Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Soalan 1

[Tajuk 5]

Tujuan ujian adalah seperti mendiagnosis murid, menguji pengetahuan sedia ada,
mendapatkan maklumbalas kemajuan murid, menentukan pencapaian hasil pembelajaran serta
mengesan pencapaian pengajaran dan pembelajaran di dalam arena pendidikan. [Oxford Fajar,
2017]

a. Apakah yang anda faham tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Terangkan.
[5 markah]

b. Huraikan dua prinsip dalam pembinaan item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
terhadap pembina item dan murid yang menjawab item.
[10 markah]

Jawapan 1 [tajuk 5]

Contoh jawapan soalan 1a:

 JSU merujuk kepada satu ‘blueprint’ yang terperinci bagi merancang sesuatu ujian
 JSU sekurang-kurangnya terdiri dari dua paksi, iaitu paksi kandungan (kandungan
matapelajaran ) dan paksi kemahiran (aras taksonomi)
 JSU menggambarkan bilangan item, susunan itemnya, mengikut aras kemahiran,
sasarannya, aras kesukaran itemnya serta keseluruhan item yang diuji.
 JSU merangka bidang yang diuji bagi memastikan terdapat kesahan dan
kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dilaksanakan

Mana-mana dua hujah yang releven adalah diterima


[5 markah]

Contoh jawapan soalan 1b:

 Pembina item perlu mematuhi prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan item


 Antaranya akur kurikulum yang merujuk kepada aspek yang ditaksir (konstrak)
 Akur kepada aspek bagaimana pentaksiran itu dilakukan (tajuk/ konteks)
 Keluasan dimensi yang ingin dikembangkan melalui hasil pembelajaran sesuatu subjek
 Konstruk boleh dikategorikan dalam pengetahuan, kemahiran mahupun nilai manakala
tajuk/konteks mestilah terdiri daripada kandungan dalam kurikulum
 Penggubal perlu bermula dengan memperincikan secara jelas jenis pemikiran,
kandungan yang ingin ditaksir, bukti yang diperlukan supaya hasil pembelajaran yang
ditaksir releven dengan tugasan yang murid berikan/lakukan

 Murid diberikan peluang menjawab dari segi pengalaman yang dilalui atau
pendedahan yang diberikan sama ada guru atau rakan sebaya atau media/bacaan
atau apa jua yang terkandung dalam kurikulum
 Item KBAT tersebut mesti menepati JSU supaya tidak terjejas kesahan dan
kebolehpercayaannya
 Item juga mestilah tidak menjejaskan skor yang akur terhadap konstruk dan konteks
yang ingin ditaksir

Mana-mana jawapan lain yang wajar dipertimbangkan

[10 markah]

Markah keseluruhan = 15 markah


Soalan 2

[Tajuk 6]
a. Markah-markah berikut merupakan markah yang diperoleh murid kelas 6 Intelek bagi
Ujian Matematik dan Sains.

Nama Murid Matematik Sains


Abu Bakar 86 35
Omar 90 56
Othman 50 50
Mohan 49 58
Balqis 31 58
Tan 30 61

Hitungkan min, mod dan median dan sisihan piawai bagi kedua-dua ujian.
[5 markah]

b. Dengan menggunakan skor-T, tentukan sama ada pencapaian Othman adalah lebih
baik untuk mata mata pelajaran Matematik atau Sains. Bincangkan jawapan anda.

[10 markah]
Jawapan 2 [ tajuk 6]

Contoh bentuk jawapan soalan 2a:

Ciri Matematik Sains


Min 56 53
Mod Tiada 58
Median 49.5 57
SP 23.95 8.71

1 betul = ½ markah
Semua betul = [5 markah]

Contoh bentuk jawapan soalan 2b:

Pencapaian Othman:
Skor Matematik Sains

Z (50-56) (50-53)
23.95 8.71

= - 0.25 = - 0.34

T 50 + 10 (-0.25) 50 + 10 (-0.34)
= 47.5 = 46.6

1 betul = 1 markah
Jumlah = [4 markah]

Didapati Skor-T Othman iaitu skor-T Matematik bernilai 47.5, manakala Skor-T Sains
pula bernilai 46.6.

Maka, dari skor piawai tersebut menunjukkan bahawa pencapaian Othman adalah
LEBIH BAIK dalam mata pelajaran Matematik berbanding dengan mata pelajaran
Sains

Perbincangan yang tepat = [6 markah]

Jumlah keseluruhan = 15 markah

You might also like