Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

SULIT* 1

944/2 Peperiksaan
Ekonomi Percubaan 2021
Kertas 2
September
2021
2 Jam

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG


(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2021


PENGGAL 2

MAKROEKONOMI
KERTAS 2
Masa : 2 jam

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A dalam google form. Klik Submit

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua soalan
dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam bahagian B yang akan diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan
dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan padahalaman
baharu helaian jawapan.

Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak termasuk kulit


© Peperksaan Percubaan 2021 SMJK Perempuan China Pulau Pinang

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Pemboleh ubah bocoran dalam aliran pusingan pendapatan ialah


A tabungan, cukai pendapatan, dan import
B cukai pendapatan, pelaburan, dan import
C tabungan, pelaburan, dan cukai pendapatan
D pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport

2. Jadual di bawah menunjukkan butiran pendapatan negara bagi sebuah negara.

Butiran RM Juta
Keluaran negara kasar kos faktor 100
Cukai tak langsung 30
subsidi 25
Yang manakah pernyataan yang benar tentang jadual di atas?
A Keluaran negara kasar kos faktor lebih besar daripada keluaran negara bersih
B Keluaran negara kasar harga pasaran lebih besar daripada keluaran negara kasar kos
faktor
C Keluaran negara kasar kos faktor lebih besar daripada keluaran negara kasar harga
pasaran
D Keluaran negara kasar harga pasaran lebih besar daripada keluaran dalam negara kasar
kos faktor

3. Sebuah firma mengeluarkan kertas dengan menggunakan bahan mentah yang


diimport. Yang manakah yang diambil kira dalam perhitungan pendapatan
negara?
A Harga kertas yang dijual
B Harga bahan mentah yang digunakan
C Harga kertas yang dijual ditolak dengan harga bahan mentah
D Harga kertas yang dijual ditambah dengan harga bahan mentah

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

4. Jadual di bawah menunjukkan perakaunan pendapatan negara bagi sebuah


ekonomi pada suatu tahun tertentu.
Butiran RM Juta
Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2448
Pelaburan swasta 376
Perbelanjaan kerajaan 538
Eksport 45
Import 12
Keluaran Negara Kasar 3964
Berapakah peratus pendapatan faktor bersih luar negeri terhadap Keluaran
Negara Kasar?
A 10.85%
B 11.18%
C 13.15%
D 14.35%

5. Yang manakah bukan kegunaan data pendapatan negara?


A Mengukur taraf hidup penduduk
B Mengukur kenaikan harga barang
C Mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
D Mengukur sumbangan setiap sektor ekonomi

6. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan


perbelanjaan penggunaan bagi sebuah ekonomi.
Pendapatan negara Perbelanjaan
(RM juta) penggunaan
(RM juta)
4000 3600
5000 4400
6000 5200
7000 6000
8000 6800
Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara jika perbelanjaan
kerajaan ialah RM 500 juta dan perbelanjaan pelaburan ialah RM 300 juta.
A RM 4000 juta
B RM 5000 juta
C RM 6000 juta
D RM 7000 juta

7. Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah


RM 12500 juta. Jika kerajaan menambahkan perbelanjaannya sebanyak RM
500 juta dan kecenderungan menabung sut ialah 0.4, berapakah
keseimbangan pendapatan negara yang baharu?
A RM 1250 juta
B RM 11 500 juta
C RM 13 750 juta
D RM 38 000 juta

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

8. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan ekonomi tiga sektor.

1.pdf

1.pdf

Jika jarak PQ ialah RM 800 juta, berapakah nilai pengganda?


A 0.27
B 1.60
C 3.75
D 10.00

9. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara


menurut pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y) bagi sebuah
ekonomi.

Sekiranya pendapatan negara potensi ialah RM 800 juta, untuk menutup


lompang deflasi kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan kerajaan
sebanyak
A RM 100 juta
B RM 120 juta
C RM 300 juta
D RM 500 juta

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

10. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan
keluk penawaran agregat (AS) bagi sebuah ekonomi.

Perubahan harga daripada P0 ke P1 disebabkan oleh


A peningkatan cukai input
B perkembangan teknologi
C peningkatan sumber ekonomi
D peningkatan kecekapan buruh

11. Menurut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), apabila


kadar peningkatan permintaan agregat sama dengan kadar kejatuhan
penawaran agregat, ini akan menyebabkan
A Tingkat harga umum dan pendapatan negara naik
B Tingkat harga umum turun dan pendapatan negara naik
C Tingkat harga umum naik dan pendapatan negara tidak berubah
D Tingkat harga umum tidak berubah dan pendapatan negara naik

12. Kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai ialah


A wang mudah dipalsukan
B penawaran wang adalah terhad
C halaju wang yang tidak seragam
D nilai wang merosot apabila harga meningkat

13. Dalam sebuah ekonomi, penawaran wang ialah RM 400 juta, halaju wang
ialah 5, dan jumlah urusniaga ialah 330 juta unit. Menurut Teori Kuantiti
Wang, jika penawaran wang bertambah sebanyak RM 175 juta, maka tingkat
harga umum akan meningkat sebanyak
A RM 2.60
B RM 2.65
C RM 6.10
D RM 8.70

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

14. Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan.

Aset (RM juta) Liabiliti (RM juta)


Rizab 2000 Deposit semasa 10000
Pinjaman 8000
Jumlah 10000 Jumlah 10000
Berapakah jumlah pinjaman selepas proses penciptaan kredit berlaku
sepenuhnya?
A RM 20000
B RM 40000
C RM 80000
D RM 100000

15. Permintaan wang untuk tujuan awasan dan urus niaga adalah
A anjal sempurna terhadap kadar bunga
B tak anjal sempurna untuk kadar bunga
C anjal sempurna terhadap pendapatan negara
D tak anjal sempurna terhadap pendapatan negara

16. Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pengurangan bekalan wang


akan menyebabkan
A kadar bunga, tabungan, permintaan agregat dan pendapatan negara
meningkat
B kadar bunga menurun, manakala tabungan, permintaan agregat, dan
pendapatan negara menurun
C kadar bunga menurun, manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan
pendapatan negara meningkat
D kadar bunga meningkat, manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan
pendapatan negara menurun

17. Bank pusat dapat mengurangkan inflasi dengan


A menurunkan kadar bank
B menurunkan nisbah rizab berkanun
C mengetatkan kawalan kredit terpilih
D membeli sekuriti kerajaan melalui pasaran terbuka

18. Jadual di bawah menunjukkan jumlah pengeluaran barang M dan barang N


dengan menggunakan seunit buruh di negara X dan negara Y.

Negara Barang M Barang N


(unit) (unit)
X 10 16
Y 8 4
Yang manakah pernyataan yang tidak benar?
A Negara Y akan mengimport barang N dari negara X
B Negara X akan mengeksport barang M ke negara Y
C Kos lepas mengeluarkan barang M di negara X ialah 1.6 barang N
D Negara X mengeluarkan barang N dan negara Y mengeluarkan barang
M

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

19. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan keluk
penawaran (S) domestik, keluk penawaran dunia (Sw), dan keluk penawaran
dunia selepas tarif (Sw+t) bagi sebuah ekonomi.

Apabila tarif dikenakan, perbelanjaan ke atas import akan


A bertambah daripada 0P1AQ1 kepada 0P2BQ2
B bertambah daripada Q2BCQ3 kepada Q1AGQ4
C berkurang daripada Q1AGQ4 kepada Q2BCQ3
D berkurang daripada Q1AGQ4 kepada Q2EFQ3

20. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran mata wang antara Ringgit
Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika Syarikat (US$) pada tahun 2005,
tahun 2006 dan tahun 2007.

Akhir 2005 Ogos 2006 Mac 2007


US$ = RM 3.78 US$ = RM 3.61 US$ = RM 3.47
Yang manakah pernyataan yang tidak benar?
A Output buatan Malaysia semakin murah di Amerika Syarikat
B Output buatan Amerika Syarikat semakin murah di Malaysia
C Semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Amerika Syarikat
D Nilai Ringgit Malaysia semakin kukuh berbanding dengan Dolar
Amerika Syarikat

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.


21 (a) Terangkan tiga kepentingan pertumbuhan ekonomi yang tinggi kepada sesebuah
negara. [6]
(b) Huraikan sebab faktor yang berikut boleh menjadi penghalang pertumbuhan
ekonomi
i. pertumbuhan penduduk yang pesat [2]
ii. kekurangan buruh mahir [2]

22 Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan per kapita negara Malaysia dan
Brunei Darussalam pada tahun 2018.
Negara Pendapatan per kapita (USD)
Malaysia
9 840
Brunei
27 601
Darussalam
(Sumber : Laporan Ekonomi 2018)
Berdasarkan maklumat di atas, adakah taraf hidup di Brunei Darussalam adalah tiga kali ganda
lebih tinggi berbanding di Malaysia. Jelaskan empat alasan bagi jawapan anda [10]

23 (a) Apa yang dimaksudkan dengan lompang inflasi dan jurang KNK? [2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan


agregat (AE-Y), huraikan bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi
masalah lompang inflasi dan jurang KNK. [8]

24 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS),


huraikan bagaimana dasar fiskal mengembang boleh mempengaruhi keseimbangan harga dan
pendapatan negara. [10]

25 Dengan menggunakan gambar rajah pasaran wang, huraikan bagaimana peningkatan


nisbah rizab berkanun oleh bank pusat memberi kesan terhadap keseimbangan kadar bunga
menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes. [10]

26 (a) Dengan mengandaikan keluk penawaran selepas perdagangan antarabangsa adalah


berbentuk anjal sempurna, jelaskan bagaimana pelaksanaan dasar tarif memberi kesan ke atas
pengeluaran domestik, kuantiti import barang, dan hasil kerajaan. [8]
(b) Berdasarkan rajah anda di (a), jika pengenaan tarif telah menyebabkan harga pasaran
meningkat sehingga bersamaan dengan harga sebelum perdagangan antarabangsa, nyatakan
perubahan yang berlaku ke atas kuantiti import barang, dan hasil kerajaan. [2]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9

Bahagian C [20 markah]


Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual berikut menunjukkan data-data penting bagi empat buah negara

Negara Keluaran Dalam Jumlah penduduk Indeks harga


Negara Kasar (juta orang) pengguna
(RM juta)
Melor 10000 20 100
Angsana 15000 30 110
Happy 21000 35 125
Gembira 25000 40 130

a) Hitungkan KDNK per kapita bagi setiap negara. [2]


b) Hitungkan KDNK benar per kapita berdasarkan harga tahun asas bagi setiap negara [2]
c) Nyatakan ukuran yang paling sesuai digunakan untuk membandingkan taraf hidup antara
negara. [1]

d) Negara manakah menikmati taraf hidup yang paling tinggi ? [1]


e) Bolehkah KDNK benar lebih tinggi daripada KDNK norminal ? Jelaskan. [2]
f) Nyatakan dua masalah yang dihadapi dalam perbandingan taraf hidup antara negara ukuran
dalam (c) [2]

28 Negara A ialah sebuah ekonomi terbuka dengan campur tangan kerajaan mempunyai fungsi
penggunaan (C), pelaburan (I), cukai (T), perbelanjaan kerajaan (G), eksport (X) dan import (M)
seperti berikut:

C= 500 + 0.8Yd
T = 150
I = 200
G = 300
X = 100
M = 0.2Y
Semua nilai di atas dalam RM juta

a) Hitungkan tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2]


b) Bagaimanakah kedudukan belanjawan kerajaan pada tingkat keseimbangan? [2]
c) Dengan menggunakan kertas graf, dan pendekatan perbelanjaan agregat –pendapatan
negara(AE-Y), tunjukkan keseimbangan pendapatan negara. [3]
d) Adakah tingkat keseimbangan ekonomi tertutup lebih atau kurang daripada keseimbangan
ekonomi terbuka ? Mengapa? [3]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 10

29 Jadual berikut menunjukkan data komponen bekalan wang, KDNK nominal,dan indeks harga
pengguna bagi tempoh 2016 hingga 2020 sebuah negara.

Tahun Wang dalam Deposit semasa KDNK nominal Indeks harga


edaran (RM juta) (RM juta) pengguna
(RM juta) (RM juta)
2016 21158.7 42287.6 281795 91.1
2017 27982.3 36544.4 283243 95.8
2018 24000.8 48947.5 300764 98.5
2019 22052.3 56570.6 322157 100
2020 21960.1 59452.8 314589 101.4

a) Hitungkan bekalan wang M1 dari tahun 2016 ke2020. [2]


b) Hitungkan kadar pertumbuhan M1 dari tahun 2017 ke 2020. [2]
c) Hitungkan halaju pusingan wang (V) dari tahun 2016 ke 2020. [2]
d) Hitungkan kadar inflasi dari tahun 2017 ke 2020. [2]
e) Apakah hubungan antara kadar inflasi dengan halaju pusingan wang. [2]

Disediakan oleh: Disemak oleh Diluluskan oleh:


Pn Koay PeikYong Pn Koay Peik Yong
Pn Nur Adila
Pn Syazliena

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 11

JAWAPAN PERCUBAAN MAKROEKONOMI 944/2

BAHAGIAN A
1. A 6. C 11. C 16. D
2. B 7. C 12. D 17. C
3. C 8. C 13. B 18. B
4. D 9. B 14. B 19. C
5. B 10. A 15. B 20. A

BAHAGIAN B

SOALAN NO. 21
21 21. (a) Terangkan tiga kepentingan pertumbuhan ekonomi yang tinggi kepada sesebuah
negara. [6]
(b) Huraikan sebab faktor yang berikut boleh menjadi penghalang pertumbuhan ekonomi
i. pertumbuhan penduduk yang pesat [2]
ii. kekurangan buruh mahir [2]
JAWAPAN
3 kepentingan pertumbuhan ekonomi tinggi
• Meningkatkan taraf hidup – pertumbuhan ekonomi yang tinggi menghasilkan barang &
perkhidmatan yang lebih banyak – keluaran negara akan meningkat. Kesannya Y per kapita
meningkat
• Pengangguran berkurang/guna tenaga meningkat- pertumbuhan ekonomi yang tinggi
menyebabkan peluang pekerjaan meningkat , DD guna tenaga meningkat. Kesannya
penggangguran berkurang
• Mengalakkan pelaburan dalam negara – pertumbuhan ekonomi yang tinggi mengalakkan
pelaburan asing dan I tempatan- meningkatkan peluang pekerjaan & mengurangkan
pengangguran
• Mengurangkan kemiskinan- peluang pekerjaan semakin meningkat mybbkan semakin ramai
penduduk mendapat pekerjaan dan Y masyarakat meningkat- kadar kemiskinan semakin
berkurang.
mana-mana 3 fakta x 2m = [6m]
Fakta 1m, huraian 2m
Faktor
i. Pertumbuhan penduduk yang pesat boleh menghalang pertumbuhan
ekonomi kerana
-peluang pekerjaan tidak mencukupi dan berlaku pengangguran
-lebih banyak sumber diperuntukkan untuk kemudahan sosial
-agihan sumber untuk kegiatan produktif akan berkurang
ii. Kekurangan kemahiran buruh boleh menghalang pertumbuhan ekonomi kerana
-kurang kemahiran dalam mengunakan teknologi mybbkan produktiviti keluaran tidak
meningkat
-tidak menggalakan aktiviti R&D atau inovasi-kesannya firma tidak menikmati eko bidangan

mana-mana 2 fakta x 2m = [4m]


Fakta 1m, huraian 2m

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 12

SOALAN NO. 22
Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan per kapita negara Malaysia dan Brunei
Darussalam pada tahun 2018.
Negara Pendapatan per kapita (USD)
Malaysia 9 840
Brunei Darussalam 27 601
(Sumber : Laporan Ekonomi 2018)
Berdasarkan maklumat di atas, dikatakan taraf hidup di Brunei Darussalam adalah tiga
kali ganda lebih tinggi berbanding di Malaysia. Jelaskan empat alasan bagi jawapan anda.[10]

JAWAPAN

Brunei Darussalam tidak dianggap mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi berbanding di Malaysia
(2m) kerana,

1. Perbezaan agihan pendapatan


Di Brunei Darussalam, pendapatan perkapita yang tinggi, tidak semestinya mempunyai agihan
pendapatan yang lebih saksama berbanding Malaysia. Oleh itu, tidak semestinya taraf hidup di
Brunei Darussalam adalah lebih tinggi di Malaysia.

2. Perbezaan masa kerja dan masa rehat


Di Brunei Darussalam, pendapatan per kapita yang tinggi, mungkin disebabkan masa kerja
yang panjang, dan akan mengurangkan masa rehat. Ini menyebabkan tingkat kebajikan rakyat
akan berkurang. Oleh itu, tidak semestinya tara hidup di Brunei Darussalam adalah lebih tinggi
berbanding Malaysia.

3. Perbezaan tingkat harga umum


Tingkat harga umum di Brunei Darussalam adalah tinggi. Ini bemakna kos sara hidup adalah
tinggi dan kuasa beli adalah rendah. Oleh itu, tidak semestinya taraf hidup di Malaysia adalah
rendah berbanding Brunei Darussalam.

4. Masalah pengangguran
Kadar pengangguran di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Brunei Darussalam.
Pengangguran yang rendah akan menyebabkan taraf hidup tinggi kerana rakyat mempunyai
sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan hidup.Maka hal ini tidak bermaksud taraf
hidup di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di Brunei Darussalam.

mana-mana 4 fakta x 2m = [8m]


Fakta 1m, huraian 2m

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 13

SOALAN NO. 23
(a) Apa yang dimaksudkan dengan lompang inflasi dan jurang KNK? [2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan agregat (AE-Y),
huraikan bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang inflasi dan
jurang KNK. [8]

JAWAPAN
(a) Lompang inflasi dan jurang KNK

Lompang inflasi ialah lebihan perbelanjaan aggregat yang berlaku pada tingkat guna tenaga
penuh. [1m]

Jurang KNK merupakan perbezaan di antara pendapatan negara pada tingkat guna penuh
dengan pendapatan negara sebenar

[1m]

(b) Rajah [2m]


Perbelanjaan agregat
Y = AE
AEo C + I + Go

Eo •
AEf = C + I + G1

A •

Ef •

o Pendapatan Negara
Yf Yo

Huraian

- Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila Y = AEo di titik Eo pada pendapatan


negara Yo [1m]
- Apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, maka kegiatan ekonomi akan menurun.
[1m]
- Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AEo ke AEf [1m]
- Pada pendapatan negara Yo, perbelanjaan agregat berkurang sebanyak EoA dan stok
berlebihan di pasaran Oleh itu firma akan mengurangkan keluaran. [1m]
- Keseimbangan baharu tercapai apabila Y=AEf di titik Ef dan pendapatan negara
berkurang daripada Yo kepada Yf [1m]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 14

- Pengurangan perbelanjaan agregat dari AEo ke AEf menunjukkan lompang inflasi diatasi
dan pengurangan pendapatan negara dari Yo ke Yf menunjukkan jurang KNK di atasi
[1m]

SOALAN NO. 24
Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan
bagaimana dasar fiskal mengembang boleh mempengaruhi keseimbangan harga dan pendapatan
negara. [10]

JAWAPAN
— Rajah [2m]
AS
AD1

E0

Penda
patan
Harga

• Huraian
• Keseimbangan asal apabila ADo bersilang dengan AS di titik Eo pada harga P0 dan pendapatan
benar Yo [1m]
• T turun, Yd naik, C naik, / G meningkat / G meningkat dan T menurun [1m]
• AD beralih ke kanan dari ADo ke AD1 [1m]
• Pada Po, lebihan AD sebanyak EoA, menyebabkan stok turun, [1m]
• menyebabkan harga naik dan firma menambahkan keluaran. [1m]
— Keseimbangan baru tercapai apabila AD1 bersilang dengan AS di titik E1 pada harga P1 dan
pendapatan benar Y1. [1m]
— Harga meningkat ke P1 [1m] dan pendapatan benar meningkat ke Y1 [1m].

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 15

SOALAN NO. 25
Dengan menggunakan gambar rajah pasaran wang, huraikan bagaimana peningkatan nisbah rizaab
berkanun oleh bank pusat memberi kesan terhadap keseimbangan kadar bunga menurut Teori
Keutamaan Kecairan Keynes. [10]

JAWAPAN

— Rajah [2m]
Kadar bunga MS1 MS0

r1 E1

r0 A E0
Md

Kuantiti wang

— Huraian

> Keseimbangan asal dicapai apabila Md=Ms0 pada titik E0 pada kadar keseimbangan bunga r0
dan kuantiti wang M0 [1m]
> peningkatan nisbah rizab berkanun – menurunkan penawaran wang [1m]
> Keluk penawaran wang beralih ke kiri dari Ms0 ke Ms1 [1m]
> Pada kadar bunga r0 yang asal, berlaku lebihan permintaan wang sebanyak E0A [1m]
> Untuk memenuhi lebihan permintaan, orang ramai jual bon [1m] , harga bon turun dan kadar
bunga naik [1m],
> keseimbangan baru dicapai apabila Md=Ms1 pada E1 pada tingkat kadar bunga r1 [1m]
> Kesan: kadar bunga naik dari r0 ke r1 [1m]

SOALAN NO. 26
JAWAPAN

26 (a) Dengan mengandaikan keluk penawaran selepas perdagangan antarabangsa adalah


berbentuk anjal sempurna, jelaskan bagaimana pelaksanaan dasar tarif memberi kesan ke atas
pengeluaran domestik, kuantiti import barang, dan hasil kerajaan. [8]

(b) Berdasarkan rajah anda di (a), jika pengenaan tarif telah menyebabkan harga pasaran
meningkat sehingga bersamaan dengan harga sebelum perdagangan antarabangsa, nyatakan
perubahan yang berlaku ke atas kuantiti import barang, dan hasil kerajaan.

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 16

Rajah [2m]
(a) Harga
D S

P2 A B S2
S1
P1 C D
0
Q1 Q2 Q3 Q4 Kuantiti

Setelah pengenaan tarif,


• pengeluaran domestik bertambah [1m] dari Q1 kepada Q2 [1m]
• kuantiti import berkurang [1m] dari Q1Q4 kepada Q2Q3 [1m]
• hasil kerajaan bertambah [1m] dari sifar kepada CABD [1m]

(b) Kuantiti import dan hasil kerajaan berkurang menjadi sifar [2m].

BAHAGIAN C
27)a)
negara KDNK per kapita (RMjuta)
Melor 10000 =500
20
Angsana 500
Happy 600
Gembira 625 (2)

b)
Negara KDNK benar per kapita (RMjuta)
Melor 500 x 100 =500
100
Angsana 454.55
Happy 480.00
Gembira 480.76 (2)

c) KDNK benar per kapita (1) d) negara Melor


e) Boleh (1) apabila indeks harga tahun semasa lebih rendah daripada indeks harga tahun asas (1)
e) perbezaan komposisi keluaran
perbezaan pentaksiran komponen pendapatan negara
perbezaan corak agihan pendapatan
perbezaan masa rehat yang dinikmati
perbezaan kesan eksternaliti
mana-mana 2 faktor (2)

28) a) Y = C + I + G + X – M
= 500 + 0.8 ( Y – 150) + 200 + 300 + 100 – 0.2Y (1)
= 980 + 0.6Y
0.4Y = 980
Y = RM2450 juta (1)

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 17

b) Belanjawan kerajaan = RM150juta – RM300juta = -RM150juta (1)


Belanjawan kerajaan ialah belanjawan defisit (1)
c) Y=AE
AE(RMjuta)
AE paksi (1)
E

980
(1)

Y(RMjuta)
0 2459 (1)

d) keseimbangan ekonomi 3 sektor,


Y=C+I+G
= 500 + 0.8(Y – 150) + 200 + 300
= 880 + 0.8Y Y = RM4400 juta (2) tingkat keseimbangan ekonomi tertutup lebih
tinggi (1)

29) a)
Tahun Bekalan wang M 1 (RMjuta)
2016 21158.7+42287.6 = 63446.3
2017 64526.7
2018 72948.3
2019 78622.9
2020 81412.9 (2)

b)
Tahun Kadar pertumbuhan M1 (%)
2017 64526.7-63446.3 x 100% = 1.70
63446.3
2018 13.05
2019 7.78
2020 3.55 (2)

c)
Tahun Halaju pusingan wang
2016 4.44
2017 4.39
2018 4.12
2019 4.10
2020 3.86 (2)

d)
Tahun Kadar inflasi (%)
2017 5.16
2018 2.82
2019 1.52
2010 1.40 (2)

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 18

e) hubungan antara halaju pusingan wang dan kadar inflasi adalah secara langsung (1)
semakin rendah halaju pusingan wang , semakin rendah kadar inflasi (1)

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like