Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SULIT* 1

944/2
Ekonomi
Kertas 2
September
2021
2 Jam

SMK METHODIST (ACS) SITIAWAN

UJIAN 1 STPM TAHUN 2021


SEMESTER 2

EKONOMI
KERTAS 2
Masa : 2 jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat soalan daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab
semua soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan
diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan
dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada
halaman baharu helaian jawapan.

Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak termasuk kulit

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakan tidak benar mengenai konsep makroekonomi?


A Aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran wang antara pelaku ekonomi
B Kerajaan boleh mengatasi masalah pengangguran dengan menambah penawaran wang
C Dasar fiskal menguncup akan dijalankan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
D Kadar inflasi merupakan perubahan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan pada
satu tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya

2 Masalah terlebih nilai dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat
diatasi dengan menjumlahkan semua
A pendapatan faktor pengeluaran
B perbelanjaan unit-unit ekonomi
C nilai ditambah pada setiap peringkat pengeluaran
D keluaran negara benar bagi sesetengah sektor ekonomi

3 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada
suatu tahun tertentu.

Nilai
Butiran
(RM juta)

Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2 572


Pelaburan swasta 376
Perbelanjaan kerajaan 548
Eksport 50
Import 12
Keluaran Negara Kasar 3 964

Berapakah peratus pendapatan faktor bersih luar negeri terhadap Keluaran Negara Kasar?
A 10.85%
B 10.90%
C 11.15%
D 12.18%

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

4 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.

Nilai
Butiran
(RM juta)
Keluaran Dalam Negeri Kasar nominal 650 000
Keluaran Dalam Negeri Kasar benar 705 000
Susut nilai 15 000

Jika jumlah penduduk ialah 25 juta orang, berapakah pendapatan per kapita negara ini?
A RM25 400
B RM26 000
C RM27 600
D RM28 200

5 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan perbelanjaan


penggunaan bagi sesebuah ekonomi.

Pendapatan negara Perbelajaan penggunaan


(RM juta) (RM juta)
5 000 4 700
6 000 5 400
7 000 6 100
8 000 6 800
9 000 7 500

Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara jika pelaburan ialah RM360 juta dan
perbelanjaan kerajaan ialah RM540 juta?
A RM6 000 juta
B RM7 000 juta
C RM8 000 juta
D RM9 000 juta

6 Dalam ekonomi tiga sektor perbelanjaan agregat terdiri daripada


A penggunaan, pelaburan dan cukai
B penggunaan, perbelanjaan kerajaan dan cukai
C penggunaan, tabungan dan perbelanjaan kerajaan
D penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

7 Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM9500 juta. Jika
kerajaan menambahkan perbelanjaan sebanyak RM700 juta dan kecenderungan mengguna sut ialah
0.9, berapakah keseimbangan pendapatan negara yang baharu?
A RM10 277.78 juta
B RM16 500 juta
C RM10 200 juta
D RM7 000 juta

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan AE f ialah pendapatan negara potensi dan AE 0 ialah
pendapatan negara pada tingkat keseimbangan.

Perbelanjaan agregat Y = AE
(RM juta) AEf

AE0= 500 + 0.8Y


Ef 

E0 

Y0 3 000 Pendapatan Negara (RM juta)

Untuk menutup lompang deflasi kerajaan perlu


A meningkatkankan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM500 juta
B menurunkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta
C meningkatkan cukai sebanyak RM125 juta
D menurunkan cukai sebanyak RM125 juta

9 Dalam analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jika bank pusat membeli
sekuriti kerajaan , maka pada tingkat keseimbangan baharu
A tingkat harga umum dan pendapatan negara benar menurun
B tingkat harga umum dan pendapatan negara benar meningkat
C tingkat harga umum menurun dan pendapatan negara meningkat
D tingkat harga umum meningkat dan pendapatan negara menurun

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

10 Mengikut pendekatan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), penurunan harga dan


pendapatan negara disebabkan oleh
A peningkatan kadar bunga
B peningkatan pemberian subsidi
C pengurangan produktiviti buruh
D pengurangan cukai pendapatan perseorangan

11 Mata wang dalam edaran terdiri daripada


A deposit semasa
B wang syiling dan wang kertas
C deposit semasa dan separa wang
D wang syiling, wang kertas dan deposit semasa

12 Menurut Teori Kuantiti Wang Fisher, pertambahan bekalan wang sebanyak 30% menyebabkan
A harga naik 30%
B pelaburan naik 30%
C tabungan turun 30%
D pendapatan negara naik 30%

13 Jadual di bawah menunjukkan Kunci Kira-Kira Bank M


Kunci Kira-Kira Bank M
Aset (RM) Liabiliti (RM)

Rizab tunai 400 Deposit semasa 4 000


Pinjaman 1 000
Pelaburan 2 600
Jumlah 4 000 Jumlah 4 000
Berapakah nisbah rizab tunai?
A 10%
B 25%
C 65%
D 90%

14 Antara berikut, yang manakah langkah dasar kewangan mengembang?


A Menaikkan rizab tunai
B Menurunkan kadar dasar semalaman
C Menjual sekuriti kerajaan di pasaran terbuka
D Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

15 Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pertambahan penawaran wang akan


menyebabkan
A harga naik, pengeluaran bertambah dan pendapatan negara meningkat
B kadar bunga turun, pelaburan turun dan pendapatan negara meningkat
C kadar bunga turun, pelaburan meningkat dan pendapatan negara meningkat
D kadar bunga turun, tabungan meningkat, modal pelaburan memingkat dan pendapatan
negara meningkat

16 Sesebuah negara yang melakukan perdagangan antarabangsa boleh menikmati faedah berikut,
kecuali
A memperluaskan pasaran
B mempelbagaikan pilihan barangan
C mencapai tingkat guna tenaga penuh
D memperoleh faedah daripada pengkhususan

17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara A sebelum dan
selepas perdagangan antarabangsa.

Barang X (unit)
K
30

12 N

L M
Negara A akan 0 18 20 26 Barang Y (unit)
A mengeksport 6 unit barang X
B mengeksport 8 unit barang Y
C mengimport 18 unit barang Y
D mengimport 26 unit barang X

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

18 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran mata wang antara Ringgit Malaysia (RM)
dengan Dolar Amerika Syarikat (US$) pada tahun 2012, tahun 2013 dan tahun 2014

Akhir 2012 Ogos 2013 Mac 2014


US$1=RM4.23 US$1=RM4.50 US$1=RM4.87

Yang manakah pernyataan yang benar?


A Output buatan Malaysia semakin murah di Amerika Syarikat
B Output buatan Amerika Syarikat semakin murah di Malaysia
C Ringgit Malaysia naik nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat
D Semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Amerika Syarikat

19 Jadual di bawah menunjukkan butiran imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2016.
Butiran RM juta
Eksport barang 424 114
Import barang 110 248
Pengangkutan -34 952
Perjalanan 66 114
Urus niaga kerajaan -992
Perkhidmatan lain -25 904
Pendapatan Primer -32 494
Pendapatan Sekunder -33 812
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2015/2016)

Akaun semasa mengalami


A lebihan sebanyak RM4 266 juta
B lebihan sebanyak RM251 826 juta
C kurangan sebanyak RM219 336 juta
D kurangan sebanyak RM313 986 juta

20 Susut nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Singapura disebabkan


A peningkatan pelaburan Singapura ke Malaysia
B peningkatan tabungan rakyat Singapura di Malaysia
C peningkatan import barangan Singapura ke Malaysia
D peningkatan rakyat Singapura melancong ke Malaysia

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja.

21 ‘Sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi untuk menjamin
kesejahteraan rakyatnya’.
Huraikan empat faktor bagi menyokong pernyataan ini. [10]

22 Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan per kapita negara Malaysia dan Brunei
Darussalam pada tahun 2018.

Negara Pendapatan per kapita (USD)

Malaysia 9 840
Brunei Darussalam 27 601
(Sumber : Laporan Ekonomi 2018)
Berdasarkan maklumat di atas, dikatakan taraf hidup di Brunei Darussalam adalah tiga kali
ganda lebih tinggi berbanding di Malaysia. Jelaskan empat alasan bagi jawapan anda. [10]

23 Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), huraikan


bagaimana keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor tercapai. [10]

24 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan


kesan penjualan surat jaminan kerajaan melalui operasi pasaran terbuka terhadap keseimbangan harga
dan pendapatan negara. [10]

25 Berbantukan gambar rajah pasaran wang, terangkan kesan pertambahan penawaran wang
terhadap kadar bunga mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes. [10]

26 (a) Huraikan dua sebab mengapa kebanyakan negara mengenakan sekatan terhadap
perdagangan antarabangsa. [6]
(b) Terangkan dua langkah yang dapat mengatasi masalah defisit dalam akaun semasa. [4]

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9

Bahagian C [20 markah]


Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga dan indeks harga
pengguna Malaysia dari tahun 2016 hingga 2018.

Butiran 2016 2017 2018


Tenaga buruh (juta orang) 11 967.5 12 061.1 12 216.8
Guna tenaga (juta orang) 11 576.5 11 620.5 11 773.3
KDNK harga tetap (RM juta) 210 640 219 309 229 287
Indeks harga pengguna (2000 = 100) 111.4 112.0 113.7
(Sumber: Laporan Ekonomi 2017/2018, Kementerian Kewangan Malaysia)

(a) (i) Hitung kadar pengangguran pada tahun 2017 dan 2018. [2]
(ii) Nyatakan arah aliran kadar pengangguran di atas. [1]
(b) (i) Berikan definisi kadar inflasi. [1]
(ii) Hitung kadar inflasi pada tahun 2017 dan 2018. [2]
(iii) Nyatakan arah aliran kadar inflasi di atas. [1]
(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi dari tahun 2017 hingga tahun 2018. [2]
(d) Berdasarkan jawapan pada (b)(ii) dan (c) nyatakan hubungan antara kadar inflasi
dengan kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017 dan tahun 2018. [1]

28 Maklumat di bawah menunjukkan komponen perbelanjaan agregat bagi sebuah negara


(RM juta).

Penggunaan, C = 250 + 0.8Yd, dengan Yd = Y – T

Pelaburan, I = 200

Perbelanjaan G = 150

Cukai, T =100

(a) Nyatakan persamaan bocoran dalam ekonomi tiga sektor. [2]

(b) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbngan mengikut pendekatan


bocoran-suntikan [3]

(c) Jika pendapatan negara potensi adalah sebanyak RM 2500 juta

(i) hitung jumlah lompang inflasi/lompang deflasi. [3]

(ii) hitung perubahan cukai pendapatan diperlukan untuk mencapai pendapatan


negara pada tingkat guna tenaga penuh. [2]

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 10

29 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan.

Kunci Kira-kira Bank A


Aset (RM juta) Liabiliti (RM juta)

Rizab tunai 10,000 Deposit semasa 50,000

Pinjaman 40,000

Jumlah 50,000 Jumlah 50,000

(a) (i) Jika semua lebihan rizab dipinjamkan, berapakah nisbah rizab berkanun? [2]
(ii) Hitung jumlah pinjaman selepas dua peringkat proses penciptaan kredit
berlaku. [2]
(b) Jika bank pusat menjalankan dasar kewangan menguncup dengan mengubah
nisbah rizab berkanun sebanyak 5%, hitung jumlah pinjaman sehingga peringkat kedua
proses penciptaan kredit. [2]
(c) (i) Berdasarkan pada jawapan (a) (ii) dan b, berapakah perbezaan jumlah
pinjaman yang boleh diberikan oleh Bank A? [1]
(ii) Apakah rumusan yang boleh dibuat apabila dasar kewangan menguncup
dilaksanakan? [1]
(d) Selepas dasar kewangan menguncup dilaksanakan, hitung jumlah pinjaman dan
jumlah deposit semasa dalam sistem bank apabila keseluruhan proses penciptaan kredit
berlaku. [2]

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like