Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SULIT*

944/2 STPM 2020

EKONOMI
KERTAS 2
(DUA JAM)

UJIAN PENGESANAN PRESTASI


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
NEGERI SEMBILAN

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada borang jawapan Aneka
Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B, anda boleh menjawab semua bahagian B,
tetapi hanya empat jawapan pertama dalam bahagian B yang diperiksa,

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian C, tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan anda pada helaian yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu
helaian jawapan.

Tunjukkkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

__________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak.
@Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2020

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2 [lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang berikut menggambarkan peningkatan pencapaian ekonomi, kecuali


A peningkatan guna tenaga
B peningkatan pengangguran
C peningkatan pendapatan negara
D peningkatan lebihan dalam imbangan pembayar

2 Nilai keluaran firma Korea yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam


penghitungan
A Keluaran Dalam Negeri Kasar Korea
B Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia
C Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Korea
D Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Malaysia

3 Jadual di bawah menunujukkan data keluaran negara sebuah ekonomi.


Butiran RM juta

Penggunaan awam 2,572


Pelaburan awam 376
Pelaburan swasta 547
Eksport 50
Import 13
Subsidi 10
Keluaran Negara Kasar 3,100

Berapakah nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara?


A -RM358
B RM358
C -RM432
D RM432

4 Data pendapatan negara dapat digunakan untuk tujuan yang berikut kecuali
A mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
B menilai keluaran pelbagai sektor ekonomi
C menjadi petunjuk perubahan struktur ekonomi
D menilai kadar pertukaran asing bagi negara berkenaan

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 3

5 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi


dua sektor.

Jika Yf ialah tingkat pendapatan pada guna tenaga penuh, berapakah jurang Keluaran Negara
Kasar ekonomi tersebut?
A AB
B AD
C BC
D CD

6 Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM5500 juta
dan kerajaan membuat keputusan untuk menambahkan perbelanjaannya sebanyak RM1500
juta. Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baru jika kecekapan menabung
sut dalam ekonomi tersebut ialah 0.4?
A RM3750 juta
B RM5500 juta
C RM9250 juta
D RM9700 juta

7 Penyataan yang manakah tidak benar tentang Dasar Fiskal?


A Dasar Belanjawan kurangan dilaksanakan semasa kemelesetan ekonomi
B Dasar Belanjawan lebihan dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi masalah
inflasi
C Dasar Belanjawan terimbang bermakna perbelanjaan kerajaan sama dengan
jumlah hasil cukai yang dipungut.
D Dasar Belanjawan kurangan bermakna perbelanjaan kerajaan adalah lebih
kecil berbanding jumlah cukai yang dipungut.

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 4

8 Yang berikut ialah maklumat sebuah ekonomi terbuka.


C = 400 + 0.9Yd
T = 200
I = 600
G = 400
X = 300
M = 80 + 0.2Y
Berapakah defisit imbangan perdagangan pada tingkat keseimbangan?
A 600
B 740
C 860
D 920

9 Gambar rajah di bawah menunjukkan AD ialah keluk permintaan agregat dan AS ialah
keluk penawaran agregat sebuah ekonomi.

Harga Harga
AS1
AS1

E1 AS2 AS2
P1
P1 E1
P2 E2
P2 E2
AD1
Pendapatan negara
0 Y1 Y2

AD1

0 Y1 Y2 Pendapatan negara

Perubahan harga dari 0P1 ke 0P2 disebabkan berlakunya


A kemelesetan ekonomi
B perkembangan teknologi
C pengurangan pelaburan portfolio
D peningkatan cukai import bahan mentah

10 Dalam analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jika bekalan wang


dikurangkan oleh bank pusat, maka tingkat keseimbangan baharu ialah
A tingkat harga umum dan pendapatan negara berkurang
B tingkat harga umum dan pendapatan negara bertambah
C tingkat harga umum berkurang dan pendapatan negara bertambah
Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 5

D tingkat harga umum bertambah dan pendapatan negara berkurang

11 Pembelian sesuatu barang secara sewa beli dapat dilakukan kerana wang berfungsi
sebagai alat
A bayaran tertunda
B penyimpan nilai
C untuk urus niaga
D perantaraan pertukaran

12 Andaikan bahawa dalam sebuah ekonomi, penawaran wang ialah RM300 juta, halaju
pusingan wang ialah 5, dan jumlah urusniaga ialah 400 juta unit. Jika penawaran wang
bertambah sebanyak 20%, berapakah tingkat harga yang baru?
A RM0.75
B RM3.75
C RM4.50
D RM5.55

13 Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang negara pada tahun 2015

Butiran RM juta

Mata wang dalam edaran 76 687


Deposit permintaan 282 943
Separa wang 891 919
Deposit mata wang asing 144 823
Deposit lain 207 566
(Sumber: Bank Negara Malaysia)
Hitung bekalan wang M2.
A RM359 630
B RM1 251 549
C RM1 396 372
D RM1 603 938

14 Tindakan Bank Pusat menjual surat jaminan kerajaan menyebabkan


A penawaran wang, kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan
meningkat
B penawaran wang, kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan
menurun
C penawaran wang berkurang, kadar bunga meningkat, pelaburan dan pendapatan
negara keseimbangan berkurang
D penawaran wang meningkat, kadar bunga menurun, pelaburan dan pendapatan
negara keseimbangan meningkat

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 6

15 Sebuah bank perdagangan menerima satu deposit semasa baru sebanyak RM800.00 dan
nisbah rizab minimum ialah 20%. Berapakah pertambahan maksimum dalam penawaran wang
yang boleh dicipta oleh bank tersebut.
A RM 3200.00
B RM 3200.00
C RM 4000.00
D RM 4800.00

16 Perdagangan antarabangsa wujud disebabkan oleh faktor berikut kecuali


A perbezaan anugerah faktor
B perbezaan kemahiran buruh
C perbezaan mata wang asing
D perbezaan cita rasa penduduk

17 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran getah dan beras di Indonesia dan Thailand.

Negara Getah Beras

Indonesia 20 50

Thailand 18 36

Negara manakah mempunyai faedah berbanding untuk mengeluarkan beras?


A Thailand memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepasnya 1 beras=
2.5 getah
B Thailand memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepasnya 1 beras=
2 getah
C Indonesia memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepasnya 1 beras=
0.4 getah
D Indonesia memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepasnya 1 beras=
0.5 getah

18 Sesebuah negara yang mengadakan sekatan terhadap perdagangan antarabangsa adalah


bertujuan untuk
A melindungi industri tempatan
B menambah hasil cukai kerajaan
C menggalakkan pengeluaran eksport
D meningkatkan permintaan terhadap mata wang asing

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 7

19 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran mata wang Dolar
Singapura (S$)

RMRM/S$
/
S$ SS
S
3.00
3.00
2.80
2.80
2.00
DD
2.00
Kuantiti
0 Q1 Qo Q2 D S$

Q1 Q0 Q2 Kuantiti S$

Jika kadar pertukaran ditetapkan pada S$1.00=RM3.00, maka


A imbangan pembayaran Malaysia bertambah buruk
B penawaran mata wang Dolar Singapura meningkat
C permintaan terhadap mata wang Ringgit Malaysia menurun
D nilai Ringgit Malaysia meningkat manakala nilai Dolar Singapura menurun

20 Jadual dibawah menunjukkan butiran utama dalam imbangan pembayaran Malaysia


pada tahun 2015.
Butiran RM Juta

Eksport 681 275

Import 572 051

Perkhidmatan -20 632

Pendapatan primer -32 112

Pendapatan Sekunder -21 325

Akaun Modal - 1136

Akaun Kewangan -55 350

Kesilapan dan Ketinggalan bersih 25 082


(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi Malaysia, 2017/2018)
Berapakah nilai imbangan akaun semasa?
A -RM21 331 juta
B RM3751 juta
Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 8

C RM35 155 juta


D RM109 224 juta
Bahagian B
[40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.

21
KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka meningkat sederhana
pada 2020, dengan inflasi harga pengguna lebih tinggi secara purata dalam julat
antara 1.5 dan 2.0 peratus tahun depan berbanding 0.7 peratus diunjurkan bagi 2019,
demikian menurut Kumpulan Bank Dunia.
(Sumber Berita Harian 10 Disember, 2019)

(a) Jelaskan mengapa isu makroekonomi di atas perlu ditangani. [4]


(b) Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengatasi masalah di atas? [6]

22 (a) Takrifkan konsep yang berikut:


(i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) [1]
(ii) Keluaran Negara Kasar Benar (KNK Benar) [1]
(iii)Keluaran Negara Kasar Nominal (KNK Nominal) [1]
(b) Huraikan hubungan antara konsep pendapatan negara berikut:
(i) Keluaran Dalam Negara Kasar dengan Keluaran Negara Bersih [4]
(ii) Keluaran Negara Kasar benar dengan Keluaran Negara Kasar nominal [3]

23 Berbantukan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana perubahan perbelanjaan


kerajaan boleh mengurangkan masalah pengangguran dalam sesebuah ekonomi.
[10]

24 Berbantukan gambar rajah pasaran wang, terangkan kesan pembelian bon oleh kerajaan
terhadap keseimbangan kadar bunga dan kuantiti wang. [10]

25 (a) Apakah maksud perangkap kecairan? [2]


(b) Jelaskan dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai kesan pelaksanaan dasar
kewangan bagi sesebuah ekonomi yang menghadapi perangkap kecairan. [8]

26 Huraikan lima langkah bagaimana kerajaan mengatasi masalah defisit dalam akaun semasa.
[10]

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 9

Bahagian C
[20 markah]

27 Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor ekonomi di sebuah negara pada
tahun 2017 dan 2018.

Sektor Ekonomi Guna tenaga (ribu orang)

2017 2018

Pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan 1390.2 1388.6


Perlombongan dan kuari 42.2 41.0
Pembuatan 3387.7 3511.2
Pembinaan 766.3 769.2
Perkhidmatan 6372.1 6542.2

Jumlah 11958.5 12255.2

(a) Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga dalam sektor pertama, kedua dan ketiga
pada tahun 2018. [4]
(b) Berdasarkan jawapan dalam (a), apakah rumusan yang dapat dibuat mengenai
pertumbuhan guna tenaga bagi setiap sektor ekonomi dalam tempoh tersebut? [3]
(c ) Pada tahun 2018, jumlah tenaga buruh di negara tersebut adalah 12645.7 ribu
orang. Adakah negara ini mencapai tingkat guna tenaga penuh pada tahun tersebut?
Jelaskan. [3]

28 Diberi fungsi tabungan , S = -100 + 0.2Y dalam sebuah ekonomi 3 sektor.


(a) Hitung nilai pengganda dan tafsirkan nilainya [2]
(b) (i) Hitung keseimbangan pendapatan negara [1]
(ii) Dengan menggunakan konsep pengganda hitung keseimbangan
pendapatan negara baharu apabila pelaburan meningkat sebanyak
RM100 juta. [2]
(c) Berdasarkan jawapan b(ii), jika pendapatan potensi RM1250 juta, hitung
(i) jurang KNK, [1]
(ii) lompang deflasi atau inflasi [2]
(iii) jumlah cukai yang diperlukan untuk mengatasi lompang tersebut. [2]

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 10

29 Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun


2016 dan 2017(semua nilai dalam RM juta)

Butiran 2016 2017

Eksport 786 964 934 927


Import 698 819 836 422
Perkhidmatan -18 917 -22 815
Pendapatan Primer -34 592 -36 354
Pendapatan Sekunder -18 629 -17 322
Akaun Modal 102 -27
Akaun Kewangan -249 -4730
Kesilapan dan Ketinggalan -23 899 -19 109
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

(a) (i) Nyatakan butiran pendapatan primer. [2]


(ii) Nyatakan sebab nilainya negatif [1]
(b) Hitung imbangan pembayaran tahun 2016 dan 2017 dan terangkan arah aliran [4]
(c) (i) Berapakah perubahan rizab asing pada tahun 2016 dan 2017? [2]
(ii) Apakah kesan terhadap Ringgit Malaysia [1]

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
944/2 EKONOMI SEMESTER 2
SKEMA PEMARKAHAN
UJIAN PENGESANAN SEMESTER 2 TAHUN 2020
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

BAHAGIAN A

1. B 6. C 11. A 16. C

2. B 7. D 12. C 17. C

3. C 8. B 13. B 18. A

4. D 9. B 14. C 19. B

5. B 10. A 15. B 20. C

BAHAGIAN B

NO MARKAH
SOALAN

21 (a) Jelaskan mengapa isu makroekonomi di atas perlu [4]


ditangani.

(i) Kos sara hidup meningkat 1


Semasa inflasi, harga barangan meningkat. Hal ini 1
menyebabkan kos sara hidup masyarakat kerana perbelanjaan
meningkat.

(ii) Kuasa beli masyarakat jatuh 1


Semasa inflasi, harga barangan meningkat. Ini menyebabkan 1
kuasa beli masyarakat jatuh kerana pendapatan benar jatuh

(b) Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengatasi masalah di [6]


atas?

(i) Menurunkan perbelanjaan kerajaan. 1


Apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaannya, maka tidak
banyak projek pembangunan yang dapat dijalankan. Justeru, 1
masyarakat tidak mempunyai sumber pendapatan.
Masyarakat akan kurang membuat perbelanjaan menyebabkan
permintaan agregat terhadap barangan di pasaran tempatan 1
jatuh.
Oleh itu, harga barang akan jatuh dan inflasi dapat di atasi.

(ii) Meningkatkan cukai 1


Pendapatan boleh guna akan berkurang apabila cukai
meningkat. 1
Perbelanjaan penggunaan akan berkurang, permintaan agregat
akan berkurang. 1
Harga barangan akan jatuh dan inflasi dapat di atasi.

22 (a) Takrifkan konsep yang berikut:


(i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) [1]
(ii) Keluaran Negara KasarBenar (KNK Benar) [1]
[1]
(iii) Keluaran Negara Kasar Nominal (KNK Nominal)
(a) (i) KDNK ialah nilai barang dan perkhidmatan akhir
yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam 1
sesebuah negara, tanpa mengira sama ada faktor
pengeluaran yang digunakan adalah milik negara itu
atau milik negara asing.

(ii) KNK benar keluaran negara yang dihitung 1


mengikut harga pada tahun asas.

(iii) KNK nominal ialah keluaran negara yang dihitung 1


mengikut harga tahun semasa.

(b) Huraikan hubungan antara konsep pendapatan negara


berikut:
(i) Keluaran Dalam Negara Kasar dengan Keluaran [4]
Negara Bersih
(ii) Keluaran Negara Kasar benar dengan Keluaran
Negara Kasar nominal [3]

(i) Hubungan antara KDNK dengan KNB


- Hubungan antara KDNK dan KNB ialah 2
PFBLN dan susut nilai
- KNB = KDNK + PFBLN -S/N 1
Atau
KDNK = KNB - PFBLN + S/N
- Jika PFBLN >susutnilai, maka KNB >KDNK 1
Atau
Jika PFBLN <susutnilai, maka KNB < KDNK

(ii) Hubungan antara KNK benar dengan KNK


nominal:
- Hubungannya ialah Indeks Harga Pengguna 1
- KNK benar
= (IHP tahun asas/IHP tahun semasa) x KNK 1
nominal
- Jika IHP >100, maka KNK benar < KNK 1
nominal
Atau
- Jika IHP < 100, maka KNK benar > KNK
nominal
23 Berbantukan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan
bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan boleh
mengurangkan masalah pengangguran dalam sesebuah
[10]
ekonomi.

Suntikan, bocoran

Wo = So+To
Rajah - 2
A E1
J1 = Io + G1
A
I0Jo+= Io + Go
+G Eo
E
0 I0 + Pendapatan
negara
Yo Y1

0 Pendapatan
Y0

- Keseimbangan asal dicapai di Eo apabila So + To = Io 1


+ Go.
- Pendapatan negara pada Yo. 1
- Untuk mengurangkan pengangguran, perbelanjaan 1
kerajaan ditingkatkan.
- Keluk suntikan beralih ke atas dari Io + Go ke Io + G1. 1
- Pada pendapatan negara Yo, berlaku lebihan suntikan
sebesar AEo. Inventori berkurangan dan firma 1
meningkatkan keluaran.
- Keseimbangan baru dicapai di E1 apabila So + To = Io
+ G1. 1
- Pendapatan negara meningkat dari Yo ke Y1.
- Peningkatan pendapatan negara @ peningkatan 1
keluaran oleh firma menyebabkan peluang pekerjaan
@ guna tenaga meningkat dan masalah pengangguran 1
berkurang.
24 Dengan menggunakan gambar rajah pasaran wang,
terangkan kesan pembelian bon oleh kerajaan terhadap
[ 10]
keseimbangan kadar bunga dan kuantiti wang.

Kadar Kadar
bungabunga
(%) Ms0 Ms1
(%)

Mso Ms1

r E
ro 0 E Eo Rajah : 2
r M

E1
r1
Md
Kuantiti wang
M M
Kuantiti
0 wang
Mo M1

Keseimbangan asal dicapai pada Eo / keluk Md bersilang dengan


keluk Mso pada kadar bunga ro, kuantiti wang Mo.

Apabila kerajaan membeli bon, penawaran wang bertambah.


Keluk penawaran wang beralih ke kanan dari Mso ke Ms1.
1
1
Pada kadar bunga ro, berlaku lebihan penawaran wang / orang
ramai akan membeli bon.
1
1
Proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan baharu dicapai
pada E1 / keluk Md bersilang dengan keluk Ms1 pada kadar
1
bunga r1 dan kuantiti wang M1.

Apabila kerajaan membeli bon, kuantiti wang akan bertambah


1
dari Mo ke M1 dan kadar bunga akan turun dari ro ke r1.

1
1
25 (a) Apakah maksud perangkap kecairan? [2]
- Perangkap kecairan adalah suatu keadaan di mana permintaan
1
wang (Md) dalam ekonomi menjadi anjal sempurna.
- dan tingkat kadar bunga ditentukan di pasaran sangat rendah
1
(b) Jelaskan dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai
kesan pelaksanaan dasar kewangan bagi sesebuah ekonomi [8]
yang menghadapi perangkap kecairan.

Rajah : 2
Kadar bunga (%)

Mso Ms1

Eo E1
ro Md
Kuantiti
0 wang
Mo M1

- Keseimbangan asal dicapai di titik Eo pada kadar bunga ro


dengan kuantiti wang sebanyak Mo apabila Mso = Md. 1
- Perangkap kecairan berlaku apabila keluk Md selari dengan
paksi kuantiti wang atau bersifat anjal sempurna. 1
- Apabila kerajaan laksanakan dasar kewangan dengan
menambah bekalan wang, keluk Ms0 beralih ke Ms1. 1
- Keseimbangan baru di pasaran wang berubah dari E0 ke E1.
- Pelaburan dan perbelanjaan agregat tidak mengalami 1
perubahan. 1
- Dasar kewangan tidak memberi kesan dalam mempengaruhi
kegiatan ekonomi / Pelaksanaan dasar fiskal lebih berkesan. 1

Nota :
Sekiranya pelajar melukis rajah salah, pelajar hanya dapat
markah keseimbangan asal (1m) dan huraian keseimbangan
asal. (1m)
Sekiranya pelajar melukis rajah salah semua penerangan
tidak diterima.
Sekiranya pelajar melukis rajah peralihan keluk MS ke kiri
dan ke kanan, pilih peralihan keluk yang betul. Terima
huraian peralihan keluk yang betul.
26 Huraikan lima langkah bagaimana kerajaan mengatasi [10]
masalah defisit dalam akaun semasa.

(i) memberi subsidi eksport


- harga eksport murah, nilai eksport meningkat, imbangan
dagangan bertambah baik dan ini akan mengurangkan masalah
defisit akan semasa.

(ii) meningkatkan tarif


- akan menyebabkan harga import meningkat dan nilai import
menurun, akan menyebabkan imbangan dagangan bertambah
baik dan seterusnya defisit akaun semasa dapat dikurangkan.

(iii) melaksanakan devaluasi


- penurunan nilai mata wang secara relatif akan menyebabkan
harga barang eksport murah, menyebabkan nilai eksport
meningkat dan imbangan perdagangan bertambah baik serta
mengurangkan masalah defisit akaun semasa.

(iv) melaksanakan kuota


- mengehadkan kuantiti barang import akan menyebabkan nilai
import menurun dan menyebabkan imbangan dagangan
bertambah baik, seterusnya defisit akaun semasa dapat
dikurangkan.

(v) kawalan pertukaran asing


- keutamaan akan diberikan kepada barang utama dan dengan
ini nilai import menurun menyebabkan imbangan dagangan
bertambah baik dan seterusnya defisit akaun semasa
dikurangkan.

(vi) menggalakkan akaun perjalanan iaitu menggalakan


pelancongan dalam negara, ini akan memyebabkan akaun
perkhidmatan bertambah baik, seterunya mengurangkan defisit
dalam imbangan akaun semasa.

* Mana – mana 5 fakta dan huraian [ 5 X 2m ]


BAHAGIAN C

27 (a) Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga dalam sektor pertama, kedua dan ketiga pada
tahun 2018. [4]
Sektor Ekonomi Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga (%)

Sektor pertama 1429.6 - 1432.4


---------------------- x 100 = - 0.20
1432.4

Sektor kedua 2.04

Sektor ketiga 2.67


(Betul semua = 4 markah)

(b) Berdasarkan jawapan dalam (a), apakah rumusan yang dapat dibuat mengenai pertumbuhan
guna tenaga bagi setiap sektor ekonomi dalam tempoh tersebut? [3]

Guna tenaga dalam sektor pertama mengalami penurunan sebanyak 0.20%


Guna tenaga dalam sektor kedua mengalami peningkatan sebanyak 2.09%
Guna tenaga dalam sektor ketiga mengalami peningkatan sebanyak 2.67%
(3 markah)
(c) i.
Tahun Kadar Pengangguran (%)

2018 12645.7 - 12255.2


------------------------ x 100 = 3.09
12645.7
(1 markah)
Ya, negara tersebut telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, (1 markah)
kerana kadar penganggurannya kurang daripada 4%. (1 markah)

28 Diberi fungsi tabungan , S = -100 + 0.2Y dalam sebuah ekonomi 3 sektor


dengan tingkat pelaburan, I = RM50 juta dan perbelanjaan kerajaan, G
= RM50 juta
[2]
(a) Hitung nilai pengganda dan tafsirkan nilainya
Nilai pengganda = 1/ MPS
= 1/0.2 1
=5

Tafsiran : Tambahan RM1 dalam pelaburan akan menyebabkan


pendapatan negara meningkat sebanyak 5 kali ganda. 1
(b) (i) Hitung keseimbangan pendapatan negara [1]

Suntikan = bocoran
100 = -100 + 0.2Y
Y = RM 1000 juta 1

(ii) Dengan menggunakan konsep pengganda hitung keseimbangan [2]


pendapatan negara baharu apabila pelaburan meningkat sebanyak
RM100 juta.
M = ΔY/ ΔI
5 = ΔY / 100
ΔY = 500 1

Keseimbangan pendapatan negara baharu


= RM 1000 juta + RM 500 juta 1
= RM 1500 juta

(c) Berdasarkan jawapan b (ii), jika pendapatan potensi RM1250 juta,


hitung
[1]
(i) Jurang KNK = Yf – Ye / Ye - Yf
= 1250 – 1500 / 1500 - 1250 1
= - RM 250 juta / RM 250 juta

(ii) Lompang inflasi = Jurang KNK / pengganda [2]


= - 250 / 5
1 (lompang inflasi)
= - RM 50 juta
1

(iii) Jumlah cukai yang diperlukan untuk mengatasi lompang tersebut. [2]
Lompang inflasi = MPC x ΔT
50 = 0.8 x ΔT
50 / 0.8 = ΔT
ΔT = 62.5 1
Kerajaan perlu menurunkan cukai sebanyak RM 62.5 juta. 1
29 (a) (i) Butiran pendapatan primer
- pampasan pekerja 1
- pendapatan pelaburan 1

(ii) Sebab nilainya negatif


Keuntungan pelaburan langsung asing melebihi keuntungan 1
pelaburan langsung tempatan di luar negeri / aliran keluar
keuntungan daripada pelaburan dari Malaysia melebihi aliran
masuk keuntungan pelaburan langsung Malaysia dari luar negara
/ pekerja asing di Malaysia lebih banyak membawa pulang upah
ke negara asal

( b) Imbangan Pembayaran 2016

= 786 964- 698 819-18 917-34 592-18 629+102 -249 -23 899 1

= - RM 8039 juta 1

Imbangan Pembayaran 2017

= 934927-836422-22815-36354-17322-27-4730-19109
1
= - RM 1852 juta

Defisit imbangan pembayaran menurun 1

(c) (i) Tahun 2016 : Berkurang sebanyak RM 8039 juta 1

Tahun 2017 : Berkurang sebanyak RM 1852 juta 1


(ii) nilai RM menurun 1

You might also like