Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

2.

0 SALUR DARAH
. salur darah ialah suatu bahagian sistem peredaran yang mengangkut darah ke
seluruh badan
. Terdapat 3 struktur salur darah yang paling utama dalam badan iaitu:
i. Arteri
- salur darah mengangkut darah daripada jantung ke seluruh tisu dan organ dalam
badan manusia seperti hati, pankreas dan buah pinggang
- mengandungi dan membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari yang
membawa darah terdeoksigen ke paru-paru.
- darah yang mengalir dari arteri akan bercabang menjadi semakin kecil dan
dipanggil sebagai arteriol
- arteri mempunyai lumen yang kecil dan dinding yang tebal dan berotot untuk
melancarkan peredaran darah ke seluruh badan pada tekanan yang tinggi
- tidak mempunyai injap sabit (yang berfungsi untuk memastikan salur darah yang
memasuki jantung mengalir dalam satu arah)

ii. Vena
- salur darah yang mengangkut darah kembali ke jantung
- mengangkut darah terdeoksigen kecuali vena pulmonari yang mengangkut darah
beroksigen daripada paru-paru ke jantung.
- vena mempunyai lumen yang besar dan dinding yang nipis
- vena nmembawa darah yang bertekanan rendah, oleh itu saluran yang besar
memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah
- setiap vena mempunyai injap sabit agar darah mengalir pada satu arah iaitu hanya
ke jantung dan memastikan tiada darah mengalir ke belakang.

iii. Kapilari
- salur darah yang paling kecil yang menghubungkan arteri dan vena
- memberikan nutrien dan oksigen kepada sel-sel tubuh dan mengangkut pergi
karbon dioksida dan bahan buangan dari sel
- mempunyai saiz lumen yang kecil dan ketebalan dinding yang senipis satu sel
- Dindingnya yang nipis membolehkan pertukaran oksigen, nutrien, karbon dioksida,
dan sisa lain berlaku dengan mudah

You might also like