Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

‫السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته‬.‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.

Yang berusaha, Encik Zainudin bin Welang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Petri Jaya,

Yang dihormati, Puan Aida binti AHmad, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Encik Roslan
bin , Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid SK petri Jaya sekalian..

((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia


___________________________________________________________________atas
kesudian menerima undangan ke Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2012..))

....‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis penutup ihya’ Ramadan. Mudah-mudahan melalui aktiviti yang
telah kita laksanakan Bersama-sama sepanjang bulan Ramadan ini mendapat redo dan
keberkatan Allah swt.

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan
penuh kehambaan kepada yang maha kuasa.

Untuk itu, majlis mempersilakan ******************* untuk memimpin bacaan


doa.....dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis
kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Encik Zainudin bin Welang, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Petri Jaya,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan yang ditunggu-tunggu, iaitu penyampaian
sumbangan duit raya. Majlis menjemput ********************** di iringi oleh
********************* bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan persmbahan ***** yang akan disampaikan
oleh murid *******. Majlis menjemput murid-murid ibnu ********** untuk naik kepentas.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun ***** atas persembahan tadi.

Hadirin sekalian, bagi meneruskan majlis pagi ini, dengan segala hormatnya, majlis
menjemput ****************** untuk menyampaikan tazkirah yang bertajuk Ramadan dan
syawal. Majlis mempersilakan.

#########
Alhamdulillah, majlis merakankan setinggi-tinggi penghargaan kepada ****************
atas penyampaian tazkirah itu tadi. Semoga denga napa yang disampaikan, kita dapat perolehi
manfaat dan meningkatkan kesyukuran serta ketaat kita kepada Allah swt.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran bagi murid-murid Tahun 6
yang telah selesai mengkhatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan
Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga
untuk menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Yakin untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Jaya untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Usaha untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Gigih untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Maju untuk menerima sijil


Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan Yang berusaha Puan Hajah
Norhayati bt. Saad menyampaikan tanda hati kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi b.
Abdullah, Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini .Dipersilakan.

#########

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad atas
kesudian menyampaikan tanda hati sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Qur’an Program j-QAF Tahun 2012, ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga
kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

You might also like