Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KEUSAHAWANAN

KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM KEUSAHAWANAN

SEMESTER PENDEK SEMESTER PENDEK

NO. DAN TAJUK 08 – RANCANGAN ORGANISASI


MODUL/MODULE NO AND
TITLE

MENGENALPASTI KEPERLUAN SUMBER MANUSIA DI


KEBOLEHAN / ABILITIES DALAM PERNIAGAAN SERTA MAKLUMAT BERKAITAN
DENGANNYA

OBJEKTIF PENCAPAIAN
DIAKHIR MODUL INI, PELAJAR DAPAT MENYEDIAKAN
AKHIRAN / TERMINAL CARTA ORGANISASI
PERFORMANCE OBJECTIVE

NO. KOD / CODE NO./ NOSS WKP6063 M08 Muka : 1 drp : 13

TAJUK : RANCANGAN ORGANISASI

TUJUAN :

Modul ini disediakan supaya pelajar-pelajar dapat merangka keperluan sumber manusia
untuk perniagaan mereka serta kos-kos yang terlibat bagi menjayakan perniagaan tersebut.
Termasuk di dalam rancangan ini ialah tugasan serta tanggungjawab terperinci setiap sumber
manusia yang terlibat dalam perniagaan di mana matlamat organisasi untuk memperolehi
keuntungan maksima serta lain-lain matlamat berkaitan perlu diambil kira. Pelajar-pelajar juga
dapat menyediakan carta organisasi perniagaan sebagai kebanggaan dan rujukan.
NO KOD WKP6063/M08 Page:2 of: 14

PENERANGAN:

1. PENGENALAN
Perniagaan yang berjaya mempunyai penggerak yang berkebolehan, mempunyai
kemahiran yang tinggi, beretika serta bertanggungjawab. Penggerak ini adalah
usahawan itu sendiri serta kakitangan yang mempunyai visi dan misi yang sama
seperti majikan mereka. Untuk ini, adalah penting bagi usahawan untuk
mengenalpasti pekerja-pekerja yang dapat memaksimakan keuntungan perniagaan.
Usahawan perlu merangka tugasan serta tanggungjawab setiap kakitangan dan
memberi sepenuh sokongan kepada mereka bagi memudahkan tanggungjawab itu
dijalankan. Ini termasuk memberi ganjaran bersesuaian seperti gaji, faedah-faedah
asas seperi KWSP & SOCSO, belanja perubatan, latihan kemahiran untuk
peningkatan status, elaun-elaun berkaitan, dan sebagainya untuk memastikan
prestasi yang membawa kepada keuntungan perniagaan secara keseluruhan serta
kesetiaan kepada syarikat, pakej-pakej penggajian dan faedah industri perlu dikaji
sebaik mungkin dan seboleh-bolehnya ditawarkan bersesuaian dengan pakej di
pasaran. Di dalam memilih pakej-pakej ini, seboleh-bolehnya perlu ada elemen
bersedekah dan kebajikan kakitangan kita terjaga. Pekerja yang dipenuhi keperluan
asasnya akan menjaga perniagaan kita sebaiknya.

2. MATLAMAT DAN STRATEGI ORGANISASI:

Moto Airasia Berhad

Matlamat dan misi organisasi adalah halatuju perniagaan yang mesti diketahui dan
difahami oleh setiap ahli dalam organisasi. Matlamat organisasi hendaklah dinyatakan
dengan jelas dalam rancangan perniagaan. Usahawan juga perlu menyatakan strategi
yang dibentuk untuk mencapai matlamat tersebut. Contoh matlamat organisasi ialah:
NO KOD WKP6063/M08 Page:3 of: 14

• Meningkatkan jualan
• Meningkatkan peratus syer pasaran
• Meluaskan pasaran
• Meningkatkan keuntungan
• Meningkatkan jumlah cawangan

Strategi pula merupakan pendekatan yang sistematik supaya matlamat tersebut


dapat dicapai. Contoh strategi untuk meningkatkan keuntungan atau meningkatkan
jualan ialah:
 Mengurangkan kos
 Meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kemalangan
 Menambahkan pengeluaran / produktiviti
 Menambahkan rangkaian produk
 Menerokai bidang baru
 Meningkatkan R&D

Objektif Intan Biotech Industries


NO KOD WKP6063/M08 Page:4 of: 14

Selain matlamat dan strategi organisasi, sesebuah organisasi juga mencipta wacana
yang berupaya meningkatkan motivasi dan pemacu ke arah matlamat organisasi.
Antaranya ialah misi, objektif umum, objektif khusus, slogan, motto dan matlamat
penubuhan.

MISI
Menurut Fred (1997), satu kenyataan misi ialah satu kenyataan yang membezakan
satu organisasi dengan yang lain. Kenyataan misi selalunya ‘mengisytiharkan’ tentang
mengapa wujudnya perniagaan itu. Berikut adalah beberapa contoh misi organisasi di
Malaysia.

Satu kenyataan misi yang baik mempamerkan sembilan komponen (Fred, 1997):
NO KOD WKP6063/M08 Page:5 of: 14

i. Pelanggan: Siapakah pelanggan syarikat?


ii. Produk atau perkhidmatan: Apakah produk utama atau perkhidmatan utama
syarikat kita?
iii. Pasaran: Secara geografinya, di manakah syarikat kita bersaing?
iv. Teknologi: Adakah teknologi yang digunakan oleh syarikat itu adalah yang
terkini?
v. Falsafah: Apakah kepercayaan asas, nilai-nilai, aspirasi dan keutamaan etika
syarikat tersebut?
vi. Konsep kendiri: Apakah kemahiran teras organisasi dan kelebihan daya saing
syarikat?
vii. Pertumbuhan: Adakah syarikat komited terhadap pertumbuhan, survival dan
keuntungan syarikat? Adakah syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang
kukuh?
viii. Imej: Adakah syarikat prihatin terhadap imejnya di mata awam? Adakah syarikat
bertindak balas dengan cepat terhadap isu-isu sosial, alam sekitar dan isu-isu
masyarakat?
ix. Pekerja: Adakah syarikat prihatin terhadap pekerja? Adakah pekerja merupakan
satu aset yang berharga terhadap syarikat?

Di samping itu, Zainal (1998), berpendapat bahawa terdapat tiga perkara yang harus
ada dalam setiap misi yang dibentuk iaitu:

i. Jenis perniagaan
Setiap organisasi mestilah tahu apakah jenis perniagaan yang diceburinya.
Perniagaan tersebut seharusnya bukanlah sesuatu yang terlalu umum ataupun
spesifik. Jenis perniagaan yang diceburi selalunya bergantung kepada kekuatan
dan kelemahan organisasi tersebut.
ii.Sasaran pasaran
Sasaran pasaran yang hendak diceburi haruslah diambil kira dalam pernyataan
misi. Pasaran yang dipilih ini boleh jadi pasaran antarabangsa atau pasaran dalam
negeri.
iii.Imej
Misi yang jelas patut melambangkan imej barangan yang dijual. Ini adalah untuk
menjadi daya tarikan kepada pelanggan. Imej sesuatu barangan sering dikaitkan
dengan kedudukan seseorang atau kedudukan organisasi tersebut.
NO KOD WKP6063/M08 Page:6 of: 14

3. STRUKTUR DAN PERANCANGAN ORGANISASI


Struktur organisasi adalah pola tentang hubungan antara berbagai komponen dan
bahagian organisasi. Struktur dan perancangan organisasi merupakan usaha untuk
menetapkan pola hubungan antara berbagai komponen, bagi mempastikan matlamat
dan kaedah yang digunakan dapat mencapai matlamat organisasi. Usahawan perlu
menjelaskan tenaga penggerak utama organisasi, pengalaman, kelulusan, tugas dan
tanggungjawab mereka bentuk aktiviti yang dijalankan dan pelaksanaan aktiviti
perniagaan yang dirancangkan. Rancangan perniagaan perlu memperlihatkan faktor-
faktor kekuatan, kelematan, peluang dan ancaman kepada organisasi dirancang
supayamembawa kejayaan dalam perniagaan.

4. PERJAWATAN DALAM ORGANISASI


Senaraikan jawatan yang wujud dalam organisasi, perbelanjaan seperti gaji, bonus,
elaun dan bayaran lebih masa. Perlu juga dijelaskan tugas yang dimainkan oleh setiap
pemegang jawatan terutama tenaga kerja pengurusan.
a) Ketua Organisasi – Ketua Pegawai Eksekutif (syarikat sdn bhd) atau pengurus
(syarikat enterprise). Selalunya pemilik perniagaan menjawat tugasan penting ini
dan beliau memastikan semua perancangan berjalan lancar.

b) Bahagian Pemasaran – Pengurus Pemasaran bertanggungjawab di dalam


merangka strategi pemasaran dan memastikan ianya menghasilkan jualan yang
disasarkan. Selain gaji, kos-kos lain yang terlibat ialah elaun pemasaran dan
untuk perniagaan yang memerlukan kontrak, kos keraian. Bagi eksekutif
pemasaran, komisyen atas jualan juga boleh dijadikan sebagai insentif (3-10%).

c) Bahagian Pentadbiran – untuk tugasan ini, kakitangan yang dikenalpasti akan


memastikan semua operasi perniagaan berjalan lancar. Ini termasuk tugasan
penjualan dalam premis perniagaan termasuk penghatan produk sekiranya
berkaitan, menjagaan stok, menjaga hubungan perniagaan dengan pembekal
serta kakitangan lain, dan sebagainya. Tugasan ini boleh dijalankan oleh
Pengurus atau pemilik perniagaan sekiranya perniagaan kecil.

d) Bahagian Kewangan – kakitangan ini akan memastikan semua rekod perniagaan


(wang masuk dan keluar), rekod-rekod perniagaan termasuk bajet adalah
mengikut system yang dipersetujui. Mereka adalah penjaga kepada kewangan
perniagaan.
NO KOD WKP6063/M08 Page:7 of: 14

e. Usahawan perlu memastikan bahawa penggajian serta lain-lain faedah ditawarkan


adalah memaksimakan keuntungan perniagaan di mana seorang kakitangan perlu
memaksimakan produktiviti dengan menjalankan beberapa tugasan atau
tanggungjawab. Selalunya, tanggungjawab ini jatuh ke bahu usahawan.

Kertas rancangan perniagaan yang berjaya mesti meyakinkan pemiutang, pelabur atau
pembekal adalah bahawa perniagaan ini diurus oleh pekerja-pekerja yang
berkelayakan, berkebolehan atau berpengalaman. Adalah penting untuk menyatakan
kekuatan dan kelebihan para pekerja terutama pengurus organisasi. Memilih pekerja
yang berkelayakan adalah penting malah sebahagian besar kos adalah berkaitan
sumber manusia. Selain gaji dan upah kos-kos berkaitan sumber manusia adalah
seperti berikut:

i. Bonus vii. PERKESO


ii. Elaun Makan viii. Kos perubatan
iii. Elaun Pakaian ix. Kursus peningkatan profesionalisme
iv. Elaun Perjalanan x. Komisyen jualan
v. Elaun Tempat Tinggal
vi. Elaun keraian
vii. Bayaran lebih masa

vi. Caruman KWSP

Nama / Jawatan Bil Gaji (RM) Perincian Tugas/Tanggungjawab

 Mengurus keseluruhan operasi perniagaan.


 Berurusan secara langsung dengan
pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak.
Pengurus 1 3 000.00  Menguruskan operasi pemasaran
perniagaan.
 Mempastikan keseluruhan operasi
perniagaan berjalan lancar

 Membantu tugas utama Pengurus.


Penolong
Pengurus / 1 2 000.00  Menyelia tugasan makenik-makenik.
Penyelia
 Membuat pemeriksaan sebelum dan selepas
NO KOD WKP6063/M08 Page:8 of: 14

servis.
 Mempastikan kualiti servis.
 Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan.

 Merekodkan semua urusniaga dengan tepat.


 Mempastikan rekod perniagaan tersusun.
 Menguruskan urusan pentadbiran dan
kewangan.
 Menyediakan laporan-laporan yang
Kerani 1 1 200.00
diperlukan.
 Mempastikan jualan kredit di kutip dalam
tempoh yang ditetapkan.
 Mempastikan semua bayaran pembekal di
bayar dalam tempuh yang ditetapkan.

 Menjalankan kerja servis seperti yang


diarahkan.

Mekanik 2 1 000.00  Mempastikan persekitaran dan peralatan


kerja sentiasa kemas dan tersusun.
 Mendapatkan bekalan alat ganti.

Contoh jadual perjawatan, tugasan dan penggajian

Perlu juga dijelaskan dalam rancangan perniagaan jumlah pekerja sepenuh masa,
sambilan atau kontrak.

5. CARTA ORGANISASI
Usahawan perlu menyediakan satu carta organisasi yang sesuai berdasarkan
matlamat dan strategi yang telah ditetapkan. Carta organisasi perlu ringkas tetapi
merangkumi semua tanggungjawab yang perlu dilakukan bagi memastikanperniagaan
membawa keuntungan.
NO KOD WKP6063/M08 Page:9 of: 14

Carta Organisasi Creeper Creative [1810689-A]


NO KOD WKP6063/M08 Page:10 of: 14

Carta Organisasi Creeper Catering [1881681-D]


NO KOD WKP6063/M08 Page:11 of: 14

Matlumat Pengarah Urusan Malek Engineering & Contruction Sdn. Bhd.


NO KOD WKP6063/M08 Page:12 of: 14

Carta organisasi Inspirasihana ‘Anggun Bersyariat Indah Terpelihara’


– Gedung Tudung Labuh Online Terbesar
NO KOD WKP6063/M08 Page:13 of: 14

6. KEPERLUAN PERALATAN PEJABAT

Dalam Rancangan Organisasi pembelian aset-aset yang digunakan untuk pejabat atau
urusan pentadbiran perniagaan perlu dinyatakan di bahagian ini. Termasuk juga
perbelanjaan rak, almari kaca, lampu dan kos menghias ruang pameran. Kenyataan
mengenai senarai peralatan dan lekapan pejabat ini adalah penting sebagai bukti
organisasi perniagaan telah sempurna untuk mula beroperasi dan mempunyai
peralatan yang berkualiti.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN PENTADBIRAN

Contoh aset-aset/ peralatan dan kekapan pejabat adalah seperti berikut:

BARANGAN BILANGAN KOS/HARGA

Ubahsuai termasuk
pendawaian, fixtures & RM10,000.00
penghawa dingin

Meja Set 2 RM500 x 2 set = RM1,000.00

Kabinet fail 3 RM700 x 3 = RM2,100.00

Fax 1 RM400.00

Telefon 3 RM200 x 3 = RM600.00

Komputer Meja 3 RM1000 x 3 = RM3,000.00

Komputer Riba 1 RM2,000.00

Mesin Fotostat/Scanner 1 RM1,500.00

Water Dispenser 1 RM1,500.00

Lain-lain RM500.00

Jumlah Pembelian RM21,700.00


NO KOD WKP6063/M08 Page:14 of: 14

RUJUKAN :
1. Bahan Sumber Pembelajaran PENGAJIAN KEUSAHAWANAN Tingkatan 5, Jabatan
Pendidikan Teknikal, KPM, 2002.

2. M-Tek (Modul Pembelajaran Teknikal) Pengajian Keusahawanan Tahap 3, Pengurusan


Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like