Laporan Aktiviti Kanak-Kanak Pusat Anak Permata Negara Yan Nama Aktiviti Objektif

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN AKTIVITI KANAK-KANAK

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA YAN

Nama Aktiviti Membezakan gambar makanan sihat dan gambar yang tidak sihat
Objektif 1. Meransang kanak-kanak mengecam dan membezakan antara makanan sihat dan tidak
sihat.
2. Meningkatkan kemahiran kanak-kanak memahami arahan semasa menjalankan aktiviti.
Pengetahuan Sedia 1. Kanak-kanak mengenali dan pernah makan sebahagian makanan yang terdapat di dalam
Ada Kanak-kanak gambar lembaran kerja.
Tarikh Aktiviti 23/05/2024 | 10:30 AM
Ruang/Tempat/Lokasi Ruang Aktiviti
Lembaran kerja yang mengandungi gambar makanan sihat dan tidak sihat untuk dibezakan
Bahan
oleh kanak-kanak
Jenis Aktiviti MATEMATIK
Tahap Umur 2 - 3 TAHUN
Langkah Pelaksanaan 1. Pendidik memulakan set induksi dengan membuat refleksi daripada aktiviti pertama
untuk dikaitkan dengan akitivti kedua.
2. Pendidik mengajak kanak-kanak bersedia dan duduk di meja aktiviti.
3. Pendidik menggalakkan kanak-kanak menamakan bahan-bahan untuk menjalankan
aktiviti dan mengagihkan kertas lembaran aktiviti kepada kanak-kanak.
4. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang gambar yang terdapat pada
lembaran aktiviti untuk melihat sejauh mana kanak-kanak faham apa itu makanan sihat dan
tidak sihat.
5. Pendidik meminta kanak-kanak tunjukkan pada lembaran aktiviti gambar makanan tidak
sihat dan membimbing kanak-kanak memangkah gambar tersebut.
6. Pendidik meminta kanak-kanak menyebut nama makanan yang sihat pada gambar dan
mengajak kanak-kanak mewarna gambar makanan sihat tersebut.
7. Pendidik mengakhiri aktiviti dengan memberi pujian kepada kanak-kanak dan mengajak
kanak-kanak mempamerkan hasil kerja masing-masing.
Hasil Pembelajaran rujuk refleksi
Perkembangan PERKEMBANGAN SAHSIAH SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN
Kriteria Kriteria Perkembangan yang terdapat di dalam aktiviti ini:
+ Tidak putus asa dalam menyelesaikan masalah.
+ Berinteraksi dan mengambil bahagian dalam aktiviti bersama rakan sebaya/pendidik.
Mula mengikut kata, mendengar atau mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh orang
+
dewasa.
Memerhati dan meniru cara kanak-kanak lain bermain, sesekali turut serta tetapi lebih
+
selesa bermain sendirian.
+ Mula membina persahabatan dengan rakan sebaya.

Tarikh Kemaskini: 27/04/2024 1

You might also like