Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN YAACOB LATIF 1

LORONG PEEL OFF JALAN PEEL,


55100 KUALALUMPU
TEL: 03-92849060
___________________________________________________________________

Tarikh : 6 Mei 2024


Kepada,
Ibu bapa / Penjaga murid
SK Yaacob Latif 1
Tuan / Puan,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas,

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Majlis


Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Mei 2024 ( Selasa )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Angsana dan Dewan Terbuka SKYL 1

3. Sehubungan itu, pihak sekolah telah membuat ketetapan penyediaan menu bagi setiap
kelas/aliran. (Senarai menu adalah seperti lampiran). Sekiranya ibu bapa berhajat untuk
memberi sumbangan boleh berhubung terus dengan guru kelas masing-masing.

4. Kami menghargai sumbangan daripada pihak tuan/puan dan yakin bahawa sumbangan
tersebut akan menambahkan lagi keceriaan sambutan hari raya.

5. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................
MOHD SUKRI BIN ISMAIL
Guru Besar,
SK Yaacob Latif 1
Lampiran
Menu Sambutan Hari Raya

BIL Kelas Menu

1 Tahun 1 Air Koktail (Bahan sahaja)

2 Tahun 2 Nuget, hotdog, kentang, ayam goreng

3 Tahun 3 Spageti, pasta dan buah

4 Tahun 4 Ayam gunting dan aiskrim

5 Tahun 5 Air mineral botol besar( 3 botol seorang) dan kuih raya

6 6 Bijak Roti Jala & Kuah Kari dan lemang

6 Cerdik Nasi Impit, dadih dan lemang

7 PPKI Kuah kacang, lemang, rendang

8 Pra Sekolah Puding dan kuih

*Semua murid perlu membawa peralatan makan seperti cawan, pinggan, sudu dan
tisu.

You might also like