Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

(A) PENGENALAN TAJUK

1.0 PENGENALAN

Kokurikulum merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan
peluang kepada murid-murid untuk mengamalkan, mengukuh dan menambah
pengetahuan, nilai-nilai dan kemahiran yang telah dipelajari di dalam bilik
darjah.
Pada zaman moden kini, pemikiran kreatif dan inovatif adalah sangat
diperlukan oleh generasi muda. Oleh sebab itu, projek inovasi kelab dan
persatuan diwujudkan untuk menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif
dan inovasi.

2.0 TAJUK PROJEK


“Magic Mini Vacuum” ialah satu produk yang dihasilkan oleh ahli
Persatuan Bahasa Cina SJK (C) Yok Ming. Produk ini diberi nama “Magic
Mini Vacuum” kerana pemadam tersebut mempunyai kegunaan yang ajaib,
berlainan daripada pemadam yang biasa. Idea ini dicetus apabila kami
terlihat keadaan habuk kapur melayang-layang di udara semasa rakan-rakan
kami memadam papan hitam. Murid-murid terpaksa menghidu dan
menyentuh habuk kapur secara langsung. Sesetengah daripada mereka akan
berasa kurang selesa, batuk atau bersin semasa atau selepas membersihkan
pemadam papan hitam. Oleh itu, kumpulan kami berhasrat untuk
menghasilkan satu bahan atau produk yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah ini.
“Magic Mini Vacuum” ini terdiri daripada dua bahagian. Kegunaan
utama “Magic Mini Vacuum” ini adalah untuk membantu murid-murid
memadam papan hitam dalam keadaan bersih dan menjamin kesihatan
mereka. Selain itu, bahagian utama ini boleh dialihkan untuk kegunaan lain
seperti menyedut habuk dan kotoran di pejabat guru, di dalam kereta, di
pepenjuru rumah.

1
3.0 LATAR BELAKANG

Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah menggantikan papan


hitam dengan papan putih kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang
mungkin timbul akibat habuk kapur tulis. Disebabkan sekolah kami
kekurangan bajet, jadi penggunaan papan hitam masih dikekalkan. Dengan
itu, kami berhasrat untuk mengurangkan habuk kapur ke tahap minimum.

Papan tulis telah digunakan sejak lama dahulu di bangku sekolah.


Pada zaman dahulu, papan hitam pada asalnya diperbuat daripada batu loh
atau papan batu yang licin dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap.
Papan tulis juga dikenali sebagai papan kapur, papan hitam atau papan hijau
ialah sejenis permukaan untuk menulis dan melukis dengan menggunakan
kapur dan boleh digunakan berulang-ulang kali. Kapur pula ialah sejenis
bahan yang diperbuat daripada kalsium sulfat. Para pendidik telah mengiktiraf
papan tersebut sebagai alat bantu mengajar di dalam bilik darjah.

Papan tulis sentiasa berada di dalam bilik dajah dan penggunaannya


mudah. Ia tidak memerlukan bakat yang istimewa untuk menggunakannya.
Selain itu, perubahan atau tambahan isi juga boleh dilakukan dengan cepat
dan mudah.

Papan hitam biasanya digunakan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran di kebanyakan institusi pendidikan. Walau bagaimanapun,
penggunaannya di kebanyakan negara kaya telah dihapuskan. Kebanyakan
sekolah masih menggunakan papan hitam semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Tulisan kapur pada papan hitam amat mudah
dipadam atau dibersihkan dengan menggunakan kain atau pemadam papan
hitam. Pemadam papan hitam mampu menyerap sebahagian besar habuk
kapur tulis dan mengelakkannya daripada berterbangan di udara.

Namun, papan hitam yang diconteng dengan tulisan kapur akan


menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur
tulis yang digunakan. Sesetengah orang tidak gemar akan situasi ini dan ada
juga yang alah kepadanya. Pada masa yang sama, terdapat juga pertikaian

2
tentang habuk kapur ini dengan masalah pernafasan. Habuk ini juga boleh
menimbulkan masalah kepada bahan yang sensitif habuk seperti komputer.

4.0 OBJEKTIF PROJEK


4.1 Objektif Am

(a) Dapat menyelesaikan masalah habuk kapur berterbangan di dalam


kelas.
(b) Dapat menjaga kesihatan warga sekolah.
(c) Dapat menjadi satu pembersih vakum mini yang boleh alih.
(d) Dapat mencungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan
inovasi murid.
(e) Dapat meminimumkan kos ciptaan supaya dapat digunapakai oleh
setiap kelas.
(f) Dapat memupuk minat murid terhadap kerja-kerja membersihkan
kelas atau rumah.

4.2 Objektif Khusus


a) Dapat menghisap habuk kapur dalam kelas.
b) Dapat memupuk minat membuat kerja membersihkan kelas/ rumah.
sebab produk macam alat mainan bersaiz kecil.
c) Dapat menghisap debu di pepenjuru rak buku.
d) Dapat mengelap tingkap.
e) Dapat menjadi pembersih vakum mini di kereta.
f) Dapat menjadi pembersih vakum mini di pejabat.
g) Dapat menjadi pembersih vakum mini di rumah.

3
5.0 KOS PROJEK

No. Bahan Gambar Kuantiti Harga (RM)


Daripada kereta
1 DC motor 1 mainan (sumbangan
guru dan murid)

2 Bateri 1.5 V 4 6.80

3 Baterry holder 1 buah 1.80

Pemadam papan
4 1 buah 2.50
hitam
Bekas makanan
5 1 buah Sumbangan murid
terpakai

6 Kain tapis 1 helai Kain terpakai

Computer cool fan


yang rosak
7 Kipas motor 1 keping
(Sumbangan Cikgu
Tiong)
Sumbangan guru
8 Tuib plastik kecil 2 utas
besar dan guru

Dipinjam daripada
9 Glue gun 1 pucuk
guru besar

10 Switch button 1 buah 1.70

11 Hot melt gun glue 2 batang 2.00

Jumlah 14.80

Selain itu, Guru Besar, Lembaga Pengurusan Sekolah, guru-guru, ibu


bapa dan murid-murid SJK(C) Yok Ming telah memberi bantuan dan
menambah sumber kewangan sekolah bagi menambahbaikkan dan
meningkatkan kelancaran pelaksanaan projek ini. Lembaga Pengurusan
Sekolah juga berperanan membantu sekolah untuk memenuhi kehendak-
kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-

4
kegiatan mereka dengan memberi sumbangan kewangan untuk menjayakan
projek ini.

You might also like