Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

MAKROEKONOMI

KERTAS 2

(2 JAM 1/2 MINIT)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 STPM PENGGAL 2

TINGKATAN 6 ATAS

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(STPM)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan Bahagian B, dan dua soalan
Bahagian C.
Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan.
Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan
yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.
Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.
Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam tanda
kurung [ ].

1
BAHAGIAN A

Bahagian A : Soalan Aneka Pilihan (20 markah)


Jawab semua soalan dalam bahagian ini. Anda dinasihati supaya memperuntukkan masa selama 40
minit yang pertama bagi menjawab bahagian ini.

1. Berikut adalah pemboleh ubah utama makroekonomi kecuali


A. Inflasi
B. Perancangan ekonomi
C. Pengangguran
D. Imbangan pembayaran.

2. Antara berikut, langkah yang paling sesuai diambil untuk mengatasi masalah pengangguran
adalah
A. Meningkatkan kadar bunga
B. Menambah bilangan tenaga buruh
C. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
D. Melonggarkan syarat pinjaman di bank perdagangan

3. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara pada suatu tahun.

Butiran RM juta
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga faktor 5000
KDNK pada harga pasaran 5600
Subsidi 300

Hitung jumlah cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan negara tersebut.
A RM300 juta
B RM900 juta
C RM4700 juta
D RM5300 juta

4. Maklumat data pendapatan negara boleh digunakan untuk


A. mengukur kadar pengangguran
B. membandingkan kualiti barangan
C. menentukan kadar pertukaran asing
D. menentukan kadar pertumbuhan ekonomi
2
5. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan
agregat – pendapatan ( AE – Y ) ekonomi 3 sektor

AE (RM juta)
Y=AE

AE=1000+ 0.8Y

E
B

0 3500 Yf Pendapatan Negara (RM juta)

Jika AB ialah lompang deflasi sebanyak RM300 juta , hitung pendapatan negara pada tingkat Y 1

A RM1 500 juta


B RM3 000 juta
C RM3 500 juta
D RM5 000 juta

6. Maklumat ekonomi tiga sektor adalah seperti yang berikut ( nilai dalam RM juta )
Perbelanjaan penggunaan , C = 400 + 0.75Yd dengan Yd = Y-T
Pelaburan, I = 500
Perbelanjaan kerajaan G = 600
Cukai , T = 200
Jika pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM8000 juta, ekonomi mengalami

A. lompang deflasi sebanyak RM450 juta


B. lompang deflasi sebanyak RM650 juta
C. lompang inflasi sebanyak RM1 800 juta
D. lompang inflasi sebanyak RM2 600 juta

3
7. Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan ( S ) dan fungsi pelaburan ( I ) bagi
suatu ekonomi.

Tabungan, Pelaburan (RMjuta)

200 I

0
Y Pendapatan negara (RM juta)
-100

Diberi nilai kecenderungan menabung sut ( MPS ) ialah 0.2, berapakah nilai penggunaan pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara ?

A RM900 juta
B RM1 200 juta
C RM1 300 juta
D RM1 500 juta

8. Maklumat di bawah menunjukkan fungsi suntikan dan fungsi bocoran bagi sebuah ekonomi (
RM juta )

Tabungan, S = -500 + 0.2Yd dengan Yd= Y-T


Cukai, T = 200
Import, M= 200 + 0.05Y
Pelaburan, I = 800
Perbelanjaan kerajaan, G = 700
Eksport, X = 600

Fungsi bocoran dalam ekonomi tersebut ialah

A W = -40 + 0.27Y
B W = -100 + 0.73Y
C W = -140 + 0.22Y
D W = -140 + 0.25Y

4
9. Langkah kerajaan dalam mengurangkan masalah inflasi melalui pertambahan cukai
pendapatan akan menjadi lebih berkesan jika pada waktu yang sama berlaku
A. Pertambahan import
B. Pertambahan eksport
C. Kejatuhan kadar bunga
D. Pertumbuhan perbelanjaan kerajaan

10. Jika keluk penawaran agregat beralih ke kiri dan keluk permintaan agregat beralih ke kanan
pada kadar yang sama secara serentak, maka ini akan menyebabkan
A. Tingkat harga tetap dan pendapatan negara benar naik
B. Tingkat harga naik dan pendapatan negara benar tetap
C. Tingkat harga turun dan pendapatan negara benar tetap
D. Tingkat harga tetap dan pendapatan negara benar turun

11. Apakah kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai ?


A. Wang mudah dipalsukan
B. Wang mempunyai penawaran yang terhad
C. Wang tidak mempunyai kualiti yang seragam
D. Nilai wang akan turun apabila harga barang meningkat

12. Andaikan penawaran wang dalam sebuah ekonomi ialah RM5 000 dan halaju pusingan wang
ialah 4. Jika tingkat keluaran negara ialah 10 000 unit dan penawaran wang bertambah
sebanyak RM2 500, maka harga akan
A. Menurun sebanyak RM1.00
B. Menurun sebanyak RM3.00
C. Meningkat sebanyak RM1.00
D. Meningkat sebanyak RM3.00

13. Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pengurangan bekalan wang menyebabkan
A. Halaju edaran wang menurun
B. Kadar bunga dan pelaburan meningkat
C. Pelaburan dan pendapatan negara menurun
D. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi menurun

5
14. Andaikan deposit asal sebuah bank perdagangan ialah RM1 000 juta dan nisbah rizab ialah
20%. Setelah melalui tiga peringkat proses penciptaan kredit, jumlah pinjaman yang dapat
dicipta ialah
A. RM1952 juta
B. RM512 juta
C. RM4000 juta
D. RM5000 juta

15. Tindakan bank pusat membeli surat jaminan kerajaan menyebabkan


A penawaran wang,kadar bunga,pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan
menurun
B penawaran wang,kadar bunga,pelaburan dan pendapatan negara keseimbangan
meningkat
C penawaran wang bertambah,kadar bunga menurun,pelaburan dan pendapatan
negara keseimbangan meningkat
D penawaran wang menurun,kadar bunga meningkat,pelaburan dan pendapatan
negara keseimbangan menurun

16. Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara menikmati faedah yang


berikut,kecuali
A memperluaskan pasaran
B mempelbagaikan pilihan pengguna
C mencapai tingkat guna tenaga penuh
D memperoleh faedah daripada pengkhususan

6
17. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran FJ dan garis harga
antarabangsa FH.

Pakaian(juta unit)

10 F

6 --------------------G

J H
0 4 5 Makanan(juta unit)

Sekiranya titik G ialah penggunaan selepas perdagangan antarabangsa, negara ini akan
A mengimport 4 juta unit pakaian
B mengimport 6 juta unit pakaian
C mengeksport 4 juta unit pakaian
D mengeksport 6 juta unit pakaian

18. Jadual di menunjukkan pengeluaran dua barang bagi seorang buruh

Negara Getah(kg) Beras (kg)


Aman 1000 600
Damai 400 200

Berdasarkan maklumat dalam jadual, jelas bahawa


A. Negara Aman mengeksport getah dan beras
B. Perdagangan tidak menguntungkan kedua-dua negara
C. Negara Aman mengimport getah dan negara Damai mengimport beras
D. Negara Aman mengeksport getah manakala negara Damai mengeskport beras

19. Sesebuah negara yang mengadakan sekatan terhadap perdagangan antarabangsa adalah
bertujuan untuk
A. melindungi industri tempatan
B. menambah hasil cukai kerajaan
C. menggalakkan pengeluaran eksport
D. meningkatkan permintaan terhadap mata wang asing

7
20. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan keluk penawaran(S) bagi
perabot di sesebuah negara.

Harga (RM)

D S
S2

S1
P2 E2
P1 E1

0 Q0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti(unit)

Pelaksanaan tarif menyebabkan harga meningkat dari P1 ke P2.Berapakah jumlah hasil


kerajaan selepas tarif ?
A P2 x Q2
B P2 x Q1Q2
C P1P2 x Q0Q3
D P1P2 x Q1Q2

8
Bahagian B [40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.

21. (a) Apakah maksud kadar penggangguran, bagaimana kadar pengangguran dihitung
[4]
(b) Terangkan tiga sebab pengangguran yang tinggi perlu ditangani
[6]

22. Dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran , terangkan kesan terhadap tingkat


keseimbangan pendapatan negara apabila

(a) pertambahan eksport dan pengurangan import [5]

(b) pertambahan eksport kurang daripada pertambahan import [5]

23 Jelaskan maksud inflasi. Dengan menggunakan contoh berangka, tunjukkan


a. bagaimana kadar inflasi diukur. [4]
b. Mengapakah masalah inflasi perlu diberi perhatian oleh kerajaan? [6]

24. Dengan menggunakan gambar rajah pasaran wang, huraikan bagaimana peningkatan
Nisbah rizab berkanun oleh bank pusat memberi kesan terhadap keseimbangan kadar
bunga menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes. [10]

25. Huraikan empat alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan
negara lain. [10]

26. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran telefon dan mesin basuh oleh seunit buruh
di
negara Malaysia dan negara Singapura. Kedua-dua buah negara tersebut diandaikan
menggunakan 50 unit buruh dan kadar pertukaran 1 unit mesin basuh = 1 unit telefon
dan negara Malaysia memerlukan1800 unit telefon.

9
Pengeluaran (unit)
Negara
Telefon Mesin basuh
Malaysia 30 50
Singapura 70 60

Berdasarkan jadual di atas, jelaskan konsep faedah berbanding. [10]

1
0
BAHAGIAN C( 20 MARKAH)
Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) pada


harga pasaran mengikut kaedah keluaran bagi Malaysia antara tahun 2016 hingga tahun
2018.

2016 2017 2018

Butiran\Tahun RM juta

Pertanian 89,509 95,968 95,545

Perlombongan dan pengkuarian 97,468 98,436 96,971

Perkilangan 254,472 269,804 283,337

Pembinaan 50,197 53,574 55,835

Perkhidmatan 602,261 639,568 683,080

Campur: Duti import 15,030 16,980 15,031

KDNK pada harga pasaran 1,108,935 1,174,329 1,229,800

Indeks harga pengguna 115.2 119.5 120.7

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara


Malaysia)

a) Hitung kadar sumbangan sektor kedua dan ketiga kepada keluaran negara Malaysia
bagi tahun 2017 dan 2018. [4]

b) Hitung kadar perubahan tahunan sumbangan sektor pertanian dari tahun 2016 hingga
2018. Nyatakan arah alirannya. [2]

c) Hitung KDNK benar bagi tahun 2017 dan 2018. [2


]

d) Nyatakan dua masalah dalam menghitung keluaran negara mengikut kaedah keluaran
[2]
28.Maklumat berikut menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah negara (RM juta).
C = 100 + 0.75Yd,
I = 200,
G = 250,
T = 100,
dengan
C = perbelanjaan penggunaan,
I = perbelanjaan pelaburan,
G = perbelanjaan kerajaan,
T = cukai.

a) Nyatakan pembolehubah suntikan dalam ekonomi tiga sektor. [1]


b) Terbitkan fungsi bocoran dalam sebutan pendapatan negara. [1]
c) Hitung keseimbangan pendapatan negara. [2]
d) Sekiranya pendapatan negara potensi ialah 1500,
i. Hitung lompang deflasi atau lompang inflasi. [2]
ii. Hitung perubahan perbelanjaan kerajaan yang perlu dilakukan untuk mencapai
guna tenaga penuh.
[2]
e) hitung tingkat keseimbangan baru jika kerajaan menaikan perbelanjaan kerajaan
sebanyak 100 dan pada masa yang sama menurunkan cukai sebanyak 50 dengan
konsep pengganda. [2]
29. Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang M1, Indeks harga pengguna dan keluaran
dalam negeri kasar (KDNK) harga semasa dari tahun 2015 hingga 2018 bagi sebuah
negara.

Bekalan wang M1 Indeks harga KDNK harga semasa


Tahun
(RM juta) pengguna (RM juta)
2015 116,285 110.7 602,721
2016 126,597 117.2 680,345
2017 141,636 124.2 790,427
2018 168,629 132.4 975,689

(a) Nyatakan komponen yang terdapat dalam bekalan wang M1? [1]

(b) (i) Hitung kadar pertumbuhan bekalan wang M1 dari tahun 2016
hingga 2018. [2]

(ii) Hitung kadar inflasi dari tahun 2016 hingga 2018. [2]

(iii) Hitung halaju wang dari tahun 2015 hingga 2018. [2]

(c) (i) Nyatakan dua andaian dalam Teori Kuantiti Wang. [1]

(ii) Adakah data yang diberikan bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang?
Jelaskan. [2]

SOALAN TAMAT

You might also like