Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGHILAN

PETI SURAT 875


89208 TUARAN SABAH

Telefon : 088-987197 Faks : 088-987346 Emel: XEA4401@MOE.EDU.MY

Ruj.Kami : SMKT.600/2/1/10 (1)


Tarikh : 8 September 2023

IBU BAPA / PENJAGA MURID


SMK TENGHILAN, TUARAN

Tuan/ Puan,
PERINGATAN TERHADAP PEMATUHAN SURAT PEKELILING IKTHISAS BILANGAN 2 / TAHUN 1976, POTONGAN
RAMBUT MURID-MURID

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran,
Sabah No Rujukan : PPDTRN. 100-1/4/2() Bertarikh 26 Januari 2023 adalah berkaitan.

2. Ibu bapa / penjaga diingatkan bahawa potongan rambut murid-murid masih seperti yang ditetapkan dalam
Surat Pekeliling Ikthisas Bilangan 2 / Tahun 1976. Potongan rambut murid-murid dan pekeliling ini telah
berkuatkuasa semenjak ia dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Tiap-tiap murid lelaki DILARANG berambut panjang. Istilah berambut panjang ialah :
a) Di belakang : rambut jatuh melebihi aras dua cuping telinga
b) Di depan : rambut menutup garisan tengah dahi
c) Di sebelah : rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan “sideburn” melebihi
garisan tengah hidung.
d) Di atas : rambut lebih 6cm panjang

4. Murid perempuan yang beragama Islam wajib memakai tudung yang menutup semua rambut. Bagi murid
perempuan yang bukan Islam wajib mengikat rambut menggunakan getah berwarna gelap (hitam atau biru tua)
dengan kemas.

5. Sekiranya murid mengingkari garis panduan tersebut, pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya
seperti menggunting rambut pelajar lelaki. Murid juga boleh digantung penyertaan dalam mana-mana aktiviti
kokurikulum / lawatan / persembahan yang dijalankan di luar sekolah di bawah anjuran sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Sekian, harap maklum.

”MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MARCUS SALAGAN )
Pengetua
SMK Tenghilan

Sk - JPN Sabah
- PPD Tuaran
- HEM
- Fail

You might also like