Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

BERITA MALAYSIA

PBB sifatkan peratusan kemiskinan


Malaysia tidak realistik
Rahimah Abdullah, Astro Awani | Ogos 23, 2019 18:15 MYT

Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana
meletakkan penanda aras yang rendah. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa situasi
kemiskinan di Malaysia jauh lebih buruk daripada yang digambarkan oleh
kerajaan.

Dalam satu laporan yang didedahkan pada Jumaat, Pelapor Khas Kemiskinan
dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara
0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras
yang rendah.

Sebaliknya, kata beliau, kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia adalah kira-
kira 15 peratus.

"Realitinya, Malaysia dilihat mempunyai kadar kemiskinan hampir dengan


negara lain iaitu 15 peratus. Masalah utamanya ialah kewujudan 0.4 peratus
yang melibatkan 25 ribu isi rumah di Malaysia dikategorikan miskin. Pada
akhirnya, ia dilihat pada proses membuat polisi.

"Pegawai kerajaan ada yang mengatakan tiada kemiskinan jadi tidak perlu
program basmi kemiskinan yang terlalu mendalam kerana kononnya kamu
hanya perlukan polisi kerajaan.

"Namun realitinya, kemiskinan tidak mampu memadamkan dapatan daripada


polisi sosial dan ekonomi," katanya dalam satu sidang media mengenai
Laporan PBB terhadap Kemiskinan dan Hak Asasi di ibu negara pada Jumaat.

Laporan berkenaan diterbitkan susulan lawatan 11 hari Alston yang


melawat pangsapuri kos rendah, pusat orang kurang upaya, komuniti
orang asli dan sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Sabah, dan
Kelantan.

Beliau turut bertemu pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, agensi


antarabangsa, ahli akademik, dan rakyat bagi mendapatkan gambaran
kehidupan di negara ini.

Menurut Alston, kadar kemiskinan terendah iaitu 0.4 peratus yang dicapai pada
2016 adalah kerana Malaysia meletakkan penanda aras kemiskinan sebanyak
RM980 sebulan bagi setiap isi rumah.

Bagaimanapun, beliau tidak mencadangkan penanda aras yang sesuai diguna


pakai oleh kerajaan.

Sementara itu, Alston turut melihat polisi untuk membangunkan golongan


Bumiputera perlu diseimbangkan dengan kepentingan orang Asli di negara ini.

"Polisi Bumiputera perlu selari dengan matlamat memastikan kesejahteraan


orang Melayu sama seperti kesejahteraan orang Asli kerana prinsipnya sama.

"Saya harap kerajaan akan terus mempromosikan polisi yang positif, dan
jabatan yang berkaitan. Namun saya berharap menteri berkaitan terus
mempertahankan hak orang asal serta tidak bersikap pasif," tambahnya.

Alston bagaimanapun mengiktiraf pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan


selama ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, serta menambah baik akses
kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.
Beliau turut mengesyorkan agar kerajaan tidak cuba menyembunyikan fakta
sebenar dalam realiti tahap kemiskinan negara.

"Masalah besar adalah realiti politiknya. Tiada kerajaan yang semalamnya


berkata bahawa tiada kemiskinan, tapi hari ini ia diubah dan memberitahu
bahawa seorang daripada enam orang Malaysia miskin.

"Kerajaan tidak mahu melakukan perkara itu. Kerajaan biasanya mengatakan


Malaysia sebuah negara kaya, bakal mencapai status negara berpendapatan
tinggi dan rakyat layak mendapat kehidupan yang lebih baik.

"Kita tidak lagi akan menggunakan RM980 sebagai penanda aras lagi, kita akan
meningkatkannya. Itu adalah indikasi kehidupan miskin yang tinggi," ujarnya.

Laporan penuh Alston akan dibentang kepada Majlis Hak Asasi Manusia di
Geneva pada Jun 2020.

BERITA»Nasional
Jumaat, 23 Ogos 2019 | 6:14pm

Nilai semula kadar kemiskinan negara


- Pelapor Khas PBB
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji dan menilai


semula kadar kemiskinan di negara ini kerana laporan rasmi
bahawa ia hanya pada kadar 0.4 peratus adalah tidak tepat.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),


Philip Alston, berkata kadar kemiskinan sebenar di Malaysia
adalah jauh lebih tinggi, hampir sama dengan negara lain
iaitu pada kadar kira-kira 15 peratus.
Alston yang juga pakar hak asasi manusia PBB, berkata ia
adalah hasil penemuannya selepas mengadakan lawatan ke
negara ini selama 11 hari bermula 13 Ogos lalu.

“Kadar 0.4 peratus tidak menunjukkan realiti di peringkat


akar umbi. Kita boleh mempersoalkan sama ada kadar
sebenar adalah 12 atau 18 peratus, tetapi kadar itu sangat
tinggi.

“Walaupun tidak dapat dinafikan Malaysia mencapai


pertumbuhan yang mengagumkan dalam mengurangkan
kemiskinan dalam tempoh 50 tahun yang lalu, namun
dakwaan rasmi bahawa kemiskinan sudah dibasmi atau
hanya wujud dalam kelompok kecil di kawasan luar bandar
adalah tidak tepat,” katanya pada sidang media di sini, hari
ini.

Alston berkata, beliau mengadakan lawatan ke lima negeri


iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Sabah dan Kelantan,
serta bertemu dengan pegawai kerajaan negeri dan
Persekutuan, agensi antarabangsa, masyarakat Orang Asli,
ahli akademik dan penduduk bandar serta luar bandar yang
terkesan dengan kemiskinan.

“Garis kemiskinan di Malaysia yang terlalu rendah tidak


konsisten dengan kos kehidupan di negara ini. Dengan garis
kemiskinan sebanyak RM980 sebulan bagi setiap isi rumah,
keluarga dengan empat ahli keluarga hidup dengan RM8
atau kurang sehari.

“Garis kemiskinan serendah ini tragik bagi negara yang


hampir mencapai status berpendapatan tinggi,” katanya.

Alston berkata, maklumat tidak tepat mengenai kadar


kemiskinan juga menyebabkan dasar kerajaan hanya
dilaksanakan secara umum dan tidak khusus untuk
membasmi kemiskinan golongan tertentu.
Katanya, walaupun perkhidmatan penjagaan kesihatan di
Malaysia menyeluruh dan kadar pendaftaran sekolah adalah
tinggi tetapi ramai yang masih ketinggalan serta sebenarnya
hidup dalam kemiskinan.

“Saya bercakap dengan keluarga yang susah payah


membayar sewa, anak mereka tidak mampu ke sekolah dan
tidak mendapat penjagaan kesihatan yang baik disebabkan
kos pengangkutan,” katanya.

Katanya, satu laporan khas komprehensif berserta


kesimpulan dan syor akan dibentangkan pihaknya kepada
Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada Jun tahun depan.

Sementara itu, Felo Utama Institut Kebangsaan Kajian


Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr
Denison Jayasooria, berkata kerajaan perlu mengambil
serius penemuan berkenaan kerana isu garis kemiskinan
yang rendah itu sudah pun dibangkitkan sebelum ini.

“Dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12, Malaysia


perlu melihat semula pelbagai dimensi indeks kemiskinan
dan pendapatan garis kemiskinan bagi mengetahui realiti
sebenar.

“Ukuran pendapatan saja tidak mencukupi dalam mengukur


kadar kemiskinan. Kita perlu melihat akses kepada
pendidikan, khidmat kesihatan, pekerjaan yang stabil,
simpanan, keselamatan sosial dan sebagainya, yang menjadi
dimensi penting untuk diambil kira,” katanya.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan, Laporan Penyiasatan


Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2017
menunjukkan kadar kemiskinan di negara ini menurun
daripada 0.6 peratus pada 2014 kepada 0.4 peratus pada
2016.

Malaysia Kini.
K'jaan akan kaji dakwaan PBB kadar
kemiskinan tak tepat
Haspaizi Zain
Diterbitkan 23 Aug 2019, 10:56 pm
Dikemaskini 24 Aug 2019, 3:20 am
A+A-

Kerajaan akan mengkaji laporan dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-


Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkan kadar kemiskinan negara
0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik dan tidak tepat.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad secara ringkas berkata,


kerajaan juga sedia menyemak semula kaedah menilai kadar
kemiskinan di negara ini.

"Kita akan kaji laporan, kalau perlu kaedah mengukur kadar


kemiskinan akan dinilai semula," katanya pada media di Petaling
Jaya, malam ini.

Mahathir sebelum itu menghadiri majlis makan malam Myperintis.


Hadir sama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Hari ini media melaporkan PBB mendakwa situasi kemiskinan di


Malaysia jauh lebih buruk daripada yang digambarkan oleh
kerajaan.

Dalam satu laporan yang didedahkan pada Jumaat, Pelapor Khas


Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston menyifatkan
kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak
realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah.

Sebaliknya, kata beliau, kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia


adalah kira-kira 15 peratus.

"Realitinya, Malaysia dilihat mempunyai kadar kemiskinan hampir


dengan negara lain iaitu 15 peratus. Masalah utamanya ialah
kewujudan 0.4 peratus yang melibatkan 25 ribu isi rumah di
Malaysia dikategorikan miskin. Pada akhirnya, ia dilihat pada proses
membuat polisi.

"Pegawai kerajaan ada yang mengatakan tiada kemiskinan jadi tidak


perlu program basmi kemiskinan yang terlalu mendalam kerana
kononnya kamu hanya perlukan polisi kerajaan. Namun realitinya,
kemiskinan tidak mampu memadamkan dapatan daripada polisi
sosial dan ekonomi," katanya dalam satu sidang media di ibu
negara.

Laporan berkenaan diterbitkan susulan lawatan 11 hari Alston yang


melawat pangsapuri kos rendah, pusat orang kurang upaya,
komuniti orang asli dan sekolah di Kuala Lumpur, Selangor,
Sarawak, Sabah, dan Kelantan.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali


menolak laporan yang dikeluarkan PPB dan berpegang teguh
kepada kadar kemiskinan yang direkodkan pada paras 0.4 peratus
daripada keseluruhan isi rumah pada tahun 2016 atau sebanyak
24,700 isi rumah.

Katanya, Malaysia mengguna pakai standard berdasarkan Canberra


Group Handbook on Household Income Statistic, Edisi Kedua (2011)
yang diterbitkan oleh PBB untuk mengukur kadar kemiskinan di
negara ini.

Garisan Pendapatan Kemiskinan (PLI) yang digunakan pula


ditetapkan pada kadar RM980 bagi peringkat kebangsaan dan
dikira berdasarkan keperluan asas isi rumah untuk hidup dalam
keadaan sihat dan aktif.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber


maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang
lebih baik.
Hentikan sindrom penafian, kaji
kadar kemiskinan, gesa veteran
tentera
FMT Reporters
-
August 25, 2019 3:56 PM

Persatuan Patriot Kebangsaan berkata, secara logiknya, 4 sekeluarga sukar


hidup dengan pendapatan rendah RM980 sebulan di Lembah Klang.
PETALING JAYA: Kumpulan veteran tentera kecewa dengan Menteri Hal
Ehwal Ekonomi, Azmin Ali menolak kenyataan seorang pakar Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu yang mempersoalkan tindakan Putrajaya
menggunakan garis kemiskinan rendah dan tidak mencerminkan keadaan
sebenar di Malaysia.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Mohamed Arshad Raji menyifatkan


tindakan Azmin tidak berasas dan beliau patut meminta pegawainya menilai
semula statistik serta asas pengiraan garis kemiskinan.

“Sindrom penafian dalam kalangan pegawai kerajaan kita apabila melakukan


kesilapan perlu dihentikan.

“Secara logiknya, 4 sekeluarga sukar hidup dengan pendapatan rendah


RM980 sebulan di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Pelapor Khas PBB Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi
Manusia, Philip Alston dilaporkan berkata, dakwaan Malaysia yang
kemiskinan sudah dibasmi atau dalam jumlah kecil di kawasan luar bandar
tidak menggambarkan keadaan sebenar dan mengecualikan penduduk
mudah terjejas daripada statistik rasmi.

Katanya, garis kemiskinan kebangsaan ditetapkan pada RM980 setiap isi


rumah sebulan untuk 4 sekeluarga hidup dengan RM8 seorang setiap hari
terlalu rendah kerana kadar kemiskinan sebenar di Malaysia lebih tinggi
daripada angka rasmi kerajaan.

Alston pernah bertemu keluarga yang tidak mampu membayar sewa,


menghantar anak ke sekolah atau mendapatkan rawatan kesihatan kerana
tidak dapat menanggung kos pengangkutan.
Semalam, Azmin yang kecewa dengan kenyataan Alston, berkata kadar
kemiskinan sebenar kira-kira 15% dan Malaysia tetap dengan pendirian
berhubung kadar kemiskinan tegar 0.4% pada masa ini daripada
keseluruhan isi rumah pada 2016 atau 24,700 isi rumah.

Katanya, Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) bagi merumuskan tahap


kemiskinan RM980 di peringkat nasional ketika ini dikira berdasarkan
keperluan asas isi rumah untuk hidup dengan sihat dan aktif, iaitu lebih
besar daripada PLI yang disasarkan dalam Matlamat Pembangunan Mampan
1 pada AS$1.25 sehari.

“Kadar kemiskinan ini dikira mengikut standard yang diterima antarabangsa


berdasarkan edisi kedua Canberra Group Handbook on Household Income
Statistics (2011) yang diterbitkan PBB,” kata Azmin.

Naikkan gaji minimum

Dalam kenyataan berasingan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)


berkata, kerajaan perlu mengkaji kesan gaji rendah yang secara langsung
terikat dengan kadar kemiskinan.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata gaji minimum RM1,000 sebulan


yang dilaksanakan sekarang perlu dinaikkan kerana ia tidak sejajar keadaan
hidup semasa.

Beliau bagaimanapun menyambut baik jaminan Dr Mahathir Mohamad untuk


mengkaji semula kadar kemiskinan dan kerajaan tidak patut berpura-pura
semuanya dalam keadaan biasa apabila berjuta orang bergelut untuk
menjalani kehidupan baik.

Katanya, penemuan Alston sejajar pendirian MTUC yang kerajaan tidak


menggunakan faktor sebenar untuk menilai kemiskinan sebenar.

“Ia jauh tersasar. Jika perbezaan 1% atau 2% daripada garis kemiskinan


0.4%, maka pendirian kerajaan boleh diterima, tetapi penemuan PBB ialah
15% hingga 20%.

“Ini bermakna sekurang-kurangnya pendapatan sekitar 5 juta pekerja berada


di bawah garis kemiskinan.”

Beliau mendapati buku panduan itu menunjukkan kadar kemiskinan 0.4%


berdasarkan statistik kerajaan dikeluarkan pada 2011 dan tidak boleh
dipercayai.
“Tujuh tahun lalu berlaku kenaikan mendadak dalam kos sara hidup dan
kebanyakan gaji tidak berubah.

“Penafian Azmin mencerminkan beliau tidak tahu keadaan sebenar di


peringkat akar umbi. Beliau tidak boleh jahil yang ramai rakyat Malaysia
hidup dengan pendapatan pinjam untuk memenuhi keperluan asas mereka.

“Penafian hanya akan menyebabkan Malaysia terus menangguhkan matlamat


menjadi negara maju pada tahun sasaran.”

Kemiskinan di daerah makmur Petaling Jaya

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata masalah kemiskinan
turut membelenggu bandar makmur di kawasannya.

Katanya, kadar kemiskinan negara perlu mengambil kira keupayaan rakyat


untuk hidup dengan sihat dan bermasyarakat serta berpeluang membina
potensi peribadi dan keluarga.

“Malangnya, dalam pengalaman singkat saya sebagai ahli Parlimen Petaling


Jaya, saya mendapati hal ini tidak dicapai ramai penduduk, meskipun
mereka hidup bersebelahan jiran mereka yang lebih berada,” katanya dalam
kenyataan hari ini.

Beliau memberi contoh kaji selidik kecil dijalankan sukarelawan pakar


pediatrik ke atas 46 kanak-kanak di Program Perumahan Rakyat Lembah
Subang mendapati 11% daripada mereka mengalami pertumbuhan
terbantut.

“Guru sekolah yang mempunyai ramai pelajar miskin bandar berusaha


mengumpul dana untuk menyediakan makanan bagi pelajar mereka.

“Beberapa organisasi lain, termasuklah pejabat saya sedang menjalankan


inisiatif untuk memberi bantuan makanan kepada golongan terpinggir.

“Di bandar yang makmur seperti Petaling Jaya, masalah ini sewajarnya
diambil sebagai petanda kecil bagi masalah peringkat kebangsaan yang lebih
memudaratkan.”

Katanya, walaupun kerajaan PH berusaha menangani masalah ini melalui


Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pangkalan data e-kasih, ia tidak mencukupi
atau sukar untuk diakses.
“Saya merayu kerajaan mengkaji beberapa laporan, contohnya Institut
Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati isi rumah berpendapatan kurang
RM2,000 hanya mempunyai baki RM76 selepas perbelanjaan.

“Manakala laporan Bank Dunia mendapati 1 daripada 5 kanak-kanak


mengalami pertumbuhan terbantut.

“Pelbagai kajian menunjukkan pengalaman sebenar rakyat di abad ke-21


tidak dicerminkan garis kemiskinan kebangsaan yang dirangka pada 1970-
an.

“Meskipun kos sara hidup meningkat secara mendadak, garis kemiskinan


kekal di paras sama.”

Anwar gesa terima hakikat


kemiskinan
Robin Augustin
-
September 8, 2019 12:27 AM

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menggesa para pegawai kerajaan menerima


hakikat kemiskinan di Malaysia seperti yang dikatakan pegawai kanan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengatakan mereka yang terkejut
dengan kenyataan pegawai itu “terpisah” daripada keadaan di lapangan.

Anwar berkata kampung-kampung di Port Dickson, di mana beliau ahli


Parlimen, akan menunjukkan tahap kemiskinan lebih tinggi daripada angka-
angka rasmi.

Penegasan kerajaan bahawa kemiskinan hampir dibasmi dipertikaikan Philip


Alston, pelapor khas PBB mengenai kemiskinan dan hak asasi manusia.

Beliau menyeru kemiskinan bandar diiakui dan paras kemiskinan sekarang


iaitu RM980 sebulan untuk keluarga 4 anggota disemak semula, untuk
memasukkan orang dengan pendapatan isi rumah sehingga RM2,500.

Cadangan Alston ditepis Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Anwar berkata apa yang Alston lakukan tidak mengejutkannya, tetapi


mengejutkan orang-orang terpisah daripada keadaan sebenar.
“Saya menggesa kerajaan, terutama Unit Perancang Ekonomi dan
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengakui perkara itu.”

Presiden PKR itu, yang juga bekas menteri kewangan, berucap di Dewan
Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur-Selangor sempena ulangtahun
ke-90 malam tadi.

Beliau berkata salah satu “bencana dan kegagalan terbesar” dalam


pembikinan dasar adalah apabila masalah tidak dikenal pasti dengan betul.

Beliau berkata antara sebab rakyat menolak Barisan Nasional adalah


kegagalan atau kecacatan dalam dasar-dasar BN, seperti Dasar Ekonomi
Baru yang menurutnya gagal menangani kemiskinan dalam kalangan orang
Melayu selepas 40 tahun.

“Kemiskinan yang teruk masih ada,” katanya, dan menambah ia wujud


dalam pelbagai komuniti terutama di kawasan luar bandar.

“Kita perlu bergerak kepada suatu agenda ekonomi baru berdasarkan


keperluan dan keperluan untuk pertumbuhan negara.”

Kerajaan antara lain perlu melakukan segala yang boleh untuk melonjakkan
ekonomi dan menarik pelaburan.

Najib Razak
23 Ogos 2019 ·
Ini ironik!
Semalam, Azmin Ali pertahankan data untuk kadar kemiskinan tegar yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia.
Dia kata data ini gunakan piawaian yang diterima pakai diperingkat antarabangsa.
Oleh itu, data ini adalah sah dan kadar kemiskinan tegar negara tetap 0.4% pada tahun 2016.
Ironinya ialah sekian lama, PH kata kerajaan BN masa saya PM menipu tentang kadar kemiskinan.
Bertahun-tahun dan berkali-kali, mereka kata data itu tipu.
Ramai dalam kebuluran dan terpaksa makan pasir dan rumput kerana negara dah bankrap, kata mereka.
Tak mungkin kadar kemiskinan begitu rendah dan semakin mengurang, kata PH.
Tuduh saya telah gagal untuk kurangkan kemiskinan
Tapi semalam pulak, Azmin mengaku data itu bukan tipu pulak.
"Data itu sahih! Guna piagam antarabangsa", katanya.
Ironi betul.
Lihat graf yang saya lampirkam.
Untuk tempoh 12 tahun sebelum saya jadi PM pada tahun 2009, kadar kemiskinan negara memang "degil"
(guna ayat Guan Eng).
Sabah paling memerlukan perhatian masa itu.
Kadar miskin tegar di Sabah setinggi 19.7% pada tahun 2009 berbanding purata 3.9% untuk Malaysia.
Pembasmian kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan memang antara objektif utama Pelan
Transformasi Negara masa itu.
Oleh itu, banyak program, bantuan serta inisiatif dilancar.
Antaranya, eKasih, 1Azam, BR1M, PERMATA, Gaji minima dan program-program Jabatan Kebajikan.
Siapa yang perlukan pertolongan dan bantuan, mereka tentu akan dapat kerana Rakyat adalah kroni saya.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan konsisten masa saya PM juga memainkan peranan.
Dengan itu, kadar kemiskinan tegar negara jatuh dari 3.9% pada tahun 2009 ke 0.38% pada tahun 2016.
Di Sabah, kadar itu jatuh dengan paling ketara.
Dari kadar 19.7% ke 2.9% untuk tempoh yang sama.
Sekarang Azmin kata semua data ini adalah sahih.
Bermaksud Azmin puji kejayaan BN dalam usaha mengurangkan kemiskinan.
Sekaligus, Azmin juga membuktikan bahawa PH fitnah kita selama ini.
Tapi tak kira data itu sahih atau tidak, kerajaan BN masa saya PM memang telah berusaha kuat untuk
mengurangkan jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan.
Sabtu, 4 April 2020 - 3:30AM

BERITA»Nasional
Jumaat, 23 Ogos 2019 | 10:57pm

CARI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Zunnur Al Shafiq

Malaysia kecewa dengan kenyataan Pelapor Khas


PBB
KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

KUALA LUMPUR: Malaysia menyuarakan rasa kecewa


dengan kenyataan yang dibuat oleh Pelapor Khas
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Berhubung
Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof Philip Alston
berhubung pemerhatian awal beliau mengenai kemiskinan
dalam negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,


berkata Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung
kadar kemiskinan tegar, yang kini direkodkan pada kadar
0.4 peratus daripada keseluruhan isi rumah pada tahun 2016
atau berjumlah 24,700 isi rumah.

“Kadar kemiskinan ini dikira mengikut standard yang


diterima antarabangsa berdasarkan kepada edisi kedua
Canberra Group Handbook on Household Income Statistics
(2011) yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.

Prof Alston sebelum ini dilaporkan mendakwa Malaysia


mempunyai ‘kemiskinan yang ketara’, dan kadar kemiskinan
sebenar adalah kira-kira 15 peratus.

Mohamed Azmin menjelaskan bahawa Garis Pendapatan


Kemiskinan (PLI) yang digunakan bagi merumuskan tahap
kemiskinan negara, ketika ini diletakkan pada tahap RM980
di peringkat nasional, dan ia dikira berdasarkan kepada
keperluan asas bagi isi rumah untuk hidup dengan sihat dan
aktif, yakni lebih besar daripada PLI yang disasar dalam
Matlamat Pembangunan Mampan 1 pada USD1.25 bagi tiap
sehari.
Beliau berkata PLI ini juga ditetapkan tinggi bagi Sabah
pada RM1,180 dan Sarawak RM1,020, bagi mengambil kira
kos tambahan, seperti pengangkutan.

“Bagaimanapun di peringkat pelaksanaan, terutama dengan


bantuan pengagihan, bagi suatu isi rumah PLI turut
mengambil kira lokasinya, saiz, dan lain-lain faktor
demografi.

“Ini boleh mengakibatkan PLI isi rumah yang tinggi


berbanding PLI nasional. Oleh itu, bantuan dibentuk
berdasarkan kepada keperluan penerima, berdasarkan profil
menerusi sistem eKasih yang merupakan inisiatif inovatif
oleh kerajaan bagi mengenal pasti kumpulan sasaran yang
tepat,” katanya.

Oleh itu Mohamed Azmin berkata kesimpulan yang dibuat


oleh Alston bahawa terdapat ‘kecacatan statistik yang
membawa akibat buruk’, tidak boleh diterima dan tidak
bertanggungjawab.

Beliau berkata ketika kerajaan menghargai usaha oleh


Pelapor Khas itu dalam meningkatkan kesedaran berhubung
isu kemiskinan, ada komen-komen tertentu beliau yang
dilihat tidak berasas dan tidak patut.

“Contohnya, dakwaan bahawa ‘ada sebahagian besar


daripada penduduk Malaysia yang bergelut dalam kehidupan
dengan akses yang sukar bagi mendapatkan makanan,
tempat tinggal, pendidikan dan penjagaan kesihatan’ adalah
salah dan tersasar jauh, jelas tidak mempunyai bukti
impirikal dan prosedur saintifik yang betuk,” katanya.

Mohamed Azmin berkata kerajaan komited dalam menangani


isu kemiskinan serta kekurangan di seluruh rantau serta
komuniti, dan memang sedang dengan aspek berkaitan
peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat
Malaysia, terutama kumpulan berpendapatan bawah 40
peratus.
Bagi meningkatkan keberkesanan dalam pembanterasan
kemiskinan, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji
semua metodologi PLI bagi memberikan gambaran lebih
jelas berkaitan kos kehidupan semasa.

“Sebagai tambahan, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi


(MPI) telah ditampilkan bagi mengukur skop lebih luas
berhubung segala kekurangan, melampaui dimensi
pendapatan sebagaimana yang diamalkan ketika ini.
Indikator MPI juga sedang dikaji bagi memberikan gambaran
lebih jelas berkaitan mobiliti sosial isi rumah,” tambahnya.

Mohamed Azmin berkata atas dasar kemanusiaan, kerajaan


sentiasa bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)
dan rakan kongsinya dalam menyediakan akses kepada
keperluan asas, di samping menyediakan peruntukan
kemahiran, pendidikan dan penjagaan kesihatan bagi
membolehkan para pelarian menjaga diri masing-masing di
Malaysia. – BERNAMA

BERITA»Nasional
Ahad, 23 September 2018 | 3:12pm

CARI

Jangan 'pukul rata' nilai PGK


Oleh Luqman Arif Abdul Karim
cnews@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

KUALA LUMPUR: Penentuan Pendapatan Garis Kemiskinan


(PGK) tidak wajar menggunakan pendekatan ‘pukul rata’,
sebaliknya perlu bersandarkan pertimbangan mengikut latar
belakang geografi setempat, khususnya membabitkan
kawasan berisiko di ibu kota.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata


cadangan meminda perkara itu akan dibangkitkan dalam
persidangan Dewan Rakyat, mulai 15 Oktober ini bagi
memastikan keberkesanan usaha penyaluran bantuan dan
lebih bersasar.

Katanya, pendekatan terbaik bagi merungkai isu belenggu


miskin bandar ialah menerusi penetapan PGK mengikut
bandar ke bandar atau desa ke desa, selain merangka
penyaluran bantuan berdasarkan maklumat dari Jabatan
Statistik Negara.

“Kos sara hidup di Kuala Lumpur memang lebih tinggi kalau


dibandingkan dengan Kuala Kubu Bharu, Kota Bharu atau
Johor Bahru, justeru mungkin kita kena lihat dari sudut
statistik mengikut geografi kerana kehidupan di ibu kota
dengan tanggungan ramai masih sukar meskipun
berbekalkan pendapatan RM1,200.

“Pertimbangan utama yang perlu diberi perhatian oleh


kerajaan ialah kawasan dipenuhi miskin bandar, tanpa
mengira latar belakang kaum seperti Melayu, Cina atau India
kerana penularan masalah ini bakal mengundang isu
pergerakan sosial, malah merencatkan usaha melonjak
tahap sosio-ekonomi mereka.

“Jika masalah ini berterusan tanpa pindaan terhadap


beberapa aspek termasuk PGK, maka sebuah keluarga akan
kekal miskin sehingga ke akhir hayat dan secara tidak
langsung menambahkan bebanan kepada kerajaan.

“Insya-Allah, saya akan ajukan beberapa persoalan


menyentuh bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
dalam sidang Parlimen akan datang dan semestinya isu
sosial dan ekonomi seperti ini akan diperjuangkan dalam
perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11),” katanya kepada pemberita,
hari ini.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan penutupan My


Community Care 2018 anjuran Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), di sini yang turut membabitkan
penyertaan 21 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO).

Kegusaran berhubung PGK timbul susulan kekangan


penyaluran bantuan kepada warga miskin bandar yang
didapati mempunyai pendapatan melebihi paras ditetapkan,
namun berdepan kesukaran hidup susulan berdepan
bebanan ahli keluarga ramai.

Garis panduan ditetapkan JKM berdasarkan perangkaan


2014, nilai PGK yang digunakan bagi mempertimbangkan
penyaluran bantuan di Semenanjung, Sabah/Wilayah
Persekutuan Labuan dan Sarawak, masing-masing ialah
RM930, RM1,170 serta RM990.

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada keluarga


dengan tanggungan ramai, JKM menambah kriteria
kelulusan bersandarkan pendapatan perkapita, yang mula
dilaksanakan di seluruh negara sejak Julai lalu.

Nilai pendapatan perkapita yang diguna pakai bagi


Semenanjung, Sabah/Wilayah Persekutuan Labuan dan
Sarawak, masing-masing ialah RM230, RM250 dan RM240.

Fahmi berkata, pertimbangan lain yang harus diberi


perhatian ialah berkaitan aspek keselamatan sosial susulan
peningkatan jumlah kes keluarga berdepan masalah
sosioekonomi selepas ketua isi rumah hilang punca
pendapatan.

“Saya baru melawat sebuah keluarga semalam yang


mempunyai tanggungan ramai, namun keadaan mereka
semakin susah apabila ketua isi rumah ditimpa musibah
ekonomi tidak dapat meneruskan pekerjaan kerana
menghidap pelbagai penyakit kronik,” katanya.

BERITA»Nasional
Isnin, 7 Oktober 2019 | 11:29am

CARI

Kerajaan akan guna MPI ukur kadar kemiskinan


Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata


kerajaan akan mengguna pakai Indeks Kemiskinan Pelbagai
Dimensi (MPI) sebagai kaedah untuk mengukur dan
memantau kadar kemiskinan di negara ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia sebenarnya hampir dapat


menghapuskan kemiskinan jika dikira berdasarkan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan
sebelum ini, namun keadaan pada masa ini sudah berubah.

“Sekarang kita dapati bukan saja pendapatan yang


menentukan (tahap) kemiskinan seseorang tetapi (kini ia
turut merangkumi) segala layanan, kemudahan dan bantuan
yang diberikan kepada mereka.

“Kita bercadang, untuk mengurangkan kemiskinan, maka


kita perlu tentukan keupayaan mereka memperoleh
pendapatan yang cukup untuk membeli tiga perkara iaitu
makanan, pakaian dan bumbung di atas kepala mereka
(kediaman). Ini akan tentukan satu kelompok miskin atau
tidak.

“Ini akan termasuk dalam perkiraan asas baharu iaitu yang


dikatakan sebagai MPI. Ini akan digunakan sekarang dan
akan tunjukkan taraf kemiskinan yang terdapat dalam
masyarakat kita di Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian menjawab soalan tambahan


Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya
apakah perakuan mengenai garis kemiskinan negara akan
menuntut kerajaan memberi tumpuan lebih besar dalam
menyelesaikan masalah kemiskinan, yang dapat ditentukan
dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan
2020.

Menjawab soalan asal Anwar mengenai langkah yang


diambil kerajaan berkenaan laporan Pelapor Khas
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung
Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof Philip Alston
terhadap kadar kemiskinan negara yang kian meruncing, Dr
Mahathir berkata, kerajaan mengambil maklum laporan itu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, angka kadar


kemiskinan rasmi di Malaysia dikira berdasarkan cerapan
data Tinjauan Pendapatan Isi Rumah (HIS), yang dilakukan
mengikut piawaian amalan antarabangsa yang diselenggara
oleh Bahagian Statistik PBB.

"Perangkaan kemiskinan daripada HIS masih relevan dan


boleh dipercayai pada peringkat penilaian makro, namun
pada peringkat yang lebih mikro seperti negeri atau daerah,
perangkaan HIS perlu diguna secara berhati-hati kerana ia
tidak menggambarkan corak penggunaan, keperluan serta
demografi sebenar isi rumah berikutan ralat persampelan
yang tidak boleh dielakkan.

"Menyedari hakikat ini, kerajaan sebenarnya sudah


memulakan kajian semula PGK sejak Mac 2019.
Pelaksanaan kajian ini sedang giat dijalankan dengan
kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian
Kesihatan Malaysia serta jabatan dan agensi berkaitan.

"Saya juga sudah mengarahkan Kementerian Hal Ehwal


Ekonomi agar meneliti laporan oleh Pelapor Khas PBB itu,"
katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan memperkenalkan MPI dalam


Kajian Separuh Penggal RMK-11 sebagai pelengkap kepada
PGK, yang dilihat lebih inklusif selaras dengan amalan
antarabangsa, selain bersedia untuk menyemak semula PGK
bagi memberi gambaran sebenar isu kemiskinan di Malaysia.

"Bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah usaha


pembasmian kemiskinan dilaksanakan secara berterusan
dan efektif. Antara usaha yang sudah dan sedang
dilaksanakan kerajaan adalah dengan mengemaskini dan
menambah baik sistem eKasih yang menjadi pangkalan data
kemiskinan nasional.

"eKasih akan turut mengambil kira bilangan ahli dan


keperluan isi rumah supaya pemberian bantuan menepati
keperluan dan kumpulan sasar. Mekanisme pengumpulan
data dan formulasi strategi juga akan ditambah baik dengan
memanfaatkan perkembangan teknologi terkini," katanya.

Dr Mahathir berkata, strategi utama kerajaan dalam


membasmi kemiskinan adalah melalui usaha meningkatkan
pendapatan dan kuasa beli rakyat terutama dalam kalangan
isi rumah miskin dan berpendapatan rendah.

"Antara bantuan kepada kumpulan sasar ini termasuk


Bantuan Sara Hidup, kemudahan pemilikan perumahan,
akses kepada pendidikan dan kesihatan yang berkualiti.

"Usaha ini akan dapat memastikan setiap isi rumah diberi


perhatian sewajarnya sejajar dengan konsep pembangunan
inklusif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," katanya.
Menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir
Mas) sama ada MPI akan mengambil kira demografi bandar
dan luar bandar terutama membabitkan golongan muda yang
berdepan masalah pengangguran, Dr Mahathir berkata,
matlamat kerajaan adalah mengurangkan perbezaan bandar
dan luar bandar.

"Tumpuan akan diberikan kepada luar bandar kerana


mereka (di luar bandar) sukar menikmati dan menggunakan
peluang yang diberikan kepada mereka tanpa latihan dan
pengalaman," katanya.

Selain itu, menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi


Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai gambaran
bagaimana Belanjawan 2020 nanti akan membantu kerajaan
membasmi kemiskinan, Dr Mahathir berkata, disebabkan
ada negeri yang mempunyai kurang pendapatan, beliau
yakin agihan peruntukan akan lebih tertumpu kepada negeri
yang di mana kadar kemiskinannya ketara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga
Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

You might also like