Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Nama Pelajar TERRY ANAK RICHARD

Angka Giliran 2020162420098

No Kad Pengenalan 910204-13-5867

Kumpulan/Unit KUMPULAN 1

Kod & Nama Kursus PSIKOLOGI PENDIDIKAN (EDU2082)

Nama Pensyarah ENCIK MOHD AMIN BIN SAID

Tarikh Hantar 23 Oktober 2020

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Markah:

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

1
PENGENALAN

Encik Johan merupakan guru Sains yang komited dalam tugasnya. Beliau mendapati
kelas yang diajar itu kebanyakkan agak lemah penguasaan mata pelajaran yang diajarnya.
Mereka kurang memberi tumpuan terhadap aktiviti makmal yang dijalankan serta tidak
berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan petikan di atas, pelajar-pelajar di dalam kelas Encik Johan memiliki


masalah dari segi tingkah laku dan juga pembelajaran. Menyebut berkenaan dengan
masalah pembelajaran dan tingkah laku di sekolah, kita akan secara langsungnya
mengaitkan permasalahan-permasalahan seperti ini dengan pelajar-pelajar yang berada di
kelas hujung. Memang tidak dinafikan wujudnya sikap bias dikalangan guru terhadap pelajar
kelas hadapan dan hujung. Dengan kewujudan pengasingan kelas pandai dan kelas lemah
menyebabkan pelajar yang duduk di kelas lemah berasa segan, malu dan hilang keyakinan
diri. Pelajar kelas hadapan berasa gah bila berada di kelas hadapan dan murid perlahan
pula segan dan malu, serta wujud pergaulan terhad diantara murid kelas pandai dan kelas
lemah (Salleh, 2018). Namun begitu, bermula tahun 2019, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyatakan hasrat agar sekolah-sekolah di Malaysia untuk tidak lagi
mewujudkan kelas-kelas pengasingan diantara pelajar pandai dan lemah di sekolah. Oleh
itu, cabaran utama guru-guru pada masa kini adalah untuk memberi pembelajaran yang
sama rata kepada setiap murid dan meningkatkan motivasi dan tahap pencapaian murid.

Terdapat beberapa teori yang kita boleh gunakan di dalam mengkaji dan
menganalisis masalah pembelajaran murid antaranya adalah seperti Teori Behaviorisme
dan Teori Kognitif. Fungsi teori-teori pembelajaran ini adalah untuk mendorong kaji selidik
dan pemikiran saintifik berkenaan dengan pendekatan kepada suatu bidang pengetahuan
dan menjadi panduan kepada kita. Melalui kajian ini kita akan dapat menghuraikan dan
memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran dan bagaimana ia berlaku serta faktor-faktor
yang memepengaruhinya.

TEORI BEHAVIORISME

Mengikut pendekatan behaviorisme, setiap ransangan menimbulkan tindakbalas dan


pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Tokoh-tokoh
teori behaviorisme seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa
pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

2
Berdasarkan perbincangan saya bersama dengan Ustaz Aizuddin, beliau
menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar yang bermasalah dari segi pembelajaran dan
disiplin ini adalah merupakan pelajar-pelajar yang kurang mendapat perhatian di rumah dan
juga daripada guru-guru. Mungkin dengan menimbulkan masalah mereka akan mendapat
lebih perhatian daripada guru-guru mereka. Sebenarnya mereka ingin merasakan bahawa
diri mereka tidak terasing dan masyarakat di sekeliling mereka sedar akan kehadiran
mereka.

Daripada perbincangan kami juga beliau menjelaskan terdapat beberapa langkah


dan peranan yang boleh diambil oleh guru di dalam manangani masalah seperti ini. Antara
peranan yang boleh dimainkan oleh guru iaitu guru haruslah bersikap tegas dengan pelajar.
Hukuman yang mendidik haruslah diberikan kepada pelajar yang ingkar dan tidak patuh
kepada peraturan. Bersesuaian dengan teori behaviorisme di dalam teori operan Skinner.
Menurut Skinner, peneguhan boleh bersifat peneguhan positif dan juga peneguhan negatif.
Peneguhan negatif seperti hukuman akan diberikan kepada pelajar yang malas sebagai
contoh agar mereka tahu akan kesan negatifnya sekiranya mereka bersikap malas.
Peneguhan positif pula ialah kita memberikan ganjaran dan pujiaan kepada pelajar untuk
meningkatkan motivasi diri para pelajar.

Selain daripada itu, pengisian aktiviti di dalam bilik darjah juga haruslah bersesuaian
dan menyeronokkan. Tujuannya adalah untuk menarik minat para pelajar. Guru perlu
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mereka agar pelajar tidak mudah berasa bosan.
Saya juga telah menemubual pelajar kelas Matematik saya iaitu kelas 4 Beta dan meminta
respon daripada mereka berkenaan dengan aktiviti pembelajaran dan pengajaran kelas
saya. Sebilangan pelajar menyatakan mereka berasa tertekan dengan latihan yang saya
berikan kerana terlampau susah dan banyak. Menurut Teori Watson, latihan hendaklah
dijalankan secara kerap untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Oleh itu sebagai
penambahbaikan saya telah mencuba untuk menjadikan aktiviti di dalam kelas agar menjadi
lebih mudah dan dekat dengan mereka.

Pada minggu yang berikutnya saya telah mencuba untuk menjadikan pembelajaran
bermakna dan menyeronokkan kepada pelajar. Topik yang diajar kali ini ialah berkaitan
dengan Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul. Saya telah mengagihkan nilai markah ujian
Matematik bagi peperiksaan awal tahun kepada mereka. Untuk aktiviti pembelajaran kali ini,
para pelajar di minta untuk mencari nilai mod, min, median, varians dan sisihan piawai
daripada bilangan data markah ujian mereka. Kali ini, pelajar nampak lebih bersemangat
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka kerana aktiviti kali ini berkaitan dengan diri
mereka dan mereka sangat teruja menganalisis nilai data markah perperiksaan mereka.

3
Diakhir pembelajaran saya telah memberi latihan pengukuhan kepada mereka dan
menetapkan tarikh untuk penghantaran. Hari yang berikutnya, beberapa orang pelajar telah
menyiapkan dan menghantar latihan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan dan berasa
sangat teruja semasa menjelaskan kepada saya hasil dapatan mereka. Berdasarkan Teori
Operan Thorndike, hukum kesan menyatakan bahawa rangsangan dengan gerak balas
akan bertambah kukuh sekiranya individu memperoleh pengalaman yang menyeronokkan
dan gerak balas ini akan diulang.

TEORI KOGNITIF

Selain daripada teori behaviorisme ahli psikologi kognitif (Bruner, 1973) pula
mengatakan pembelajaran adalah satu proses aktif dimana pelajar membina idea baru atau
konsep-konsep yang berasaskan pengetahuan dahulu dan semasa mereka. Dengan
perkataan lain, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan
ertinya yang dipelajari, pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan
berulang-ulang.

Menurut (Piaget, 1932) kanak-kanak mempunyai perkembangan mereka yang


tersendiri dan perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat. Konsep
teori kognitif Jean Piaget terbahagi kepada empat peringkat iaitu, skema, asimilasi,
akomodasi dan keseimbangan. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh Encik Johan
iaitu pelajar kebanyakkannya lemah penguasaan mata pelajaran yang di ajar. Perkara
pertama yang Encik Johan perlu ambil tahu ialah mengenai pengetahuan asas para pelajar
mengenai topik yang hendak diajar. Menurut perbincangan saya bersama dengan Cikgu
Alex Rasidin, guru matapelajaran Sains dan Matematik Tambahan, beliau menegaskan
bahawa perkara asas yang perlu kita lakukan sebelum memulakan pengajaran ialah
menyatakan objektif dan matlamat pembelajaran. Melalui penegasan objektif pembelajaran
kepada para pelajar, mereka akan mendapat gambaran awal mengenai topik yang akan
mereka pelajari. Melalui penegasan objektif ini berkemungkinan para pelajar dapat
meransang pengetahuan sedia ada mereka berkaitan dengan topik yang akan dibincang
dan seterusnya proses asimilasi dan akomodasi akan berlaku.

Langkah yang seterusnya ialah berkaitan dengan tugasan yang akan diberikan
kepada para pelajar. Menurut teori kognitif Gagne, proses pembelajaran bergerak daripada
peringkat yang paling mudah kepada peringkat yang lebih rumit. Latihan dan tugasan pelajar
haruslah terbeza mengikut tahap pencapaian pelajar. Tujuannya adalah agar pelajar berasa
lebih yakin diri dan bermotivasi tinggi di dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Hal ini kerana setiap pelajar memiliki tahap kepandaian yang berbeza-beza. Hilangnya

4
motivasi pelajar adalah kerana mereka sering kali berfikir bahawa sesuatu subjek itu terlalu
sukar dan mereka memang tiada kebolehan untuk mempelajarinya. Oleh itu pemikiran
negatif seperti ini haruslah disingkirkan daripada pemikiran pelajar.

Selalunya kita mengukur prestasi kejayaan pelajar berdasarkan kepada prestasi


dalam peperiksaan dan dalam kajian seperti di makmal. Menurut (Muda, 2019) kualiti dan
kejayaan pelajar boleh dilaksanakan dengan menjadikan budaya membaca atau sentiasa
mencari ilmu, kebolehan berfikir dan kemahiran bertindak. Semuanya perlu bermula dari
asas dan jika tidak bermula dengan jayanya di peringkat asas dan terus ke fasa yang lain
tanpa mengetahui kebolehan maka seseorang itu berasa sedikit masalah untuk ke peringkat
yang seterusnya. Prestasi seseorang pelajar itu perlu diukur berdasarkan kepada kebolehan
dan baharulah pelajar itu berasa dihargai kerana setiap murid ada potensi.

Selain daripada itu, perkembangan moral juga berkait rapat dengan perkembangan
kognitif seseorang individu. Namun, kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang
menjamin peningkatan dalam perkembangan moral seseorang individu (Kohlberg, 1958).
Terdapat tiga fasa di dalam perkembangan moral individu, iaitu tahap pra-konvensional,
konvensional dan pos-konvensional. Berpandukan teori perkembangan moral Kohlberg,
terdapat beberapa langkah yang guru perlu terapkan didalam bilik darjah. Perkara yang
pertama ialah dengan menegaskan kepada pelajar berkenaan dengan peraturan dan juga
hukuman kepada mereka yang melanggar peraturan tersebut dan begitu juga sebaliknya
iaitu ganjaran akan diberikan kepada mereka yang mematuhi peraturan. Dengan ini, pelajar
akan berkelakuan baik dan akhirnya pelajar merasakan bahawa perkara tersebut adalah
sesuatu yang baik demi untuk menjaga keharmornian di dalam bilik darjah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya guru memainkan peranan penting didalam membantu meningkatkan


tahap perkembangan pembelajaran murid. Tindakan awal para guru adalah untuk mengenali
diri dan latar belakang pelajar mereka. Dari situ, guru-guru boleh menentukan pendekatan
yang bersesuai dalam mengatasi masalah pemebelajaran pelajar.

5
RUJUKAN

Cherry, K. (n.d.). ReoVeme. Retrieved from Teori Piaget: 4 Tahap Pembangunan Kognitif:
https://ms.reoveme.com/teori-piaget-4-tahap-pembangunan-kognitif/

Muda, Z. (2019, Januari 2019). The Cutes Blog on The Block. Retrieved from Kualiti Pelajar:
https://zuraidahmuda.blogspot.com/2019/01/kualiti-pelajar.html

Muhamad, A. b. (2010). Tahap Disiplin Pelajar Sekolah Masa Kini, 10.

Rashid, U. A. (2020, Oktober 14). Masalah Pembelajaran. (T. a. Richard, Interviewer)

Rasidin, C. A. (2020, Oktober 14). Masalah Pembelajaran. (T. a. Richard, Interviewer)

Salleh, M. F. (2018, November 19). GPS Bestari. Retrieved from Tiada kelas paling pandai,
tiada lagi kelas hujung:
https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/inilah-kisahku/bermula-tahun-depan-tiada-
kelas-paling-pandai-tiada-lagi-kelas-hujung-1.906366

Sanders, C. E. (2006). Brittannica. Retrieved from Lawrence Kolhberg's Stages of Moral


Development: https://www.britannica.com/science/Lawrence-Kohlbergs-stages-of-
moral-development

Zardi. (2018, August 15). Retrieved from Teori Pembelajaran Gagne:


http://cikguizardi.blogspot.com/2018/08/teori-pembelajaran-gagne.html

6
LAMPIRAN

Perbincangan bersama dengan Ustaz Aizuddin (14 Oktober 2020)

Latihan Pelajar 4 Beta (15 Oktober 2020)

You might also like