Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SULIT *

944/2
STPM 2021

EKONOMI
KERTAS 2
(1 jam 30 minit)

SEMESTER 2
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan yang betul pada ruang yang disediakan pada setiap
soalan.
Jawab tiga soalan dalam Bahagian B.
Tulis jawapan pada helaian jawapan anda sendiri. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian
jawapan.
Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 9 halaman bercetak


BAHAGIAN A

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Dalam aliran pusingan pendapatan negara, sektor isi rumah menerima ganjaran daripada
sektor firma kerana
A. membeli barang dan perkhidmatan Jawapan
B. membekalkan faktor pengeluaran
C. membeli faktor pengeluaran
D. membekalkan barang akhir

2. Yang manakah berlku semasa inflasi?


A. Jumlah import bertambah Jawapan
B. Jumlah tabungan bertambah
C. Kuasa beli masyarakat meningkat
D. Imbangan dagangan bertambah baik

3. Yang manakah isu pertumbuhan ekonomi yang perlu ditangani oleh sesebuah negara?
A. Tingkat tabungan yang tinggi
Jawapan
B. Banyak usahawan yang cekap
C. Pendapatan per kapita yang tinggi
D. Sikap masyarakat yang kurang inovatif

4. Berikut merupakan langkah untuk mengatasi imbangan pembayaran defisit kecuali


A. Memberi subsidi eksport kepada pengeluar tempatan Jawapan
B. Memberi kredit terpilih kepada sektor eksport
C. Menaikkan tarif terhadap barang import
D. Menaikkan nilai mata wang negara

5. Pendapatan negara yang dihitung berdasarkan harga pada tahun asas juga dikenali
sebagai
A. Keluaran negara pada harga pasaran Jawapan
B. Keluaran negara potensi
C. Keluaran negara semasa
D. Keluaran negara benar

6. Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga di sebuah
negara pada tahun 2011.

Jumlah tenaga buruh 120645.7 ribu orang


Jumlah guna tenaga 12 226.7 ribu orang

Berapakah kadar pengangguran pada tahun tersebut?


A. 3.31% Jawapan
B. 3.43%
C. 4.12%
D. 5.02%

7. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran lebih rendah daripada Keluaran Negara Kasar
pada harga faktor apabila Jawapan
A. Subsidi lebih rendah daripada cukai tak langsung
B. Subsidi lebih tinggi daripada cukai tak langsung
C. Subsidi lebih rendah daripada cukai langsung
D. Subsidi lebih tinggi daripada susut nilai
8. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada tahun
2012.
Butiran RM juta
Penggunaan swasta 45000
Penggunaan awam 12000
Pelaburan swasta 22000
Pelaburan awam 11500
Susut nilai 1000
Perubahan stok -350
Eksport barangan 80000
Import barangan 82000
Pendapatan faktor bersih dari -5000
luar negeri

Berapakah Keluaran Negara Kasar?


A. RM82 150juta Jawapan
B. RM82 800juta
C. RM83 150juta
D. RM83 500juta

9. Tingkat keluaran negara yang dihitung mengikut harga tetap dinamakan


A. Pendapatan negara benar Jawapan
B. Pendapatan negara bersih
C. Pendapatan negara potensi
D. Pendapatan negara nominal

10. Dalam penghitungan keluaran negara mengikut kaedah keluaran, masalah terlebih nilai
dapat diatasi dengan menjumlahkan semua
Jawapan
A. Perbelanjaan golongan pengguna
B. Jenis barang separuh siap dan barang siap
C. Pendapatan faktor pengeluaran yang produktif
D. Nilai ditambah pada setiap peringkat penngeluaran

11. Taraf kesejahteraan rakyat sesebuah negara akan menurun walaupun pendapatan per
kapita meningkat jika berlaku peningkatan Jawapan dalam
A. Masa kerja
B. Guna tenaga
C. Saiz penduduk
D. Kualiti keluaran

12. Petunjuk makroekonomi yang paling sesuai untuk menentukan pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara ialah
A. Keluaran Negara Kasar Benar Jawapan
B. Keluaran Negara Kasar Nominal
C. Keluaran Dalam Negeri Kasar benar
D. Keluaran Dalam Negeri Kasar nominal

13. Berikut merupakan komponen keluaran negara kecuali


A. Pembentukan modal tetap kasar
Jawapan
B. Perbelanjaan kerajaan
C. Eksport
D. Import
14. Keluaran Negara kasar nominal lebih tinggi daripada Keluaran Negara Kasar benar jika
A. Wujud susut nilai barang modal
Jawapan
B. Indeks harga semasa melebihi 100
C. Cukai tak langsung melebihi subsidi
D. Indeks harga semasa kurang daripada 100

15. Antara persamaan berikut, yang manakah tidak benar?


A. Keluaran Negara Kasar = Keluaran Negara Bersih + Susut nilai
B. Keluaran Negara Kasar pada kos faktor = Keluaran Dalam Negeri Kasar + Subsidi –
Cukai tak langsung
C. Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran = Keluaran Negara Kasar pada
harga pasaran – Pendapatan faktor bersih dari luar negeri
D. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran = Keluaran Dalam Negeri Kasar pada
kos faktor + Pendapatan faktor bersih dari luar negeri + Cukai tak langsung –
Subsidi
Jawapan

16. Yang manakah tidak dihitung dalam Keluaran Negara Kasar negara Makmur ?
A. Bayaran sewa bangunan oleh kedutaan negara Mewah di negara Makmur
B. Upah pekerja negara asing yang bekerja dalam sektor perindustrian di negara
Makmur
C. Pendapatan Encik Amirul, seorang warganegara negara Makmur yang bekerja
sebagai jurutera di luar negara
D. Duti eksport yang dikenakan terhadap barang pembuatan keluaran negara Makmur
yang dijual di negara Jawapan Mewah

17. Jadual di bawah menunjukkan butiran pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.

Butiran RM juta
Keluaran Negara Kasar pada
kos faktor 800
Pendapatan faktor bersih dari
luar negeri 150
Cukai tak langsung 250
Subsidi 100
Susut nilai 40

Nilai Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran bagi ekonomi tersebut ialah
A. RM 460 juta Jawapan
B. RM 610 juta
C. RM 760 juta
D. RM 910 juta

18. Maklumat berikut dapat diperoleh daripada data pendapatan negara sesebuah negara
kecuali
A. Prestasi sektor ekonomi Jawapan
B. Perubahan struktur ekonomi
C. Perubahan agihan pendapatan
D. Prestasi pertumbuhan ekonomi
19. Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan negara bagi negara Bahagia.

Butiran RM juta
Cukai pendapatan perseorangan 2000
Subsidi 4800
Penerimaan pendapatan dari luar negara 180
Pembayaran pendapatan ke luar negara 660
Bayaran pindahan 300
Cukai tak langsung 6800
Keluaran Negara Kasar pada harga
pasaran 24 740

Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor bagi negara Bahagia ialah
A. RM25 700 juta Jawapan
B. RM25 040 juta
C. RM23 220 juta
D. RM20 740 juta

20. Jadual di bawah menunjukkan butiran keluaran negara bagi sebuah ekonomi pada tahun
2013.
Butiran RM juta
Penggunaan isi rumah 1286
Pelaburan firma 188
Perbelanjaan kerajaan 274
Keluaran Negara Kasar 1982
Import 6
Eksport 25

Peratusan pendapatan faktor bersih dari luar negeri terhadap Keluaran Negara Kasar ialah
A. 12.20% Jawapan
B. 10.92%
C. 10.85%
D. 7.60%

21. Rajah di bawah menunjukkan keluk suntikan dan keluk bocoran bagi sebuah ekonomi tiga
sektor.
Bocoran, Suntikan

S+T

I+G

0 Pendapatan negara
Y1 Y2

Tingkat pendapatan negara pada 0Y2, dapat dicapai jika berlaku


A. Peningkatan cukai Jawapan
B. Peningkatan tabungan
C. Peningkatan penggunaan autonomi
D. Pengurangan perbelanjaan kerajaan
22. Data perbelanjaan agregat bagi ekonomi tertutup dalam sebuah negara adalah seperti
berikut:
Perbelanjaan penggunaan, C = 400 + 0.8Yd,
dengan Yd = Y – T
Pelaburan, I = 240
Perbelanjaan kerajaan, G = 480
Cukai, T = 250
Semua nilai adalah dalam RM juta.

Jika kerajaan mengurangkan cukai sebanyak RM100 juta, tingkat keseimbangan


pendapatan negara baharu ialah
A. RM4200 juta Jawapan
B. RM4500 juta
C. RM4700 juta
D. RM5000 juta

23. Rajah di bawah menunjukkan keluk penggunaan (C) dan keluk perbelanjaan agregat (AE)
bagi sebuah ekonomi.

Perbelanjaan agregat (RM juta )

Y = AE

AE = 520 + 0.8Y

C = 120 + 0.8Y

0 Pendapatan negara (RM juta)


Tingkat keseimbangan pendapatan negara ialah
A. RM2600 juta Jawapan
B. RM2000 juta
C. RM650 juta
D. RM600 juta

24. Rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi sebuah ekonomi.

Perbelanjaan agregat (RM juta)

Y = AE

AE

0 Pendapatan negara
Y0 Y1 (RM juta)
Pada tingkat pendapatan negara 0Y1, wujud
A. Lebihan inventori barang Jawapan
B. Lebihan perbelanjaan agregat
C. Pertambahan kegiatan ekonomi
D. Keseimbangan pendapatan negara

25. Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi dua
sektor.

Perbelanjaan agregat (RM juta )

Y = AE

C+I

C = 400 + 0.8Y
600

400

0 Pendapatan negara (RM juta)

Berapakah jumlah tabungan pada tingkat keseimbangan pendapatan negara?


A. RM200 juta Jawapan
B. RM400 juta
C. RM600 juta
D. RM2800 juta

26. Jika kecenderungan mengguna sut dalam sebuah ekonomi tertutup ialah 0.8, maka
pertambahan pelaburan sebanyak RM400 juta akan menyebabkan pendapatan negara
meningkat sebanyak
A. RM320 juta Jawapan
B. RM500 juta
C. RM1000 juta
D. RM2000 juta

27. Andaikan penggunaan autonomi ialah RM200 juta, pelaburan ialah RM75 juta,
perbelanjaan kerajaan ialahn RM125 juta dan hasil cukai ialah RM100 juta.
Berapakah nilai kecenderungan menabung sut jika keseimbangan pendapatan negara ialah
RM850 juta?
A. 0.4 Jawapan
B. 0.5
C. 0.6
D. 0.8

28. Yang manakah tidak benar mengenai fungsi penggunaan?


A. Nilai penggunaan autonomi biasanya sifar Jawapan
B. Fungsi penggunaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
C. Nilai kecenderungan mengguna sut kurang daripada satu
D. Fungsi penggunaan bermula dari tingkat penggunaan autonomi
29. Dalam sebuah ekonomi tiga sektor, cukai tetap akan menyebabkan Jawapan
A. Nilai kecenderungan mengguna sut menjadi lebih rendah
B. Nilai penggunaan autonomi menjadi lebih rendah
C. Fungsi bocoran beralih secara tidak selari
D. Fungsi suntikan beralih secara selari

30. Nilai pengganda pendapatan negara akan bertambah apabila Jawapan


A. Kecenderungan menabung purata semakin rendah
B. Kecenderungan mengguna purata semakin rendah
C. Kecenderungan menabungh sut semakin rendah
D. Kecenderungan mengguna sut semakin rendah

BAHAGIAN B

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

31. Jadual di bawah menunjukkan jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga dari tahun
2011 hingga tahun 2015 bagi sebuah negara.

Tahun Jumlah tenaga buruh Jumlah guna tenaga


(‘000 orang) (‘000 orang)
2011 10 008.7 9 511.5
2012 10 309.0 9 942.5
2013 10 618.2 10 211.3
2014 10 936.8 10 648.8
2015 11 264.9 10 977.0

(a) Hitung kadar pengangguran dari tahun 2011 hingga tahun 2015. (5)
(b) Jelaskan arah aliran kadar pengangguran tersebut. (2)
(c) Sekiranya kadar pengangguran pada tingkat guna tenaga penuh ialah 4%, adakah
negara ini telah mencapai tingkat guna tenaga penuh? Jelaskan jawapan anda. (3)

32. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi negara A pada tahun 2014.

Butiran RM juta
Perbelanjaan penggunaan swasta 107 938
Perbelanjaan penggunaan awam 32 296
Pembentukan modal tetap kasar awam 27 580
Pembentukan modal tetap kasar swasta 21 885
Perubahan stok -530
Eksport barang dan perkhidmatan 304 566
Import barang dan perkhidmatan 246 464
Pendapatan factor bersih dari luar negeri -10 735
Cukai tak langsung 5000
Subsidi 6000
Susut nilai 2500

(a) Hitung
(i) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran. (2)
(ii) Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor (2)
(iii) Keluaran Negara Kasar pada kos faktor (2)
(iv) Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (1)
(b) Adakah nilai pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah pendapatan sama
dengan jawapan dalam (a) (iv)? (1)
(c) Apakah maksud perubahan stok dan mengapakah nilainya negatif? (2)
33. (a) Maklumat di bawah menunjukkan data perbelanjaan agregat bagi sebuah negara.
Perbelanjaan penggunaan, C = 650 + 0.8Yd
Perbelanjaan pelaburan, I = 550
Perbelanjaan kerajaan, G = 520
Cukai, T = 400
Semua nilai adalah dalam RM juta.
(i) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. (2)
(ii) Apakah maksud pengganda dan berapakah nilai pengganda? (2)

(b) Jadual di bawah menunjukkan fungsi komponen perbelanjaan agregat bagi sebuah
ekonomi tiga sektor.

Fungsi RM juta
Fungsi penggunaan C = 1000 + 0.6Yd
Fungsi pelaburan I = 400
Fungsi perbelanjaan kerajaan G = 300
Fungsi cukai T = 50

(i) Apakah pemboleh ubah bocoran dalam ekonomi tersebut? (2)


(ii) Terbitkan fungsi bocoran bagi ekonomi tersebut dalam sebutan pendapatan negara.
(2)
(iii) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan suntikan-
bocoran. (2)

You might also like