Kerja Kursus Ekonomi (Real)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

040417-09-0088

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Hutang negara diukur dengan peratusan dari KDNK atau GDP dan kini berada pada paras
58% KDNK (RM870 billion), menghampiri batas 60% yang diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Persekutuan dijangka dapat menyelesaikan hutangnya pada tahun 2053 dengan
mengambil kira tiada sebarang pinjaman baharu dibuat bagi tujuan pembiayaan defisit
dan membiayai semula hutang yang matang mulai 2024 dan seterusnya, kata
Kementerian Kewangan (MoF). Menurut kementerian itu, hutang kerajaan Persekutuan
sehingga akhir 2022, adalah berjumlah RM1,079.6 bilion atau 60.4 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, hutang dalam negeri
adalah sebanyak RM1,050.1 bilion, manakala pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.5
bilion.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi hutang ialah wang dan lain-lain yang
dipinjam daripada orang lain dan kewajiban membayar balik sesuatu yang diterima.
Hutang merupakan tanggungan yang memerlukan satu pihak, penghutang untuk
membayar wang atau nilai dipersetujui yang lain kepada pihak lain, pemiutang. Hutang
ialah bayaran tertunda, atau siri bayaran yang membezakannya daripada pembelian serta-
merta.

Menurut Suhiliah Mohd. Salleh, hutang Kerajaan Persekutuan merujuk kepada jumlah
hutang Kerajaan Persekutuan yang meliputi hutang dalam negara dan hutang luar
negara.Hutang Kerajaan Persekutuann ditanggung oleh kerajaan apabila kerajaan perlu
membuat pinjaman untuk membiayai belanjawan Kerajaan. Hutang kerajaan persekutuan
dibahagikan kepada dua jenis iaitu pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar negeri.

Hutang dalam negara biasanya merupakan pinjaman jangka pendek dan sederhana
yang tempoh bayaran baliknya singkat.Hutang ini diperoleh daripada orang ramai dan
institusi kewangan dalam negeri. Komposisi hutang jangka pendek ini ialah bil-bil
perbendaharaan, sekuriti kerajaan, sijil-sijil pelaburan dan tabung pinjaman perumahan.

Bil perbendaharaan ialah bon jangka pendek yang diterbitkan untuk memenuhi
keperluan modal kerja kerajaan.Pemegang-pemegang bil perbendaharaan terdiri daripada
Bank Perdagangan, Bank Negara, syarikat diskaun dan lain-lain institusi dalam negeri.

1
040417-09-0088

Sekuriti kerajaan ialah bon yang dikeluarkan oleh sesebuah kerajaan.Tujuan utamanya
adalah untuk menampung perbelanjaan dan pembayaran hutang kerajaan. Sekuriti
kerajaan boleh diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan, badan-badan awam, KWSP,
BSN, Bank Perdagangan dan syarikat insurans.

Sijil pelaburan ialah sijil yang dikeluarkan khas untuk institusi kewangan Islam seperti
Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Mualamat Malaysia Berhad, Syarikat Takaful,
Lembaga dan Lembaga Tabung Haji.Sijil ini dijual pada nilai muka dan dibayar dividen
oleh kerajaan pada tempoh matang iaitu setahun atauh lebih daripada setahun.

Menurut Sistem Bank Data Perumahan Negara, tabung pinjaman perumahan ialah
akaun tabung Amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman
Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Ia diwujudkan bertujuan
menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih
belum memiliki rumah sendiri.

Kerja kursus ini dijalankan untuk mengenal pasti arah aliran hutang dalam negeri
Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014 dan menganalisis komposisi
hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014 di
Malaysia.

Kajian ini adalah penting bagi mengetahui keadaan hutang dalam negeri Kerajaan
Persekutuan dari tahun 2005 hingga 2014. Di samping itu, kajian ini juga diharapkan
dapat membantu pihak kerajaan untuk memperbaiki struktur perbelanjaan dan
melaksanakan sekatan perdagangan antarabangsa untuk mengurangkan kesan
peningkatan hutang terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

2
040417-09-0088

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Secara umumnya, tajuk ini berfokus kepada hutang dalam negeri Kerajaan
Persekutuan. Hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan merupakan satu elemen yang
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Peningkatan hutang negara bukan sahaja
membebankan kerajaan, malah ia juga memberi kesan kepada generasi akan datang yang
bakal menanggung beban pada masa akan datang. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan
dengan beberapa kepentingan.

Pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran hutang dalam
negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014 dan menganalisis
komposisi hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014
di Malaysia.. Salah satu kepentingan kajian ini dilakukann kerana dapatan kajian ini
boleh digunakan oleh pihak kerajaan untuk merangka dasar-dasar tertentu supaya dapat
mengurangkan kesan peningkatan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan terhadap
pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, kajian ini perlu dilakukan kerana kajian tersebut dapat menjadi sumber
rujukan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk membuat kajian dalam bidang yang
berkaitan. Maklumat berkenaan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan perlulah
diberi perhatian dan diutamakan oleh pihak kerajaan selama ini kerana perubahan hutang
dalam negeri akan membawa banyak kesan sama ada kesan positif atau kesan negatif
terhadap pertumbuhan ekonomi dalam negara. Dengan ini, kajian tersebut dapat dijadikan
sebagai sumber rujukan untuk membekalkan maklumat-maklumat penting kepada
pengkaji-pengkaji lain.

3
040417-09-0088

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji hutang dalam negara Kerajaan
Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014. Secara lebih khusus, kajian ini bertujuan
untuk tujuan yang ditunjukkan di bawah.

3.1 Mengenal pasti arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun
2005 hingga tahun 2014.

3.2 Menganalisis komposisi hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005
hingga tahun 2014.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian adalah untuk membantu pengkaji menjalankan kajian dengan lebih
sistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Dalam kajian ini
kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data digunakan untuk menghubungkaitkan
objektif dengan hasil kajian.

4.1 Kaedah Pengumpulan Data

4.1.1 Data Sekunder

Definisi data sekunder ialah mengumpul maklumat daripada sumber bacaan pihak
lain.Selain itu, data sekunder juga boleh disebut sebagai data tangan kedua.Sumber data
sekunder diperoleh daripada laman web seperti “Google” untuk melayari portal rasmi
kerajaan untuk memperoleh data yang diperlukan.Contohnya,pengkaji telah mendapatkan
nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dan setiap komposisi hutang dalam
negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014 dari sumber laporan
ekonomi yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

4.1.2 Rujukan bahan bacaan

Sumber data sekunder juga diperoleh daripada buku rujukan Ekonomi Penggal 3
untuk mendapatakan maklumat yang terlibat dalam kajian tersebut. Definisi hutang

4
040417-09-0088

Kerajaan Persekutuan dan komposisi hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan juga
diperolehi daripada bahan bacaan tersebut.

4.1.3 Sumber Internet

Internet membolehkan pengkaji memperoleh maklumat dengan lebih cepat dan


mudah. Pengkaji mencari maklumat tentang sebab hutang dalam negara semakin
meningkat dari tahun ke tahun serta dan maklumat berkaitan komposisi hutang dalam
negeri Kerajaan Persekutuan.

4.2 Kaedah Penganalisisan Data

Semua data yang diperolehi melalui kaedah pengumpulan data dihitung dan
ditukarkan kepada analisis bentuk angka dan peratusan bagi mencapai tahap analisis yang
tepat dan objektif kajian. Hasil analisis data tersebut dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan graf garis. Dengan ini,formula yang digunakan adalah seperti berikut :

Rumus pengiraan perbezaan jumlah hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan antara
tahun:

Perbezaan = Jumlah Nilai Hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan tahun semasa -
Jumlah Nilai Hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan tahun sebelumnya

Rumus kadar perubahan nilai hutang dalam negeri:

Kadar Perubahan = (Jumlah Nilai Hutang dalam negeri tahun semasa - Jumlah Nilai
Hutang dalam negeri tahun sebelumnya) / (Jumlah nilai hutang dalam negeri tahun
sebelumnya) x 100%

5
040417-09-0088

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga
tahun 2014

Jadual I di bawah menunjukkan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun
2005 hingga tahun 2014.

Perubahan Kadar
nilai hutang perubahan nilai
Tahun
Nilai hutang dalam negeri (RM juta) dalam negeri hutang dalam
(RM juta) negeri (%)
2005 198670 - -
2006 217220 18550 9.34
2007 247120 29900 13.76
2008 286121 39001 15.78
2009 348600 62479 21.84
2010 390356 41756 11.98
2011 438025 47669 12.21
2012 484769 46744 10.67
2013 523095 38326 7.91
2014 566052 42957 8.21
(Sumber:Kementerian Kewangan Malaysia ,Laporan Ekonomi 2005-2014)

6
040417-09-0088

Arah Aliran Hutang Dalam Negeri Kerajaan Persekutuan


Dari Tahun 2005 Hingga Tahun 2014
600000

500000

400000

300000

200000

100000

0
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

Arah Aliran Hutang Dalam Negeri Kerajaan Persekutuan Dari Tahun 2005 Hingga Tahun 2014

Rajah 1 :Hutang Dalam Negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga 2014

(Sumber : Kajian Lapangan 2023)

Jadual 1 dan Rajah 1 di atas telah menunjukkan nilai hutang dalam negeri Kerajaan
Persekutuan dan arah alirannya dari tahun 2005 hingga tahun 2014. Dalam jangka
panjang yang sepanjang sepuluh tahun iaitu dari tahun 2005 hingga tahun 2014, arah
aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan adalah meningkat. Jumlah nilai hutang
dalam negeri Kerajaan Persekutuan meningkat dari RM198670 juta pada tahun 2005 ke
RM566052 juta pada tahun 2014, peningkatan adalah sebanyak RM367382 juta iaitu
184.92 %.

Perubahan Kadar
nilai hutang perubahan nilai
Tahun
Nilai hutang dalam negeri (RM juta) dalam negeri hutang dalam
(RM juta) negeri (%)
2005 198670 - -
2006 217220 18550 9.34

7
040417-09-0088

2007 247120 29900 13.76


2008 286121 39001 15.78
Arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun
2014 adalah meningkat. Jumlah hutang dalam negara Kerajaan Persekutuan terus
meningkat dengan perbezaan RM18550 juta daripada RM198670 juta pada tahun 2005 ke
RM217220 juta pada tahun 2006 iaitu sebanyak 9.34%. Menurut Laporan Ekonomi
Malaysia 2005/2006, peningkatan hutang dalam negeri adalah disebabkan oleh
peningkatan terbitan pelaburan sebanyak RM10000 juta,peningkatan sekuriti kerajaan
sebanyak RM7750 juta, peningkatan tabung pinjaman perumahan sebanyak RM900 juta
dari tahun 2005 ke tahun 2006.

Pada tahun 2006 hingga tahun 2007, jumlah nilai hutang dalam negeri Kerajaan
Persekutuan meningkat dari RM217220 juta pada tahun 2006 ke RM247120 juta pada
tahun 2007. Peningaktan ini adalah sebanyak RM29900 juta iaitu sebanyak 13.76%. Hal
ini disebabkan peningkatan sekuriti kerajaan kerajaan sebanyak RM17400 juta ,
peningkatan terbitan pelaburan kerajaan sebanyak RM8400 juta dan peningkatan
tabungan pinjaman perumahan kerajaan sebanyak RM4100 juta dari tahun 2006 ke tahun
2007.

Arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2007 hingga tahun
2008 adalah meningkat. Nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan meningkat
dengan dengan perbezaan RM39001 juta daripada RM2471120 juta pada tahun 2007 ke
RM286121 juta pada tahun 2008 iaitu mengalami peningkatan sebanyak 15.78%.
Laporan Ekonomi Malaysia 2008/2009 mencatatkan bahawa sumber pinjaman dalam
negeri seperti sekuriti kerajaan,terbitan pelaburan kerajaan dan tabung pinjaman
perumahan kerajaan masing-masing telah mengalami peningkatan dari tahun 2007 ke
tahun 2008. Hal ini supaya dapat memenuhi keperluan pembiayaan.

8
040417-09-0088

Perubahan Kadar
nilai hutang perubahan nilai
Tahun
Nilai hutang dalam negeri (RM juta) dalam negeri hutang dalam
(RM juta) negeri (%)
2008 286121 - -
2009 348600 62479 21.84
2010 390356 41756 11.98
2011 438025 47669 12.21

Seterusnya, nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM


63479 juta dari tahun 2008 ke tahun 2009, iaitu meningkat kepada RM348600 juta.
Peningkatan nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan berlaku sebanyak 21.84%
berbanding dengan tahun sebelumnya. Hal ini disebabkan kenaikan sekuriti kerajaan,
terbitan pelaburan kerajaan dan tabung pinjaman perumahan kerajaan. Sekuriti kerajaan
yang bernilai RM242270 juta merupakan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan
yang terbesar, diikuti dengan terbitan pelaburan kerajaan menyumbang sebanyak
RM70910 juta ,tabung pinjaman perumahan kerajaan menyumbang sebanyak RM31100
juta dan bil perbendaharaan menyumbang sebanyak RM4320 juta. (Laporan Ekonomi
Malaysia 2009/2010 )

Pada tahun 2010, nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan ialah RM390356
juta, iaitu meningkat sebanyak RM41756 juta ataupun 11.98% berbanding tahun
sebelumnya. Semua sumber pinjaman dalam negeri kecuali bil perbendaharaan
mengalami peningkatan.Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2010/2009, sekuriti
kerajaan mengalami peningkatan sebanyak RM18726 juta, bersamaan peratus .Terbitan
pelaburan kerajaan mengalami peningkatan sebanyak RM217733 juta manakala tabung
pinjaman perumahan kerajaan mencatat peningkatan sebanyak RM5300 juta berbanding
dengan tahun 2009.

9
040417-09-0088

Nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM47669 juta
dari tahun 2010 ke tahun 2011, iaitu meningkat kepada RM438025 juta. Peningkatan
hutang dalam negeri berlaku sebanyak 12.21% berbanding dengan tahun 2010. Menurut
Laporan Ekonomi 2011/2012, peningkatan hutang dalam negeri adalah disebabkan oleh
peningkatan terbitan pelaburan sebanyak RM28349 juta, peningkatan sekuriti kerajaan
sebanyak RM16720 juta, peningkatan tabung pinjaman perumahan kerajaan sebanyak
RM2600 juta dari tahun 2010 ke tahun 2011.

Perubahan Kadar
nilai hutang perubahan nilai
Tahun
Nilai hutang dalam negeri (RM juta) dalam negeri hutang dalam
(RM juta) negeri (%)
2011 438025 - -
2012 484769 46744 10.67
2013 523095 38326 7.91
2014 566052 42957 8.21

Pada tahun 2011 hingga tahun 2012, arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan
Persekutuan adalah meningkat. Jumlah hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan
meningakat dari RM438025 juta pada tahun 2011 ke RM484769 juta pada tahun
2012,peningkatan ini sebanyak RM47669 juta. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia
2012/2013, peningkatan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan disebabkan oleh
peningkatan sekuriti kerajaan sebanyak RM14437 juta, peningkatan terbitan pelaburan
kerajaan sebanyak RM20500 juta dan peningkatan tabung pinjaman perumahan kerajaan
sebanyak RM3400 juta.

Nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013 ialah RM523095
juta, iaitu meningkat sebanyak RM38326 juta ataupun 7.91% berbanding tahun
sebelumnya.Hal ini dikatakan demikian kerana sumber pinjaman dalam negeri seperti
sekuriti kerajaan, terbitan pelaburan kerajaan dan tabung pinjaman perumahan kerajaan
telah mengalami peningkatan.untuk memenuhi keperluan pembiayaan kerajaan. Menurut

10
040417-09-0088

Laporan Ekonomi Malaysia 2013/2014, sekuriti kerajaan dan pelaburan kerajaan masing-
masing telah meningkat sebanyak RM12925 dan RM26601 juta berbanding tahun 2012.

Bagi tahun 2013 hingga tahun 2014, nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan
meningkat dari RM523095 juta ke RM566052 juta. Arah alirannya adalah meningkat dan
peningkatan adalah sebanyak RM42957 juta. Berdasarkan Mengikut Laporan Ekonomi
Malaysia 2014/2015, peningkatan hutang dalam negeri adalah disebabkan oleh
peningkatan sekuriti kerajaan sebanyak RM24577 juta, peningkatan terbitan pelaburan
kerajaan sebanyak RM13000 juta dan peningkatan tabung pinjaman perumahan kerajaan
sebanyak RM5400 juta.

Kesimpulannya, arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan telah


meningkat dari RM198670 juta pada tahun 2005 kepada RM566052 juta pada tahun
2014.Pada tahun kadar perubahan hutang dalam negeri adalah paling ketara iaitu
meningkat sebanyak RM62479 juta bersamaan dengan 21.84% berbanding dengan tahun
sebelumnya. Kadar perubahan hutang dalam negeri adalah paling rendah pada tahun 2013
iaitu hanya bertambah sebanyak RM38326 juta bersamaan dengan 7.91% berbanding
tahun sebelumnya. Oleh itu, didapati bahawa dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun
2005 hingga tahun 2014, arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan adalah meningkat.
Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan haruslah merangka dasar-dasar tertentu supaya
dapat mengurangkan kesan peningkatan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan
terhadap pertumbuhan ekonomi.

11
040417-09-0088

12
040417-09-0088

5.2 Komposisi Hutang Dalam Negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014.

Jadual 2 di bawah menunjukkan komposisi hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014

Nilai hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan(RM juta)


Tahun
Komposisi 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
Sekuriti Kerajaan 166050 174300 191700 213801 242270 260993 277713 292150 305075 329632
Bil Perbendaharaan 4320 4320 4320 4320 4320 4320 4320 4320 4320 4320
Terbitan Pelaburan 10100 19600 28000 42500 70910 88643 116992 145899 172500 185500
Tabung Pinjaman
18200 19000 23100 25500 31100 36400 39000 42400 41200 46600
Perumahan Kerajaan
Jumlah 198670 217220 247120 286121 348600 390356 438600 484769 523095 566052
(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia , Laporan Ekonomi 2005-2014)

13
040417-09-0088

komposisi hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun


2005 hingga tahun 2014.

350000

300000

250000

200000

150000

100000

50000

0
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

Sekuriti Kerajaan Bil Perbendaharaan


Terbitan Pelaburan Kerajaan Tabung Pinjaman Perumahan Kerajaan

Rajah 2:Komposisi hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014
( Sumber : Lapangan Kajian 2023)

14
040417-09-0088

Jadual dan rajah di atas telah menunjukkan komposisi hutang dalam negeri dari tahun
2005 hingga tahun 2014. Secara keseluruhannya, sekuriti kerajaan menjadi penyumbang
terbesar kepada hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan diikuti dengan terbitan
pelaburan kerajaan, tabung pinjaman perumahan kerajaan dan bil perbendaharaan..

Pada tahun 2005, sekuriti kerajaan mencatat nilai yang tertinggi iaitu sebanyak
RM166050 juta atau 83.58% daripada jumlah keseluruhan hutang dalam negeri yang
berjumlah RM198670 juta. Seterusnya, tabung pinjaman perumahan kerajaan mencatat
nilai yang kedua tertinggi iaitu sebanyak RM18200 juta (9.16%) dan diikuti dengan
terbitan pelaburan sebanyak RM10100 juta bersamaan dengan 5.08%. Bil
perbendaharaan merupakan komposisi yang terendah terhadap hutang dalam negeri
Kerajaan Persekutuan iaitu hanya bernilai RM4320 juta (2.17%). Menurut Laporan
Ekonomi 2004/2005, peningkatan hutang dalam negeri bersama tahap hutang luar yang
lebih rendah adalah untuk membantu kerajaan bagi meminimumkan risiko pendedahan
tukaran asing. Selain itu, peningkatan ini juga adalah bagi membiayai projek dan program
yang sedang dijalankan seperti pendidikan dan latihan, bekalan air, sistem pembetungan,
pembasmian kemiskinan serta daana modal teroka ICT.

Pada tahun 2006, sekuriti kerajaan adalah sebanyak RM 174300 juta atau 80.24%
daripada jumlah hutang dalam negeri sebanyak RM217220 juta.Hal ini menunjukkan
peningkatan sebanyak RM8250 juta(4.97%) berbanding dengan tahun sebelumnya.
Peningkatan sekuriti kerajaan adalah disebabkan oleh peningkatan nilai dari sektor awam,
pertubuhan-pertubuhan keselamatan sosial, syarikat insurans, sektor kewangan dan
pemilik-pemilik asing. Seterusnya, terbitan pelaburan adalah sebanyak RM19600 juta
(9.02%) yang mengalami peningkatan sebanyak RM9500 juta (94.06%) dan tabung
pinjaman perumahan kerajaan mencatat nilai sebanyak RM19000 juta(8.75%) .Nilai bil
perbendaharaan adalah sama dengan tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM4320 juta
(1.99%) kerana tiada peningkatan dalam Bank Negara Malaysia dan institusi
perbankan.Hal ini menyebabkan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan meningkat
dari RM198670 juta kepada RM217220 juta . Peningkatan hutang dalam negeri ini adalah
untuk membiayai projek yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, terutamanya
untuk pendidikan serta menaiktaraf dan memulihkan infrastruktur bekalan air.

15
040417-09-0088

Daripada jumlah hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan sebanyak RM247120 juta
pada tahun 2007, sekuriti kerajaan mencatat nilai paling tinggi iaitu sebanyak RM191700
juta (77.57%). Pekara ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM17400 juta bersamaan
dengan 9.98% berbanding tahun sebelumnya. Seterusnya, terbitan pelaburan merupakan
komponen kedua tertinggi iaitu sebanyak RM28000 juta iaitu bersamaan 11.33% dan
diikuti dengan tabung pinajamn perumahan kerajaan yang bernilai RM23100 juta atau
9.35%.Terbitan pelaburan dan tabung pinjaman perumahan kerajaan masing-masing
mengalami peningkatan sebanyak RM8400 juta(42.86%) dan RM4100 juta (21.58%). Bil
perbendaharaan masih menjadi komponen yang paling rendah dalam jumlah keseluruhan
hutang dalam negeri pada tahun 2007 iaitu hanya sebanyak RM4320 juta (1.75%).
Peningkatan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan ini adalah untuk mengurangkan
hutang luar dan meminimumkan pendedahan kepada risiko pertukaran mata wang asig
dan mengambil manfaat daripada kadar faedah dalam negeri yang lebih rendah
berbanding dengan kadar faedah pinjaman asal. (Laporan ekonomi 2007/2008)

Sekuriti kerajaan masih menjadi komponen yang paling besar dalam hutang dalam
negeri Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM286121 juta pada tahun 2008 iaitu
sebanyak RM213801 juta (74.72%) dan diikuti dengan terbitan pelaburan sebanyak
RM42500 juta atau 14.85%.Sekuriti kerajaan telah menunjukkan peningkatan sebanyak
RM22101 juta (11.53%) manakala terbitan pelaburan telah meningkat sebanyak
RM14500 juta (51.79%). Tabung pinjaman perumahan kerajaan adalah sebanyak
RM25500 juta (8.91%) iaitu mengalami peningkatan sebanyak RM2400 juta(10.39%)
daripada tahun sebelumnya. Bil perbendaharan adalah hanya sebanyak RM4320 juta atau
1.51% daripada jumlah keseluruhan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dan tidak
mengalami peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Menurut Laporan ekonomi
2008/2009, peningkatan hutang dalam negeri ini adalah untuk memenuhi keperluan
pembiayaan dalam projek dan program berkaitan bidang pendidikan dan latihan,
penjanaan tenaga, bekalan air, perkhidmatan pembetungan, pembasmian kemiskinan
serta penyediaan kemudahan ICT dan pengangkutan kereta api.

Pada tahun 2009, sekuriti kerajaan telah mengalami peningkatan sebanyak RM28469
juta (13.32%) berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan ini menyebabkan sekuriti

16
040417-09-0088

kerajaan menjadi komposisi yang tertinggi iaitu sebanyak RM242270 juta (69.50%)
daripada jumlah hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan pada tahun berkenaan yang
bernilai RM 348600 juta. Komponen yang kedua tertinggi adalah terbitan pelaburan yang
bernilai RM70910 juta (20.34%) dan diikuti dengan tabung pinjaman perumahan
kerajaan sebanyak RM31100 juta atau 8.92%.Terbitan pelaburan telah mengalami
peningkatan sebanyak RM28140 juta(66.85%) manakala tabung pnjaman perumahan
kerajaan telah meningkat sebanyak RM5600 juta (21.96%). Nilai bil perbenharaan masih
sama dengan tahun sebelumnya dan tidak mengalami sebarang peningkatan dengan
sumbangan Bank Negara sebanyak RM2055 juta, pemilik-pemilik asing sebanyak
RM990 juta dan lain-lain sebanyak RM2261 juta. Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010,
peningkatan hutang dalam negeri adalah untuk membiayai projek dan program sedia ada
berkaitan bidang pendidikan dan latihan, penjanaan tenaga, bekalan air, pembetungan
serta penyediaan kemudahan ICT dan pengangkutan rel. Walaupun paras hutang telah
meningkat beberapa tahun kebelakangan ini, kemampuan membayar balik hutang terus
kukuh dan merupakan perbelanjaan tanggungan.

Jumlah hutang dalam negeri meningkat dari RM348600 juta pada tahun 2009 kepada
RM390356 juta pada tahun 2010. Daripada jumlahnya, sekuriti kerajaan telah meningkat
sebanyak RM18723 juta(7.73%) dan menjadi pembiaya terbesar bagi hutang dalam
negeri Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM260993 juta yang bersamaan dengan
66.86%. Hal ini disebabkan peningkatan dari pertumbuhan-pertumbuhan keselamatan
sosial, syarikat-syarikat insurans, sektor kewangan, pemilik-pemilik asing dan lain-lain.
Terbitan pelaburan telah mengalami peningkatan sebanyak RM17733 juta dan menjadi
penyumbang kedua tertinggi iaitu sebanyak RM88643 juta atau 22.71%. Komponen yang
ketiga tertinggi ialah tabung pinjaman perumahan kerajaan yang bernilai RM36400 juta
(9.32%) dan bil perbendaharaan adalah sebanyak RM4320 juta(1.11%).Tabung pinjaman
perumahan kerajaan telah meningkat sebanyak RM5300 juta manakala bil perbendaharan
tidak mengalami sebarang peningkatan. Peningkatan hutang dalam negeri pada tahun ini
adalah disebabkan oleh peningkatan pinjaman untuk membiayai program yang
melibatkan pendidikan tinggi dan latihan serta perkhidmatan bekalan air dan
pembetungan.

17
040417-09-0088

Pada tahun 2011, sekuriti kerajaan telah meningkat sebanyak RM16720 juta (6.41%)
kepada RM 277713 juta. Hal ini menyebabkan sekuriti kerajaan menjadi pembiaya
terbesar pada masa itu iaitu sebanyak 63.32% daripada jumlah hutang negeri Kerajaan
Persekutuan sebanyak RM438600 juta. Seterusnya, terbitan pelaburan adalah komponen
kedua tertinggi iaitu sebanyak RM116992 juta atau bersamaan dengan 26.67% dengan
peningkatan sebanyak RM28349 juta yang bersamaan dengan 31.98% berbanding tahun
sebelumnya.Tabung pinjaman perumahan kerajaan adalah sebanyak RM3900 juta iaitu
sebanyak 8.89% dengan peningkatan sebanyak RM2600 juta (7.14%) manakala bil
perbendaharaan adalah paling rendah dan tidak mengalami peningkatan iaitu hanya
sebanyak RM4320 juta bersamaan dengan 0.98% daripada jumlahnya. Menurut laporan
ekonomi 2010/2011, peningkatan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan disebabkan
terutamanya oleh peningkatan pinjaman bagi memenuhi keperluan pembiayaan dalam
projek berkaitan pendidikan tinggi, penyelidikan dan latihan serta bekalan air. Walaupun
paras hutang telah meningkat dalam beberapa tahun yang lepas, kemampuan membayar
hutang kekal kukuh dan berada dalam had yang berhemat.

Pada tahun 2012, sekuriti kerajaan masih menjadi pembiaya terbesar iaitu sebanyak
RM292150 juta atau 60.27% daripada jumlah keseluruhan hutang dalam negeri yang
bernilai RM484769 juta yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM14437 juta
(5.20%) . Seterusnya, terbitan pelaburan telah meningkat sebanyak RM28907
juta(24.71%) berbanding tahun sebelumnya lalu menjadi pembiaya kedua tertinggi iaitu
sebanyak RM145899 juta (30.10%) dan diikuti dengan tabung pinjaman perumahan
kerajaan sebanyak RM42400 juta bersamaan dengan 8.75%. Bil perbendaharaan
merupakan komposisi yang terendah terhadap hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan
iaitu hanya bernilai RM4320 juta (0.89%) dan tidak mengalami peningkatan. Menurut
Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 , peningkatan hutang ini adalah
disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan telah memperoleh dana melalui pinjaman dalam
negeri untuk membiayai sebahagian perbelanjaan negara dan projek yang berupaya
menjana ekonomi, memberi impak Pembangunan dan meningkatkan kemajuan sosial
masyarakat. Walaupun paras hutang telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan
ini, kapasiti khidmat hutang kekal dalam kemampuan kewangan Kerajaan.

18
040417-09-0088

Daripada jumlah hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan sebanyak RM523095 juta
pada tahun 2013, sekuriti kerajaan mencatat nilai paling tinggi iaitu sebanyak RM305075
juta (58.32%). Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM12925 juta(4.42%).
Seterusnya, terbitan pelaburan meningkat sebanyak RM26601 juta (18.23%) dan
merupakan komponen kedua tertinggi iaitu sebanyak RM172500 juta iaitu bersamaan
32.98% dan diikuti dengan tabung pinjamn perumahan kerajaan yang bernilai RM41200
juta atau 7.88%. Bil perbendaharaan masih menjadi komponen yang paling rendah dan
tidak mengalami peningkatan nilai dalam jumlah keseluruhan hutang dalam negeri pada
tahun 2013 iaitu hanya sebanyak RM4320 juta (0.83%). Menurut Laporan Ekonomi
2012/2013, tahap hutang dalam negeri yang semakin meningkat ini adalah disebabkan
oleh krisis kewangan yang berlaku sejak dari tahun 2008 dan kerajaan perlu melakukan
pinjaman domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembiayaan dalam
projek berkaitan pendidikan tinggi, penyelidikan dan latihan dan penyaluran air mentah
dari Pahang ke Selangor yang sedang dilaksanakan.

Jumlah hutang dalam negeri pada tahun 2014 adalah RM566052 juta. Daripada
jumlahnya, sekuriti kerajaan merupakan komponen yang paling tinggi iaitu sebanyak
RM329632 juta yang bersamaan dengan 58.23% dengan peningkatan sebanyak
RM24557 juta (8.05%) berbanding tahun 2013. Terbitan pelaburan telah meningkat
sebanyak RM168250 juta dan menjadi penyumbang kedua tertinggi iaitu sebanyak
RM185500 juta atau 32.77% pada tahun berkenaan. Komponen yang ketiga tertinggi
ialah tabung pinjaman perumahan kerajaan yang telah meningkat sebanyak RM5400
juta(13.11%) berbanding tahun sebelumnya iaitu bernilai RM46600 juta (8.23%) dan bil
perbendaharaan tidak mengalami peningkatan dan menjadi pembiaya yang terkecil iaitu
sebanyak RM4320 juta(0.76%). Menurut Penyata Kewangan Kerajaaan Persekutuan,
hutang yang semakin meningkat ini adalah penting untuk memastikan kelangsungan
pelaksanaan projek- projek yang memberikan manfaat besar kepada peningkatan kualiti
hidup dan kesejahteraan rakyat serta membantu mengukuhkan pertumbuhan ekonomi.

19
040417-09-0088

Secara kesimpulannya, dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2005 hingga tahun
2014 , sekuriti kerajaan menjadi pembiaya terbesar dan terbitan pelaburan menjadi
pembiaya kedua manakala tabung pinjaman perumahan dan bil perbendaharaan masing-
masing merupakan pembiaya ketiga dan keempat bagi hutang dalam negeri Kerajaan
Persekutuan.Terbitan pelaburan adalah komponen yang mengalami peningkatan yang
paling ketara dalam tempoh masa 10 tahun ini iaitu meningkat dari RM10100 juta
kepada RM185500 juta iaitu bersamaan dengan 1736.63% manakala tabung pinjaman
mengalami peningkatan kedua tertinggi iaitu sebanyak 156.04%. Seterusnya, sekuriti
kerajaan mengalmi peningkatan sebanyak 89.12% dan bil perbendaharaan tidak
mengalami sebarang peningkatan dalam tempoh 10 tahun kajian. Dapatan kajian telah
menunjukkan bahawa semua komposisi dalam hutang dalam negeri adalah semakin
meningkat dari tahun ke tahun dari tahun 2005 ke tahun 2014. Oleh itu, pihak kerajaan
haruslah memastikan hutang sentiasa kukuh dan berada dalam had yang berhemat supaya
tidak mendatangkan kesan negatif terhadap negara kita.

20
040417-09-0088

6.0 CADANGAN

Bahagian ini membincangkan cadangan daripada pengkaji selepas mengenal pasti arah
aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014 dan
menganalisis komposisi hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005
hingga tahun 2014. Cadangan ini disyorkan kepada pihak kerajaan untuk mengurangkan
kesan peningkatan hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan terhadap pertumbuhan
ekonomi.

6.1 Membaiki Struktur Perbelanjaan

Kerajaan perlu mengaudit dan menilai semula semua perbelanjaan kerajaan untuk
mengenal pasti bidang-bidang yang mungkin mengalami pembaziran atau penggunaan
sumber yang tidak efisien. Langkah ini termasuklah menghapuskan projek-projek yang
kurang memberi manfaat yang besar kepada negara dan masyarakat dan fokus kepada
projek-projek yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi. Unit Perancangan Ekonomi
(EPU) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memainkan peranan dalam
merancang perbelanjaan kerajaan dan strategi pembangunan ekonomi. Mereka juga
perlulah memantau penjimatan hutang dan penggunaannya untuk pelbagai projek
pembangunan yang boleh memberi pulangan ekonomi jangka panjang yang positif. Hal
ini dikatakan demikian kerana akan membantu meningkatkan produktiviti ekonomi dan
hasil cukai, sekaligus mengurangkan kesan negatif peningkatan hutang terhadap
pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah bijak merangka dasar-dasar dan menlaksanakan


struktur perbelanjaan yang bersesuaian untuk mengurangkan peningkatan hutang dalam
negara kita.

6.2 Melaksanakan Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Sekatan perdagangan seperti tarif dan cukai import ke atas barangan asing boleh
meningkatkan pendapatan kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila Malaysia
mengenakan tarif dan cukai import ke atas barangan import dari negara asing, hal ini
dapat meningkatkan pendapatan kerajaan dari hasil pemungutan cukai. Pendapatan
tambahan ini boleh digunakan untuk membiayai hutang atau digunakan untuk melakukan

21
040417-09-0088

pelaburan dalam projek pembangunan ekonomi. Dengan peningkatan pendapatan negara,


kerajaan dapat mengurangkan kebergantungan pada pinjaman dan hutang luar negeri
untuk membiayai perbelanjaan awam. Oleh hal yang demikian, langkah ini merupakan
langkah yang efektif untuk membantu pihak kerajaan mengurangkan peningkatan hutang
dalam negeri.

Kesimpulannya, pelaksanaan sekatan perdagangan antarabangsa seperti tarif yang


dilaksanakan oleh pihak kerajaan boleh menguragkan peningkatan hutang dalam negara
melalui pendapatan tambahan yang diperolehi untuk menjana pertumbuhan ekonomi
negara.

22
040417-09-0088

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Secara ringkasnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti arah aliran hutang dalam
negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014 dan komposisi hutang
dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014.

Secara keseluruhan, arah aliran hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun
2005 hingg tahun 2014 adalah meningkat. Peningkatan hutang dalam negeri Kerajaan
Persekutuan terendah dicapai pada tahun 2006 dengan mencatatkan nilai sebanyak
RM18550 juta. Kemudian, hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan mencatatkan
peningkatan sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2014. Kadar peningkatan hutang dalam
negeri Kerajaan Persekutuan pada tahun 2009 adalah paling tinggi iaitu sebanyak
RM62479 juta bersamaan dengan 21.84% berbanding dengan tahun sebelumnya kerana
kerajaan melakukan pinjaman untuk membiayai projek dan program sedia ada berkaitan
bidang pendidikan dan latihan, penjanaan tenaga dan lain-lain manakala kadar
peningkatan pada tahun 2013 adalah paling rendah iaitu hanya bertambah sebanyak
RM38326 juta bersamaan dengan 7.91% berbanding tahun sebelumnya.

Di samping itu, pengkaji juga dapat mengetahui komposisi hutang dalam negeri
Kerajaan Persekutuan dari tahun 2005 hingga tahun 2014 dan sebab peningkatan hutang
dalam negeri dalam tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2005 hingga tahun 2014.
Berdasarkan dapatan kajian sekuriti kerajaan telah menjadi pembiaya terbesar dalam
hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan dan terbitan pelaburan menjadi pembiaya
kedua terbesar serta diikuti dengan tabung pinjaman perumahan dan bil perbendaharaan.
Serterusnya, didapati bahawa terbitan pelaburan mengalami peningkatan yang paling
ketara dalam tempoh 10 tahun terakhir, iaitu meningkat dari RM10100 juta kepada
RM185500 juta, atau dalam peningkatan sebanyak 1736.63% manakala bil
perbendaharan tidak mengalami peningkatan dalam tempoh 10 tahun tersebut.

Kesimpulannya, pelbagai langkah yang efektif dan berkesan haruslah diambil oleh
pihak kerajaan untuk mengurangkan kesan negatif yang disebabkan oleh peningkatan
hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan supaya pertumbuhan ekonomi negara kita
tidak terjejas. Dengan ini, kerajaan dapat memastika kedudukan kewangan negara berada
dalam keadaan yang lebih sihat dan mengurangkan risiko masalah hutang yang tidak

23
040417-09-0088

terkawal.

24
040417-09-0088

8.0 RUJUKAN

Karya Penulis

1. Suhiliah Mohd. Salleh, 2019.Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Semester 3
Edisi Ketiga. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kamus dan Ensauklopedia

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan Internet

1. Portal Rasmi Kementerian Kewangan Laporan Tinjauan Ekonomi , Tahun(2005-2014).


Dicapai pada 16 September 2023

https://www.mof.gov.my/portal/arkib/ekonomi/ek_main.html

2. Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan,


Tahun (2009-2014).Dicapai pada 19 September 2023.

https://www.anm.gov.my/arkib/terbitan/penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan

Surat Khabar atau Buletin

1. Bernama : “Hutang negara RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK” dlm
Astro Awani, 28 Oktober 2014.

1. Bernama : “ Belanjawan 2023: Paras hutang negara dijangka cecah 61.4 peratus
daripada KDNK” dlm MyMetro , 26 Februari 2023.

25

You might also like