Pemakluman Cuti Aidilfitri

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA

Jalan Pandan 5, Pandan Jaya,


55100 Ampang, Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-9283 8235
KEMENTERIAN PENDIDIKAN e-mel: bea4615@moe.edu.my

Rujukan Kami : SMKPJ.100-9/2/7 ( )


Tarikh : 1 APRIL 2024

Semua Ibu Bapa / Penjaga


Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya

PEMAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena perayaan Aidilfitri seperti
butiran berikut:

Tarikh Hari Cuti

8/4/2024 Isnin
Tambahan Cuti Perayaan KPM
9/4/2024 Selasa

10/4/2024 Rabu Cuti Umum – Hari Raya Aidilfitri

11/4/2024 Khamis Cuti Umum – Hari Raya Aidilfitri

12/4/2024 Jumaat Tambahan Cuti Perayaan KPM

3. Sehubungan dengan itu, sekolah akan dibuka semula pada 15/4/2024 (Isnin).

4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.


Diharapkan tuan/puan dapat menjaga keselamatan anak-anak semasa bercuti. Pihak sekolah
mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(FARHANAH BINTI MOHD KHALIL)
Penolong Kanan Pentadbiran
b/p Pengetua

You might also like