Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

Sempena Persaraan Cikgu Elias bin Yusoff


( Penolong Kanan Pentadbiran SK Kurong Hitram)

Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih pengerusi majlis kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk
menyampaikan ucapan mewakili semua murid SKKH pada majlis ini.

Yang berusaha
Encik Hanafi bin Osman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam

Yang dihormati Encik Hadami bin Hamid


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap

Barisan Penolong Kanan sekolah Kebangsaan Kurong Hitam, Guru- guru serta rakan-rakan

YANG TERISTIMEWA diraikan Cikgu …Tuan Haji Elias bin Yusoff ..Penolong Kanan
Pentadbiran SK Kurong Hitam serta isteri Cikgu Zuraida binti Md Zain.

Pertama sekali ucapan…..


SELAMAT BERSARA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN BUAT CIKGU
ELIAS dengan doa semoga dipanjangkan usia, sihat tubuh badan ,diluaskan rezeki,
dilapangkan hati, dikuatkan semangat, jauh daripada segala penyakit dan musibah, di terima
amal ibadat, dipermudahkan segala urusan ditetapkan iman dan Berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi pihak rakan-rakan


Kami merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu atas segala jasa dan
bakti selama berkhidmat di sekolah ini. Kami amat terharu atas perpisahan ini dan Insya Allah
segala pesanan dan tunjuk ajar yang diberikan akan kami pegang dan amalkan sebagai
panduan kami mendepani segala cabaran pembelajaran sehingga berjaya.

Cikgu…..
Ampunkan segala salah dan silap kami .Sesungguhnya pada kami cikgu merupakan idola kami
murid-murid di sekolah ini. Pada kami setiap teguran dan tunjuk ajar cikgu amat menyenangkan
hati kami. Tiada rasa kecil hati yang berbekas malahan semangat yang cikgu tunjukkan pada
kami akan kami jadikan sebagai inspirasi untuk terus belajar.

Cikgu…
Sekali lagi saya mewakili semua murid amat bersyukur berasa sangat bertuah kerana mepunyai
seorang Penolong Kanan Pentadbiran yang begitu dedekasi dalam melaksanakan tugas-
tugasnya di sekolah. Namun kami pasrah kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Justeru sekali doa kami titipkan buat cikgu agar sentiasa dikurniakan kejayaan dalam apa
sahaja yang dilakukan baik di dunia mahu pun di akhirat.

Akhir kata
SELAMAT BERSARA, DAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE -60.
SEKIAN. Wabillah hi taufik Assalamualaaikum Warahmatuillah hi Wabarakatuh.

You might also like