Kenyataan Media. Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 & Kemp

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN
SAMBUTAN HARI WARGA EMAS SEDUNIA
PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2023 DAN
KEMPEN SIHAT MILIK SELANGOR 3.0

1 OKTOBER 2023

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Aziz Shah Al- haj dan Tengku Permaisuri
Selangor berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari
Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 dan
Kempen Sihat Milik Selangor 3.0 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam,
Selangor hari ini.

Malaysia bakal mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila
15% daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas. Menurut
Jabatan Perangkaan Negara, pada tahun 2022, Negeri Selangor
mempunyai penduduk berusia 60 tahun dan ke atas yang tertinggi di
Malaysia, iaitu sebanyak 11.5%. Ini adalah disebabkan oleh penurunan
kadar kelahiran, perkhidmatan kesihatan yang semakin baik dan

1
peningkatan purata jangka hayat daripada 66 kepada 76 tahun dalam
tempoh 10 tahun.

Walau bagaimanapun, kajian daripada World Bank Group tahun 2020


menunjukkan tidak semua warga emas di Malaysia menua dengan sihat
berikutan peningkatan beban penyakit kronik seiring dengan
pertambahan jangka hayat. Ini terbukti dengan hasil Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity
Survey, NHMS) 2018 yang menunjukan sebanyak 50% warga emas
menghidap hipertensi dan hiperlipidemia, manakala sebanyak 28% pula
menghidap kencing manis.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia komited terhadap


Dasar Kesihatan Warga Emas Negara yang dibangunkan untuk
membina warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati
dengan mengoptimakan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif,
produktif dan menyokong untuk peningkatan kesejahteraan hidup dalam
pembangunan negara.

Dalam usaha untuk menggalakan pembudayaan hidup sihat, Jabatan


Kesihatan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dengan
melaksanakan Kempen Sihat Milik Selangor (SMS) yang merupakan satu
program outreach untuk komuniti di negeri Selangor yang bertemakan
‘Rakyat Sejahtera Selangor Ceria’.

Kempen ini dirangka khusus bagi melaksanakan sambutan hari-hari khas


kesihatan secara bersepadu dengan bermatlamatkan untuk memberi
kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan seterusnya mencapai
tahap kesihatan yang optima. Kempen ini juga diharap dapat

2
memperkasakan rakyat supaya dapat mengambil tindakan yang positif
dalam mengurangkan faktor risiko penyakit tidak berjangkit dan
mencegah penyakit berjangkit.

Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar
Selangor, YB Lukanisman Awang Sani, Timbalan Menteri Kesihatan, YB
Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB
Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar,
YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah
Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua
Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Indera Dr Sha’ari Bin Ngadiman,
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan Yang Teramat Mulis Dato’ Dr
Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar Laksmana, Ketua Perkhidmatan
Geriatrik Kebangsaan.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


1 OKTOBER 2023

You might also like