Uasa BM T6

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pelancaran Kempen Antibuli itu akan diadakan di sekolah-sekolah ____________


negara.
A setiap
B seluruh
C sekalian
D segelintir

2 Kari ayam yang dimasak oleh Suhaila berasa amat ____________ kerana terlebih
garam.
A masam
B payau
C tawar
D masin

Soalan 3
3 Pilih ayat yang betul.
A Ibu selalu menasihatkan Rahimi agar sentiasa menghormati orang lain.
B Puan Maria sering menggalakkan anak-anaknya menabung sejak kecil.
C Azhar tersentuh tunggul kayu semasa berjalan melalui denai di tepi sungai.
D Adik menangis teresak-esak kerana kakinya dicengkam oleh seekor kucing.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pemberian Bantuan Cakna Persekolahan meringankan beban ibu bapa murid-murid Sekolah
Kebangsaan Permai. Program ini dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan
Ibu Bapa dan Guru. Program ini turut menerima sumbangan daripada Koperasi Sekolah
Kebangsaan Permai.

Semua murid yang menerima bantuan adalah dalam kalangan keluarga yang
berpendapatan rendah dan anak yatim. Usaha ini membuktikan pihak sekolah mengambil
berat tentang kebajikan warga sekolah dan ini merupakan program tahunan sekolah.

4 Pihak manakah yang menganjurkan program Bantuan Cakna Persekolahan ?


A Koperasi Sekolah Kebangsaan Permai
B Murid-murid Sekolah Kebangsaan Permai
C Ibu bapa murid-murid yang menerima bantuan
D Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Semua murid sekolah itu layak menerima bantuan.
B Program tersebut merupakan program tahunan sekolah.
C Bantuan hanya melibatkan murid miskin Sekolah Kebangsaan Permai.
D Menerima sumbangan daripada pihak kantin Sekolah Kebangsaan Permai.

6 Berikut adalah berkaitan program Bantuan Cakna Persekolahan berdasarkan petikan


kecuali
A Bantuan Cakna Persekolahan meringankan beban semua guru.
B Semua anak yatim Sekolah Kebangsaan Permai mendapat bantuan.
C Koperasi Sekolah Kebangsaan Permai turut memberikan sumbangan.
D Murid daripada keluarga berpendapatan rendah layak menerima bantuan.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Cikgu Liza memberitahu murid-muridnya tentang Karnival Kesihatan 2023 yang


akan diadakan di sebuah klinik berhampiran dengan sekolah mereka. Kamarul
bercadang untuk menyertai karnival itu.

Karnival Kesihatan 2023 itu diadakan untuk memberikan kesedaran


tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dalam kalangan masyarakat dan
memupuk amalan gaya hidup sihat.

Hadiah misteri turut disediakan. Setelah mendengar penerangan itu,


Kamarul mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Liza. Dia akan ke sana nanti
untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penjagaan kesihatan diri.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Karnival Kesihatan 2023 itu diadakan untuk


A mengadakan aktiviti di sekolah mereka.
B dikunjungi oleh Cikgu Liza dan murid-muridnya.
C memupuk kesedaran dan memberi hadiah kepada Kamarul.
D memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.

8
Hadiah misteri kepada 10 pengunjung terawal yang hadir.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A orang.
B kawan.
C angkatan.
D gerombolan.

9 Perkataan hadiah dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A faedah.
B bantuan.
C ganjaran.
D pendapatan.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas


A Karnival Jom Sihat akan diadakan di Klinik Kesihatan Taman Ceria.
B Cikgu Liza dan Kamarul pergi bersama-sama ke Karnival Jom Sihat.
C Pengunjung yang hadir akan memberikan kesedaran gaya hidup sihat.
D Karnival Kesihatan 2023 diadakan di laman sesawang https://jomsihat.com.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kerengga berasa lapar lalu memanjat serumpun buluh di tepi kolam. Tiba-tiba,
kerengga tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam itu.

"Tolong! Tolong! Selamatkan aku!" jerit kerengga sekuat hati.

Murai yang bertenggek di dahan pokok segera terbang ke arah kerengga.


Murai mematahkan sebatang ranting lalu dihulurkan kepada kerengga.

"Terima kasih kerana menyelamatkan aku walaupun kita berlainan spesies,"


kata kerengga kepada murai.

1 (a) Kerengga memanjat serumpun buluh kerana ____________.


[1 markah]

(b) Bagaimanakah cara murai menyelamatkan kerengga?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Murai yang bertenggek di dahan pokok segera terbang ke arah kerengga.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Terima kasih kerana menyelamatkan aku walaupun kita berlainan spesies," kata
kerengga kepada murai.

Kerengga diucapkan terima kasih oleh murai kerana


menyelamatkannya walaupun berlainan spesies.

Kerengga mengucapkan terima kasih kepada murai kerana


menyelamatkannya walaupun berlainan spesies.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi dibawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
dan maklumat tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Kamu berjanji untuk membantu ibu membersihkan ruang tamu rumah. Tiba-
tiba, kawan kamu datang dan mengajak kamu ke taman permainan pada ketika
itu juga.

Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang kamu lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan sekumpulan pelancong menaiki sebuah bot.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga keselamatan diri ketika menaiki bot.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

LATIHAN KEBAKARAN

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

You might also like