Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

944/2

Ekonomi
Kertas 2
Ogos
2021
2 Jam

KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM

PENTAKSIRAN SEMESTER 2 STPM TAHUN 2021


(KALI KEDUA)

EKONOMI
KERTAS 2
Masa : 2 jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan
Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat soalan daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman
baharu helaian jawapan.

Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak termasuk kulit


Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Manakah antara pemboleh ubah berikut dianggap sebagai petunjuk penting dalam
menentukan prestasi ekonomi sesebuah negara dalam kajian makroekonomi?
A Jumlah barang makanan yang diimport
B Bilangan rakyat tempatan yang melabur di luar negara
C Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara
D Jumlah saham yang dijual beli oleh rakyat tempatan di pasaran luar negara

2 Yang membezakan antara harga barang-barang akhir yang telah dan belum dipasarkan di
dalam negara ialah
A dasar harga firma
B dasar diskriminasi harga firma
C dasar kewangan kerajaan
D cukai eksais dan subsidi

3 Pendapatan negara mengikut harga semasa akan melebihi pendapatan negara


mengikut harga tetap jika
A deflasi telah berlaku
B inflasi telah berlaku
C eksport melebihi import
D pengangguran tidak berlaku
4 Jadual berikut menunjukkan KNK pada harga semasa dan indeks harga pengguna bagi negara
X.
Butiran 2016 2017

KNK pada harga semasa (RM juta) 20 000 23 000

Indeks harga pengguna (2000 = 100) 110 120

Berapakah kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017?


A 4.35%
B 5.42%
C 9.09%
D 15.00%

5 Pada tahun 2016, pendapatan negara bagi negara MY ialah RM 150 000 juta dan
jumlah penduduknya sebanyak 15 juta orang. Pada tahun 2017, pendapatan per
kapita negara MY bertambah sebanyak RM 200 dan jumlah penduduknya bertambah
kepada 15.1 juta orang. Berapakah pendapatan negara bagi MY pada tahun 2017?
A RM150 200 juta
B RM152 000 juta
C RM153 000 juta
D RM154 020 juta

6 Dalam ekonomi 3 sektor, manakah daripada yang berikut akan menggagalkan usaha
untuk menambahkan pendapatan negara melalui pertambahan dalam perbelanjaan
kerajaan?
A Kenaikan dalam nilai pengganda
B Kenaikan dalam pelaburan swasta
C Kenaikan dalam aktiviti pencukaian
D Pengurangan dalam tabungan
7 Gambar rajah berikut menunjukkan fungsi tabungan (S) dan cukai (T), serta fungsi pelaburan
(I) dan perbelanjaan kerajaan (G) bagi sebuah ekonomi. Fungsi tabungan ialah S = - 50 + 0.4Y
tanpa cukai dikenakan, keseimbangan pendapatan negara RM 1 000 juta.

S+T

I+G

Berapakah nilai suntikan dalam keseimbangan?


A RM 50 juta
B RM 200 juta
C RM 350 juta
D RM 400 juta
8 Campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi semasa berlaku lompang inflasi
ialah:
A Meningkatkan projek pembangunan negara
B Meningkatkan pelaburan dalam dan dari luar negara
C Meningkatkan cukai pendapatan individu dan syarikat
D Meningkatkan kegiatan pembelian surat jaminan kerajaan oleh bank pusat

9 Dalam gambar rajah di bawah, menunjukkan keseimbangan pendapatan negara pada


beberapa tingkat guna tenaga

Yang manakah antara pernyataan berikut benar?


A Sekiranya AE 1 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
deflasi sebanyak WY.
B Sekiranya AE 2 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
inflasi sebanyak XV.
C Sekiranya AE 2 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
inflasi sebanyak WR.
D Sekiranya AE 3 merupakan tingkat guna tenaga penuh, maka berlakunya lompang
deflasi sebanyak RS.

10 Apabila perbelanjaan agregat sesebuah ekonomi meningkat, maka


A pendapatan penawaran agregat negara itu meningkat
B penawaran agregat negara lain meningkat
C permintaan agregat negara itu meningkat
D permintaan agregat negara lain meningkat
11 Andaikan dalam sebuah ekonomi,

Halaju wang( V ) = 8
Jumlah urusniaga( T ) = 800 juta unit
MenurutTeori Kuantiti Wang ,pengurangan harga daripada RM4.50 kepada RM 4.00
adalah disebabkan penawaran wang berkurang kepada

A RM 30 juta B RM 350 juta C RM 400 juta D RM 450 juta

12 Yang berikut merupakan hasil bagi kerajaan Persekutuan kecuali


A Duti import B Duti eksport C Untung syarikat D Hasil bukan cukai

13 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira – kira sebuah bank perdagangan selepas seorang
peniaga mendepositkan cek bernilai RM30,000.00

Aset ( RM ) Liabiliti ( RM )
Rizab 9 000 Deposit semasa 30 000
Pinjaman 21 000
Jumlah 30 000 Jumlah 30 000

Jika nisbah rizab berkanun berubah kepada 20% ,berapakah baki lebihan rizab yang belum
dipinjamkan ?

A RM 3 000 B RM 6 000 C RM 9 000 D RM 12 000

14 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna sebuah negara .

Tahun Indeks harga pengguna


2015 100
2016 125

Nilai wang pada tahun 2016 telah


A Meningkat sebanyak 25%
B Menurun sebanyak 25%
C Meningkat sebanyak 20%
D Menurun sebanyak 20%
15 Bekalan wang dalam sebuah ekonomi dapat dikurangkan dengan

A Merendahkan kadar diskaun


B Merendahkan nisbah rizab berkanun
C Merendahkan nisbah mudah tunai minimum
D Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman

16 Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara menikmati faedah yang


berikut, kecuali

A Mempelbagaikan pilihan barangan


B Mencapai tingkat guna tenaga penuh
C Memperoleh faedah daripada pengkhususan
D Meluaskan pasaran barangan tempatan di pasaran antarabangsa

17 Jadual dibawah ini menunjukkan tingkat output bagi dua jenis barang, iaitu getah dan
beras bagi seunit faktor pengeluaran.

Negara
Barang A B

Getah ( unit ) 50 10

Beras ( unit ) 60 20

Jika perdagangan antarabangsa dijalankan, maka

A Negara A akan mengkhusus dalam pengeluaran beras


B Negara B akan mengkhusus dalam pengeluaran getah
C Negara B akan mengkhusus dalam pengeluaran beras
D Negara A akan mengkhusus dalam pengeluaran kedua – dua barang.
18 Dasar devaluasi terhadap matawang tempatan menyebabkan

A Import merosot , eksport meningkat dan memperbaiki imbangan pembayaran


B Import merosot , eksport meningkat dan memburukkan imbangan pembayaran
C Import meningkat , eksport merosot dan memperbaiki imbangan pembayaran
D Import meningkat, eksport merosot dan memburukkan imbangan pembayaran

19 Jadual di bawah menunjukkan data akaun semasa dalam imbangan pembayaran


sesebuah negara .

Butiran RM juta

Eksport 696 614

Import 548 543

Pengangkutan -25 792

Perjalanan 27 033

Urusniaga kerajaan -526

Perkhidmatan lain -8 728

Pendapatan -21 971

Pindahan semasa -20 979

Imbangan akaun semasa mengalami


A Lebihan sebanyak RM 97 108 juta C Lebihan sebanyak RM 645 651 juta
B Kurangan sebanyak RM 97 108 juta D Kurangan sebanyak RM148071 juta
20 Apabila berlaku perubahan kadar pertukaran asing daripada RM1.00 = US$0.25 kepada
RM1.00 = US$0.30, maka hal ini menyebabkan

A Kadar pertukaran asing Malaysia meningkat


B nilai RM telah menurun
C nilai US$ telah meningkat
D berlaku kurangan permintaan terhadap matawang asing
Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21.Terangkan petunjuk makroekonomi yang berikut :


(a) Kadar inflasi [3]
(b) Kadar pengangguran [3]
(c) Kadar pertumbuhan ekonomi [4]

22 (a) Terangkan kegunaan data pendapatan negara. [6]


(b) Terangkan dua masalah dalam pengiraan pendapatan negara [4]

23 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS),


huraikan kesan perkara berikut ke atas keseimbangan pendapatan nagara dan tingkat harga:
(a) Kenaikan harga sumber pengeluaran [5]
(b) Kadar cukai pendapatan diturunkan [5]

24 (a)Jelaskan komposisi bekalan wang M1. [2]


(b)Andaikan Encik Khalid mendepositkan sebanyak RM10 000 ke dalam akaun
semasa di Bank Intan dan nisbah cadangan yang ditetapkan oleh bank pusat ialah 20%.
(i) Terangkan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku di tiga buah bank. [6]
(ii) Apakah kesan proses penciptaan kredit dalam sistem bank di atas kepada jumlah
deposit dicipta? [2]

25 (a) Terangkan tiga tujuan masyarakat meminta wang menurut Keynes. [6]
(b) Apakah keluk permintaan wang? Jelaskan cirinya. [4]

26 Huraikan lima alat kawalan import yang dapat membaiki defisit imbangan pembayaran.

[10]
Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27.
Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara
Kasar (KNK) Malaysia bagi tahun 2014 hingga 2016.
Butiran (RM juta) 2014 2015 2016
KDNK pada harga semasa 362 012 395 170 450 152
KDNK pada harga tetap 2010 220 422 232 496 249 314
KNK pada harga semasa 336 951 372 633 425 603
KNK pada harga tetap 2010 203 169 217 292 233 433

(a) Hitung kadar pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 2015 dan 2016. [3]

(b) (i) Hitung pendapatan faktor bersih luar negeri pada harga tetap bagi tahun 2014,
2015 ,2016. [4]
(ii.)Berdasarkan jawapan dalam (c)(i), apakah kesan nilai tersebut kepada ekonomi
negara? [1]

(c) Jika jumlah penduduk sebanyak 25.58 juta orang pada tahun 2016, hitung KNK per
kapita pada harga semasa. [2]
28. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan perbelanjaan
penggunaan bagi sebuah ekonomi.

Pendapatan negara (RM jua) Perbelanjaan penggunaan (RM juta)

4000 4400

5000 5200

6000 6000

7000 6800

800 7600

a) Hitung nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) dan jealskan nilai MPC yang diperolehi.
[2]
b) Bentukkan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan bagi negara tersebut [2]

C) Jika tingkat pelaburan sebanyak RM 750 juta dan perbelanjaan kerajaan RM1000
i) hitung fungsi perbelanjaan agregat [1]
ii) hitung keseimbangan pendapatan negara [1]
iii) hitung jumlah penggunaan dan jumlah tabungan pada tingkat keseimbangan
pendapatan negara [2]
iv) berdasarkan pendekatan penawaran agregat-perbelanjaan agregat(Y-AE), lakarkan
gambar rajah keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor [2]
29.

Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran pakaian dan makanan oleh seunit buruh di

negara X dan negara Y.

Barang
Pakaian (unit) Makanan (unit)
Negara
X 30 18
Y 40 20

(a) (i) Negara manakah yang mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian

dan faedah berbanding dalam pengeluaran makanan? Jelaskan jawapan anda. [3]

(ii) Nyatakan negara yang akan mengkhusus dalam pengeluaran pakaian dan negara

yang akan mengeluarkan makanan [2]

(b) (i) Sekiranya setiap negara mempunyai 500 unit buruh, bina jadual pengeluaran

apabila pengkhususan dijalankan. [2]

(ii) Andaikan negara X dan negara Y bersetuju untuk berdagang pada kadar pertukaran:
1 unit makanan bersamaan 1.8 unit pakaian, dan negara X memerlukan 3 600 unit
pakaian. Bina jadual penggunaan di negara X dan di negara Y apabila perdagangan
dijalankan. [2]
(iii) Berapakah jumlah eksport dan import negara X? [1]

You might also like