Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

(D) PENILAIAN PROJEK

1.0 TINJAUAN / KAJIAN LITERATURE


Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan adalah suatu aspek
penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengikut KSPK (2009), penekanan
kepada amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kesihatan persekitaran dan
pemakanan yang berkhasiat dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak
sepanjang usia mereka. Secara tidak langusng, kebersihan persekitaran sekolah
adalah penting untuk pembelajaran murid. Melalui pembelajaran tentang
penjagaan kesihatan, kanak-kanak dapat belajar untuk mengurus tingkah laku
mereka supaya lebih bertanggungjawab terhadap aspek kebersihan diri dan
persekitaran.
Menurut Siccone dan Lopez (2000) dalam Nota Modul Kemas menyatakan
bahawa bilik darjah yang memupuk perasaan baik kanak-kanak akan
menggalakkan tingkah laku yang baik. Ini menunjukkan bahawa suasana bilik
darjah yang tenang, kemas dan selesa membantu guru dalam menyediakan
suasana pembelajaran yang selesa kepada murid mereka.
Selain itu, mengikut Mohd Noh (1994) dalam How Lee Chan, (2007),
kebersihan kelas dan susun atur peralatan di dalam kelas boleh mempengaruhi
pencapaian minat murid untuk belajar. Ini bermaksud tumpuan dan minat murid
boleh terganggu jika suasana pembelajaran kurang selesa dengan keadaan
kelas yang kotor.
Mengikut laporan American Federation of Teachers (1997), persekitaran
yang lembap dalam bangunan sekolah mengakibatkan ramai kakitangan dan
pelajar yang mengadu mengenai alahan, asma, resdung dan jangkitan paru-paru.
Pelajar dan kakitangan yang alah dan sensitif kepada udara yang kurang bersih
akan mudah dijangkiti penyakit-penyakit.

33
Menurut kajian Profesor Madya Dr Haliza Abdul Mutalib (Doktor pakar di
Kuala Lumpur) tentang mata, , kanak-kanak kerap mengadu gatal mata dan
seringkali dilihat mengosok mata dan hidungnya dengan kuat, selalu mempunyai
mata berair dan merah, bersin berulang-ulang kali serta mempunyai hidung yang
berair Ini mungkin merupakan tanda-tanda konjunktivitis alergi.

Punca berlakunya konjunktivitis alergi ini adalah pelbagai. Antara faktor


penyumbang adalah persekitaran (habuk, asap, pollen), makanan tertentu,
sensitiviti pada ubat-ubatan dan cuaca. Kesemua ini boleh menyebabkan kanak-
kanak yang alah mengalami mata merah dan gatal.

Dalam petikan Kapur: Bekalan Pengajaran ,


(http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1210277_2&Kapur__bekalan_pengajaran)

Papan hitam dengan kapur, serbuk gypsum disalut di papan hitam.


Apabila menyapu papan hitam, habuk plaster (kapur) terbang di udara selepas
jatuh pendek dalam satah objek dan di atas tanah berhampiran papan hitam.
Yang lebih besar zarah, dan lebih dari 100 mikron, lebih berat, jatuh lebih cepat,
terapung di udara masa yang singkat. Menurut maklumat berkaitan kesihatan
kepada pekerja, pengeluaran dan hidup habuk persekitaran di udara, 10 hingga
20 mikron diameter atau lebih, melalui hidung adalah hidung sedutan paling tepat
pada masanya, hidung, pharynx, blok larinks, dilampirkan kepada saluran udara
kecil dan mukosa alveolar. Bagi badan-bahan berbahaya (seperti silika,
asbestos), di dalam saluran pernafasan kecil dalam paru-paru dan dikumpulkan
lagi, ia akan menyebabkan kerosakan kepada tubuh badan manusia. Daripada
itu, habuk kapur lebih besar, kebanyakannya tidak dihidu ke dalam saluran
pernafasan yang lebih rendah, ditambah pula dengan plaster itu sendiri adalah
toksik kepada manusia, masyarakat perubatan juga telah dilaporkan namun
disebabkan oleh penyedutan debu kapur menyebabkan penyakit paru-paru.
Buruh Cina dalam sektor kesihatan, peruntukan yang berkaitan dalam
pneumoconiosis pekerjaan, dan tidak juga mencatatkan sebagai penyebab paru-
paru.
Walaupun tidak ada kemudaratan yang besar kepada kapur badan
manusia, tetapi berpuluh-puluh juta guru Cina untuk menulis di papan hitam

34
dengan kapur setiap hari, setiap hari, hidup dalam debu kapur selepas menyapu
papan hitam, dan masih boleh menyebabkan hidung, tekak, kerengsaan tekak .

2.0 PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKUKAN

Kumpulan kami merancang untuk membuat satu vacuum bermotor yang


dapat menyerapkan habuk kapur secara automatik semasa memadamkan papan
hitam. Vacuum ini juga boleh digunakan untuk membersihkan tingkap, meja dan
sebagainya. Ia boleh menyerapkan debu secara automatik. Hal ini disebabkan
oleh pembersihan papan hitam dan tempat-tempat berdebu secara terbuka di
dalam bilik darjah menyebabkan habuk kapur melayang-layang di udara. Ia
bukan sahaja memudaratkan kesihatan semua warga sekolah bahkan juga
menjejaskan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah.
Pada mulanya, kami menggunakan botol air mineral untuk membuat
sampel. Hal ini disebabkan oleh botol air mineral adalah terlalu besar dan
menyebabkan saiz vacuum terlalu besar dan susah digunakan. Namun begitu,
cadangan tersebut diubah atas persetujuan semua ahli kumpulan. Kemudian,
objek tersebut digantikan dengan bekas makanan terpakai agar lebih tahan lama
dan senang digunakan. Kami menggunakan DC motor (dengan menggunakan
bateri 1.5V x 2) sebagai motornya. Motor vacuum ini adalah menggunakan DC
motor kereta mainan lama.
Semasa proses memasang motor, disebabkan oleh kami kekurangan
kepakaran, kami telah meminta bantuan daripada bapa Albert Ling. Bapa Albert
Ling telah membimbing ahli-ahli untuk menanggalkan DC motor daripada kereta
mainan dan memasang pada vacuum tersebut.
Selepas proses memotong, proses membina dan mencantum dilakukan
berdasarkan kepada lukisan kerja projek. Sambungan dan cantuman projek serta
komponen-komponen diperiksa dan diuji ketepatannya bersama dengan guru
pembimbing Cikgu Tiong serta bapa Albert Ling. Bapa Albert Ling telah memberi
pandangan tentang cara bercantum supaya lebih sesuai dan kemas.

Selepas sampel pemadam papan hitam bermotor ini dihasilkan, ahli-ahli


kumpulan membuat percubaan memadamkan papan hitam. Julie Ann mendapati
bahawa motor pemadam papan hitam tersebut adalah tidak kuat untuk
menyerapkan habuk kapur. Dia bercadang untuk mengubahsuaikan DC motor

35
pemadam papan hitam kepada 4 x 1.5V. Cadangannya diterima oleh semua ahli
kumpulan, maka kami mengubahsuaikannya.

Selain itu, semasa memadamkan papan hitam menggunakan pemadam


papan hitam, kain tapis dalam pemadam papan hitam didapati gagal menapis
habuk kapur. Bahan kain tapis adalah tidak sesuai. Kong Yi Lin membawa satu
idea baru, iaitu menggantikan kain tapis yang terlalu nipis kepada kain yang lebih
tebal dan sesuai untuk menapis habuk kapur. Cadangan ini juga diterima oleh
semua ahli kumpulan, maka kami mengubahsuaikannya mengikut cadangan.
Produk yang dihasilkan diuji dan dinilai dari segi penyelesaian masalah,
keselamatan, kekuatan, rupa bentuk, nilai komersial dan kos projek. Seterusnya,
produk tersebut diuji dan digunakan dalam kelas Tahun 2.

3.0 PERUBAHAN YANG DILAKUKAN SELEPAS PROJEK INOVASI

Sebelum kumpulan kami memperkenalkan “Magic Mini Vacuum”, habuk


kapur kelihatan melayang-layang di merata-rata tempat terutamanya pada
dinding bangunan, lantai di luar bilik darjah dan kawasan koridor selepas murid-
murid memadamkan papan hitam. Setiap hari, murid-murid terpaksa kerap
memadamkan papan hitam. Oleh itu, pembersih sekolah kami terpaksa
membersihkan kawasan berkenaan berkali-kali. Bukan itu sahaja, murid-murid
yang bertanggungjawab memadamkan papan hitam kelihatan tidak bersih dan
tidak kemas kerana habuk kapur telah melekat pada baju dan rambut murid-
murid tersebut.
Selepas perkenalan “Magic Mini Vacuum”, keadaan habuk kapur
berhampuran berkurangan. Habuk kapur telah diserapkan secara automatik
semasa memadamkan papan hitam. Udara di kawasan sekitar sekolah menjadi
lebih bersih. Murid-murid juga tidak kelihatan kotor selepas memadamkan papan
hitam kerana habuk kapur tidak lagi melayang-layang di udara. Ia berikutan
mengurangkan beban kerja pembersih.

Sesungguhnya dengan memperkenalkan “Magic Mini Vacuum”, ia


memberi impak positif kepada banyak pihak, iaitu kepada individu, Kelab dan
Persatuan, Sekolah, komuniti Setempat dan komuniti Luar.

36
3.1 Impak kepada Individu

“Magic Mini Vacuum” memberi manfaat kepada semua warga sekolah.


Murid-murid yang bertanggungjawab memadamkan papan hitam serta mengelap
tingkap berasa selesa dan tidak akan terhidu habuk kapur dan debu lagi.
Kesihatan murid-murid tidak akan dijejaskan habuk kapur yang terpaksa dihidu
pada setiap hari. Habuk kapur juga tidak akan terhinggap ke muka, rambut,
badan dan pakaian mereka dan menyebabkan mereka kelihatan tidak kemas.
Murid-murid dapat kelihatan bersih dan kemas. Seterusnya murid-murid akan
menjadi lebih semangat dan selesa untuk belajar.
Bagi warga sekolah yang sensitif terhadap habuk kapur, mereka berasa
lega semasa berada di sekolah. Kesan-kesan sensitif dikurangkan. Mereka
kurang bersin atau batuk kerana keadaan habuk kapur berterbangan
berkurangan.
Dengan adanyanya “Magic Mini Vacuum”, udara di kawasan sekolah lebih
bersih dan segar. Habuk kapur telah diserapkan secara automatik dan tidak lagi
melayang-layang di idara. Keadaan ini membolehkan murid lebih bersemangat
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain itu, penggunaan “Magic Mini Vacuum” juga dapat memupuk minat
murid-murid untuk membersihkan papan hitam dan kelas. Oleh sebab habuk
kapur tidak lagi melayangkan semasa

3.2 Impak kepada Kelab dan Persatuan

Aktiviti kelab dan Persatuan sekolah kerap dijalankan di dalam bilik darjah.
Kadang kala juga terlibat dengan penggunaan papan hitam. Oleh itu, “Magic Mini
Vacuum” dapat menyumbang imapk yang positif. Semasa menjalankan aktiviti
Kelab dan Persatuan, ahli-ahli Kelab dan Persatuan akan berasa selesa dan
tidak terhidu habuk kapur. Ini dapat menjamin kesihatan semua ahli kelab dan
persatuan dan mengelakkan diri kita daripada masalah pernafasan. Mereka
dapat belajar dan menjalankan aktiviti dalam keadaan yang lebih kondusif dan
selesa.

Selain itu, pembinaan “Magic Mini Vacuum” dapat dijadikan pemadam


papan hitam bermotor. Dengan adanya “Magic Mini Vacuum”, ia bukan sahaja

37
dapat menjaga kesihatan individu dan kebersihan kawasan sekeliling sekolah,
bahkan juga mempunyai fungsi-fungsi lain yang berguna.

Kejayaan membina “Magic Mini Vacuum” meningkatkan keyakinan diri


kami dan seterusnya meningkatkan imej Persatuan kami. Kami berasa amat
gembira dan bangga kerana dapat memberi serba sedikit sumbangan kepada
pihak sekolah.

3.3 Impak kepada Sekolah

Dengan adanya “Magic Mini Vacuum”, udara di kawasan sekitar sekolah


menjadi lebih segar dan bersih. Warga sekolah tidak perlu bekerja dan belajar di
kawasan yang penuh dengan habuk dan debu. Kami dapat bekerja denagn
selesa dan tenang. Selain itu, tanpa habuk kapur dan debu yang berhampuran,
kawasan sekolah kami kelihatan lebih indah dan ceria. Lantai dan kawasan
sekolah serta bilik darjah tidak lagi bertaburan dengan habuk kapur yang
berwarna- warni.

Pengenalan kepelbagaian penggunaan “Magic Mini Vacuum” membawa


manfaat kepada seluruh warga sekolah kami. Dengan adanya, ia juga dapat
meningkatkan imej sekolah kami. Hal ini disebabkan kawasan sekolah telah
menjadi lebih kemas dan bersih telah menentukan imej baik sekolah.

3.4 Impak kepada Komuniti Setempat

Perkenalan “Magic Mini Vacuum” di sekolah kami, juga memberi impak


positif terhadap komuniti setempat. Ini adalah kerana penggunaannya dapat
mengurangkan masalah habuk kapur dan debu melayang ke merata-rata tempat.
Dengan demikian, udara di kawasan sekitar menjadi lebih bersih.

Udara yang kurang bersih disebabkan oleh kewujudan habuk kapur dan
debu menimbulkan masalah pernafasan dan seterusnya menjejaskan kesihatan
individu. Sekiranya habuk kapur tidak dibersihkan, ia akan melayang ke merata-
rata tempat mengikut arah tiupan angin.

Penggunaan “Magic Mini Vacuum” dapat mengurangkan pencemaran


udara yang disebabkan oleh habuk kapur dan memastikan udara di sekitar kita

38
adalah bersih. Udara yang bersih juga dapat menjamin kesihatan komuniti
setempat.
3.5 Impak kepada Komuniti Luar

Pengenalan “Magic Mini Vacuum” memberi kesan positif kepada komuniti


luar terutamanya ibu bapa murid. Murid-murid dapat belajar dengan bersemangat
di sekolah kerana udara yang bersih dan segar. Mereka suka belajar di sekolah
dan ketekunan mereka membolehkan mereka mencapai keputusan yang baik
dalam akademik.

Selain itu, udara yang bersih di sekolah dapat mengelakkan kewujudan


masalah pernafasan murid. Badan yang sihat membolehkan murid menghadiri
diri ke sekolah setiap hari dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Murid yang
mempunyai badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas dapat
meningkatkan prestasi murid dari segi akademik dan kokurikulum.

Ibu bapa berasa lega hati apabila anak-anak mereka mempunyai badan
yang sihat dan juga berjaya dalam akademik dan kokurikulum. Mereka tidak perlu
bimbang bahawa sekiranya anak mereka duduk di depan papan hitam, anak
mereka terpaksa menghidu habuk kapur pada setiap hari. Mereka tidak perlu
risau bahawa kesihatan anak mereka teruatamanya kesihatan sistem pernafasan
anak mereka dijejaskan.

39
4.0 NILAI KOMERSIAL

Kumpulan kami juga menjalankan penyelidikan tentang nilai komersial


produk kami melalui ibu bapa murid-murid SJK (C) Yok Ming. Dengan ini, dua
orang ibu bapa murid-murid Tahun 1 telah cuba menggunakan produk kami untuk
memadamkan papan hitam. Selepas ini, kami telah menemubualkan dua orang
ibu bapa tentang produk kami.

Melalui skrip temu bual, ibu bapa A telah menyatakan bahawa produk
kami adalah senang digunakan. Mereka hanya perlu memadamkan papan hitam
dan tidak perlu riisau habuk kapur melayang. Bahan produk ini juga agak
selamat. Produk ini tidak akan mencederakan budak sekiranya digunakan oleh
murid-murid. Dia juga menyatakan bahawa dia akan membeli produk ini untuk
membersihkan rumah. Debu-debu tingkap dan meja tidak akan melayangkan di
sekitar rumah.

40
Melalui skrip temu bual, ibu bapa B menyatakan bahawa produk kami
senang digunakan. Produk ini sesuai dan selamat digunakan oleh murid-murid.
Ibu bapa B juga menyatakan bahawa sekiranya produk ini dijual di pasaran, dia
akan membeli. Dia dapat menyuruh anaknya untuk membersihkan rumah seperti
membersihkan tingkap, membersihkan meja, menyerapkan debu di sudut kecil
dan sebagainya.

Dengan ini, ibu bapa B iaitu Encik Sian telah membeli “Magic Mini
Vacuum” daripada kami. Berdasarkan temu bual di atas, “Magic Mini Vacuum”
mempunyai nilai komersial disebabkan oleh:
(a) harganya murah dan mudah disediakan
“Magic Mini Vacuum” adalah diperbuat daripada bahan terpakai. Oleh itu,
produk ini boleh dijual dengan harga yang murah dan mempunyai untung yang
tinggi. Bahan terpakai adalah kotak makanan dan DC motor alat permainan yang
terpakai. Oleh itu, bahan-bahan mudah dicari dan disediakan. Kami tidak akan
menghadapi masalah kekurangan bahan apabila mempunyai keperluan yang
tinggi.
(b) senang dan selamat digunakan
“Magic Mini Vacuum” senang dan selamat digunakan. Bahan-bahan yang
digunakan tidak mempunyai bucu tajam yang akan mencederakan murid-murid
apabila dikendalikan oleh mereka. Murid-murid dapat berasa tenang semasa
menggunakannya untuk membersihkan papan hitam dan kelas. Produk ini
senang digunakan. Apabila pemadam papan hitam dipasang, murid-murid hanya
perlu memadamkan papan hitam dan produk ini akan menyerapkan habuk kapur
secara automatik.

41
(c) Serbaguna
“Magic Mini Vacuum” adalah serbaguna. Produk ini bukan sahaja boleh
digunakan di sekolah untuk memadamkan papan hitam, namun juga boleh
digunakan dalam rumah untuk membersihkan rumah terutamanya sudut-sudut
kecil yang kecil. Apabila “Magic Mini Vacuum” diasingkan, bahagian DC motor
boleh dijadikan sebagai mini vacuum untuk menyerapkan debu-debu yang tidak
boleh disampaikan oleh penyapu.

5.0 AKUAN DAN KESAHAN

(I) Mudah digunakan

“Magic Mini Vacuum” digunakan. Apabila pemadam papan hitam


dipasang, murid-murid hanya perlu memadamkan papan hitam dan produk ini
akan menyerapkan habuk kapur secara automatik.
(II) Selamat digunakan
“Magic Mini Vacuum” adalah selamat digunakan. Ia selamat dikendalikan
oleh murid-murid termasuk murid-murid tahap 1. Produk ini telah diiktirafkan
sebagai produk yang selamat digunakan daripada pihak sekolah.

(III) Ada pengiktirafan berserta dokumen sokongan


“Magic Mini Vacuum” mempunyai ini telah berjaya mendapat Johan dalam
pertandingan Projek Inovasi Antara Kelab dan Persatuan Peringkat Sekolah
2018. Produk ini juga mendapat pengiktirafan projek inovasi daripada pihak
sekolah.

42
(IV) Keaslian idea
“Mini Magic Vacuum juga mendapat sijil perakuan keaslian objek daripada
pihak sekolah.

(V) Pengesahan data pengujian – responden dalaman

Kumpulan SJK (C) Yok Ming telah mengedarkan borang kaji selidik
kepada 10 orang murid Tahap 2, 4 orang guru dan seorang pembersih di SJK(C)
Yok Ming secara rawak.
Berdasarkan kepada borang kaji selidik yang diedarkan, didapati bahawa
penggunaan produk ini berkesan mengurangkan habuk kapur melayang ke
udara. Produk ini juga sesuai dan mudah digunakan. Ia selamat dan mempunyai
ketahanan yang tinggi dalam penggunaannya. Produk ini banyak membantu
responden. Kesimpulannya, produk ini telah mendapat tindak balas positif
daripada pengguna.
Berikut merupakan dapatan data selepas penggunaan “Magic Mini
Vacuum”.

43
Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah (sebanyak 15
orang) setuju dan sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini berkesan
mengurangkan keadaan habuk kapur berterbangan’.
Kesimpulannya, penggunaan “Magic Mini Vacuum” berjaya mengurangkan
keadaan habuk kapur berterbangan di udara semasa membersihkan pemadam
papan hitam.

Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah (sebanyak 15


orang) setuju dan sangat setuju dengan pernyataan ‘Udara di sekeliling lebih
bersih’.
Data ini telah menunjukkan keberkesanan penggunaan “Magic Mini
Vacuum”.

44
Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini mudah digunakan’, iaitu sebanyak
15 orang.

Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini selamat digunakan’, iaitu sebanyak
15 orang.

45
Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini mempunyai ketahanan
penggunaannya’, iaitu sebanyak 15 orang. Ini menunjukkan bahawa “Magic Mini
Vacuum” diperbuat daripada bahan-bahan yang tahan lasak.

Menurut data-data yang dikumpul itu, kebanyakan warga sekolah setuju


dan sangat setuju dengan pernyataan ‘Anda berasa selesa semasa guna produk
ini untuk memadamkan papan hitam’, iaitu sebanyak 14 orang. Terdapat seorang
warga sekolah tidak pasti.

46
Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini banyak membantu saya’, iaitu
sebanyak 15 orang.

Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini kemas dan menarik’, iaitu sebanyak
15 orang.

47
Menurut data-data yang dikumpul itu, kebanyakan warga sekolah setuju
dan sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini adalah murah’, iaitu sebanyak
14 orang. Terdapat seorang warga sekolah tidak pasti.

Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini mempunyai nilai komersial’, iaitu
sebanyak 14 orang dan terdapat seorang warga sekolah tidak pasti..

48
(VI) Pengesahan data pengujian – responden luaran

Selain daripada memperoleh maklum balas daripada warga sekolah


sendiri, kumpulan Yok Ming juga telah mengedarkan borang kaji selidik kepada 2
orang guru, 3 orang murid dan seorang pembersih di sekolah SJK(C) Shing Hua
dan SJK(C) Chih Mong secara rawak.
Berdasarkan kepada borang kaji selidik yang diedarkan kepada sekolah-
sekolah tersebut, kami juga mendapati bahawa produk ini mendapat tindak balas
positif daripada mereka.

Item-item dalam borang kaji selidik adalah seperti di bawah :


1. Produk ini berkesan mengurangkan keadaan habuk kapur berterbangan
2. Udara di sekeliling lebih bersih
3. Produk ini mudah digunakan.
4. Produk ini selamat digunakan
5. Produk ini mempunyai ketahanan penggunaannya
6. Anda berasa selesa semasa guna produk ini untuk memadamkan papan hitam
7. Produk ini banyak membantu saya
8. Produk ini kemas dan menarik
9. Produk ini adalah murah
10. Produk ini mempunyai nilai komersial

49
Dapatan data selepas menjalani kaji selidik adalah seperti berikut:

Menurut data-data yang dikumpul itu, semua warga sekolah responden


setuju dan sangat setuju dengan pernyataan ‘Produk ini berkesan mengurangkan
keadaan habuk kapur berterbangan’, iaitu sebanyak 6 orang.
Semua warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Udara di sekeliling lebih bersih’, iaitu sebanyak 6 orang.
Semua warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Produk ini mudah digunakan’, iaitu sebanyak 5 orang. Terdapat
seorang warga sekolah tidak pasti.
Kebanyakan warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Produk ini selamat digunakan’, iaitu sebanyak 5 orang. Terdapat 1
orang warga sekolah tidak pasti.
Kebanyakan warga sekolah responden setuju dengan pernyataan ‘Produk
ini mempunyai ketahanan penggunaannya’, iaitu sebanyak 4 orang. Terdapat 2
orang warga sekolah tidak pasti.
Kesemua warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Anda berasa selesa semasa guna produk ini untuk memadamkan
papan hitam’, iaitu sebanyak 6 orang.
Kesemua warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Produk ini banyak membantu saya’, iaitu sebanyak 6 orang.
Kesemua warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Produk ini kemas dan menarik, iaitu sebanyak 6 orang.

50
Kebanyakan warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Produk ini adalah murah’, iaitu sebanyak 6 orang.
Kebanyakan warga sekolah responden setuju dan sangat setuju dengan
pernyataan ‘Produk ini adalah murah’, iaitu sebanyak 5 orang. Terdapat 1 orang
tidak pasti

51

You might also like