Jika Aku Seorang Jutawan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jika aku seorang jutawan

Setiap orang mempunyai impian. Begitu juga dengan saya. Impian saya adalah
menjadi seorang jutawan.

Jika saya seorang jutawan, saya akan membeli sebidang tanah yang
luas dan memiliki pemandangan yang indah nian. Udara di persekitarannya
hendaklah nyaman. Saya akan membina sebuah vila di sana dan menjemput
semua ahli keluarga untuk tinggal bersama-sama. Saya juga akan membeli
beberapa buah kereta mewah yang saya idam-idamkan.
Di samping itu, saya akan membina sekolah dan hospital di kawasan
pedalaman. Dengan adanya sekolah, penduduk di kawasan pedalaman yang buta
huruf akan berpeluang untuk menimba ilmu. Mereka juga boleh mendapatkan
rawatan yang terbaik dan percuma di hospital yang saya bina.
Selain itu, saya akan menabung di bank. Saya juga akan mendermakan
sebahagian daripada wang saya kepada pusat-pusat kebajikan seperti rumah
anak-anak yatim, rumah orang tua dan rumah orang cacat. Saya hendak
membantu orang yang bernasib malang dan memerlukan bantuan.
Bukan itu sahaja, saya akan membawa ibu bapa saya menjelajah ke
seluruh dunia untuk melihat kebudayaan dan kesenian bangsa-bangsa yang lain.
Saya teringin untuk menjejak kaki ke Negara Eropah yang sering menjadi buah
mulut orang ramai. Saya akan mendalami pengetahuan dalam lapangan seni
muzik yang saya minati.
Saya sedar bahawa bukan senang untuk merealisasikan impian saya.
Oleh itu, saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya yakin, impian saya
akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

You might also like