Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 55

MODUL

IKHTIAR HIDUP KEM KEPIMPINAN


SMK TERUSAN LAHAD DATU

TARIKH : 21 MEI 2022

HARI : SABTU

TEMPAT : SMK TERUSAN LAHAD DATU


ISi KANDUNGAN

KATA- KATA ALUAN

1.0 PENGENALAN

2.0 LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PERKHEMAHAN

3.0 PEMILIHAN KAWASAN TAPAK PERKHEMAHAN /PETA

4.0 ASPEK KESELAMATAN

5.0 KHEMAH

6.0 SIMPULAN DAN IKATAN

7.0 JERAT DAN PERANGKAP HAIWAN

8.0 KESIMPULAN

BOBLIOGRAFI

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN BERKHEMAH

llmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam
pergerakan badan -badan beruniform diseluruh Negara.Pelbagai latihan dan
pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan, Pengalaman
ini tidak terdapat dalam pelajaran yang dipelajari di bilik darjah atau di
rumah.Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang
membesar untuk terus hidup dalam masyarakt yang lebih kompleks dan
mencabar. Banyak faedah yang boleh kita perolehi semasa perkhemahan ini.

Berkhemah merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang


disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan badan -•
badan beruniform. Sehubungan itu, setiap badan - badan beruniform yang ada
seharusnya sedar tentang tujuan dan matlamat utama perkhemahan ini.Mereka
seharusnya merancang dan melaksanakan program perkhemahan ini dengan
bersungguh - sungguh.

Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapan


dan prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktiviti
berkhemah. Walaupun aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah pihak,
namun perkhemahan yang dimaksudkan disini bukan hanya berkhemah
dihalaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak kemudahan awam,
tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh menyebabkan
kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi juga
kepada alam sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidak
diambil perhatian .
2.0 LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PERKHEMAHAN:

2.1 Kebenaran

Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat


penting sekali ialah memohon kebenaran. Kita sebagai seorang remaja,
kebenaran daripada ibubapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus
memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang
yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar tidak boleh dirahsiakan,
malahan ia perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui.

2.2 Laporkan

Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer
taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan
mereka bahawa anda akan melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasan
mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan
keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda
memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh
memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan
tersebut.

2.3 Kawasan Siapa

Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu merupakan kawasan orang
contohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda di
sana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupun
ketua kampung untuk bermalam dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda
memasuki satu perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai adat resam
yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk memperolehi maklumat daripada
mereka mengenai suku kaum & kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan
dan keselamatan kampung tersebut. lni adalah untuk memastikan anda selamat
menetap di kampong tersebut serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak
mengganggu.

2.4 Peraturan

Peraturan yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan.


Namun begitu,anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk
menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama.

3.0 PEMILIHAN KAWASAN/ TAPAK PERKHEMAHAN/ PETA

3.1 Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang
paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya
punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum,
membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG
berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan
dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan
cepat.

3.2 Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan
tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk
mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga
seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.
Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang
besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari
pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan
bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan
begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti
ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh
mengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari
kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat
anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda
juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit
kerana bahaya tanah runtuh.

3.3 Perhubungan

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung


dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon
awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. lni untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika
anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan,
pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan
anda mudah dikesan dari udara.

3.4 Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk


tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan
pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang
pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta
perkhemahan kita menjadi lebih seronok.
3.5 Denai
Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana


dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang
menggunakan denai tersebut.

4.0 ASPEK KESELAMATAN

4.1 Tanda Mengesan Dan Semboyan

A) Tanda
Mengesan

Tanda mengesan adalah bertujuan untuk memberitahu ahli yang berada di


belakang tentang arah anda dan untuk menyelamatkan anda daripada tersesat.
Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kawasan yang
dilalui dean mudah dilihat seperti batu, ranting, kayu, rumput, daun kayu,
garisan di atas tanah dan sebagainya. Tanda-tanda mengesan yang biasa
digunakan adalah seperti rajah di bawah:-

Ikut arah batu keeil Ikut jalan ini

X
Jangun ikut jalan
ini
Ikut arah kayu yang hipatahkan Ikut arah huung rumput

c
0 o

0
Saya sudah pulang Ada orang sakit

I X
Ada binatang bahaya
I
Ada air bersih iut anak
panah

I I I ] a2 ' a .h-

Tunggu di sin: Ikut ke kiri

Ikut ke kanan Ada perkhemaban


III

111
Kamu berpecah; tiga ke kiri
dan tiga ke kanan Ada bahaya

Jalan terus

B) Semboyan

Selain kemahiran mengesan tanda, kemahiran penyampaian berita secara sulit


dan menggunakan semboyan juga perlu ada. Kemahiran menghantar berita dan
menggunakan semboyan ini sangat penting dan perlu diketahui terutama sekali
semasa mengembara di hutan, di kawaan bukit-bukau dan semasa menghadapi
kesulitan. Semboyan digunakan untuk berhubung di dalam hutan atau semasa
mengadakan perkhemahan. Latihan menghantar semboyan adalah satu aktiviti
yang menyeronokkan. Penghantar isyarat semboyan sangat penting apabila
tersesat di dalam hutan. Tujuannya ialah untuk memudahkan pasukan
penyelamat bertindak dengan segera. lsyarat semboyan boleh dihantar dengan
pelbagai cara.
i) Penggunaan lsyarat Wisel
Penggunaan isyarat wisel dalam perkhemahan atau pengembaraan adalah
untuk memberi isyarat kepada ahli-ahli. Antara beberapa isyarat wisel ini ialah:-
Bunyi Wisel Makna
Satu tiupan panjang Sedia dan diam (Dengar
arahan
selanjutnya).

Tiupan panjang perlahan-lahan Pergi jauh lagi, melebar,


dan berturut-turut berselerak dan pergi
keluar.

Tiupan pendek tajam Berkumpul, datang


berturut- turut segera,atau datang semua

Tiupan berselang-seli pendek Bahaya, awas dan sedia


dan panjang berturut-turut
Tiga tiupan pendek diikuti dengan Ketua Patrol sila
satu tiupan panjang berkumpul

ii) lsyarat Menggunakan Api

Ada sesetengahnya menggunakan api dan asap untuk menghantar berita.


Mereka menggunakan asap pada waktu siang dan api pada waktu malamnya.
Pada waktu malam, api boleh digunakan sebagai semboyan. Api dinyalakan
dengan menggunakan ranting dan dahan kayu kering. Dua orang hendaklah
memegang kain selimut di hadapan api kea rah orang yang hendak
dituju. Tujuannya ialah supaya api itu tidak dapat dilihat oleh orang
berkenaan. Kemudian jatuhkan selimut dan kira bilangan dua bagi nyalaan
pendek dan enam bagi nyalaan panjang. Tutup atau lindungi api itu dalam
kiraan empat bagi
setiap kali nyalaan. Makna semboyan api adalah sama dengan makna kepulan
asap pada waktu siang. Lampu picit juga boleh digunakan untuk menggantikan
nyalaan api dan kaedah ini lebih cepat dserta mudah berbanding dengan
nyalaan api kayu.

Penerima isyarat

iii) lsyarat Menggunakan


Asap

Asap boleh digunakan untuk memberi isyarat kecemasan dan sebagainya. Untuk
membuat semboyan asap, kumpulkan ranting dan dahan kayu kering, kemudian
nyalakan ranting dan dahan kayu tersebut. Setelah api menyala, letakkan daun
atau rumput basah di atas api supaya mengeluarkan asap. Tutup api
dengan guni atau selimut yang basah. Buka guni atau selimut itu supaya kepulan
asap dapat keluar. Kemudian tutup semula. Panjang dan pendeknya kepulan asap
itu bergantung pada lamanya guni itu dibuka. Buka guni dalam hitungan dua
saat bagi kepulan asap yang pendek. Seterusnya tutup semula dengan
hitungan lapan. Bagi menghasilkan kepulan asapa yang panjang, buka guni
tersebut dengan hitungan enam. Setiap hitungan bermakna satu saat. Makana
kepulan asap besar yang perlahan-lahan dan berturut-turut tiga kali ialah "mara".
Kepulan kecil yang berturut-turut bernakna "berkumpul". Kepulan asap yang
bersambung tidak putus-putus bermakna "berhenti" dan kepulan asap kecil dan
besar bergilir bermakna "berbahaya".
Orang Red Indian di Amerika menggunakan isyarat asap

iv) Semboyan Semaphore dan


Morse

Kod Semaphore dan Morse ini adalah untuk membuat semboyan. Kod ini
berguna untuk menghantar maklumat ke tempat yang agak jauh.

Semboyan Semaphore memberi isyarat antara satu sama lain dengan


menggunakan tangan dari sudut yang berlainan. Semboyan ini mudah dipelajari.
Setiap abjad diberi dengan menggunakan tangan pada sudut-sudut yang
berlainan dan sudut-sudut-sudut itu hendaklah diberi dengan tepat.
Gambarajah di bawah menunjukkan abjad-abjad Semaphore dengan
menggunakan dua helai bendera seperti yang dilihat oleh penerima maklumat.

Morse merupakan semboyan yang boleh digunakan untuk menghantar maklumat


yang agak jauh dengan cara titik ( dot) dan garis ( dash) beserta bunyi.
Alat pendesing digunakan untuk membuat bunyi panjang dan bunyi pendek
bagi mewakili titik dan garis. Anda juga boleh menggunakan cahaya lampu picit
untuk
la


1 4/1 B/2 €3


r:
i: i
p


l


z Numeral
A em M m Y
B m ee N e
Z1 0I ••
C
D
em
e « •
Pe
O
• 2·0
E
F e@
• QI •
@ Re
3·em
o 4@@@el
G e See@ 5@@@@@
He@@ Tm 6lee@@
l eo Ue op 7IA···
Vee@ 8N Ree
KJ B·-e-m - We
9 •
Le ee XI e em 0A
Kod Abjad Morse

4.2 Alat Pertolongan Cemas


Alat pertolongan cemas perlu disediakan kerana alat ini penting bagi
setiap pengembaraan dan perkhemahan. Alat dan ubat-ubatan yang perlu
hendaklah disimpan di dalam peti pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas
mestilah diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan digunakan . Biasanya
peti diletakkan di bahagian atas ransel. Alat-alat prtolongan cemas yang perlu
dibawa bersama semasa mengembara dan berkhemah ialah:-
i) Pembalut gulung yang berbagai saiz dan jenis
ii) Larutan pembasmi kuman seperti Dettol
iii) Panadol atau sebarang ubat sakit kepala. (Aanda hendaklah
tahu peraturan memakannya dan bilangan dos yang perlu.)
iv) Kapas, gunting, pin penyemat dan
penyepit. v) Ubat Iuka (ubat airwarna kuning
atau biru)
vi) Minyak angin dan ubat gosok sakit perut dan sakit biasa
vii) Vicks untuk sakit tengkuk dan selsema.
viii) Dan ubat-ubat yang difikirkan perlu
4.3 Aspek keselamatan kawasan perkhemahan.

A) Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.

B) Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan


binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.

4.4 Keselamatan Khemah

• Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir


dengan khemah.
• Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
• Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
• Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau
binatang lain daripada memasuki khemah.
• Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
• Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih
dan kemas.
• Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
• Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk
digunakan.

4.5 Penjagaan Khemah

• Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.


• Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
• Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan
pencuci yang mengandungi bahan kimia.
• Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat
daripada ancaman haiwan perosak dan di tempat yang kering.
• Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah
diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.

4.6 Peraturan Keselamatan Perkhemahan

t Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan


keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
t Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
t Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman,
pakaian dan tapak perkhemahan.
t Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa
menghormati serta menghargai kawasan sekitar.
t Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam
menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
t Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.Mengutamakan
aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.
t Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau
kepada pengerusi jawatankuasa perkhernahan jika menghadapi kesulitan
seperti masalah kesihatan dan keselamatan.
t Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa
berhenti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang
kecemasan.
t Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah
ditetapkan jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik.
0 Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata
api, dadah dan alat-alat yang menyalahi undang-undang.
0 Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan
yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.
5.0 KHEMAH

5.1 MENDIRIKAN / MEMASANG


KHEMAH

Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi


berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya, Khemah diperbuat daripada
kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya.Pada masa
kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah
ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahan.

Anda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah.


Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding,
bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau
besi pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin.
Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain
itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge.

Rajah 5.0 : Bahagian --Bahagian Khemah


5.2 JENIS- JENIS KHEMAH

Khemah satu tiang adalah ringan dan senang didirikan. Khemah jenis ini
sesuai untuk perkhemahan ringkas. la boleh ditegakkan dengan menggunakan
satu tiang seperti pada rajah. Khemah satu tiang juga dapat digunakan oleh
seorang atau dua orang peserta sahaja.

Rajah 5.1 : Khemah Satu Tiang

1) Khemah Bentuk 'A'

Khemah Bentuk 'A' dapat digunakan oleh tiga hingga enam orang peserta.
Khemah jenis ini sesuai digunaakn untuk mengahadiri perkhemahanringkas
dan kumpulan. Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta ringan. la
boleh ditegak dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang
bumbung. Anda juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan bagi
membentuk bumbung khemah seperti penerangan dalam tajuk mendirikan
khemah.
2) Khemah Bentuk
Dinding

Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk perkhemahan kumpulan.


Khemah ini senang dibawa,disimpan dan didirikan. Bentuk Khemah ini lebih
kurang sama dengan khemah bentuk' A' . Khemah bentuk dinding mempunyai
penahan angina atau hujung bahagian tepi. Penahan angina ini tingginya lebih
kurang 15 -25 sentimeter. Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter
panjang dan 3.9 -4.2 meter lebar(termasuk penahan angin).

Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan patrol. Harganya tidak mahal
berbanding dengankhemah bentuk lain. Khemah ini lebih selesa digunakan
dan mempunyai ruang yang luas untuk berehat.

Rajah .3 Khe mat bertuk dinting

Rajah 5.2 : Khemah Bentuk Dinding 1

Rash 64 Joris ioduua khernah benvu k ding

Rajah 5.3 : Khemah Bentuk Dinding 2


Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu patrol yang mempunyai ahli lebih
kurangenam hinggalapan orang. Caramendirikan khemah jenis ini sama
dengan cara mendirikan khemah bentuk 'A'.

3) Khemah Ridge

Sekarang kebanyakan kumpulan menggunakan khemah ridge untuk


berkhemah. Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi berkhemah dikawasan
pergunungan, ditepi sungai, jambori dan sebagainya.Khemah ini sesuai
untik tiga hingga sepuluh orang peserta. Khemah ini boleh dikelaskan
kepada 3 jenis, iaitu khemah ridge jenis helaian terbang (tent barque
double), khemah ridge dua tiang dan khemah ridge besar.

khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan. Biasanya,
khemah jenis ini diperbuat daripada nilon atau terilin. Tiang khemah ini
diperbuat daripada aluminium atau aloi (pancalogam).Khemah ini dapat
memuatkan antara empat hingga tujuh orang peserta.

Rajah 5.4: Khemah Bentuk Helaian Terbang


Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang sama dengan bentuk khemah
dinding. khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian bumbungnya.
Khemah ini lebih mahal harganya, namun kebanyakan kumpulan
menggunakan khemah jenis ini.Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga
enam orang peserta.tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.

Rajah 5.5: Khemah Bentuk Ridge Dua tiang


Khemah rigde besar biasanya diperbuat daripada kanvas. Khemah jenis ini
terdapat dalam berbagai - bagai saiz dan berat. Misalnya, 35 kg, 40 kg
dan tank 110kg. Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10 hingga 40
orang penghuni. Biasanya, khemah ini digunakan diperkhemahan tertentu dan
terlampau berat untuk dibawa. Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan
tentera Negara kita. Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

l' •
Rajah 4.6: Khemah Bentuk Ridge Besar

5.3 Memilih Tapak Mendirikan Khemah

1. Tanah atau tapak yang rata.

A) Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan


pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau
berehat.

B) Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada


kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi
tapak khemah tersebut.

C) Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air


bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika
hujan turun.

2. Berhampiran punca air.

A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus


difikirkan ialah mengenai punca air bersih.

B) Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan


sebagainya.

C) Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak


kira ungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi
air
tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku
kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang
boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.

D) Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya


dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.

3. Jauh daripada dahan mati.

A) Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada


kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar
di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting
yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.

B) lni penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan,
ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang
yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.

4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.

A) Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting
untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi
sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.

5. Mudah untuk mendapatkan bantuan.

A) Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan


kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan
jika berlaku sebarang kecemasan.
B) Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan
kampung, laluan orang atau mudah dihubungi.

C) Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada


pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.

6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.

A) Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar


yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira.

B) Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati,


tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan

banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.

7. Arah Kiblat

setibanya di suatu lokasi yang sesuai, yang perlu di perhatikan adalah di


mana arah kiblat daripada kawasan tersebut, dan jadikan kawasan tersebut di
hadapan, atau wujudkan satu lokasi untuk menunaikan Solat. Sekiranya ada
orang yang ingin mendirikan Solat di tempat itu, dia tidak menghadap apa-
apa aktiviti menusia.

8. Arah Laluan Angin

Walaupun keadaan angin tidak menentu, tetapi ini boleh di perhatikan


melalui bentuk muka bumi dan kawasan laluan angin "majoriti". Setelah
perkara• perkara ini diketahui, barulah kita cuba memenuhi kriteria asas yang
lainnya
► Khemah perlu didirikan di tempat yang redup tetapi tidaklah secara tepat
dibawah pokok. Khemah yang redup boleh membuatkan khemah tidak
berbahang pada waktu siang. Khemah yang berada secara tepat di bawah
pokok boleh mengundang kecelakaan daripada dahan yang rapuh,
kebarangkalian pokok di panah petir dan juga kebarangkalian, binatang di
atas
pokok jatuh atas khemah.
► Khemah patut di dirikan tidak menghadap laluan angin secara berdepan
dan tidak membuatkan kaki mengadap Kiblat. Jadi, pandai-pandailah
mengatur. Khemah yang berada dalam laluan angin ( pintu menghadap angin )
mempunyai risiko untuk tumbang. Sekiranya hujan, khemah yg berada
dalam laluan angin lebih mudah dimasuki tempias, air dan pasir.

► Sebaiknya khemah perlulah jauh dari sebarang sarang binatang. Jadi,


sebelum khemah di pasang, pastikan juga tiada sarang -sarang di tanah
seperti sarang semut, tebuan, ular dan kala jengking. Khemah juga perlu
di jauhi daripada kawasan berdekatan dengan semak dan lalang.

► Pastikan khemah berada di lokasi yang ideal seperti jauh dari tempat
berlaku kemalangan. Sebagai contoh, khemah yang berada berdekatan
dengan sungai, mempunyai risiko dilanda "kepala air". Khemah seboleh nya
didirikan di tempat yang rata. Sekiranya tedapat benjolan sedikit, kawasan
tersebut boleh di ratakan sedikit dengan menambah atau mengurangkan tanah,
atau menambah bahan- bahan seperti daun.
Rajah 4.7: Tentukan Arah Angin Mengikut Musim

4.8 Kayu Pancang Dan Cara Memancang


Sesetengah khemah seperti khemah bentuk dinding dan khemah bentuk 'A'
tidak mempunyai pancang yang telah siap. Pancang khemah ini perlu dibuat
dikawasan perkhemahan. Biasanya khemah bentuk ridge mempunyai pancang
yang telah siap. Apabila berkhemah dikawasan berpasir, tanah lembut dan
semasa angina bertiup kencang, pancang yang telah siap tidak sesuai
digunakan. lni kerana pancangnya pendek.

Pancang yang dibuat daripada batang kayu sebesar ibu jari kaki dan
panjangnya 0.3 -0.4 meter boleh dibuat dikawasan perkhemahan. Hujung
panjang ditajamkan seperti pada rajah 4.8(a). Pancang juga boleh dibuat
daripada kayu yang leper (pa pan) seperti pad a rajah 4.8(b ). Apa bi
la memancang tali khemah, pancang yang digunakan seharusnya diketuk
dengan pengetuk supaya kedudukannya bersudut tepatdenhan tali
khemah dan bersudut 45° dengan tanah seperti pada rajah 4.8(c). Setelah
memastikan kedudukan pancang betul dan teguh,anda boleh mengikat tali
khemah pada pancang tersebut.

Terdapat dua cara mengikat tali khemah pada pancangnya apabila tali khemah
yang telah siap dengan pengubahsuainya seperti pada rajah 4.8 (d),anda
boleh menegang dan mengendurkan tali khemah dengan cara mengubah
kedudukan kayu pengubahsuainya. Cara yang kedua ialah anda boleh
menggunakan ikatan belitbagi mengikat tali pada pancangnya. Biasanya,
seorang yang belum mahir berkhemah,akan mengikat tali pada pancangnya.
Selepas itu, barulah mereka mengetuk pancang kedalam tanah. Keadaan ini
menyebabkan tali khemah akan menjadi kendur dan pancang menjadi
tidakteguh dan kemas.

Tali khemah pada pancang seharusnya dikendurkan sedikit ikatannya sewaktu


hujan. Tali khemah akan menjadi semakin tegang sewaktu hujan
kerana
proses pengecutan dan ditimpa hujan. Tali yang terlampau tegang
boleh menyebabkan khemah mudah rosak dan koyak.

Rajah 5.8:(a) & Rajah 5.8:(b)Pancang Daripada Kayu Yang Leper

(c} ecuduan peonoang id Cara menget pancong kherah

Rajah 5.8 :(c) & Rajah 5.8 (d) Cara Mengetuk Pancang Khemah
5.4 Mendirikan Khemah

Setelah menetapkan kawasan untuk mendirikan khemah, kitahendaklah


mengetahui cara mendirikan khemah. Secara amnya terdapat dua cara
mendirikan khemah, iaitu cara mendirikan khemah bentuk 'A' dan dinding serta
nara mendirikan khemah bentuk ridge.

i) Mendirikan khemah Bentuk 'A' dan


Dinding

Kedua- dua jenis khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan duabatang
tiang dan satu batang kayu bumbung. Potong kayu atau buluh yang tingginya
antara 1.2-1.5 meter untuk tiang khemah. Kemudian, tanamkan kedua -dua
tiang khemah. Selepas itu, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat
seraya. Seterusnya pasang helaian khemah seperti pada rajah 4.9

Rajah 4.9 :Cara Memasang Helaian Khemah


Rajah 4.10: Cara Memasang Khemah Yang Ringkas

Kadangkala semasa kecemasan, kita boleh mendirikan kedua-dua jenis


khemah ini dengan menggunakan seutas tali. Kita seharusnya mencari dua
batang pokok yang jaraknya sesuai untuk membentang khemah. lkat batang
poko tersebut dengan menggunakan lilit dua simpul. Kemudian, pasangkan
hekaian khemah seperti rajah 4.10 kita seharusnya membalut pokok tersebut
untuk mengelakan berlakunya kerosakan disebabkan oleh talipada pokok yang
digunakan.

ii) Mendirikan Khemah Bentuk Ridge

Khemah ridge dua tiang merupakan khemah pasang siap. Khemah jenis ini
dapat didirikan dengan membentangkan ground sheet ditempat yang akan
didirikan khemah.

1. Pancangkan keempat -- empat penjuru dengan tegang seperti


pada rajah 4.11 (a ).
2. Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah
3. Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan
yang betul seperti rajah 4.11 ( b ).
4. ketuk pancang dan ikat tali dipancang pada rajah 4.11 ( c ).
5. Dirikan tiang khemah perlahan -- lahan pada rajah 4.11 ( d
).
6. lkat dengan tegang tali khemah seperti pada rajah 4.11 ( e ).
Beberapa peringatan yang harus diikuti oleh setiap peserta semasa mendirikan
khemah ialah:

1. Parit -parit kecil disekeliling khemah seharusnya dibina


supaya air hujan yang turun dapat mengalir jauh dari khemah.
2. Tali khemah seharusnya diikat dengan tegang dan betul ke
pancangnya supaya khemah tidak menggelendong.
3. Jarak antara khemah tidak terlalu hamper. Keadaan ini boleh
menyebabkan pergerakan dalam khemah merbahaya.Jarak yang terlampau
jauh pula akan menyukarkan perhubungan antara peserta .Jarak yang sesuai
adalah lebih kurang 3.4 meter.
4. Apabila berkhemah dihutan, kita :'--

nyamuk dan serbuk sulfur(belerang). Serbuk st
khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripa
waktu malam.

I
(d)

....:- ·~'"·
-►
,. .

~-
1.
-

-.
A t =

l
(e
Rajah 5.12: Beberapa Khemah Yang Telah Siap Dipasang

5.5 Membuat
Pondok

Untuk tinggal dengan selesa dalam perkhemahan, mestilah tahu membuat


pondok pisang sesikat bagi tempat berteduh semalaman. Tetapi kalau hendak
tinggal disitu lebih lama, perlulah membuat pondok biasa.

i) Langkah Permulaan
Pastikan tempat perlindungan yang dibuat bergantung kepada keadaan tempat
dan cuaca. Perhatikan dari mana angin bertiup dan buatlah pondok itu
membelakangkannya dengan tempat api di sebelah depan pondok itu. Kalau
kawasan persekitaran tapak perkhemahan terdapat banyak pokok dan sudah
mendapat kebenaran menggunakannya, ada beberapa jenis perlindungan yang
boleh di buat.

Ii) Jenis-Jenis Pondok dan Cara Membina


a) Pondok Pisang Sesikat
Pondok pisang sesikat adalah jenis pondok yang paling mudah dibuat. Cacakkan
tegap-tegap dua batang tiang, dan diatasnya palangkan sebatang kayu sebagai
tulang bumbung. Pada tulang bumbung itu sandarkan dua batang tiang
penyokong dan beberapa batang kasau yang kecil menghala kea rah angina
bertiup. Di atas kasau-kasau ini lintangkan pula beberapa batang kayu
untukmenahan rumput, lalang, dahan-dahan kecil atau sebarang benda yang
digunakan sebagai atap.

Jika untuk seorang, pondok ini boleh dibuat kecil sahaja, kira-kira 3 kaki tinggi di
depan, 3 kaki lebar dan 6 kaki panjang. Lebih kurang 4 kaki di hadapan
pondok itu dibuat tempat api. Sekiranya pondok itu untuk lebih daripada
seseorang, buatlah 5 atau 6 kaki tingginya di hadapan, 6 atau 7 kaki lebar, supaya
beberapa rakan boleh berbaring di dalamnya dengan kaki mengarah kea pi.

Apabila mengatap pondok, mulakanlah dari bawah dan susun atap itu berlapis•
lapis seperti menyusun atap genting supaya tidak masuk air. Sebagai atap,
bolelah menggunakan dahan, daun, rumput, kulit kayu atau ranting-ranting yang
telah dianyam. Setelah atap itu siap dinaikkan, eloklah letakkan dahan atau
kayu di atasnya sebagai penghimpit supaya atap itu tidak diterbangkan angin .

..•
• •
1•
Pondok pisang sesikat, paling mudah dan cepat

membuatnya b) Lain-lain Jen is Pondok

Jika ingin membuat pondok yang lengkap, pasangkan pisang sesikat kepada
kedua belah tulang bumbung. Tetapi pondok pisang sesikat sahaja pun sudah
mencukupi untuk kebanyakan orang.
Lagi satu cara untuk membuat pondok ialah dengan menyandarkan sebatang
kayu kepada cabang pokok kira-kira lima kaki tingginya dari tanah. Kayu itu
digunakan sebagai tulang bumbung. Pangkal kayu itu diletakkan tujuh kaki
jauhnya daripada pangkal pokok, menghala kearah angina bertiup. Kemudian
sandarkan beberapa kerat kayu pada tulang bumbung itu dan akhir sekali diatap
seperti mengatap pondok pisang sesikat juga.
Ditempat yang susah mendapat kayu, bolehlah membuat pondok seperti orang
di Afrika Selatan iaitu dengan jalan menyusun ranting-ranting kayu lembut
menjadi dinding berbentuk separuh bulatan untuk melindungi angina dan buat
tempat api di hadapan pintunya.

Jika khemah atau pondok itu terlalu panas kerana matahari, selimutkan dengan
gebar atau letakkan dahan-dahan atau daun-daun di atasnya. Semakin tebal
atapnya, semakin sejuklah khemahitu dalam musim panas. Jika pondok itu
terlalu sejuk pula, tebalkan bahagian bawahdindingnya, atau buat tembok
daripada tanah kira-kira sekaki tingginya di sebelah luar pondok itu.
Parit hendaklah digali disekeliling pondok itu supaya tidak dimasuki air pada
masa huian lebat.
Sebatang kayu yang disandarkan pada cabang pokok boleh
menjadi tulang bumbung pondok.

Pondok orang Zulu dibuat dengan memacakkan anak-anak kayu


panjang dan jadikan satu bulatan. Hujungnya dilentur ke tengah dan
diikat untuk
menjadi rangka pondok.

5.6 KEDUDUKAN KHEMAH, PINTU GERBANG DAN PAGAR KAWASAN


Apabila tiba disesuatu tapak perkhemahan,semuapeserta dan pemimpin
hendaklah memastikan supaya semua peralatan yang dibawa diturunkan dari
kenderaan. Pemimpin unit perlu memilih tempat untuk berkhemah .Pemimpin
unit seharusnya memikirkan kedudukan kawasan secara keseluruhan bagi
perkhemahan tersebut. Seperti kawasan dapur,khemah,perhimpunan,
sembahyang dan sebagainya.

Kedudukan khemah patrol dan semua kawasan seharusnya disusun supaya


teratur, kemas dan seimbang. Tindakan dan keputusan pemimpin unit perlu
dicapai dengan segera dan tepat. Selepas itu,pemimpin unit boleh memberi
taklimat ringkastentang susunan kawasan perkhemahan. Beliau hendaklah
membahagikan tugas kepada setiap peserta. Contohnya pemimpin unit boleh
membahagikan dua atau tiga orang untuk satu patrol untuk mendirikan khemah
masing -masing.
Dua orang menyiapkan kawasan dapur dan tiga orang lagi menyiapkan
kawasan perkhemahan. Tindakan menyiapkan kerja seharusnya segera,
teratur dan mengikut system berpatrol. Keadaan ini perlu supaya kerja dapat
disiapkan dengan segera. Apabila perkhemahan patrol,ketua patrol perlu
bertindak sebagai ketua untuk melakukan pemilihsn,layout dan sebagainya.
Kawasan perkhemahan perlu dipagar dan berpintu . Apabila sesuatu kawasan
telah dipagar,bermakna ia menjadi hak milik sesuatu kumpulan atau patrol
itu sepanjang masa perkhemahan tersebut. Sehubungan itu, pemimpin unit
atau ketua patrol mestilah cekap dan tepat.

Semasa memilih keluasan kawasan perkhemahan. Keluasan sesuatu kawasan


perkhemahan seharusnya sesuai dengan bilanganpeserta. Jika kawasan
perkhemahan terlampau luas,sudah tentu memerlukan peserta yang ramai .
Sebaliknya, kawasan yang sempit pula, akan menjadi sesak. Antara aspek
yang perlu diteliti ialah susunan kedudukan khemah,gejek,pagar kawasan,pintu
pagar dan pintu gerbang.
i) Layout Kawasan

Kemahiran dan kreativiti layout sesuatu perkhernahan amat penting bagi


keselesaan,keseronokkan dan mengurangkan tahap kemalangan peserta.
Layout dan pintu gerbang merupakan daya penarik bagi pelawat meninjau ke
sesuatu kontinjen semasa jambori negeri, Negara dan dunia. Penyusunan dan
kedudukan sesuatu kawasan perkhemahan mestilah teratur, kemas dan
bersesuaian cara mengatumya. Biasanya,kawasan dapur diletakkan
dibahagian belakang kawasan perkhemahan. Arah angina bertiup juga perlu
diambil kira semasa menyusun kedudukan dapur untuk mengelakan daripada
asap masuk ke dalam khemah.

5
Genders
~
lawas.an pervirunaen t
[l

Pint bolakang

[--·- Ir-_/_( '11_1,n_sh_~_l_rnl_--,


senbahying
Kaw n a

1.Lutswrg teal
5.Lunag eriog
6. Ala#nan sap

Rajah 5.13: Contoh Kawasan Perkhemahan Satu Patrol


Layout kawasan perkhemahan perlu mengambil kira keluasan kawasan dan
ruangan yang tertentu seperti ruangan untuk sembahyang,rehat, khemah
patrol,perhimpunan,pameran dan sebagainya. Faedah membuat layout
disesuatu perkhemahan mempunyai asas persamaan dengan layout sebuah
rumah kediaman. Rajah 4.14 dan Rajah 4.15 menunjukkan contoh layout bagi
kawasan perkhemahan satu patrol dan layout bagi kawasan perkhemahan satu
kumpulan. Anda boleh mengubahsuai dan menambahkan sesuatu kawasan
perkhemahan dengan ruangan -ruangan yang lain.

Pun tan

1
~~/
\

h- =
t Ludden« g
%
rrgt ref
2 Lwtw» test tu y
«d eaten
aia 6.2Su kw.un per hmatn umnpu
ion

Rajah 5.14 : Satu Kawasan Perkhemahan Berkumpulan


Rajah 5.15 :Contoh Layout Kawasan Dapur

ii) PINTU GERBANG

Pintu gerbang merupakan satu kraf perkhemahan yang sangat penting. Pintu
gerbang yang didirikan merupakan lambing dan identity sesuatu kumpulan dan
patrol. Pintu gerbang juga merupakan daya penarik yang istimewa untuk
menarik pelawat dan peserta lain yang melawat ke kawasan perkhemahan
.terutama semasa diadakan Sesuatu jambori. Nama Sesuatu kumpulan dan
patrol dapat dipamerkan dibahagian hadapan pintu gerbang.

Berbagai - bagai jenis dan bentuk pintu gerbang boleh didirikan. Bentuk dan
rekaan sebuah pintu bergantung kepada idea -idea dan kreativiti sesuatu
kumpulan dan patrol. Seboleh -bolehnya anda perlulah menggunakan bahan •
bahan yang didapati dikawasan perkhemahan. Contohnya, menggunakan
batang kayu,ranting kayu, daun-daun kayu, buluh dan sebagainya. Untuk
membinanya pula kita tidak perlulah menggunakan sebarang paku besi
semasa mendirikan pintu gerbang.
Terdapat 2 jenis pintu gerbang bagi Sesutu perkhemahan iaitu satu pintu
gerbang dihadapan dan satu pintu dibelakang. Biasanya pintu gerbang
dibahagian hadapan direka lebih menarik,elok, dan kemas. Pintu gerbang
dibahagian belakang didirikan lebih ringkas tetapi kemas. Pemimpin boleh
mengadakan pertandingan membins pintu gerbang.

Berbagai -bagai bentuk pintu gerbang yang boleh dibina oleh sesuatu
kumpulan atau patrol

1. Pintu gerbang hadapan perlu ditulis nama patrolatau kumpulan


berkenaan. Tulisan ini boleh dibentuk dengan ranting kayu atau buluh kecil yang
diikat atau dibentuk huruf dengan menggunakan tali.
2. Daun pintu gerbang boleh dibuat. Pintu gerbang ini seharusnya senang
dibuka dan ditutup.
3. Biasanya lebar pintu gerbang bahagian hadapan ialah 1.82 - 3.65
meter.Tinggi pintu gerbang 2.13-3.04 meter.

Rajah 5.16:Contoh Nama Ditulis Pada Gerbang


Rajah 5.17: Contoh Pintu Gerbang Yang
Ringkas

Rajah 5.18: Pintu Counter Balance (Menggunakan Tali)

Rajah 5.19: Pintu Counter Balance (Menggunakan Kayu)


Rajah 5.20 :Contoh Pintu Gerbang

Rajah 5.21 :Contoh Pintu Gerbang

iii) Pintu Belakang

Kebanyakan peserta yang menyertai Sesuatu perkemahan tidak membins


pintu bahagian belakang. Pengamatan dan pengalaman mendapati peserta
perkhemahan hanya membinapintu gerbang bahagian hadapan dan membuat
pagar sekelilingnya. Keadaan ini sudah tentu tidak selari dengan
keadaan
sebenarditempat kediaman. Setiap perkhemahan perlu mempunyai
pintuhadapan dan pintu belakang. Apabila mereka ingin keluar dari kawasan
khemah, mereka tidak perlu melangkah atau menyusur pagar yang dibina
kerana tidak ada pintu belakang.

Setiap kawasan perkhemahan sekurang -- kurangnya perlu mempunyai dua


pintu pagar ,iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang.Pintu dibahagian
belakang biasanya dsibuat berhampiran dengan kawasan dapur.Biasanya
pintu belakang ringkas dan mudah dibuat. Banyakcontoh pintu belakang yang
anda boleh lakukan.Biasanya pintu belakang lebarnya lebih kurang 1.2 -1.8
meter. Rajah 4.22 (a), (b) dan (c) dibawah adalah beberapa contoh pintu
belakang yang boleh dibuat disesuatu kawasan perkhemahan.

~ llUl""'llb""'°.11 ....1
supaye pintu boie h
tutu/p serua

Ouluh dtetuk

Rajah 5.22: (a), (b) & (c)


Contoh Pintu Belakang

(c)
iv) Pagar Kawasan

Sesuatu kawasan perkhemahan perlu diadakan pagar. Pagar sangat penting


bagi sesuatu kawasan perkhemahan. Tujuan diadakan pagar adalah untuk
menjaga keselamatan daripadabinatang buas dan orang jahat. Pagar
merupakan kawasan sesuatu kumpulan atau patrol. Apabila malam ,binatang
luas akan terhalang daripada memasuki kawasan perkhemahan.

Kemungkinan orang yang mempunyai niat jahat memasuki kawasan


perkhemahan dapat dicam oleh pasukan pengawal. Pagar sesuatu kawasan
boleh dibuat daripada berbagai -bagai jenis bahan seperti tali,ranting kayu,
dan sebagainya. Beberapa contoh pagar yang boleh dibina seperti rajah
dibawah.

Bulutaryu iang
pagar

Butt/yu tiang pgar

{#yg\an..wr
+vu[ti,
..
Rajah 6.13 Cantoh pogr

Rajah 5.23 : Contoh Pagar


1. cara ikatan
IKATAN MANUKIkatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau

pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya,

ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan

untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).

SIMPULAN BUKU SILA

Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah

lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal,

bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

IKATAN SERAYA

Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat

jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.


IKATAN BALAK digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar

supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan

dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)

SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL

Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana

cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal


Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air


dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga
menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum
dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit
doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di
atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-
pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah
masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ?
Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman
yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak
ditiup angin.

Kebaikkan Menggunakan Lubang Api


1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh

Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta


1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa


helai daun kelapa atau daun pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat
lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan
mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan
bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah
separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan
daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar
apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam
bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak
ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk
melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah.
Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.

Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan


beberapa helai daun pisang muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci
sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya
(seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran
beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4
penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan.
Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali,
sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga
mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering.
Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.

Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist,


dan beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah
di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian
buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit
luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan
yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke
dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas.
Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk
limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur
tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran
perisa limau dan telur tadi.

Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat


Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.
Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat
tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga
tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah
atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan
tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi
kelihatan kering dan merekah.

7.7 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan


serangan ular, antaranya adalah :

► Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya menyerang

apabila
seseorang memijak badannya secara tidak sengaja
► Jangan menghampiri,cuba memegang atau bermain-main dengan ular
yang kita temui

► Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau galah dan
bukan menggunakantangan

► Memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular ialah di
bahagian bawah kaki.

► Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur, sleeping


bag, kasut, stokin dan beg untuk mengelakkan ular bersembunyi di situ.

► Jika terserempak dengan ular, bertenang dan berundur perlahan•


lahan ke belakang

► Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan


kayu panjang dan memukul ke arah kepalanya, awas,
ular
yang cedera lebih merbahaya dari ular-ular normal yang lain, oleh
itu pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.

selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi


menangani serangan ular :

► Periksa kawasan sekitar sebelum anda mengambil sesuatu daripada


Tanah.

► Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. ualr amat


menyukai kawasan tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya
dengan hanya
berjuntai di ranting kayu.
► Sentiasa membawa senjata tajam seperti parang ataupun pisau

► Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat membantu


jika salah seorang drp mereka di serang atau di patuk ular.

► Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular.


la berguna untuk panduan sekiranya anda berada di kawasan
yang
terdapat haiwan ini.

► Elakkan berenang atau mandi di kawasan air yang keruh.

► Gunakan belerang untuk menghalau kehadiran ular di


tapak perkhemahan.

► Bagi tujuan keselamatan, semua spesis ular hendaklah di


anggap berbisa

TANDA-TANDA PATUKAN ULAR BERBISA

Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis berbisa adalah


seperti berikut:

► Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas


gigitan pada tempat yang di patuk
► Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk
► Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada
bahagian yang di patuk
► Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya
► Penglihatan mangsa menjadi kabur
RAWATAN BANTU MULA@ FIRST AID

► Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan


kawasan patukan dengan air.
► Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan
► Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar
► Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya. lni
adalah sebagai langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular
► Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan yang
terbabit dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat
peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet'' ini
hendaklah dilonggarkan selama kira-kira seminit bagi setiap
sepuluh mint tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan
cara ini pada
mangsa patukan ular kapak @viper
► lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi jangan
sapukan garam terus ke tempat patukkan
► JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan
untuk memgeluarkan bisa, gunakan alatan yang sesuai
► Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke
hospital yang terdekat

Tips: ular tidak mempunyai kelopak mata ... kalau ular tengah
tidur janganlah diganggu .lni akan menyebabkan ianya bertambah
agersif lagi ..

8.0 KESIMPULAN

Panduan ini disediakan bagi memudahkan dan melengkapkan peserta

perkhemahan dalam membuat rujukan dan persediaan sebelum menyertai


mana-mana aktiviti perkhemahan. Panduan ini amat berguna sebagai langkah

atau perancangan atau tindakan yang perlu dibuat untuk menghadapi segala

aspek keselamatan yang tidak dijangka. Dengan adanya manual maka dapatlah

kita menimba sedikit pengalaman secara teoritikal yang amat berguna kepada

peserta-peserta perkhemahan.

RUJUKAN:

Robert Baden-Powell, (1987), "llmu Pengakap Bagi Budak -Budak"


,Kuala
Lumpur : Edusystem Sdn.Bhd

Abdul Alim Abdul Rahim , Balkiwan Daud (1993), "Panduan Ekspedisi


Pengakap
Malaysia ",Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mokthar Idris, (1992)," Berkhemah Untuk Semua ", Subang Jaya: Buku
Must.
Sdn. Bhd.

Maiza Affendy, (1993)." Pengakap Dihutan" ,Kuala Lumpur: Edusystem


Sdn.Bhd

Golden K.H.Kian, (1993). "Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda"


Kuala
Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like