saya
kongsikankepada rakan-rakan yang saya sayangi.

Faedah menabung yang pertama ialah kita dapat


memupuk amalan berjimat cermat.Kita akan merancang
perbelanjaan dengan mengutamakan keperluan yang penting
daripada barangan lain. Dengan itu, kita akan sentiasa berwaspa
da supaya wang tidak dibelanjakan sesuka hati.

Selain itu, amalan menabung juga dapat


m e n g e l a k k a n d a r i p a d a b e r l a k u n y a pembaziran.
Orang yang menabung akan lebih berhati-hati apabila berbelanja
kerana telah merancang perbelanjaannya.

Hadirin yang saya kasihi,

Amalan menabung juga membantu kita sekiranya berlaku


kes kecemasan ataupun ketika hendak membeli barang
keperluan. Kita tidak perlu meminta wang daripada ibu bapa
kerana kita sudah memiliki wang tabungan yang cukup.

Akhir kata, saya ingin berpesan kepada kawan-


kawan agar menjadikan amalanmenabung sebagai
amalan harian kerana banyak faedah yang boleh kita
peroleh daripada amalan ini.Sekian, terima kasih.
Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Sekolah

Selamat petang saya ucapkan kepada Tuan


Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan sekalian.

Pada petang yang indah ini, izinkan saya sampaikan tajuk


syarahan saya iaitu “Kebaikan Menyertai Aktiviti
Kokurikulum Sekolah”.

Hadirin yang dihormati,

Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib


disertai oleh setiap murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum
melibatkan unit-unit beruniform, persatuan, kelab dan sukan.
Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum banyak
memberi faedah kepada murid-murid.Faedah yang
pertama ialah dapat menambahkan pengalaman dan ilmu
pengetahuan.Segala aktiviti ini berhubung kait dengan
pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah.Oleh itu,
penyertaan murid adalah sangat penting untuk memberi
pemahaman yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.

Hadirin yang saya kasihi,

Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih diri kita supaya


bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur, berdikari
serta hormat-menghormati antara satu sama lain.

Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam


menjalani kehidupan seharian.

Melalui aktiviti kokurikulum, kita berpeluang


menyumbangkan tenaga dan bakti kepada masyarakat
setempat. Kegiatan gotong-royong yang dijalankan dapat
mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekeliling.
Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa dan bersopan
santun.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahasa kegiatan


kokurikulum banyak memberi kebaikan kepada kita,
khususnya kepada para murid.

Sekian, terima kasih

You might also like