2017 Teks MC Mesy Pibg Dan Hari Anugerah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41 DAN HARI ANUGERAH STS 2017
TARIKH : 2 APRIL 2017 (AHAD)

ATUR CARA BUTIRAN PENGACARAAN CATATAN

SKRIP Assalamualaikum wbt., SHIMA


SEBELUM Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
MAJLIS
Sebentar lagi kita akan bersama-sama melangsungkan atur cara majlis Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-41 tahun 2017. Sebelum itu pihak majlis berharap hadirin akan dapat memberikan
kerjasama sepenuhnya sebagaimana maklumat dan saranan yang berikut, agar majlis kita akan
berlangsung dengan lancar dan sempurna.

 Tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat memenuhi ruang dan kerusi yang masih kosong
yang terdapat di kawasan hadapan dewan.
 Sebagai menghormati majlis, para hadirin diharap agar tidak mengaktifkan telefon bimbit
masing-masing. Jika terpaksa juga berbuat demikian, sila aktifkan telefon bimbit hadirin
dalam mode senyap atau getaran sahaja.
 Tuan-tuan dan puan-puan tidak digalakkan meninggalkan dewan ini sebelum majlis selesai.
 Apabila diumumkan ketibaan Yang Berhormat, hadirin diharap dapat berdiri sebagai tanda
penghormatan kepada beliau. Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan duduk kembali
apabila tetamu jemputan telah mengambil tempat yang disediakan.
 Kerjasama hadirin amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
TEKS PENGACARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41 DAN HARI ANUGERAH STS 2017
TARIKH : 2 APRIL 2017 (AHAD)

CATATA
ATUR CARA BUTIRAN PENGACARAAN
N

TETAMU Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti Ibrahim, Ahli Dewan Undangan SHIMA
JEMPUTAN Negeri (ADUN) Kawasan Buloh Kasap
MASUK KE
DEWAN Diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Tuan Pengetua Sekolah Tinggi Segamat dan tetamu-
tetamu jemputan.

***(Perasmi mengambil tempat bersama-sama tetamu-tetamu jemputan dan menerima buku


program)
KATA-KATA Lenggang bertepak seni memandang, SHIMA
ALUAN Silap sendeng menyusun jari,
Salam sembah selamat datang,
Sudi Tuan ke majlis kami.

Assalamualaikum wbt., salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti Ibrahim,


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Buloh Kasap

Yang Berusaha Encik Jais bin Saadon,


Pengetua Sekolah Tinggi Segamat

Yang Berusaha Tn. Hj. Samsuri Bin Ismail,


Yang Dipertua PIBG Sekolah Tinggi Segamat

Barisan Pentadbir Sekolah Tinggi Segamat,


Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Tinggi Segamat sesi 2016/2018,
Rakan-rakan guru, para ibu bapa dan hadirin sekalian.

Terlebih dahulu bersama-samalah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita berhimpun dalam Majlis Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG Sekolah Tinggi Segamat kali ke-41 bagi tahun 2017.

Terlebih dahulu majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti
Ibrahim ke majlis pada petang ini.
BACAAN DOA Bagi memperoleh keberkatan majlis pada petang ini, marilah sama-sama kita menadah tangan SHIMA
memohon keberkatan Ilahi, agar segala urusan mendapat rahmat Ilahi.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Abdul Aziz bin Ishak untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

***********

SAMBUNGAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz bin Ishak.
BACAAN DOA

UCAPAN YDP Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, RUSNIZA


PIBG
Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Majlis dimulakan dengan mempersilakan Tn. Hj. Samsuri Bin Ismail, Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Tinggi Segamat sesi 2016/2018 untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********

Demikian tadi ucapan aluan oleh Tn. Hj. Samsuri Bin Ismail,Yang Di Pertua PIBG Sekolah
Tinggi Segamat. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
UCAPAN Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Encik Jais bin Saadon, Pengetua RUSNIZA
PENGETUA Sekolah Tinggi Segamat merangkap EX-OFFICIO PIBG Sekolah Tinggi Segamat untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********

SAMBUNGAN Demikian tadi ucapan oleh Encik Jais bin Saadon, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat. Majlis
UCAPAN mengucapkan ribuan terima kasih.
PENGETUA

UCAPAN Sidang hadirin yang budiman, SUHAILA


PERASMI
Kalau Tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada Tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim, mempersilakan Yang Berhormat Pn Hjh Norshida
binti Ibrahim, ADUN Kawasan Buloh Kasap bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya
melangsung rasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Tinggi Segamat kali ke-41
tahun 2017.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

***********
Dengan ucapan itu tadi, maka terasmilah Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Tinggi SUHAILA
Segamat kali ke-41, yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti
Ibrahim.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, SUHAILA


PELAJAR
Sebagai mana yang telah diperkatakan oleh Tuan Pengetua dan juga YDP PIBG Seklah Tinggi
Segamat, pelaksanaan HIP (Highly Immersive Program) telah pun dilancarkan di sekolah dan
pada hari ini kita berpeluang untuk melihat persembahan Sketsa HIP daripada pelajar-pelajar
persatuan Bahasa Inggeris Sekolah Tinggi Segamat.
Dipersilakan.

***********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi. Persembahan tersebut di
bawah bimbingan Pn Nor Halizah binti Pungut dan Pn Azizah binti Rosnan.

============================

GIMIK Seterusnya, dipersilakan semua hadirin untuk berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu Allah SUHAILA
SAMBUTAN selamatkan kamu sempena menyambut kelahiran YB Pn Hjh Norshida.
BESDAY YB
Dipersilakan Tn Pengetua dan YDP PIBG untuk bersama-sama mengiringi Yang Berhormat
bagi acara memotong kek sempena ulang tahun kelahiran Yang Berhormat.

Diucapkan semoga Yang Berhormat dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik
supaya dapat meneruskan khidmat bakti kepada bangsa, agama dan negara.
MAJLIS Hadirin yang dihormati sekalian. RUSNIZA
PENYAMPAIAN
SIJIL DAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan anugerah cemerlang.
ANUGERAH
CEMERLANG Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Encik
Jais bin Saadon, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat dan Tn. Hj. Samsuri Bin Ismail, Yang
Dipertua PIBG Sekolah Tinggi Segamat untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Pn
Hjh Norshida binti Ibrahim, ADUN Kawasan Buloh Kasap bagi menyampaikan sijil dan
anugerah cemerlang.

AHLI PIBG SESI Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa PIBG RUSNIZA
2016/2018 Sekolah Tinggi Segamat bagi sesi 2016/2018.

Dipersilakan

(lihat senarai nama AJK PIBG)

PENCAPAIAN Seterusnya, penyampaian anugerah cemerlang akademik tahun 2016


CEMERLANG RUSNIZA
PT3 2016  Dimulakan dengan penyampaian anugerah pencapaian cemerlang Pentaksiran Tingkatan 3
2016

Dipersilakan saudari/saudara ____________________________ dengan pencapaian gred


________________ dan gred purata cemerlang sebanyak __________

(lihat senarai nama penerima anugerah)


PENCAPAIAN  Seterusnya, penyampaian anugerah pencapaian cemerlang SPM 2016 RUSNIZA
CEMERLANG
SPM 2016 Dipersilakan saudari/saudara ____________________________ yang mendapat gred
purata pelajar sebanyak __________

(lihat senarai nama penerima anugerah)

STPM 2016  Seterusnya, penyampaian anugerah pencapaian cemerlang STPM 2016 SUHAILA

Dipersilakan saudari/saudara ____________________________ yang mendapat Purata


Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak __________

(lihat senarai nama penerima anugerah)


ANUGERAH  Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Nilam. SUHAILA
NILAM
Anugerah Nilam ini telah disandang oleh Saudari Nurin Amirah binti Hassan.

Sepanjang berada di alam persekolahan, beliau telah memperoleh beberapa Anugerah


Nilam Tahap Jauhari.

Pada tahun 2015, beliau telah mendapat pengiktirafan Perak.


Manakala pada tahun 2016 pula beliau telah mendapat pengiktirafan Nilam.

Sehingga bulan Januari 2017, beliau telah menamatkan bacaan buku sebanyak 203 buah
buku Bahasa Melayu, 107 buah buku Bahasa Inggeris dan sebuah Karya Agung.

=======

Bagi anugerah tersebut, beliau akan menerima hadiah berupa sijil dan plug.

Untuk itu, dipersilakan Saudari Nurin Amirah untuk menerima Anugerah Nilam.

*******

Tahniah diucapkan kepada Saudari Nurin Amirah atas Anugerah Nilam tersebut.
ANUGERAH  Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas Ketua Pengawas. SHIMA
KHAS KETUA
PENGAWAS Anugerah Khas Ketua Pengawas telah disandang oleh Saudari Siti Aisyah binti Azlan.
Untuk itu, majlis mempersilakan Saudari Siti Aisyah untuk tampil ke pentas.

Berikut dibacakan sedikit tentang biodata beliau.


Beliau merupakan bekas pelajar tingkatan 5 Sains dan dilahirkan pada 5 September 1999.

Beliau telah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengawas pada tahun 2016 dan Naib
Setiausaha pada tahun 2015.
Beliau merupakan ahli dalam Student Leaders Board Sekolah Tinggi Segamat dan
menyandang jawatan Setiausaha pada tahun 2015.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi dalam Kelab Bahasa Melayu dan
Rumah Sukan Cenderawasih.
Selain itu, beliau menyandang jawatan Setiausaha dalam Unit Beruniform Kadet Remaja
Sekolah pada tahun 2016.

Sepanjang berada di Sekolah Tinggi Segamat, beliau juga aktif dalam bidang
kokurikulum dan koakadamik.
Pada tahun 2016, beliau pernah terlibat dalam pertandingan Boling Sepuluh Pin
Peringkat daerah Segamat.
Pada tahun 2015 pula, beliau pernah menyertai pertandingan Forum Remaja Karnival
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) peringkat kebangsaan pada tahun 2015 dan
mendapat naib johan.
Beliau juga pernah menyertai pertandingan Forum Remaja dan layak sehingga ke
peringkat kebangsaan.
Seterusnya, beliau pernah menyertai Kem Pemimpin Pelajar Negeri Johor 2015 saringan
pertama (Physical Endurance Module) bagi calon-calon Majlis Pemimpin Muda Johor
Kohort 6/2015 dan Kohort 7/2016.
Di peringkat negeri juga beliau pernah menyertai Third Johor International Student
Leaders Conference 2015 dan Johor Leadership Camp 2015.
Pada tahun 2014 pula, beliau pernah menyertai Program Ikon Kepimpinan Murid
Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor.
Selain itu juga beliau pernah menyertai pertandingan Boling Sepuluh Pin peringkat
daerah Segamat.

Beliau merupakan seorang pelajar yang berdedikasi, bertanggungjawab, sentiasa


memberikan kerjasama dan komitmen dalam melakukan sesuatu tugas. Beliau juga
seorang pelajar yang rajin, lemah lembut, sentiasa menghormati guru dan rakan-rakan.
Selain itu juga, beliau mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan bercita-cita tinggi serta
bermatlamat.
Beliau seorang yang sentiasa tersenyum walau dalam keadaan apa sekali pun.

=======

Bagi anugerah tersebut, beliau akan menerima hadiah berupa sijil, plug dan blezzer.

Untuk itu, dipersilakan Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti Ibrahim untuk
menyarungkan blezzer kepada Saudari Siti Aisyah. Dipersilakan Saudari Siti Aisyah
untuk menerima Anugerah Khas Ketua Pengawas.

Tahniah diucapkan kepada Saudari Siti Aisyah atas anugerah khas tersebut dan terima
kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti Ibrahim atas kesudian
beliau menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan anugerah cemerlang sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Orang berbudi, Kita berbahasa. SHIMA
CENDERAMAT Orang memberi, Kita merasa,
A KEPADA
PERASMI Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan En Jais bin Saadon,
Pengetua Sekolah Tinggi Segamat untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan
kepada Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti Ibrahim atas kesudian beliau menghadiri majlis
ini dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Tinggi Segamat kali ke-41 tahun 2017.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata
itu tadi.

CABUTAN Majlis pada petang ini diselang-selikan dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan SUHAILA
BERTUAH bertuah.

Untuk itu, dipersilakan Yang Berhormat Pn Hjh Norshida binti Ibrahim untuk membuat cabutan
bertuah.
JAMUAN Hadirin yang dihormati sekalian. SUHAILA

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Pn Hjh
Norshida binti Ibrahim dan tetamu jemputan dengan diringi oleh Tuan Pengetua dan Yang
Dipertua PIBG ke Bilik Stevia untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Para ibu bapa dan tetamu sekalian turut dijemput menikmati jamuan yang telah disediakan di
kantin.

Majlis akan disambung semula selepas ini.

MESYUARAT Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada hadirin sekalian. SHIMA


AGUNG
TAHUNAN PIBG Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Tinggi Segamat kali ke-41.
KALI KE-40
Untuk itu, dengan segala hormatnya majlis ini diserahkan kepada Tn Hj Samsuri bin Ismail,
Yang DiPertua PIBG Sekolah Tinggi Segamat.
Dipersilakan.
SAMBUNGAN Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Samsuri bin Ismail kerana telah mempengerusikan RUSNIZA
MESYUARAT Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Tinggi Segamat kali ke-41 dengan jayanya sebentar tadi.
AGUNG
TAHUNAN PIBG
KALI KE-40

CABUTAN Majlis sekali lagi diselang-selikan dengan aktiviti cabutan bertuah. RUSNIZA
BERTUAH

MAJLIS Kalau ada jarum yang patah, RUSNIZA


BERSURAI Jangan disimpan di dalam peti,
Jika ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Maka, selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Tinggi Segamat kali ke-41. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin atas kesudian meluangkan masa
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Tinggi Segamat pada petang ini.

Jika tersilap kata tutur bicara harap dimaafkan.


Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang kurang itu datangnya daripada
kelemahan kami sendiri.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like