Genogram Dick

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

TUGASAN INDIVIDU

KOD KURSUS: DICK 2023


NAMA KURSUS: KAUNSELING KERJAYA
TAJUK TUGASAN: GENOGRAM KELUARGA

NAMA PELAJAR: SITI KHADIJJAH BINTI MOHD NOOR


NO. MATRIK: D221349
SEMESTER: SEMESTER 4
NAMA PENSYARAH: PN. NORAZURA BINTI ARIFFIN
ISI KANDUNGAN

1.0 DEFINISI KAUNSELING KERJAYA ...................................................................1


2.0 FUNGSI KAUNSELING KERJAYA ..................................................................... 2
3.0 GENOGRAM KERJAYA KELUARGA ................................................................ 3
2.0 HURAIAN GENOGRAM KERJAYA KELUARGA .............................................4
4.0 KESIMPULAN ......................................................................................................11
5.0 RUJUKAN .............................................................................................................12
1.0 DEFINISI KAUNSELING KERJAYA

Menurut Brown & Brook, 1986, Kaunseling kerjaya adalah satu proses
interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami
masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri
serta memajukan diri dalam pekerjaan. Kaunseling kerjaya selalunya berkait rapat
dengan keluarga, peribadi dan emosi. Kaunseling kerjaya adalah satu proses psikologi
sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam
kehidupan. Masalah kerjaya termasuklah ketidakupayaan membuat pilihan,
ketegangan dan penyesuaian, ketidaksesuaian dalam pekerjaan dengan individu dan
integrasi diri dengan orang lain seperti ibu bapa dan rakan-rakan (Sidek Mohd Noah,
2002).

Menurut Zunker (2009, p, 9) merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi
pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan sepanjang kehidupan individu.
Kaunseling atau bimbingan kerjaya bermaksud semua aktiviti yang dijalankan oleh
kaunselor yang terlatih di pelbagai peringkat dengan tujuan menyedia dan
menggerakkan perkembangan kerjaya seseorang dalam hidupnya. Aktiviti yang
terlibat adalah seperti membantu perancangan kerjaya, penyediaan diri, pengambilan
keputusan dan juga penyesuaian diri. Drever (1964) pula menyatakan bahawa proses
perkembangan kerjaya amat perlu bagi pelajar, terutama sekali dalam mempengaruhi
sikap dan pengertian mereka kepada bidang kerja serta pengertian para ibu bapa
mengenai pekerjaan mengikut kehendak anak-anak mereka tanpa mengikut
pengamatan dan kemahuan mereka pula.

1
2.0 FUNGSI KAUNSELING KERJAYA

 Kaunseling kerjaya adalah sebuah keperluan kerana ia merupakan sebuah


medium bagi klien mendapatkan nasihat dan bimbingan untuk membuat pilihan
dan pandangan menyelesaikan masalah dalam kerjaya.

 Kemahiran melayan dengan lisan-kemahiran melayan dengan lisan memerlukan


kaunselor menggunakan perkataan-perkataan yang bersesuaian bagi menerokai
permasalahan klien seperti soalan tertutup, soalan terbuka, minta penjelasan,
dorongan minimum, parafrasa, refleksi perasaan, membuat rumusan, konfrontasi,
berdiam diri, memberi maklumat, memimpin atau memfokus dan membuat
tafsiran.

 Keperluan Kaunseling Kerjaya Kemahiran melayan tanpa lisan-Kemahiran


melayan tanpa lisan atau bahasa badan ini memerlukan kaunselor memerlukan
pergerakan anggota badan, jarak posisi badan, mimik muka, kontak mata, dan
nada suara yang memberi galakan kepada klien supaya dirinya dilayan dan
diterima tanpa syarat.

2
3.0 GENOGRAM KERJAYA KELUARGA

3
2.0 HURAIAN GENOGRAM KERJAYA KELUARGA

 Yusof bin Md Noh

Keluarga berasal dari jawa Indonesia iaitu jawa batu bara. Hidup pada zaman
penjajahan jepun dan mendirikan rumah tangga pada tahun 1950 an. Datuk memang
terkenal sebagai penternak haiwan, pesawah dan pemandu lori. Taraf pendidikan yang
tidak seberapa menimbulkan idea untuk beliau memulakan perniagaan. Dianggarkan
gaji atau pendapatan bulanan pada ketika itu mencecah 3000 ringgit. Rm 3000 pada
ketika itu adalah jumlah yang sangat besar. Mempunyai 5 orang anak dan 2
meninggal semasa dilahirkan. Beliau mempunyai tanah sawah sebanyak 3 ekar.
Kesibukan yang melampau dan kesihatan yang semakin berkurang akibat usia
semakin bertambah memaksa beliau untuk berhenti menjadi pemandu lori dan terus
fokus kepada menternak haiwan dan menyerahkan tanah sawah dan kebun-kebun
beliau kepada anak-anaknya. Beliau mempunyai minat yang sangat dalam tentang
ilmu keusahawanan dan masih meneruskan kerjanya sebagai penternak haiwan
meskipun umurnya kini mencecah 83 tahun.

 Salmah binti Ashaari

Berketurunan bugis campuran cina. Bapa beliau seorang yang berkulit putih asal
Netherlands namun daerah tepat tidak dapat dikenal pasti. Berkahwin dan mempunyai
7 orang adik beradik. 2 orang abang kembar dan nenek merupakan anak bongsu 7
adik beradik. Nenek meninggal pada tahun 2002 semasa berumur 57 tahun akibat
kencing manis. Nenek seorang suri rumah yang akan menyiapkan segala keperluan
suami untuk pergi kerja dan anak - anak untuk ke sekolah. Nenek hanya mempunyai
kelulusan darjah 6 sahaja. Nenek hanya dibenarkan memasak sahaja. Kesihatan nenek
berkurang setelah melahirkan anak bongsu mereka pada tahun 1980 an. Hal ini
menyebabkan nenek sering sakit dan tidak mampu untuk membuat sebarang
pekerjaan.

4
 Azhar Bin Yusof

Lahir pada tahun 1970. Anak sulung dari 3 adik beradik. Mula persekolahan ketika
berumur 7 tahun di Sekolah Kebangsaan Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang . Setelah
menamatkan pelajaran tahap rendah, beliau menyambung pelajaran di sekolah
menengah Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang dan hanya
memperoleh Sijil Rendah Pelajaran SPR. Berkahwin pada tahun 1991 dan
mempunyai 3 orang anak. Bekerja di kilang SDKM Manufacturing Sdn. Bhd dari
setelah tamat Sijil Rendah Pelajaran SPR sehingga sekarang.

 Rosida Binti Mat

Lahir pada tahun 1969 anak sulung dari 5 adik beradik. Mula persekolahan ketika
berumur 7 tahun , di Sekolah Kebangsaan Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan
hanya menamatkan pelajaran darjah 6 sahaja. Beliau memulakan perniagaan ketika
berumur 9 tahun yang awalnya sekadar ingin membantu ibunya. Namun kerana minat ,
beliau meneruskan kerjayanya sebagai seorang peniaga kuih, roti dan nasi lemak.
Setiap hari, tepat jam 2 pagi, beliau akan mula memasak setiap tempahan dan
menghantar tempahan seawal 5 pagi sehingga 7 pagi. Beliau juga memiliki
perniagaan atas talian , oleh itu setelah menghantar tempahan, beliau akan pulang
untuk solat dan berehat dan kembali memasak selepas zohor untuk tempahan atas
talian. Masakan hari ini adalah untuk penghantaran pada hari seterusnya. Namun
begitu, beliau menghidapi tekanan darah tinggi yang sangat teruk sehingga tahun
2020 beliau di masukkan ke unit rawatan rapi selama seminggu dan menghembuskan
nafas terakhirnya di rumah. Beliau meninggal pada usia 51 tahun. Kerjayanya
diwarisi oleh anak bongsu lelaki mereka yang semasa kehidupannya, mereka berdua
akan bangun awal pagi untuk menyiapkan tempahan.

5
 Noramira binti Azhar (anak sulung)

Lahir pada tahun 1992. Anak sulung dari 3 adik beradik. Mula persekolahan ketika
berumur 5 tahun di sebuah tadika di Kampung Sekolah Juru dan sekolah rendah di
Sekolah Kebangsaan Juru Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Setelah tamat sekolah
rendah, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Permai
Indah dan memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek kimia dan biologi dan
menyambung pelajaran ke tingkatan 6 dan turut menamatkan pelajarannya dengan
cemerlang yang membuka ruang kepadanya untuk menyambung pelajaran di
Universiti Putera Malaysia dalam bidang fakulti perubatan. Beliau berjaya
menamatkan pelajaran dan mendapat markah keseluruhan 3.95. Pekerjaan pertama
beliau bertempat di sebuah klinik swasta negeri Pulau Pinang selama 3 tahun dan
mendapat tawaran bekerja sebagai pakar perubatan di hospital swasta Pulau Pinang.
Beliau berkahwin pada usia 26 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

 Mohamad Amzar Syazwan

Lahir pada tahun 1990. Anak ketiga dari 5 adik beradik. Tahap pelajaran tertinggi
beliau ialah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan sumber manusia. Beliau
bekerja sebagai seorang kerani di sebuah kilang industri di Pulau Pinang. Beliau
bekerja sebagai kerani di kilang tersebut hampir 8 tahun sehingga kini.

 Ridhuan Bin Azhar

Lahir pada tahun 1999. Anak kedua dari 3 adik beradik. Mula persekolahan ketika
berumur 5 tahun di sebuah tadika bertempat di kampung sekolah juru dan bersekolah
rendah di SK Juru. Setelah tamat sekolah rendah beliau menyambung pelajaran di
Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah dan tahap pelajaran tertinggi beliau
adalah Sijil Pelajaran Malaysia SPM. Kini bekerja di sebuah industri sebagai
Pengurus Pengeluaran.

6
 Mohamad Akif Bin Azhar

Lahir pada tahun 2004. Anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Mula persekolahan
ketika berumur 5 tahun di sebuah Tabika Kemas Kempung Sekolah Juru. Setelah itu,
beliau menyambung pelajaran peringkat rendah dan menengah di SK Permai Indah
dan SMK Permai Indah. Beliau memiliki minat yang sama dengan arwah ibunya dan
menyebabkan beliau menyambung pelajaran dalam bidang masakan di sebuah Kolej
Kemahiran terletak di Pulau Pinang.

 Mohd Noor bin Husein

Lahir pada tahun 1962 di Perak. Anak bongsu dari 6 adik beradik. Mula pelajaran
pada usia 7 tahun di sekolah kebangsaan batu maung. Pada usia 8 tahun , beliau
berpindah ke sekolah kebangsaan permatang pauh. Setelah tamat sekolah rendah,
beliau menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam atau High school
Bukit Mertajam dan tamat pelajaran di tahap Low Certificate Examination LCE atau
Sijil Rendah Pelajaran SPR. Beliau meneruskan pekerjaan sebagai mekanik 1 di
sebuah industri pemakanan iaitu Soon Soon Group of Companies. Beliau berkhidmat
di sana selama 21 sehingga bersara.

7
 Habibah binti Yusof

Lahir pada tahun 1974 . Anak kedua dari 3 adik beradik. Mula pelajaran pada usia 6
tahun di sebuah tadika di kampung sekolah juru dan kemudian menyambung
pelajaran di Sekolah Kebangsaan Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian
pada peringkat menengah, beliau bersekolah di SMK Convent Bukit Mertajam pulau
pinang. Setelah itu beliau berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Selepas
melahirkan anak yang ketiga, beliau menyambung pelajaran diperingkat diploma di
Universiti Utara Malaysia, UUM dalam bidang pengurusan sumber manusia pada
tahun tahun 2010. Setelah tamatkan pelajaran beliau bekerja sebagai seorang kerani
dan pernah menukar tempat kerja sebanyak 3 kali sehingga kini . Semasa di tempat
kerja pertama , kerjaya meningkat dari sebagai seorang kerani kepada pembantu
peribadi dan kemudian sebagai eksekutif pengeluaran dan logistik selama 6 tahun.
Ditempat kerja kedua sebagai eksekutif halal selama setahun dan kini bekerja di
StarLion Sdn. Bhd hampir 8 tahun. Bermula dari seorang kerani sehingga kini
memegang jawatan sebagai pegawai pentadbir. Tahap pelajaran tertinggi beliau
adalah diploma.

 Mohammad Abdul Jabbar bin Mohd Noor

Lahir pada tahun 1997. Anak sulung dari 3 adik beradik. Mula persekolahan ketika
berumur 5 tahun di sebuah Pusat Asuhan Tubas Islam PASTI dan sekolah rendah di
SK Juru. Setelah tamat sekolah rendah beliau menyambung pelajaran di Sekolah
Menengah Agama, Almahadul Islami Tasek Junjung. Semasa Tingkatan 4, beliau
berpindah ke SMK Batu Maung Pulau Pinang dan menyambung pelajaran peringkat
diploma di sebuah institusi iaitu Giat Mara Arau Perlis Dalam bidang Kimpalan.
Setelah tamat pelajaran, beliau bekerja di sebuah kilang Sdn Bhd dan sesekali
menerima tempahan untuk membina pagar rumah ataupun membaiki barangan yang
rosak. Tahap pelajaran tertinggi beliau adalah diploma.

8
 Siti Hajjar Binti Mohd Noor

Lahir pada tahun 1999. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Mula persekolahan
ketika berumur 5 tahun di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI dan
menyambung pelajaran sekolah rendah di SK Juru. Setelah itu, beliau menyambung
pelajaran di Sekolah Menengah Agama Almahadul Islami Tasek Junjung. Beliau
berpindah ke Sekolah Menengah Agama Al Manabiul Ulum Pulau Pinang. Setelah itu
beliau menjadi seorang guru mengaji di Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI di
Kampung Tok Panjang, Pulau Pinang. Tahap pelajaran tertinggi beliau adalah Sijil
Pelajaran Malaysia SPM.

 Siti Khadijjah Binti Mohd Noor

Lahir pada tahun 2004. Anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Mula persekolahan
ketika berumur 3 tahun di sebuah taska kampung Sekolah Juru. Seterusnya bersekolah
di sebuah tadika semasa berusia 5 hingga 6 tahun dan menyambung pelajaran di
Sekolah Kebangsaan Juru. Setelah tamat sekolah rendah, beliau menyambung
pelajaran di Maahad Tahfiz An Nahdhoh Kubang Semang Pulau Pinang. Ketika
berada di Tingkatan 4, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Islam Al Ikram dan
memperoleh keputusan cemerlang dan menyambung pelajaran ke peringkat diploma
dalam bidang kaunseling.

9
 Mohd Nasir bin Abdul Khadir

Lahir 1982. Anak ketiga dari lima orang adik beradik. mula persekolahan pada usia 5
tahun di sebuah tadika di Kampung Parit Gabis, Perak dan sekolah rendah di SK
Teluk Medan. Pada peringkat menengah, beliau menyambung pelajaran di SMK
Alang Iskandar. Setelah tamat sekolah menengah, beliau menyambung pelajaran ke
tingkatan 6 di Sekolah Menengah Abu Bakar Al Baqir dan sijil pelajaran tertinggi
beliau adalah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Kemudian beliau bekerja sebagai
nelayan selama 4 tahun kemudian bertukar pekerjaan kepada Lembaga Air Perak LAP
selama 1 tahun 7 bulan. Setelah itu, beliau mendapat panggilan untuk menyertai
pasukan Polis DiRaja Malaysia PDRM sehingga kini menjadi seorang polis
berpangkat koperal.

 Latifah binti Yusof

Lahir pada tahun 1982. Anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Mula persekolahan
ketika berumur 5 tahun di sebuah tadika bertempat di kampung sekolah juru bukit
mertajam pulau pinang. Meneruskan pelajaran tahap rendah di Sekolah Kebangsaan
Juru, Bukit Mertajam pulau pinang dan sekolah menengah di SMK Convent Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Beliau hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Setelah itu, beliau bekerja di sebuah kilang pembuat makanan iaitu Pangkal Sinar Sdn.
Bhd sebagai seorang kerani selama 5 tahun kemudian bertukar pekerjaan di Malex
Port Sdn. Bhd sebagai kerja sampingan setelah berkahwin. Dikurniakan seorang anak
lelaki.

 Mohamad Hafiy Iman Bin Mohd Nasir

Lahir pada tahun 2011. Merupakan anak tunggal dan mula bersekolah ketika berumur
5 tahun di sebuah tadika di Batu Maung Pulau Pinang dan bersekolah rendah di SK
Batu Maung sehingga darjah 2 dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Juru kerana
keadaan kesihatan ibunya yang menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah
ke kampung sehingga darjah 6. Hafiy seorang kanak-kanak istimewa dan mempunyai

10
minat yang besar dalam bidang sains dan selalu mendapat keputusan cemerlang dalam
subjek tetsebut.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kerjaya keluarga saya adalah bercampur tetapi memiliki


kecenderungan terhadap perniagaan. Setiap dari kami mempunyai minat yang berbeza
dan tahap pendidikan yang berbeza. Oleh itu, genogram kerjaya keluarga ini sangat
membantu saya untuk mengenalpasti minat dan kecenderungan saya bermula dari
siapa. Langkah ini adalah salah satu alternatif terbaik dalam menentukan kerjaya
seseorang yang menghadapi kebuntuan dalam memilih kerjayanya. Sebagai seorang
kaunselor, jika klien menghadapi masalah dalam memilih bidang kerjaya, maka
genogram kerjaya keluarga boleh disarankan kepada mereka.

11
5.0 RUJUKAN

BIL. RUJUKAN
1 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING KERJAYA, MELATI SUMARI,
NORFAEZAH MD KHALID, NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK,
UNIVERSITI MALAYA 2015.
2 KAUNSELING KERJAYA (ismpbnk.blogspot.com) (8 May, 2017)
3 Classwork for DIPLOMA KAUNSELING SEMESTER 4 (google.com) (28
Ogos, 2023)
4 Apa itu Kaunseling Kerjaya? Gaji, Penerangan Kerja, Ijazah (kiiky.com) (31
Oktober, 2022)
5 Kaunseling Kerjaya ~ Cakna Kerjaya (thekerjaya.blogspot.com) (19 Jun, 2012)

12

You might also like