Skema Jawapan-Penulisan BM Tahun 5-2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bahagian A:

1. Pak Cik Lim dan Pak Cik Linggam membersihkan longkang


supaya longkang tidak sumbat.
2. Mak Cik Min dan Mak Cik Lim menanam pokok-pokok bunga
untuk menceriakan lorong di taman mereka.
3. Suri menyiram pokok bunga yang ditanam supaya pokok
bunga itu hidup subur.
4. Mak Cik Munah mengutip sampah yang terdapat di
sekitarnya agar kawasan itu bersih dan ceria.
5. Pak Cik Dollah, Pak Cik Toh dan Pak Cik Muthu membina
bangku agar penduduk-penduduk dapat berehat di situ.

Bahagian B:
Poster menunjukkan cara menjimatkan tenaga elektrik di
rumah. Untuk menjimatkan tenaga, kita perlu menggunakan
mentol jimat elektrik. Selain itu, kita perlu menutup suis peralatan
elektrik seperti kipas angin apabila tiada orang menggunakannya.
Jika kita menggunakan alat pendingin hawa pula, hadkan
penggunaannya atau pasang pada suhu yang ideal, iaitu 25°
Selsius. Seterusnya, elakkan membuka pintu peti sejuk terlalu
kerap atau terlalu lama dan membasuh pakaian dengan muatan
yang tidak penuh. Kesimpulannya, tenaga elektrik perlu
dijimatkan kerana membawa kebaikan kepada kita dan alam
sekitar.

You might also like